Aku bersyukur sesangat sebab masa aku belajar dulu, belum ada fb dan blog nih. Dah ada, cuma aku je yang belum terjebak. Jadi, tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada pelajaran. Setakat chatting2 mirc, alamak dan amboidotnet tu, takde la aku kemaruk sangat. Lagi pon, nak dapat semua tu memerlukan modal. Ada, lab computer yang free, tapi takde la sampai membawak ke malam sampai tak tido. Tu masa diploma. Nak guna komputer pon bukannya geti. Komputer yang ada kat lab, jenis sun microsystem, yang guna unix OS. Tau nya bukak email ngan netscape (internet browser). Pastu, bukannya geti nak explore. Setakat chatting guna telnet je. Tah pape. Masa degree, lagi lah aku takde masa nak bertenet depan komputer. Daripada aku mengadap komputer, baik la aku ngadap kekasih hati ku itu huhuhu. Itu lah dunia aku dulu. Tak berkembang langsung.
Bila dah hujung2 nak abis belajo, baru lah aku kenal komputer dengan lebih dekat lagi. Itu pun sebab aku buat final project guna visual basic ngan access. Daripada zero, satu haper pon tak tau pasal benda tu, boleh gak aku siapkan satu sistem maklumat.
Selepas grad, aku mula baca blog abang tp. Selama ni aku dengar je. Ada la satu hari tu aku ngadap blog tu sampai khatam. Tapi, masa tu lum dapat hidayah lagi nak buat blog sendiri. Sebab masa tu aku rasa macam susah je. Tak tau pon yang blogger ni ada template yang ready made.
Akhirnya, pada 31 mac 2004, lahirlah sebuah blog yang aku namakan @ku 1nsan biasa. Betul ehhh, tak pernah tukar pon tajuk blog tu. Very the setia. Buat blog pon takde apa2 expectation. Just sebagai tempat meluahkan perasaan. Alahhh aku kan jenis senyappp je. Mesti orang tak tau apa yang ada dalam kepala otak aku, kan? Nah! Kat sini lah korang tau semuanya. Pada masa tu, aku sedang bekerja di uitm as a contract lecturer. Yang aku ingat, aku buat blog tu kat bilik komputer yang sejuk giler. Terbayang2 lagi di ruangan mata suasana ketika itu. Masa tu juga, buat pertama kali, student cuti semester selama 3 bulan sebab uitm dijadikan pusat latihan khidmat negara. So, lecturer pon takde la keje sangat. Tu yang sempat membuat blog tu.
Dan hari ini, genap lah enam tahun usia blog ini. Pernah bertukar template +- 5 kali and still counting. Setakat ni aku selesa ngan pyzam. Tengok template scrappingblog tu, memang cantik, tapi, tah, belum bersedia nak ke sana. Tahun depan kot. Ok, aku nak review balik arkib ku itu. Tata!
p/s sebenarnya aku nak tulis benda lain. last2 jadi entry anniversary plak. cer tengok ayat pertama tu, 'aku bersyukur...'. sebenarnya ada perkara yang aku syukuri. next time yea.
Wednesday, 31 March 2010
Aku 1nsan Bias@ Berusia 6 Tahun Hari Ini
Hasil karya AyunasiA pada 8:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
waaa.. tahniah utk ko atas blog ni.
ko nk tau camne aku memula jupe blog ko ni.. sebab nama 'arwah yusari kliwon'.
doa sejahtera utk arwah..
Post a Comment