Wednesday 15 October 2014

Inazawa Sand Festa 2014


Konnichiwa, minna san. Gomen ne... tak sempat update semalam sebab... Tengok intro tu... apa tu? Nihongo! Maknanya, kelas nihongo dah start semula hahaha. Macam takde kaitan jek kan. Tapi betul la, semalam aku pergi pendaftaran kelas untuk semester ke-3. Makin mahal yuran dia. Naik 500 yen tahun ni. Dah 2 semester bayar yang sama. Maknanya setiap tahun dia naik 500 yen la kot. Siap lah korang yang datang tahun 2020 besok, harus dah jadi 15 ribu yen yuran dia haha.

Okeh, nak dipendekkan cerita, sebenarnya arah tujuan aku pada hari ahad yang lepas ialah untuk pergi ke pesta pasir ni. Terbaca info nya kat dalam majalah nagoya. Alaaa majalah yang aku cerita kan mula2 dulu, yang ada info pasal kejadian2 yang berlangsung sepanjang satu bulan tu. Dalam tu dia tulis tempat ni kat kiso sansen park. So, aku ingat kat tempat bunga tulip tu lah kan. Rupanya kiso sansen park tu ialah nama besar bagi taman milik kerajaan yang rupanya2 terdiri daripada beberapa park yang kecik2. Kiranya yang bunga tulip tu park yang utama la... ada taman bunga, taman permainan dan menara. Sementara yang aku sepatutnya pergi ni pulak diberi nama wild nature plaza, yang aku tak pasti kat mana yang wild nya tah. Dia macam taman rekreasi jugak, ada taman permainan, tempat berpiknik dan bbq serta sebuah fadang fasir dua butir. Takde lah luas sangat padangnya. Lebih kurang satu padang bola sepak je bih kurang. Cuma dia berpasir halus je la.

Oleh kerana belum datang seru nak pergi tengok sand art kat fadang fasir tottori nun di sinun, maka kita tengok sand art geli2 je dulu kat sini. Ada 10 ketul je pun sand art nya. Ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada awal oktober setiap tahun. So, sila menjangkakan akan ada lagi entry seumpama ini tahun depan ye, hehe. Ye lah, sebab tiap2 tahun temanya berbeza, mesti lah benda nya pun tak sama, kan... Kalau tahun ni semorang giler frozen, kot tahun depan kuar katun melting ke thaw pulak ker, dah lain pulak kan. Tema tahun ni ialah mesej yang ingin disampaikan. Apakah?

Okeh, itu jer cerita di sebalik penggambaran entry ini hihi. Saksikan petikan ini... Enjoy!

Sampai situ dah lambat sebenarnya. Gerai2 jualan pun dah kemas2. Program ni 2 hari je, sabtu ngan ahad.

Kat jepun ni, taman bersepah2. Dan sentiasa penuh dengan orang. Kat shopping mall pun ramai orang. Kat mana2 pun ramai orang lah. Eh, gambar ni macam lukisan???

Dan tempat ni jauuuuhhhh sangat dari taman bunga cosmos tu. Dalam... 20-30km kot. Macam takde kaitan jek.

Yang ni aku rasa unik. Tempat permainan lumpur. Siap ada pam air tu. Suka sangat ler bebudak...

Tak tau lah ni katun apa.

Dah macam tanah perkuburan lah pulak kan... Ni aku rasa derang bagi budak2 buat kot. Banyak sangat. Aku kenal totoro ngan olaf jek. Oh, dan pumpkin hallowen.

Yang besar2 punya kat sana tu.

Totoro!



Hi, i'm olaf!

 I love warm hug...

NO. 10

Mari tengok satu persatu. Yang ni bertajuk kazoku = family.

Alaaa lambang peace tu dah pecah sebelah.



Aku paling suka yang ini. Nice sangat!

Tepi kiri.

Belakang.


Kuma!

Tepi kanan.

Bonding.

NO. 9

Ini tajuknya igossou. Translate la sendirik.

Depan.

Mata tu...



Belakang.

Tepi kanan.

NO. 8

Panjang sangat tajuknya... takubaa & nanappe & kotosan. Nama orang kot.

Depan.


Tepi kiri. 

Belakang.

Tepi kanan.


Eee seram.

Cantik rambut dia.

NO. 7

Hotetsu.

Chenta.

Tepi kanan.
Tepi kiri.

Belakang.

NO. 6

Ok, tak faham langsung tulisan kanji.



Tepi kiri.

Belakang dah macam tivi dah.

Tepi kanan.

NO. 5

Ini frozen sebenarnya tau... tapi macam dah runtuh. Tak tau kenapa.

Kerrrr dia sengaja buat cenggini sebab ending frozen kan semua cair??? Tapi nampak la keruntuhannya tu.

Dah tak nampak sangat apa yang nak disampaikan kat tepi kiri ni.

Kecuali belah belakang ni je yang masih intact.


Belah kanan pun dah takde rupa. Maybe castle kot.

NO. 4

Yang ni tak berapa nak faham. Simple sangat.


NO. 3

Bagi aku ini yang paling menyerlah. Simple tapi detail jugak.


Suka zip baju dia tu hihi.

Muka pun nampak hidup.

Baju uniqlo lagik!

Tepi kiri.

Belakang ada globe. Peta malaysia takde borneo hihi.

Kannn...

Tepi kanan.


NO. 2

Kureaare.


Kutu ke apa ni?




Neko.

Ada susu.
NO. 1

Kuma no namita.

Kuma tu nangis kot.







NO. a

Ini kategori kecil-kecilan. Ada 3 ketul.




No. b

Frozen lagi!



Comel jek kan?

Hi! Belakangnya ada olaf lagi.


Tepi kiri.

NO. c







Demikian 10+3 ketul sand art yang terdapat di sana. Seterusnya ialah gambar saya bersama benda2 tersebut. Takyah enjoy sangat lah huhu.

























Nampak matahari tu pun dah nak terbenam dah...

Sekian... jumpa lagi tahun depan!