Saturday 25 December 2010

ENAM (6)


Hari ini hari ulangtahun pernikahan kami yang keenam. Enam tahun yang lalu, sama seperti tahun ini, ia jatuh pada hari sabtu. Tahun ini kami tak dapat bagi cuti umum kepada semua sebab memang cuti hari sabtu pun. Lentahun insya Allah, kami akan isytiharkan cuti umum untuk meraikan ulangtahun kami sekali lagi, ye? ;P


Thursday 23 December 2010

Second Thought

Alahai...

Aku ni asalnya berani tau. Aku berani je tulis tentang isu2 semasa dalam blog ni. Dari perspektif aku yang tidak lah banyak sangat mengkaji. Atau dengan kata lain, takde kajian langsung je lah. Totally kuar dari tempurung kepala aku ni ha. Ikut suka hati aku je nak tulis. Dah publish baru nak kaji pun selalu jugak. Pastu malu salah fakta, tarik balik entry. Lagi pun, bukan ramai pun orang yang baca blog aku ni. Kalau baca pun, ala2 jenis yang 'peduli haper aku!'. Anggap hiburan je sudah lah. Kiranya kalau kata terlajak perahu tu, toksah nak salahkan buaya la yang menolak perahu itu. Sendiri yang kayuh. Eh, perahu kayuh ke? Macam basikal je? Kayuh la kan?

Tapi, aku sendiri pun rasa nak lempang diri sendiri bila aku sendiri menulis tentang diri sendiri semata2. Hah! Ayat apa ni? Ye lah, macam cerita pasal pegi soping hujung minggu beli susu tin efenen bervitamin, mayonis sebenar lediscois dan set cawan ala vantage sebagai hadiah perkahwinan seorang kawan. Nyampah kan? Aku sendiri menyampah rasa nak delete balik kalau dah terpublish tuh. Ko dah kenapa? Aku peduli aper kalau kau nak beli mesin turning and milling sekali pun? Jadi, itu lah alasannya, kenapa aku menulis tentang isu2 semasa itu. (Saper suh bagi tunjuk sebab nih? Entah, sendiri kot)

Makanya di sini, ingin aku membuat perhitungan kedua berkaitan isu felda yang kita bicarakan tempohari itu. Aritu aku memetik dari sumber majalah ict itu, yang dengan jelas menunjukkan ianya memihak kepada pihak defendan. Prinsip nya masih sama. Aku masih tidak setuju dengan konsep anak menyaman bapak sendiri. Cuma fakta di dalamnya perlu diperbetulkan sedikit. Kang aku taip kaler merah2 kat entry aritu kang, dah macam draf pertama tesis pulak kan. Ni kiranya draf kedua lah yea. Besok2 kot ada pembetulan lagi, kiter tulis lagi. (dah macam satu keje la pulak. tak pasal2)

Pertama sekali aku nak meluahkan sesuatu. Kepada pengomen baling batu sembunyi tangan. Bukan aku tak geti membela diri sendiri pun. Tapi aku mengambil masa. Ingat, kalau tengah marah (dalam kes ni, tak marah ok, sentap je hehe), postpone kan tindakan. Ambil masa untuk bertenang. Kalau diledakkan jam2 tu jugak, benda yang kecil boleh menjadi besar. Macam bagus je kan? Konon cool lah tu? Ye lah, kalau tak diapply apa yang dipelajari, serupa tak payah belajar. Sampai bila kita nak mengikut rutin dan kebiasaaaaaaaaaaaan je?

Tak, bukan aku tak kasi ko backing aku lub. Aku tau niat ko memang suci murni bak minyak masak saji keluaran delimaoil. Walau pun kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa (wakakak encik hairul dah pandai jeles dengan perhubungan kiter ni lub hahaha). Cumanya aku takmo la nanti orang cakap, eleh, macam blog dia pulak, nak jawabkan komen orang. Nanti kang ko pulak yang sentap. Aku tak boleh terima teman ku diperlakukan sedemikian ekekek.

Keduanya aku nak menjelaskan mengenai salah faham, salah intonasi bacaan dan salah tajwid yang aku rasakan wujud dalam komen si anon itu. Cuba kita teliti ayat-ayat di bawah.


Ye lah, negeri tu sendiri pun agak mundur, apatah lagi felda nya. Aku cuba compare kan felda aku lah. Negeri johor ni agak maju, jadi feldanya jugak tidak lah begitu mundur. Boleh gitu? Kira berkadar langsung gitu.

... negeri kelantan mundur disebabkan felda tu yang kurang maju.

Ok, ayat pertama ialah ayat di dalam entry ku. Dan ayat yang dilargekan itu bermaksud, felda itu adalah subset bagi negeri. (Sila rujuk buku teks tingkatan 4 yea, kalau2 dah lupa konsep set subset nih.) Maknanya, negeri tu agak mundur, jadi secara otomatik, subset nya juga agak mundur. Macam tak logik la pulak kan, negeri tu mundur, tetiba felda dia gilang gemilang kaya raya dengan pendapatan perkapitanya 5 ribu ringgit sebulan. Kalau negeri maju, tapi feldanya mundur, logik la jugak.

Dan, bukan lah seperti yang dinyatakan dalam komen itu, di mana negeri itu mundur 'disebabkan' oleh felda tu yang kurang maju. Faktanya, felda tu pun takde lah besar mana yang sampai boleh memberi kesan kepada kemajuan sesebuah negeri. Negeri mundur itu mungkin kerana faktor ekonomi, pelaburan asing yang kurang masuk ke negeri tersebut misalnya.

Aduh... susah lah pulak kalau setiap kali menulis entry kena memberi penjelasan terperinci kan. Harap lepas ni, kalau nak komen tu, sila la ulang baca 2-3 kali dulu supaya jelas. Walau pun identiti mu tidak diketahui, tapi ku tahu diri mu mengakses blog ini dari premis mana, komputer jenama apa, operating system apa, semua ku tahu. Berhati2 lah dengan kata2 anda hehe (pulang paku buah keras eh).

Aku takde niat nak membesar2kan tentang negeri maju mundur johor kelantan ke haper. Langsung tak terpikir di kala aku menaip entry itu. Tentang tanah ciner tanah melayu lagilah takde dalam ini pelem. Oh, ha? Aku bangga negeriku maju? Haihhh silap naik ketapi ni encik... Cuma yang aku nak bagitau pada ketika itu ialah, peneroka yang menyaman tu ialah peneroka felda kemah@ng, tanah merah yang dinyatakan di dalam majalah ict itu melalui petikan video oleh salah seorang daripada peguam yang masuk ke tanah rancangan tersebut dan mendapati keadaan atau suasana di tanah rancangan tersebut kelihatan agak dhaif, menurut persepsi beliau. Kerana itu lah peguam terbabit berasa berbesar hati untuk membela nasib peneroka2 tersebut dengan menyaman felda agar peneroka2 ini dapat mengubah kehidupan mereka yang dhaif itu kepada sekurang2nya tidak tertipu lagi oleh felda. Apalah yang boleh diubah dengan doploh lima ribu ringgit itu kalau nak dibandingkan dengan dua juta ringgit yang diperolehi oleh peguam itu, kan? Kalau sebaliknya aku percaya lah, boleh gak derang buat rumah batu atap asbestos. Adakah doploh lima ribu itu dapat mengembalikan maruah mereka dimata yang kena saman? Orang tak halau kau dari tanah tu dah cukup syukur dah.

Aku juga tidak menyokong penipuan. Selepas aku membaca laporan2 akhbar, blog, laman2 web, aku dapat menghidu sedikit 'penipuan' yang nyata jelas. Tapi aku tidak melihatnya sebagai penipuan. Salah tafsiran mungkin. Kenapa aku tidak melihatnya sebagai penipuan? Tipu is tipu, what?

Sekali lagi aku ingin menyorot kembali apa yang aku katakan tentang pekebun kecil. Kalau kat bp ni, memang banyak lah ladang2 milik persendirian. Rete pusaka tok nenek moyang oneng2 masing2. Sepanjang perjalanan pergi kerja, aku boleh jumpa beberapa pusat pembelian sawit di mana mereka2 ini menjadi pengumpul kesemua hasil tuaian oleh pekebun2 ini sebelum dihantar ke kilang. Takde pulak aku jumpa kilang sawit kat area ni. Kat mana eh?

Jadi, oleh kerana tanah ladang itu milik peribadi masing2, diusahakan sendiri, dijual sendiri, maka hasilnya juga akan dapat terus ke poket pekebun2 ini. Ok, konsep itu mudah. Pekebun2 ini tidak terikat dengan sesiapa.

Berbeza dengan peneroka felda. Mereka2 ini 'kebanyakannya' pada asalnya tidak berharta (kena jelaskan ni, ada juga yang berharta, tapi lagi banyak yang tidak). Masuk ke tanah rancangan dan 'diberi' sebidang tanah 10 ekar beserta sebidang tapak rumah. Takde peneroka yang disuruh tinggal dalam kebun. Mereka ditempatkan dalam satu kawasan perumahan yang terancang (nama pun tanah rancangan) dengan sistem sosial yang disusun rapi.

Kilang, pejabat rancangan tu, semuanya ada kakitangan, pegawai, pengurus. Kilang tu ada mesin yang perlu diselenggara, ada orang yang perlu dibayar gaji, ada karen dan air yang perlu dibayar bilnya. Semua tu dibayar dengan duit. Duit tu datang dari celah2 pelepah pokok sawit tu lah. Kat dalam benda bulat2 lonjong kaler oren yang jatuh bedebuk siap dengan peroi2 tu lah. Benda yang ada isi putih macam tombong tu. A'ah, dalam biji sawit tu lah datangnya duit tu. Kalau setiap titis minyak tu ko nak hasil sebiji sebijon, takmo setitis pun jatuh ke tempat lain, silalah balik kampung, tanam sendiri pokok sawit, beli baja sendiri, potong buah sendiri, angkut dengan lori sendiri, hantar kat kilang sendiri, proses sendiri, botolkan dengan cap jenama sendiri, jual sendiri kat kedai runcit sendiri atau pasaraya sendiri, jaga kaunter bayaran sendiri, haaa dapat duit tu, ko ambik la masuk kocek ko sendiri. Komfem satu sen pun tak masuk kat kocek orang lain. Nak? Sanggup?

Tak sanggup kan? Kalau boleh, nak duduk rumah je, upah ind0n potong buah, tau2 hujung bulan dapat duit je kan. Okeh, kalau saman tu atas sejarah lama, masa tu ko potong buah sendiri anak beranak laki bini semua ramai2 pegi kebun potong buah, ye lah. Memang menitik2 peluh petani nak memotong 10 ekar dalam masa 2 hari tu. Kesian tau. Tapi masa tu, geran pun tak dapat lagi, tanah tu belum jadi hak milik ko (eh, sukati aku je bahasakan 'ko' terhadap mereka yang lebih tua kan? kuwang ajo!). Pokok2 tu semua bukan milik mu. Kamu hanya mengutip hasil atas tanah milik orang lain, yang mengamanahkan kamu mengerjakannya. Tidakkah itu yang sepatutnya lebih kamu syukuri?

Kenapa aku begitu emo eh? Kenapa aku begitu membacking felda eh? Musykil jugak ni hahaha.

Tengok, sampai dah lupa dah, asalnya tadi nak membetulkan fakta huhuhu. Besok la eh? Minggu depan ker...

Chiow!

Wednesday 22 December 2010

Hitam Putih Bukan Warna


Dialog time mandi...

Cantik, kan bang? Tiga warna.

Apa?

Tu, tudung tu. Cantik ek?

Tiga? Kan empat tu?

Memang lah empat lai, tapi tiga warna.

Lagi satu tu bukan warna?

Bukan. Hitam ngan putih tu bukan warna. (atas kapasiti, kelabu pun berasaskan hitam dan putih).

Ayang ni mesti ikut konsep tivi.

Erk?

Tivi hitam putih ke tivi warna?

Hikhikhik... (lawak tahap tinggi)

Tuesday 21 December 2010

Terus Patriotik!

*AWAS! Entry berbaur errr entah. Tapi awas je lah.

Felda lagi! Lagi2 felda. Berita malam tadi pun pasal felda. Derang jeles ni... Jangan lupa, kesenangan peneroka hari ini adalah atas jerih perih titik peluh mereka suatu ketika dahulu yea. Lagi pun, bukan lah senang mana. Cuma, duduk goyang kaki tiap2 bulan dapat hasil je. Senang ke? Derang dah tua ok. Kesian la. Pengurusan tertinggi felda tu umpama peha kanan ok.

Itu ari aku telah membaca majalah felda edisi suku tahun keempat tahun ini. Kalau masa kecik2 dulu nama majalah tu peneroka, kuar tiap2 bulan kot. Majalah yang selalu kami buat sampan dan main kat parit selepas hujan. Now namanya ICT. Bukan information and telecommunication technology. Entah, aku pun lupa apa. Isu kali ini banyak mengulas mengenai kes saman oleh peneroka felda terhadap felda baru2 ini. Bila tah. Mulanya aku tak faham pun apa kes sebenarnya. Katanya ada masuk paper, tapi, tak pernah pulak aku baca. Memang lah patut. Aku pun dah lama tak baca paper hehe. Selepas di baca dari kulit ke kulit, baru lah aku faham ceritanya, langsung berasa sangat patriotik dan bangga menjadi anak penerockers! Yeyay!

*Muka depan majalah tu ada gambar seorang pakcik ni sedang berdoa. Bila aku sampai ke kulit belakang, aku tengok ada gambar 2 orang perempuan bertelekung sedang menadah tangan jua. Rupa2nya kulit depan dan belakang tu satu gambar, satu keluarga sedang berdoa selesai solat. Aku pun berkata, "oh, satu gambar." Bila encik hairul baca pulak, aku melihat gelagat yang sama dengan perkataan yang sama juga hihihi. Agaknya beribu2 orang membuat perkara yang sama kot hihihi.

Meh aku ceritakan mengenai kes itu menurut pemahaman aku.

Kes ini difailkan oleh kira2 300+ orang peneroka felda kem@hang. Kalo tak salah aku felda ni kat kelantan. Tanah merah ke pasir mas, gitu lah. Menurut ceritanya, felda ni agak mundur dan penerokanya agak dhaif. Ye lah, negeri tu sendiri pun agak mundur, apatah lagi felda nya. Aku cuba compare kan felda aku lah. Negeri johor ni agak maju, jadi feldanya jugak tidak lah begitu mundur. Boleh gitu? Kira berkadar langsung gitu.

Maka, apabila kehidupan dhaif, tak dapat lari dari masalah sosial. Bukan lah maksud aku asal dhaif je, masalah sosial. Orang kaya pon ada masalah sosialnya sendiri. Cumanya, dalam kehidupan dhaif, gejala sosialnya mudah menyerang. Ye lah, zaman sekarang, segalanya duit. Umpamanya, kalau kata dalam femli tu ada 9 anak, 6 orang daripadanya penagih, tak ke teruk tu? Kesempitan hidup dianggap punca masalah ini.

Kenapa felda lain boleh maju, tetapi tidak felda itu? Adakah mereka cuma mendapat 5 ekar tanah seorang? Tidak. Sama juga macam peneroka lain, 10 ekar. Adakah tanah di sana tidak subur lalu hasil tuaian sawit menjadi kurang? Tidak juga (tiada isu ketidaksuburan di situ). Adakah harga sawit di sana tak sama dengan tempat lain? Pun tidak juga. Harga ditetapkan oleh badan bebas mp0b. Jadi, apa masalah yang berlaku sebenarnya?

Menurut apa yang aku faham, semasa memasuki felda, para peneroka ada menandatangani perjanjian yang antaranya berkaitan penjualan hasil kepada kilang felda sendiri. Bukan tak boleh jual diluar, cuma, kalau begitu, samalah macam kisah buaya dihempap pokok, kerbau (kerbau ker lembu?) tolong mengangkat kayu itu, kaki kerbau pula digigit. Sekarang pula, pada musim2 tanam semula, mereka diberi pilihan untuk menanam sendiri atau serah pada felda sahaja. Bukan tak boleh tanam sendiri, tapi kalau ok takpe. Kalau kantoi? Mungkin betul, orang kata ada ketirisan dalam aktiviti tanam semula ini, sebab ianya di 'outsource' kan. Istilah kronisme mungkin berlaku. Rasuah juga. Tetapi, itu bukan alasan untuk menyaman felda sebanyak RM11 juta! (*pembetulan: dalam site felda kata, 7.8juta je)


Kes yang disebutkan lebih kepada menuduh felda menipu peneroka dari segi penjualan hasil sawit yang dijual di kilang felda dengan harga rendah. Selain itu, kebajikan peneroka juga dikatakan terabai dan mereka teraniaya. Sebabnya, mereka terpaksa menghantar sawit ke kilang milik felda dengan harga rendah. Kalau hantar kat kilang selain felda, harga nya memang lebih tinggi, tapi kilang mereka kecil, tak mampu menampung bilangan hasil tuaian yang banyak. Cuba bayangkan kilang semencu tu. Semua peneroka eto4, eto5 dan semencu hantar sawit ke sana. Katakan satu rancangan ada 500 peneroka. Masing2 bergilir menuai 10 hari sekali. Jadi, mungkin dalam 200 orang dalam satu masa. Kalau sorang hantar 2 tan (aku pun dah lupa berapa tan selalunya). Dah 400 tan. Tu baru eto4. Belum eto5 ngan semencu. Ok, sekarang ni semencu tengah tanam semula. So, eto4 ngan eto5 je. Tu pun dah 800 tan.

Itu mengenai kuantiti. Bagaimana pula dengan kualiti? Kilang felda mengikut sepenuhnya piawai yang ditetapkan oleh mp0b dari segi kualiti tandan yang diproses. Kalau dulu disebut BTB (buah tanda baik). Maksudnya, hanya buah yang cukup masak saja yang akan diterima. Yang muda2, ko makan la buat bingka ke, cekodok ke. Tak la. Maksudnya, kilang swasta, kita tak tau macamana prosedur kualiti dia. Lagi pun, kan ke pokok sawit itu dan tanah ladang itu asalnya pemberian dari felda. Tiba2, dapat hasil, ko jual kat orang lain. Memang lah, sekarang ni, kebanyakan peneroka dah mendapat geran sendiri. Kiranya, dah rete aku, suka hati bapak aku lah nak jual kat mana pun. Ko peduli haper? Tengok tu. Pandai pulak berlakon anakku sazali di situ.

Bukan macam tu pakcik. Pakcik ni duduk kat mana? Tanah rancangan felda kan? Pakcik ada saham kpef kan? Mana datang keuntungan pelaburan tu, kalau bukan dari hasil tanah pakcik dan bapak saya tu? Ada lah sikit2 dari hasil2 lain, tapi, core bisnes kita kan ladang. Memang lah, kalau nak dikirakan, setakat pakcik sorang, 7 tan sebulan, tah2 sebotol minyak saji pun tak penuh. Tapi, tu kalau pakcik sorang. Kalau seribu lagi macam pakcik? Pakcik kena ingat, pakcik tu bukan muda belia lagi. Saya tak kisah, dah tak duduk felda dah. Macamana dengan jiran saya, jiran pakcik dan jiran encik saleh yang memang duduk di felda hingga ke akhir hayat tu? Anak cucu pakcik pula bagaimana? Kalau semua orang jual kat luar, cemana felda nak bina gelanggang futsal untuk anak cucu pakcik main malam2? Eh, apa yang aku karut kan ni? Dah keluar tajuk dah ni.

Ok, berbalik kepada kes saman tadi. Sebenarnya, macamana mereka boleh begitu berani? Kalau pakcik2 ni pandai sangat bab saman menyaman ni, mesti derang dah jadi loyer kot kan? Tidak lah jadi peneroka kan. (Bukan memperlekehkan ibu bapa kita. Dalam kes ini, kita pun faham tahap kemampuan mereka) Menurut ceritanya, mereka ni di'bantu' oleh sekumpulan peguam yang kalau boleh lah dikatakan tidak bertanggungjawab. Dan mereka juga dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan peguam ini di mana, antara isi kandungan perjanjian itu adalah:

1. Kos untuk memfailkan kes ini ditanggung sepenuhnya oleh peneroka2 ini. Dengarnya, setiap seorang kena bayar rm50, padahal peguam ni kena bayo rm50 je untuk failkan kes. Sepatutnya derang bayo sorang 2 posen je. So, mana pergi lagi rm50 x 299 orang tu?

2. Samada menang atau tidak, kos guaman ialah rm5k sorang. Kalau 300 orang? Tak rm1.5m? Pastu, persen kemenangan pula kalau tak silap aku 30% kot? Bukan kalau dapat rm11 juta, derang dapat rm3 juta? Pakcik kayooo!!!

3. Sepanjang kes berjalan, segala kos ditanggung peneroka2 ini. Dengarnya lagi, peguam ini masuk felda dengan merz menjalar. Sedangkan peneroka ini, nak pergi mahkamah pun siap sewa kete ramai2 lagi. Peguam ni? Tido kat hotel mewah lagi.

4. Tak boleh tarik diri! Katalah ada yang berubah fikiran, tak jadi nak join menyaman, kena jugak bayar rm5k itu. Kejam!

Dan beberapa lagi yang aku dah lupa hehe. Oklah, aku cakap banyak pun tak guna. Kes itu pun dah selesai. Derang dah pon menang kes itu. Katanya, semasa perbicaraan, peguam bagi pihak felda telah menarik diri dan tidak hadir pada hari perbicaraan, langsung hakim membuat keputusan tanpa sempat mereka membela diri. Dan setelah dikira2, setiap peneroka memperoleh rm25k sorang jer. Ya, nak beli viva pun tak lepas. Tak tau lah felda dah bayar ke belum. Tapi, yang pasti, sekarang ni, peguam2 tadi sedang dengan rancaknya hendak wakili sekumpulan lagi peneroka di n9 (s3rting) kalau tak silap, untuk menyaman felda sebanyak RM200 juta. Pengsan!

Hmmm nampak gaya macam dividen kita tahun ni kurang lah bang.

p/s aku dah baca banyak mengenai kes ni dari internet. aku rasa derang nak hasil macam pekebun kecil, jual sawit, terus dapat duit bersih, tapi tak sedar di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. dicomplicatedkan pula dengan figure2 technical, bts la kpg la. haihhh... kalau aku jadi derang, malu dah nak tinggal kat tanah rancangan tu.

Monday 20 December 2010

Eh?


Kita ni silap haribulan ker bang?

Ke kita salah tempat?

Tak pon, kot2 kita ni mimpi je tak?

Itu lah ayat2 yang terpacul dari mulut ku pada malam sabtu lepas selepas hampir 2 jam menunggu orang yang dinanti tak kunjung tiba.

Lebih sebulan yang lalu, aku mengusulkan kepada miah untuk mengadakan gathering bekas2 classmates 3 falah. Ye lah, ramai juga dari kami yag telah berpindah ke sekolah lain semasa form 4. Jadi, rasanya memang sesuai lah kalau membuat sesi pertemuan semula. Orang kata, mula2 buat peringkat kelas dulu, kendian baru boleh diperluaskan ke peringkat sekolah pula. Alah, dapat 10 orang pun dah cukup baik dah.

Setelah berdiskusi sesama kami, aku berjaya menyenaraikan 7 orang yang bakal datang. Jalan je lah. Memang kebetulan kami nak balik kampung pun. Kalau tak jadi pun takde hal sebab ada event lain yang tak mungkin cancel. Kenduri kawen, takkan cancel kot, kan? Jadi, hari isnin, aku pun remind kepada mereka tentang janji temu tersebut weekend nanti. Alahaiii ada yang takleh datang pulak. Si miah pun tak boleh datang. Sekali lagi, aku fikir, tak kisah lah, saper2 yang ada je lah.

Maka, sabtu petang itu, kami pun sampai di kampung halaman ku. Malam, tepat jam 8.30 malam, kami pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Kiter makanlah dulu.


Tengah makan, ternampak cikgu ranan!, suami dan anak2nya. Makan di kedai yang sama. Suami dia pun cikgu aku juga masa kat sekolah bando mas. Cikgu lukisan. Kambing semangkuk dah habis, Gearbox semangkuk juga dah habis. Tapi, jangankan batang hidung, bayang sorang pun tak nampak. Sorang kata terpaksa kerja (supervisor di k4 jb), anak buah semua tak datang. Telefon yang lain, takde yang angkat. Last2, sembang dengan yusm@n je lah. Pukul 10.30 malam, kami pun balik.

Mungkin benar, kami bermimpi. Nightmare!

Friday 17 December 2010

Bulan Cinta


Aku adalah peminat lagu bulan cinta. Alaaa lagu dangdut tu. Ada versi kumpulan eva dan amelina. Tapi aku prefer eva punya version sebab lagi rancak dan meriah. Kalau amelina tu dia ala2 slow dangdut gitu. Mungkin sedikit sebanyak aku terpengaruh dengan video klip amelina kot. Dan kalau berkaraoke, lagu ini adalah wajib huhuhu.

Bulan disember juga adalah bulan cinta. Bulan ulangtahun perkahwinan. Bukan aku sorang rasanya. Kalau tahun2 sebelum ini, setiap kali tiba ulangtahun, mesti kami akan pergi berjalan2. Kebanyakannya sponsored, sebab time tu lah encik hairul ada conference ngehngehngeh.

Tapi tahun ni, takde saper nak menanggung semua itu. Tapi, kerana dah terbiasa, aku dah pun apply cuti tambahan pada waktu tersebut. Tapi lagi, kami masih belum ada perancangan untuk ke mana2 pun lagi. Huaaa!!! Puas dah aku menggugel segala tempat, tiada satu pun yang berkenan di hati. Yang tambah parah, hari tersebut ialah super duper extra peak season bagi mana2 tempat penginapan. Aduih!

Silap aku jugak, tak plan dari awal. Kalau pun rate itu boleh diabaikan dengan mengambil kira pujukan hati "duit boleh cari...", kebanyakan tempat itu sudah pun fully booked!

Yang tak best nya lagi, tiba2 aku rasa macam boleh menerima la pulak percutian di pulau2 di perairan terengganu. Tapi, musim2 ombak tinggi laut bergelora ni memang lah tak sehsuai kan. Haih... nampaknya macam aku cuti kat rumah je lah. Tengok tv. Tido. Menjahit.

Thursday 16 December 2010

Amal dan Cendol Nostalgia

Sekarang aku dah tau kat mana nak salurkan baju2 terpakai yang berlambak2 tu. Lenkali pegi kl, akan ku bawak sebarataannyak. Kedai ni terletak di medan tunku, belakang kk homedeko (depan maju junction tu), depan hotel presc0tt inn. Ukhwah ni ekceli sebuah koperasi. Kat depan dia ada restoran 1 mesia yang ada pakej sarapan pagi rm1 yang terdiri daripada roti canai dan teh tarik. Dan pakej rm2 yang terdiri daripada roti bakar, telur separuh masak dan teh tarik (eh, telur tu aku tak pasti, macam lupa).

Menurut tinjauan (memang aku tinjau je, takut nak masuk) aku, ada banyak benda yang dijual di sini. Baju lah yang paling banyak kot. Buku ada, hiasan rumah ada, macam2 lah. Bakul2 hantaran yang tak tau nak buat apa pun ada. Rege baju2 yang dijual pun dalam rm20 gitu. Buku2 ada yang singgit je. Pendek kata, kasi lah apa benda pun, derang akan jual semula atas nama charity.


Dari Temerl0h aritu, aku lajak ke kl pula. Dalam perjalanan nak ke klang, kami singgah setulang di shah alam. Sedang elok cuaca panas, memang sedap kalau pekena cendol. Teringat cendol kat depan masjid seksyen 16. Dulu, selalu pergi situ balik dari kelas.

Gerai ni kat bus stop.

Dah lama perniagaan ni. Entah, pak akob tu hidup lagi ke tidak tah.

Ooo pak akob asal dari melaka ropanya.

Masjid seksyen 16. Sayup2 kelihatan menara uitm.

Aku makan + minum cendol pulut.

Wednesday 15 December 2010

Hujung Benua





Biasanya, kalau ada sesuatu tempat tarikan perlancongan di sesebuah tempat, orang tempatan lah orang terakhir yang akan pergi ke situ. Percaya lah. Kalau kita nak pergi bercuti ke mana2, jangan lah tanya tempat tinggal atau tempat makan yang menarik di tempat itu pada kawan kita yang memang orang situ. Komfem dia pon tak tau. Sebab, kalau dah kampung kita, dah tentu lah kita tinggal kat rumah mak kita. Makan pon, opkos la kita akan makan kat rumah kita sendirik. Tak pasal lah kita nak ambik tau, hotel mana yang murah, yang paling selesa, yang paling sedap makanan breakfastnya. Dan dalam soal makan, dah tentu2 lah makanan ibunda lah yang paling sedap sekali dalam dunia.

Minggu lepas, kami ada jemputan kawen di pontian. Aku rasa, paling jauh aku pergi kat pontian ialah di penerok, itu pun 5 tahun lepas, masa kenduri kawen kawan aku. Tapi aku tau, kat sana ada satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai penghujung benua asia, iaitu di tanjung piai.


Mulanya encik hairul bercadang untuk menghantar motosikalnya kepada pak sedaranya di pekan nenas dan kami bertolak dari sana. Kononnya, dia naik motor, aku follow naik kete. Tapi, bila memikirkan kali terakhir kami melakukan perkara sedemikian, beliau telah jatuh tergolek langsung tulang tangan berlari, meremang bulu roma ku. Kalau boleh, motor pon aku tak mo dia ada.

Jadi, kami pon mengambil keputusan untuk berkonvoi bersama rakan2. Kami bergerak dari rumah jam 12 tengahari. Ingat, pontian, sejam je. Berenti pulak menunggu rakan yang lain di parit kemang. 2 minggu lepas, rakan tu kawen. Pompuannya ex-student @tec. Bertuah badan, dari latihan praktikal, bertemu jodoh dengan dr muda.

Cenderahati pengantin. Cantik.

Jalan punya jalan, e'eh, kenapa macam jauh jek? Aku rasa, kalau balik kota pon dah sampai. Lokasi dituju ialah serkat. Rupa2nya, dekat je serkat tu dengan tanah terselatan itu. Lesai makan2 kompang2, kami pon beramai2 ke tanjung piai. Nak masuk situ kena bayar sorang rm5. Parking rm3. Tapi, kami tak masuk pon. Jalan2 kat luar je. Hehehe beria letak tajuk konon pergi satu, padahal tak masuk pun. Alah, dia cuma ada replika globe je kat situ. Pastu ada pelantar melalui kawasan paya bakau.

Bukti dah sampai ke situ.

Balik tu kami singgah pula di pantai pungg0r. Bukan pantai perkelahan pun. Tempat lepak2 sambil tengok ombak menghempas benteng pemecah ombak je. Plus tengok pengantin bergambo hehe. Tapi ada lah tempat makan2 minum2 dan karaoke. Biasa je.


Tg. Lumpur, Geliga dan Temerloh

Sekarang ni, aku adalah malas nak taip entry pasal aktiviti berjalan2 tak tentu hala lagi dah. Macam malas. Padahal ada je gambar2 yang boleh membantu penceritaan. Tapi, malas. Nak ingat. Jadi, untuk menulis entry ini pun, aku cuma berharap cerita tu akan datang sendiri sambil2 aku menaip ni hah. Kalau ada, ada lah. Kalau tidak, aku taruk caption je lah. Sila bosan sebab aku pun dah bosan dengan korang muahahaha. No, aku takkan tarik balik kata2 ku itu. Perahu sudah mudik ke hulu.

Dua minggu lepas, aku telah pergi ke negeri pahang. Daerah kuantan. Ya, bukan suatu tempat yang boleh berkongsi rezeki sangat. Kalau takde sebab, memang takde lah aku saja2 nak pergi bercuti ke sana. Mujur ada adik beradik saudara mara, boleh juga diperpanjangkan niat bermusafir dan entitle untuk rukhsah dalam solat heheh.

Kami bertolak dari rumah pada pagi jumaat, jam 6.30 pagi. Ya ampunnn. Siapa punya idea lah yang ajak berjalan pagi2 begini? Dah lah ambik cuti hari jumaat. Cuti, tapi tak dapat tido lama? Huh!

Yang best sikit (tapi takleh lawan ketakbestan tak dapat tido tu tadi) ialah, suasana ketika itu. Segar, sunyi, sejuk. Memang best kalau dapat tido hahaha. Takde lah. Best lah, travel dalam suasana hening dan dingin. Pagi2 lagi dah isi minyak di ayer hitam (sebab kat pr stesen minyak tak bukak lagi), dapat air minuman osmosis berbalik botol besar sebab isi lebih dari rm50 kot. Lepas tu, terus lah menuju ke kuantan sambil tengok kiri kanan kot2 ada orang jual kuih tepi jalan. Lapar seh. Tapi, sampai ke sudah, tak jumpa. Last2 makan kat muadzam jek. Itu pun dah dekat pukul 10. Orang dah jual lauk makan tengahari dah. Kan hari jumaat, orang makan awal. Isy, tapi memang tak tahan tengok ketam ngan udang galah kat situ. Sungguh menyelerakan rupanya.

Sampai di tempat dituju lebih kurang jam 10.30am. Tak lama kemudian, kami terus ke bandar kuantan. Singgah solat jumaat di masjid bla bla bla 2. Rasa terharu bila melihat para lelaki berjalan menuju ke tempat yang satu. Lepas solat, terus check in. Kami menginap di hotel bajet jer. Kebetulan ada satu hotel ni baru dibuka dengan kadar yang sangat berpatutan. Jam 2.30, kami pergi semula ke tempat bertugas. Sebenarnya aku dah berjanji nak berjumpa dengan seorang kawan semejay. Dia kerja di situ. Sampai je di sana, pengarah sedang membuat lawatan tapak dan kawan ni terpaksa menjadi escort. Sempat jumpa sekejap jelah. Nanti jumpa lagi.

Selesai lawatan, member terpaksa balik ke pejabat, ada urusan kerja. Dah pukul 5, member tak muncul2. Aku pun pergi makan. Tak dengar pulak sms masuk. Member dah datang, tapi tengok aku takde, dia pun balik. Nak suruh tunggu, takut dia nak gi ambik anak ke haper ke kan. Sudahnya, takpe lah, takde jodoh nak berjumpa lama. Esok masih ada, tapi aku takde plan nak ikut lagi esok. Dalam pada tak jumpa member semejay, terjumpa pulak member uitm. Sempat bertegur sapa je lah.

Balik dari sana, dah maghrib. Rehat2 sekejap sebelum keluar makan ke tg lumpur. Macam wajib pulak ek.


Hasil pembacaan blog, aku memilih kedai ini.

Minuman yang sihat (dalam ertikata takde ais, tapi gula, tetap tak sihat).

Kangkung belacan.

Sotong 2 ikong. Mengah nak mengabiskannya.

Ikan siakap saiz besar bakar petai. Meja sebelah kami order lebih kurang kami jugak, tapi saiz badan derang besar huhuhu. Ketat perut.

Ikan licin.


Ini je yang tak mampu lagi. Bawak balik, buat sarapan besok. Sedap, liat2.

Hari sabtu, lepas sarapan, aku mula maraton 24. Sanggup tak tido tuh. Lebih kurang pukul 4pm, kami pon ke rumah yayu. Misi nak ke geliga makan satar dan otak2 di aziz satar.

Ketat perut lagi.

Besttt!

Satu yang special di kuantan ialah perabot2 jalan raya yang unik. Seperti gambar di atas. Dari gambang, kita boleh jumpa, 'jika perlahan, tolong lah ke kiri'.

Ini pun comel. Ada tu, 'tak rasa bersalah ke, potong barisan?' Kalau tak terasa gak tu, tak tau lah kan.

Balik tu dah malam, singgah sekejap di ecmol. Ada kedai cermin mata baru bukak, so ada runway dan model2. Tak tau apa kaitannya.

Hari ahad, lepas check out, kami terus ke rumah ngah. Rumah baru. Kendian, terus ke temerloh. Semata2 nak makan ini.

Padahal, banyak je kedai makan jual ikan patin tempoyak kat kuantan tu, tapi, tetap nak jugak ke sana. Ambik feel katanya. Sedappp tapi tak puas sebab nak beli 2, takut tak abis.

Tak tau kat mana nak makan. Redah jelah dekat2 stesen bas kot.

Tuesday 14 December 2010

Pengalaman Masuk Asrama Part III


Bersambung kembali...

Kawasan sekolah baru ku ini comel je. Tak sempat nak penat la kalau nak ke mana2. Dewan makannya terletak antara asrama lelaki dan asrama perempuan. Sistem siaraya di situ agak aktif lah. Ada je benda yang nak diumumkan. Nak jumpa adik angkat, umum kat situ. Mak bapak datang melawat anak, umum kat situ. Nak panggil kakak angkat nak kasi hasil lepas balik outing pon umum kat situ. Kat asrama juga, ada beberapa perkataan yang dah jadi warisan turun temurun seperti,

hasil: makanan yang dibawak balik dari outing. contohnya, "asiah, tolong simpankan hasil ni dalam locker makanan."
ration: makanan kat dewan makan. contohnya, "asiah, tolong tapaukan ration aku ek."
after: cop giliran. contohnya aku tengah iron baju, "asiah, after ek."

Apasal aku rasa bunyik contoh tu macam aku kena buli jek? Tak tak. Takde buli2.

Seperti asrama2 yang lain, kami ada kelas prep. Prep petang dibuat di kelas, sementara prep malam dibuat di dewan makan, Masa form 4 je la kat dewan makan. Jeles je ngan senior, kelas prep kat sebelah bilik tido jek. Tapi takpe, masa ku akan tiba jua.

Krisis

Ada sekali, masa form 4 jugak lah, berlaku krisis antara form 4 baru dan form 4 lama. Aku sebenarnya tak tau hujung pangkal. Tau2 je, malam tu geng2 aku panggil miting tergempar. Sampai sekarang pon aku tak tau apa hujung pangkal krisis tersebut hahaha. Yang pasti, di penghujung miting tersebut, kami telah bersepakat untuk 'go with the flow'. Yang penting, sijil berhenti sekolah kita berkepalakan lencana semejay. Entahlah, derang ni sensitif sangat kot. Ikutkan aku, lantak la derang nak buat apa pun, asalkan derang tak kacau buah pinggang aku, sudah. Ker aku yang skema?

Dalam asrama kami ada sebiji telefon awam. Kat luar, kat tempat tunggu bas ada 2 biji telefon. Satu tepon siling, satu tepon kad. Kadfon telek0m. Dan sebijik tepon lagi kat hostel lelaki, sebelah bilik gerakan pengawas yang tempat wat announcement tu. Masa form 4, aku tak berapa peduli sangat dengan telefon2 tu. Ye lah, boifren pon duduk asrama.

Tapi, masuk form 5, barulah aku tahu, rupa2nya selama ni derang selalu bergayut di telefon awam kat tempat tunggu bas tu. Boleh call back lah! Boifren kat hostel lelaki, bergayut ngan gelpren kat bus stop. Jadi, pada penghujung2 persekolahan (tak sedo diri nak spm tuh!), aku pun membuat janji dengan encik hairul. Dalam surat, aku suh dia tefon pada waktu sekian2 dan aku akan tunggu di situ. Telefon kad. Oh, telefon tu berbunyi ok. Sempat lah dia telefon 2-3 kali kot (sekali rm5 je pon. jauh ok jb-kluang. dapatlah bercakap 5 minit sebagai inspirasi menghadapi peperiksaan kononnya. ). Telefon siling pun boleh jugak, cuma telefon siling tu hotspot, ramai orang nak guna. Kalau telefon kad ni kurang sikit. Biasanya aku suh call hari ahad petang sebab time tu memang takde orang guna tepon tu. Alahai... sedih pulak bila teringat suasana ketika itu, sunyi sepi.

Kunjungan

Sepanjang aku duduk di asrama tu, aku pernah dikunjungi orang sebanyak 4 kali. Pertama kali, abang tipi datang singgah dari kampung nak balik kl. Naik motor. Kali kedua dan ketiga, encik hairul. Dan kali keempat ialah kak uni dan yayu, datang nak hangkut barang balik kampung. Kali pertama encik hairul datang ialah masa form 4. Dia datang dengan kawan sekolah vokay dia, cimpeng namanya. Budak simpang renggam. Datang naik bas tu. Masa kena panggil tu, aku ajak kawan aku, wani, teman. Motif? Masa tu kan form 4. Kalau aku pegi jumpa pakwe sensorang, dah tentu akan mendatangkan kejengkelan di hati senior2 insecure itu. Sebelum pulang, dia bagi aku sesuatuh (rujuk gambar di bawah). Kali kedua pulak dia datang time form 5, tapi aku dah lupa macamana. Dia pun dah lupa jugak. Selain daripada 4 kali ni, aku sekadar melopong je lah tengok femli orang datang. Sambil menumpang kasih makan hasil yang dibawak makpak derang.

Kantin

Sekolah ini juga mempunyai sebuah kantin. Aku sangat jarang pergi kantin ni. Tapi ada dua perkara yang aku ingat pasal kantin ni ialah:

1. first time aku makan peanut bar apollo berharga doposen.
2. tengok sinaran pasport kegemilangan akhir yang pesertanya geng2 senario.

Outing

Outing berlaku setiap hari sabtu, bergilir minggu lelaki dan perempuan. Kalau pompuan nak kuar time lelaki kuar, kenalah bersama femli atau tumpang femli orang mengaku sedara sendiri hihi. Tapi, tak pernah lah aku buat. Aku kuar sebulan sekali je untuk cashkan wang pos. Untuk ke bandar kluang, kami boleh menaiki bas sekolah kontot dengan tambang 3 posen. Nyonya dan apek tu akan tunggu kat luar sekolah setiap hari sabtu jam 2 petang. Kalau lambat, alamatnya, menapak la keluar dan tunggu lah bas johore motore kat tepi jalan batu pahat tu. Jalan keluar tu kena melalui sebuah kuil dengan pokok yang sangat besar. Bila pembangunan taman bersatu dilakukan, pokok besar itu tidak ditebang. Katanya ada ulo beso melingko kat pokok tu. Tak tau lah saper yang kata.

Waktu balik semula ke asrama ialah jam 6 petang. Tak kira, samada outing, atau pun balik kampung. Dan keretapi pulak memang lalu jam 6 petang setiap hari. Jadi, bila dah tau diri masih dalam teksi time keretapi lalu, sila lah pasrah, kad outing kena tahan ngan pengawas. Takde pape sebenarnya. Aku pun memang biasa balik selepas pukul 6 kalau balik dari kampung sebab aku naik bas kul 3.45pm (biasanya tinggal aku sorang je budak semejay naik bas tuh huhuhu. yang lain dah balik awal dah) dan perjalanan kota-kluang biasanya memakan masa 2 jam. Tapi, ada masanya bas tu singgah di depohnya di bandar tenggara. Kalau terkena tu, memang harapan lah nak sampai sebelum pukul 6. Tapi, biasanya bila sampai kluang, ramai lagi kengkawan dari kl yang baru sampai jugak.

Surat

Salah satu sebab kenapa aku nak masuk mrsm ialah sebab kat sana, surat2 tidak dibuka oleh warden. Tapi sekolah aku ni, jangan berharap lah mendapat privacy. Untung nasib, warden lepaskan, dapat lah baca surat. Aku rasa memang ada beberapa surat yang tak sampai ke tangan aku sebab kadang2 ada benda yang encik hairul cakap yang aku tak faham kesinambungannya. Haihhh tak tau lah apa ke benda yang ditulisnya sampai warden begitu berminat nak menyimpan surat2 itu.

Makannn

Makanan di dewan makan adalah best. Setiap hari makan ayam. Kemuncaknya ialah hari jumaat. Rasanya kat mana2 asrama pun, hari jumaat mesti makan special sikit. Dan memang aku agak berisi selepas spm. Masa dekat2 nak spm, pihak sekolah telah menukar menu sarapan dengan minum pagi (time rehat kul 10.30) kerana mereka mendapati, makanan sarapan selalunya terlalu banyak lebih. Kebanyakannya terus pegi sekolah tanpa bersarapan. Jadi, waktu sarapan tu diganti dengan makanan ringan seperti kek swiss roll atau roti, manakala waktu minum pagi tu barulah dihidangkan makanan berat seperti mi dan nasi goreng. Akibatnya, perut aku adalah terkejut dan masuk angin. Seksa betul hidup aku. Tapi tak boleh buat apa, kes terpencil.

Kenangan

Bagi aku, pengalaman bersekolah di semejay, tidak lah manis sangat tetapi tidak lah pahit. Ada objektif yang tercapai, seperti berjaya mengambil prinsip akaun hahaha. Punyalah semangat, last2 tak jadi akauntan pun. Tapi, yang bestnya, dengan semangat yang berkobar2 tu, aku takyah study PA beriya2 sangat. Kacang je. So, boleh lah aku konsentret kat subjek lain yang aku lemah, terutamanya kimia. At least subjek PA tu dah menyumbang kepada mengurangkan agregat aku hehehe. Kalau nak berharap pada subjek pure science, memang putus harapan lah aku nak dapat agregat bawah seploh. Strategi gak tu. Tapi, ada juga yang tidak mencapai objektif, seperti BI tak improve langsung. Huh! Anticlimax.


Monday 13 December 2010

Masuk Matrik... I Told You Oredi Oso!

Memang patut lah aku ni takde ramai adik. Aku ni tak cukup sabar. Memang lah, Allah akan menguji manusia sekadar apa yang kita mampu sahaja.

Tapi, aku ada ramaiii adik ipar. Tak la ramai sangat. 7 orang je. Tapi, still lah banyak. Lebih dari bilangan adik beradik aku sendiri. Biasanya, adik2 ipar aku ni akan contact abang dia direct la kalau ada apa2 problem atau kemusykilan. Dan bila sampai ke pengetahuan aku dan aku tak berkenan, aku pun bebel2 dan abis di situ saja. Keputusan tetap dibuat oleh si abang ini, walau pun adakalanya aku tak berapa nak agree sebenarnya. Aku pun takmo dianggap penghalang. Dan selalunya aku fikir positif, segalanya akan baik2 sahaja. Cuma, bila segalanya jadi tak baik, mula lah aku kuar ayat dia atas. Kan orang dah cakap!!! (Isy, very the tak isteri solehah, baru je dengar ceramah ustaz kazim pasal ciri2 isteri solehah)

Kes bil yang keje ito sekejap tu kira dah habis lah kan. Dah selamat pun. Ni pulak kes adik bongsu pula. Masuk ni dah jadi 2 kes dah.

Kes pertama.

Masa tu dia form 4. Sama ar macam aku, parampara, nak masuk sekolah asrama. Lebih spesifik lagi, sekolah teknik. Dan dia pun dapat masuk teknik p0ntian. Mula2 lagi aku dah tak berapa nak setuju sebab dengan yurannya macam tak munasabah. Kalau tak silap aku, rm700 lebih kot. Entah apa yang dibayar tu entah. Yuran masuk uitm pun tak semahal itu. Ok lah, abang dia leh support. Walau pun duitmu duitku jua, tapi dah prinsip dia, dalam bab pendidikan, dia tak kisah. Pergi lah menuntut ilmu sampai ke negeri cina, dia akan cuba usaha kan (isy, baik lahdia sponsor aku sambung master ek?). Dah dia cakap cenggitu, aku pun malas ar nak membantah. Segalanya akan baik2 sahaja.

Dan bila dah masuk sekolah asrama tu, dah lah kan. Tak lama tu, bermula la adegan drama. Nak pindah sekolah lain pulak. Tah, cikgu nyer tak best ke haper tah. Katanya ada kawan dia dapat pindah teknik lain. Remember, sekali ko masuk sekolah teknik, takkan sesekali ko dapat patah balik sekolah lama. Ok lah, dia nak pindah teknik jugak. Siap suh abangnya datang sekolah jumpa cikgu besar lagi. Mula tu abangnya yang sorang lagi tu cakap, sabar je lah. Dia pun dulu cenggitu. Awal2 masuk asrama, tak biasa, mengaruk nak pindah (gembeng betul, kan?). Lama2 ok lah. Abangnya yang ni pun cakap, tak payah lah. Leceh ok nak pindah2 ni. Kalau boleh terbang macam superman takper jugak, kan. Kat situ je pun dah nampak tahap ketahanan dia yang agak rapuh tu kan. Maka, terpaksalah dia teruskan jua. Sambil2 tu abang2 yang baik hati ni pun cubalah memberi perangsang, belikan buku2 rujukan, segala yang dikehendaki dipenuhi blablabla.

Bila masuk form 5, sekolah tu terpilih untuk bertukar menjadi kolej matr!k tekn!kal. Dah tak ambik budak form 4 dah. Cikgu2 dah mula tak stabil (boleh ke sebut cenggini ek hihi). Ada yang dapat jadi lecturer matrik, ada yang kena pindah keluar. Tengah tahun juga, pengambilan pertama student matrik dibuat. Jadi, student2 spm ni agak terabai. Pon cik adik mengadu nasib dengan abangnya ini. SPM dah dekat, cikgu2 sibuk risau kena pindah. Tapi, nak buat cemana? Aku lagi lah, tak dapek den menolong. Sekali lagi, kan orang dah cakap...

Kes Kedua.

Masa berlalu dan spm pun dah selesai, result pun dah keluar. Tibalah masanya untuk melanjutkan pelajaran. Oh, resultnya ok ok saja. Lebih kurang sama ngan adik beradik dia je lah. Mula2 sekali dapat tawaran uitm penang. Sama course ngan abang nyer yang baru je abis dip hujung tahun lepas. Alaaa yang dulu aku pernah citer jatuh motor tu (tah yang mana satu tah, semua pun pernah jatuh motor kihkihkih). Aku, kalau sesiapa pun dapat masuk uitm, memang aku sokong sangat. Walau pun cuma diploma, at least diploma tu senang. Kalau tak sambung degree pun, dah senang cari makan. Ada rezeki boleh sambung belajar.

Tapi, dia nak tunggu panggilan matrik. Ok, ada conflict di situ. Setakat ini, semua adik beradik beliau membuat diploma dulu, baru ambik degree. Kecuali seorang je yang masuk matrik dan terus ambik degree. Itu pun pompuan. Aku kalau pempuan tak risau sangat sebab pompuan memang bersungguh2 sikit kalau belajar. Ini lelaki. Si kakak memberi justifikasi, matrik setahun, degree 4 tahun, so leh jimat umur. 23 tahun dah graduate. Kalau ikut laluan kami, diploma 3 tahun, degree (dulu 2 1/2 tahun) 3 tahun. 24 tahun baru graduate.

Mungkin sebab dia pompuan dan masa grad aritu pun dia sikit punya bangga sebab berjaya mencapai target, grad pada usia 23 tahun berbanding kami yang rata2nya grad pada usia 24/25 tahun. Boleh kawen cepat (tak jugak, sampai sekarang dah nak masuk umur 25 pun tak keje2 lagi). Eh, kami yang aku maksudkan di sini ialah para graduan uitm yea hihi. Ada 6 orang kesemuanya dalam keluarga.

Maka, dia pun menolak tawaran uitm (siap pulangkan cek waran pendahuluan ptptpu lagik) dan bersiap2 nak pegi matrik. Nun di pendang sana. Sibbaik ada sorang abang dok sana. Itu pun juga mungkin faktor tarikan dia nak ke sana. Masa derang ke sana, encik hairul yang bawak satu femili. Aku malas nak ikut. Lebih2 lagi sebab aku tak berapa nak setuju hihihi.

Dan malam aritu dia misscall dan sms si abang ini. Encik hairul dah tido dan aku tak kejut. Aku tau, kalau miskol gitu mesti adik dia punya. Kalau tak mintak duit, ada lah yang tak kena tu. Kang dengar masalah malam2, aku akan susah nak tido dok memikirkan masalah derang. So, pagi2 baru dia baca sms tu. Hah! Nak suh aku ulang ker ayat yang sama? Kali ni, dia kata tak boleh carry pulakkkk. CGPA nya baru ni 2.**. Pastu, rupa2nya dalam masa yang sama, dia ada apply uitm sekali lagi dan dah dapat offer pun untuk intake bulan doblas ni. Kebanyakan dari mereka menggalakkan dia meneruskan sahaja program matrik yang tinggal separuh tahun je lagi. Alasannya, kalau dia buat dip, kebarangkalian dia akan sangkut di situ sahaja sangat tinggi memandangkan rekod 2 orang bil yang dah abis diploma terus kerja dan nampak gayanya takkan sambung degree lagi dah. Nampak gayanya, aku akan terus berdiam diri sahaja dan berharap agar segalanya akan baik2 sahaja.

Memang patut lah aku ni takde ramai adik. Aku ni tak cukup sabar. Memang lah, Allah akan menguji manusia sekadar apa yang kita mampu sahaja.


Wednesday 8 December 2010

May I Have Your Attention, Please...


Saya sudah menonton 24 musim ke 8. Tak payah tunggu depan tv lagi dah. Now, nak ulang tayang. Tengok 2 kali baru puas hati. Ok, mari kita berkenalan dengan mereka2 yang ada di dalam gambar di atas.

Dari kiri:
1. Arlo; IT staff,
2. Dana Walsh; Data Analyst yang juga jahat (tengok muka je pun dah nampak jahat),
3. Brian Hasting; director of ctu,
4. Chloe O'brian; IT staff (sangat bimbang kalau dia takde dalam ini gambar sebab dia sangat bagus dan the only jack's friend yang masih hidup dan loyal (tony almeida masih hidup kot, tapi sekejap baik sekejap jahat, plus dia muncul season 2 or 3),
5. Cole Ortiz; new agent yang kengkonon the new jack la. mata dia adalah kecil dan berkaca. ada certain scene tu, mata dia berkilauan ahaha),
6. Renee Walker; ex-fbi dalam last season yang tiba2 join ctu dan menjadi aweks jack (remember bapak audrey pernah cakap, "you're curse jack. everything you touch, end up dead." dan memang betul uhuk uhuk uhuk),
7. JACK BAUER; no need to tell,
8. Anil Kapoor; yupsss a week after slumdog millionnaire, dia muncul lagi dalam hidup ku, kali ni sebagai presiden karmistan (tak pernah ku dengar nama negara ini),
9. Presiden Allison dan
10. akhir sekali, entah, saper ek? Chief of staff kot? Weiss ke haper tah nama dia.

No review on the cerita. Tunggu je lah ntvtujuh atau axn tayang nanti.

Memang banyak teksi kuning dalam season ni

Kekasih jack. Sempat lah bersama sebelum mati hihi

Sweet

Selama ni aku ingat pelakon invisible je yang bermata kecil dan berkaca. Mamat ni bukan pelakon invisible kot, kan? Ke, ya?



Thursday 2 December 2010

Pengalaman Masuk Asrama Part II

Akhirnya, aku ditawar masuk ke sbp. Mula2 dapat surat dari jabatan pelajaran kot. Dia cuma mention nama sekolah. Tapi, tak tau lagi bila nak pegi. Sempat lah encik hairul tau yang aku dapat masuk sekolah tu sebelum dia pergi. Cuma, aku ingat, mungkin lagi sebulan ke baru kena pegi. Lagi pun, aku masih berharap untuk masuk mrsm. Sebab eita pun pernah sekolah mrsm hehehe. Suka tiru. Tapi, tak sampai pun seminggu, aku terus dapat surat dari semejay. Masih ku ingat, dapat surat tu hari khamis dan besoknya hari jumaat, terus aku buat surat tukar sekolah dan pulang buku teks. Aku juga masih ingat tarikh aku mendaftar di semejay. 9 Januari 1995. Sebab masa dah form 5 kami ada buat makan2 sempena setahun kami di situ. Kami sesama kami je lah.

Dalam pada tu, aku masih berharap untuk pergi mrsm uhuk uhuk. Sedih lah. Tapi, aku eksaited la juga nak pergi semejay. Sebabnya, abang epet pun dulu sekolah situ. Parampara sekali lagi hihi.

Oh, lupa lak. Sebaik sahaja aku dapat tawaran yang pertama, terus aku membuat baju kurung baru. Itu lah julung2 kalinya aku buat baju baru selain dari hari raya tau. Baju tu kaler biru corak daun2 pelbagai warna. Dengan piping merah. Semangat aku jahit baju tu. Kot sempat kang aku scan gambo aku berbaju itu.

Dah settle urusan sekolah, hari sabtunya, kami pun pergi ke kota. Memula tu pegi soping dulu. Antara benda yang aku ingat ialah cadar putih 2 set, seluar senam 1, kasut hitam 1 dan kelambu. A'ah. Dalam surat tu ada cakap kena bawak kelambu uolsss. Betapa lurus nya aku. Sampai ke sudah tak pakai pun kelambu tu. Tah pape.

Lepas settle membeli segala beledi bagai, kami terus ke rumah nenek dan pak sedara belah mak tiri aku kat kampung makam. Plannya kami akan pergi pagi isnin tu nanti naik van busu mail. Errr tapi busu mail ke yang hantar ek? Lupa laks. Mungkin lah kot, sebab anak dia ada ikut.

Pada hari ahad tengahari kot, dengan tidak disangka2, aku mendapat panggilan telefon dari encik hairul. Dia call rumah aku, tapi yayu yang jawab kot dan kasi nombor telefon rumah busu mail. Dia kata baru habis orientasi. Dan tiba2 rindu pada ku. Uwekkk. Takde maknanya. Mungkin selepas berpindah sekolah, baru lah dia sedar bahawa 'hatiku tertinggal di malaysia' dan 'rindu memaksaku menyayangimu' kuikuikui. Tapi, nak buat macamana kan?

Jadi, pagi isnin 9 januari 1995 itu, kami pun pergi lah ke kluang. Mula2 tu sesat jugak. Ye lah, navigatornya ialah abah yang kali terakhir pergi situ kot masa hantar abang epet masuk asrama masa form 1 kot. Tahun 1984. Selepas bertanya kat orang, baru lah jumpa. Sampai je di sana, aku adalah kecut perut. Takut seh. Boleh ke aku berdikari? Adakah aku akan dibuli? Orang pertama yang aku jumpa sebaik sahaja turun dari van ialah As. Dia ialah pengawas. Dia yang membawa aku ke dewan besar untuk mendaftar. Masa form 5, aku duduk dengan dia dalam kelas. Satu2nya pasangan form 4 baru dan form 4 lama yang duduk berdua dalam kelas hehe.

Ok, bila masuk je sekolah ni, otomatik ko akan dikenali sebagai form 4 baru. Oleh kerana sekolah ni bermula dengan form 1, jadi, wujudlah form 4 lama juga. Kiranya, saper2 yang tak dapat 7/8A dalam pmr, akan diarah keluar dari sekolah itu dan akan diganti dengan orang2 macam aku ni lah. Gitu. Jadi, walau pun kami sebaya, aku tetap lah 'junior' bagi derang.

Masa mendaftar, aku terjumpa kawan sesekolah rendah merangkap kawan sekampung aku. Sudir. Masa form 1-3 dia duk asrama pusat kot. Sekolah tun habab. Ada sorang lagi kawan sekampung, tapi aku tak kenal sangat sebab dia masuk sekolah aku dulu masa darjah berapa tah. Dan dia masuk asrama felda kot masa form 1-3. Isy, tak koser la aku nak ingat sumer tu.

Lepas mendaftar, abah bagi duit kat aku. Itu lah pertama kali aku dapat duit lebih dari seratus hengget hehe. Tapi, sekejap je lah aku pegang duit tu. Sebab, aku belum beli buku tulis lagi. Masa kat sekolah lama aku sengaja tak beli buku dulu. Selepas abis membeli buku, duit yang aku dapat tadi tinggal berapa puluh hengget aje. Dan itu je lah yang abah ada. Isk isk isk nak nangis rasa.

Pastu, barulah aku dibawa ke asrama. Aku ditempatkan di tingkat 4 (1,2,3,4), rumah suria. Tingkat 1 rumah biru/segara (laut), tingkat 2 rumah hijau/buana (hutan), tingkat 3 rumah merah/purnama dan tingkat 4 rumah kuning/suria. Nombor dorm ialah C43. Sampai abis sekolah aku duduk dalam dorm tu. Dalam dorm tu ada budak2 dari form 1-5. Dan sorang form 4 lama.

Masa tu ada satu kesilapan telah berlaku. Aku tak dengar taklimat tentang minggu orientasi. Aku pun tak tau ada taklimat tu. Sibbaik aku terjumpa sorang budak baru ni tengah nak pergi ke dewan. Aku pun follow dia. Selepas itu, bermula la minggu orientasi.

Aku pun tak berapa ingat, berapa lama tempoh orientasi tu. Apa aktiviti pun aku tak ingat dah. Cuma satu je yang aku ingat, masa hari terakhir tu, kami dipanggil oleh semua senior ke pengawas tah. Dan kami pun di basuh. Tah pape tah derang tu. Ada ker derang marah aku sebab pakai sandal tumit tinggi? Bukanlah tinggi mana, 1 inci je kot. Nak buat macamana, dah memang itu je lah sandal yang aku ada dalam dunia ni. Pastu, ada sorang ni pulak marah2 jugak, dia tuduh aku cuba mengorat abang senior yang bernama A***** (kebetulan aku terjumpa sorang blogger bernama yang sama. hehehe bukan awak). WTF????????????? Adakah kerana brother tu selalu lepak kat bilik pembimbing rakan sebaya which is located next to my classroom, maka aku dikatakan nak mengorat dia? Adoiyaiii... Aku rasa derang ni dah lama sangat duduk terkurung dalam asrama tu, tu sampai rasa insecure tak tentu pasal. Takde maknanya lah aku nak ngorat brother lembut tuh. Amit2.

tbc...