3. Belajar solat jenazah dan sujud sajadah. Penting!!! Boleh dikatakan, setiap waktu solat ada jenazah yang perlu disolatkan. Mengenai sajadah pula, biasanya pada hari jumaat, imam akan membaca surah al- sajadah pada waktu solat subuh. Dan bila tiba ayat sajadah tu, dia akan melakukan sujud sajadah ni. Pertamanya kita kena tahu itu adalah surah sajadah. Senang je nak tau. Ia dimulakan dengan 'alif lam mim... tanzilal kitabi la roiba fih...'. Lagi pun kita dah tau tu hari jumaat kan. So, bila dengar je dia baca ayat ni, standby lah untuk sujud sajadah. Bila tiba ayat 'wahum la yastakbirun...', imam akan takbir dan terus sujud. Kata ustaz jermen, masa dia pergi yang baru ni, memang ramaiiiiiiiii sangat yang ruku' waktu ni. Itu lah pentingnya menuntut ilmu sebelum pergi ni. Mungkin kat mesia jarang berlaku (bukan jarang, selalu, cuma kita yang tak pernah pergi masjid time subuh kannn hihi). Dan selesai sujud ni, kita kena terus berdiri dan jangan menambah apa2 pergerakan. Imam akan menyambung bacaannya semula. Masa aku pulak, aku sempat jumpa 1 jumaat je kat sana iaitu di mekah. Dan memang betul, masa sujud sajadah, kebanyakan orang di sekeliling aku adalah ruku'. Errr sampai aku pulak rasa macam aku yang salah hahaha. Rasanya kalau aku tak pergi kursus tu, aku pun ruku' jugak. So, aku nak tekan kan sekali lagi, belajar dulu! Terutamanya perkara asas. Eh, ni dah macam ulasan point pertama tadi la pulak.
4. Kurangkan bercakap. Dan berhati2 memilih kawan. Bukan tak boleh berkawan. Dan bukan tak boleh bercakap. Tapi kurangkan je. Semasa di madinah, hotel kami adalah berdekatan dengan masjid. Tetapi semasa di mekah, kami ber-14 telah terpisah dari group kami yang 54 orang itu dan ditempatkan di hotel 'atau setaraf'. Sedangkan 40 orang yang lain tinggal di r0yal sultan. Oleh kerana kami tak pernah pergi, maka, apa yang diberi, kami terima saja tanpa banyak soal. Memang hotel kami agak jauh dan agak usang, tetapi kami tak dapat nak bandingkan dengan r0yal sultan sebab tak pernah pergi. Pendek kata, tak terfikir la nak compare2 ni pada mulanya.
Tetapi, dalam group kami itu juga, ada satu femili. 3 beradik beserta ibu plus seorang kakak ipar (menantu ibu tadi). Perempuan semua. Yang adik beradik ni semua first timer, tetapi kakak ipar ni dah masuk kali ke-3 pergi umrah dan sekali pergi haji. Dan ke-3-3 umrahnya dilakukan dengan andalus1a. Sejak hari pertama sampai di mekah lagi, kakak ni dah bising, kenapa kami dicampak ke hotel ini? Siap telefon ejen di mesia lagi untuk komplen. Mula2 tu aku takde lah nak ambik port. Lagipun aku tak kisah pun kena tinggal kat situ. Ok jer. Nak pergi masjid turun bukit.
Yang tak sedapnya, pada suatu malam tu, akak ni boleh pulak bukak cerita. Sebelum ni selama dia pergi dengan andalus1a ni, ini pertama kali dia duduk kat selain r0yal sultan. Hotel tu masih baru dan lebih baik bla bla bla. Hujung boleh lak dia cakap, i'm not complaining, just comparing. Pang!
Bila dia cakap cenggitu, aku pun dah mula terfikir yang bukan2. A'ah kan, kita bayar sama, tapi hotel buruk. Dan kami bayar lagi mahal untuk bilik berdua, tapi orang lain yang bayar kurang, dapat bilik berdua jugak, sama sebijik sebijon dengan bilik kitorang. Bezanya bilik kami di tingkat 1, derang tingkat 11. Tengok, aku yang asalnya redha telah menjadi nates hasil provokasi akak ni. Mungkin ini ujian buat ku uhuk uhuk uhuk.
Dan, selepas umrah kedua (yang dibuat semasa kami puasa dan aku macam nak pengsan tu), aku dah mula rasa lain macam. Macam ada yang tak kena dengan akak ni. Pertamanya masa saie, encik hairul adalah menolak wilcha ibu mertua beliau. 5 1/2 pusingan ok. Bukan di tingkat atas, tetapi di ground floor. Bermakna kena tolak wilcha tu menaiki bukit safa dan marwah. 1 1/2 pusingan lagi dilakukan oleh seorang lagi lelaki dalam group kami. Aku pernah terbaca, kalau kita saie dan ter'ubah niatnya untuk menolak wilcha, ditakuti saie kita itu tidak sah. (Ni kena ada pengesahan la kan). Memang la niatnya nak menolong, tapi eh, kan dah salah niat tu, nak menolong pulak? Sebab itu di sana ada disediakan perkhidmatan sewa wilcha dan upah menolak wilcha ni. Jadi, orang yang menolak tu bukan niat saie (tiada saie sunat), sebaliknya semata2 menolak wilcha.
Cuma, bila terpaksa menolak ibu itu tadi, encik hairul tak dapat lah fokus mengikuti bacaan yang dibimbing oleh mutawwif tu. Mungkin dia boleh ikut, tapi betul tak betul bacaan tu, entah lah. Lain lah kalau dah hafal ke. Pendek kata, tak khusyuk la kan. Dan bila selesai semua, akak ni pun berterima kasih la kat lelaki2 perkasa yang menolong menolak ibu mertua dia tu. Ok, fine. Tapi yang tak sedap nya, dia boleh bercerita pulak, macamana ibu itu nak sangat pergi umrah ni, walau pun dia dijangkakan akan melakukan operation kaki pada bulan 7 ni. Katanya, patut tunggu lah operate, dah baik, dah boleh jalan, baru lah pergi (kalau panjang umur sempat pergi dan boleh berjalan balik...) Takde lah kena berwilcha. Katanya lagi, takkan nak upah orang tolak. Kalau sekali dah rm250, 3 kali dah berapa? Pastu dikatanya pulak suaminya yang takmo pergi sekali (haji dan umrah2 dia sebelum ni pun dia pergi sorang). Pendek kata, dia mengata kuarge dia lah. Yang aku frust tu, dia tak mahu upah orang tolak wilcha, padahal duit banyak. Aku tak tau lah duit dia banyak ke tidak, tapi dia keje lecturer, dr. pula titlenya dan suami dia pakar tulang. Tiap2 tahun pergi umrah. Hellooo rm250 x 3 baru rm750 ok. Kalau beli jubah blink2 tu pun dapat 3 pasang. Pastu, kenapa dia nak cerita keburukan suami dia (yang masih belum sampai seru nak ke tanah suci) dan ibu mertua (yang nak pegi jugak walaupun tak boleh berjalan)? Yang adik beradik tu pulak, entah, macam bukan mak derang pulak aku tengok. Selamba je buat tak tau ngan mak derang. Masa umrah ke berapa tah, dia minta tolong lagi untuk menolak wilcha, tapi aku ajak encik hairul buat umrah sendiri2, tak ikut group. Hihihi jahat nyer aku kan?
Sebenarnya aku nak korang ambil pengajaran. Aku tak sebut nama derang ok. Yang penting, jaga mulut dan kelakuan di sana. Aku tak boleh elak dari akak tu sebab dia bercakap tu time makan di dewan makan huhuhu.
Thursday, 21 July 2011
Tips Umrah Siri 2
Hasil karya AyunasiA pada 1:02 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment