Wednesday 18 May 2005

Hujan Di Tengah Jalan
Aku balik dari BP last 2 week, tengah jalan, hujan lebat. Aku pun pasang wiper paling laju. Entah macamana, tetiba wiper tu tanggal. Aku baru tukar wiper tu, selepas tak pernah tukar selama 4 tahun. Mana aku tahu wiper murah senang patah. Kebetulan yg patah tu yg belah driver. Hujan lebat, lori banyak dan aku meninjau2 jalan dari belah penumpang sebelah. Tak ble jadik, aku berenti. Hujan da slow sket. Aku pun cuba letakkan wiper pada kedudukan asal walaupun pemegang nya da x cukup kuat; patah. Tak sampai 5km, dia tanggal lagi. Kali ni kena berenti kat tempat yg ada orang. Bahaya. Zaman sekarang aku da tak takut hantu, manusia lagi bahaya. Cari punya cari idea, akhirnya kena tepon dia. Pompuan, memang tak geti berpikir waktu kecemasan, lebih2 lagi berkaitan ngan kete. Akhirnya dapat pun solution. Kebetulan gak aku nak bawak balik silotep dari rumah pagi tadik. Patut la aku nak bawak, rupanya ada kegunaan. Maka aku pun balut wiper ngan silotep dan aku pun meneruskan perjalanan tanpa was2 sambil berterima kasih kat dia dalam ati. Patut la aku kawin ngan dia...

Monday 16 May 2005

Selamat Hari Guru!
Nape guru sekolah je yang menyambut hari guru? Guru kat IPT takle ke? Ke sebab nama derang bukan guru, walaupun tugasnya sama? Ada orang kata, antara guru n lecturer, tugas guru lagi berat; mendidik murid dari tak tau menulis, membaca n mengira kepada tahu. Abis tu, student IPT sumer dah tahu lah apa yang diorang belajar selama 3- 4 tahun tuh? Derang tahu lah Frequency Modulation tu ialah a process of modifying the frequency of a radio frequency carrier signal in proportion to the amplitude variation of the modulating signal? Hm...
Nak cite pasal guru yang aku ingati, memang banyak. Bio aku cite dari aku masuk sekolah tadika. Masa sekolah tadika, guru kelas aku, Cikgu Jamidah. Dialah yang mengajar aku mengenal huruf dan nombor, mengira 1-10, menulis nama sendiri, menyanyi, bermain hulahup (ye ke namanya nih?) dan macam2 lagi. Masa tadika jugak ada sorang org Jepun datang tadika tu, dia ajar buat berus gigi n cawan ngan kertas.
Darjah satu, guru kelas aku, cikgu Usha Rani. Dia ajar BI. Dia jugak yang pernah aku ceritakan diawal2 dulu; suruh aku ngajar depan kelas sementara dia kuar gi mana ntah(ngulo). Tak banyak kisah menarik masa darjah satu. Cuma masa tu, cikgu Matematik; cikgu Rashidah, dia akan bagi bintang pada setiap kerja yang betul. Sape dapat kumpul 50 bintang, dia bagi air kotak (skim susu sekolah tu...) Masa tu, sumer nak buat homework bebetul supaya dapat bintang. Tapi aku tak jadi student pertama yg berjaya kumpul 50 bintang. Tapi last2 dapat gak.
Masa darjah 4,5 ada cikgu aku yang gatal. Eeee bila da besor baru aku faham bahawa cikgu tu dak melakukan sexual harrassment kan kawan aku. Tapi masa tu, mana ada yg berani. Darjah enam, ada sorang ustaz, namanya ustaz suhardi. Muda lagi, hensem pun iye. ramai lah budak pompuan minat kat die. Masa hari guru, sume nak bagi hadiah kat dia. Aku cuma mampu bagi pen 3 batang. Entah dia tahu ke tak sape yg bagi pen tuh. Member yg lain yg fulus lebih bagi adiah yg mahal sket. Takpe lah, yg penting aku ikhlas. Masa hari raya, dia ajak kitorang gi umah dia. Kitorang gi reramai naik bas kopenda ke air tawar 2. Jalan kaki satu felda cari umah dia, dari pagi sampai tengahari tak jumpa. Last2, aku ckp ngan derang, ni last kopek kita pusing. Kalau tak jumpa gak, kita balik. Time tu la jugak ustaz tu lalu situ naik motor. Memang dia cari kitorang pun. Mmmm masa kat umah tu, dia cakap kat bebudak pompuan nih, kat sekolah panggil la ustaz, kat umah bleh panggil abang. Ceh! Masa tu, budak2, kecik lagi, anggap dia gatal lah. Tapi bila dah besor, baru aku faham, dia umo 20-an, kitorang masa tu 12 tahun, memang pangkat abang pun. Takdelah salah pun. Hm...
Masa darjah 6 gak, cikgu Matematik aku, cikgu Darlina. Pun kitorang gi raya umah dia kat AT3. Aku suka cikgu nih. Cara dia ajar memang faham betul. Dia kata dia ada ilmu pandang tembus. So kitorang tak berani lah berbual kat belakang kelas. Dia memang best, tegas. Sampai sekarang dia masih ajar sekolah tu lagi. Masa kitorang abis darjah 6, dia kawin ngan cikgu sekolah tu jugak. Last aku jumpa dia masa aku buat diploma. Jumpa masa rombongan sekolah tadika. Mak aku suruh aku temankan adik aku, ikut gi rombongan sebab masa tu busy ngan satu majlis perkahwinan. Cikgu tu bawak anak dia. Dia ble tanya aku, dah tingkatan berapa sekarang? La... aku ni macam budak sekolah lagi agaknya masa tuh.
Satu cikgu yang takkan aku lupa sampai bebila ialah cikgu Pendidikan Seni aku. Takyah la sebut nama. Masa awal darjah 6, aku mengalami accident, jatuh basikal yg aku rasa teruk gak la, tapi tak sampai masuk spital. Aku jatuh tupun masa nak gi umah kawan, siapkan kerja lukisan. So, aku cuti sekolah dekat sebulan gak lah. Bermakna aku da tertinggal 4-5 kerja lukisan. Bila aku naik sekolah balik, cikgu tu suruh antar sumer kerja yg dia suruh. Ada la beberapa orang yg belum siap, tapi aku bukan belum siap, malah tak tau pun apa benda kerja tu. Tapi dia denda gak. Sume yang tak siap tu beratur depan kelas, sorang2 jotos (istilah menggunakan belakang jari hantu untuk mengetuk kepala sambil genggam tangan) kepala setiap orang, gilir2. Aku rasa, ada la dalam 5/6 orang yg jotos aku dan aku jotos. Tapi memang sakit dan malu. Sejak tu, setiap ari Isnin, ada lukisan, aku tak gi sekolah dengan alasan ada lukisan. Abah pun kompius gak, apesal lak tak nak gi sekolah. Malam isnin, ada kelas tambahan, nak gi plak. Lepas beberapa minggu berlaku, bapak aku gi jumpa cikgu kelas aku, cikgu Abdul Rahman utk mendapatkan penjelasan. Siasat punya siasat, dapat pun puncanya. Dan aku pun ble gi sekolah dan masuk kelas lukisan tanpa didenda sebab tak hantar lukisan. Kira cam bagus aje hek? Kepada cikgu lukisan, cikgu W** M******a, maafkan saya cikgu. Kalau kita jumpa nanti, saya belanja, ok? Masa tu, dalam ati dah nak balas denda, kalau dia ada anak, aku nak dera anak dia plak. Tapi, tak jumpa lak student aku berbin kan nama dia.
Masa form 1, aku benci cikgu Sejarah. Dia suka kacau aku, hanya kerana aku gi sekolah naik basikal. Tak mau ingat dia. Masa form 2, pun aku benci cikgu sejarah. Bertitik tolak dari dia lah aku benci subjek sejarah sampai form 5. Masa pekse tengah tahun, aku dapat teruk sejarah. So, dia suruh buat pembetulan. Kalau tak salah aku, soalan sejarah masa tu 75 soalan. Dia suruh buat 10x, salin soalan sekali. Kalau ada gambo peta ke, apa ke sume kena lukis. Bayangkan lah kalau 75x10, da bape? Kalau guna komputer, ble gak copy paste, nih, kena salin ngan tangan. Huaaaargh!!! Dia bagi 3 minggu (cuti tengah tahun). Masa tu plak kakak aku kawin. Aku lak nak khatam, tapi tak abis lagi sket. So, masa aku bnyk pada nak khatamkan dan menyibuk la. Akibatnya, aku tak abis buat 10 copy. Bila naik cuti, masa aku tunjuk buku aku, aku ingat lagi, kat depan meja cikgu tu, dia tanya la aku nape tak siap. Takkan aku nak cakap, kakak saya kawin, so takde masa nak buat? Mesti dia akan cakap, kakak awak yg kawin, bukan awak. Eleh... aku da tau da ayat cikgu. So, sambil tunduk dan bergenangan air mata, aku tak jawab. Dia terus desak, tanya gak sambil menempeleng muka aku ngan belakang tapak tangan dia beberapa kali. Walau pun slow je tapi sakit lah jugak sebab ada batu cincin dia. So, tepi mulut aku pun ada lah berdarah sket. Dah lah tu, siap sindir2 aku plak tu. Huh... Aku pun menangis lah. Pastu dia suruh aku siapkan jugak. Dia nak gak minggu depan. So, dalam seminggu tu aku siapkan lah walaupun aku buat sambil meleleh air mata dan ponteng beberapa hari. Memang tragis lah... Sejak tu aku benci dia ngan subjek sejarah sekali. Hujung tahun, aku pindah sekolah. Lega, tak jumpa dia lagi. Rupanya dia bekas cikgu sekolah yang aku pindah tuh. Huh!
Form 3 masa paling seronok dalam sejarah hidup aku. Sebenarnya, aku sekelas ngan husband aku sekarang nih. Sayang dier... Cikgu paling best, cikgu Matematik, cikgu Norhayati. Dia cantik. Kitorang uka tengok baju dia. Tiap ari mesti baju lain. Tak pernah dia ulang pakai. Dia suka cakap, jadi di sini......, sambil menarik kapur dari hujung papan itam ke hujung yang lain. Selain tuh cikgu2 aku sumer best2. Cikgu Fun Kok Siang, guru kelas. Dia ajar BM. Dia gak incharge buku teks. So, kitorang bleh pilih buku teks yg baru2. Tapi dia pernah buat jahat kat aku, tapi aku dah maafkan. Dia jadikan aku dan beberapa org lagi anak angkat. Dia bagi buku latihan kat kitorang. Suka. Ada satu tragedi gak, masa tuh, cikgu Geografi. Kan dulu ada kajian sejarah n kajian geografi. So, masa tu, sume org ada beli set kertas a4 yg da siap binding utk buat buku kajian tu, kecuali aku. Aku beli kertas sendiri sbb yg dia jual tu mahal. Tiap kali ada kelas geografi kena bawak sebab dia nak tengok progress keje kitorang. Satu ari, aku lupa nak bawak, padan la muka aku. Dia denda aku, berdiri dalam longkang. tau la kan longkang tu kecik, so kena masukkan kaki senget. Kena la berdiri situ sampai abis kelas. Sebenarnya yang memalukan sekali sebab husband aku duk tepi tingkap bebetul sebelah longkang tuh. So, masa tu tgh malu2, so, bengang lah. Hm... kelakar lak bila ingat. Memang banyak kenangan masa sekolah, especially masa form3. Lebih2 lagi, sume kenangan tuh masih aku kongsi bersama si dia sekarang. Hm...
Form 4 n 5 aku masuk sekolah berasrama penuh. Lain plak cite kat sini. Guru kelas aku, cikgu Yusof. Masa kat sini, aku kurang tido. Dulu, duk umah, tido awal. Bila duk asrama, abis prep je dah kol 11, bangun pagi kol6, berebot bilik mandi. So, dalam kelas la aku ganti tido. Selalu sangat cikgu Yusof kejutkan aku. Sebenarnya bukan tido, terlelap. Sambil tengok muka cikgu pun aku ble terlelap. Pastu, dalam report card aku pun cikgu bagi komen, pelajar ini selalu tido di dalam kelas. Masa form4, cikgu sejarah aku best. Masuk form 5, aku benci sejarah semula. Cikgu tu ajar tak best n tak paham. Masa pekse tgh tahun, aku fail sejarah. Ada 2 org fail dlm kelas aku. So, cikgu panggil dan brainwash. Dia kata, tahun lepas pun ada yg fail pekse tgh tahun, tapi dapat A1 masa SPM. Pastu, aku kena masuk kelas intensif sejarah. Kelas ni, di conduct oleh cikgu masa form 4. So, aku pun semangat lah baca buku sejarah, hafal fakta. Dia banyak ajar teknik belajar sejarah. Sejak tu, tiap kali nak tido aku mesti pegang buku sejarah. Senang nak tido sebenarnya...Akhirnya aku berjaya mengulang sejarah SPM tahun sebelum tuh.
Ada satu lagi cikgu, BI. Aku tak suka dia. Dia jarang masuk kelas. Suka ponteng. Masa kelas BI, kitorang kena pindah kelas, mengikut pencapaian. Aku masuk kelas corot. Satu ari, kitorang satu grup pakat2 nak repot kat pengetua pasal cikgu ni, tapi masa tu plak dia masuk kelas. AKu tak ingat sgt apa yg aku dah cakap/ mengata pasal cikgu nih, tapi ada yg repot kat dia yg aku ngan sorang kawan aku nih mengata dia. So, satu petang, dia panggil kitorang dan kena brainwash lagi. Yg aku ingat kitorang menangis giler2 lah masa dia panggil tuh. Teruk gak kena torture.
Itu lah antara kenangan aku dan guru2 ku. Kini, walaupun aku bukan guru dalam ertikata guru sekolah, aku tetap seorang pendidik. Aku akan cuba menjadi guru yg baik utk sumer. Dalam kuarge aku ajer, ada 5 org guru; 2 kakak+1 abang+ 1 kakak ipar+1 abang ipar. SELAMAT HARI GURU!!!

Monday 9 May 2005

Sekarang student cuti semester 3 bulan. Bulan July baru diorang balik. Tapi aku ada kelas, Intersesi. Diambil nama sempena antara sessi/semester atau summer class. Sape tak nak dibayar sejam rm50, kan? Kalau takde pun, bukan buat apa pun gi keje. Kelas aku ari Ahad, kol 9am - 1pm dan 3pm - 6pm and Selasa 10am-1pm. Ari Selasa ok lagi. Kelas ari Ahad, semala aku da rasa cam nak pengsan. Malam, da sakit tekak cam nak selesema. Cecepat aku minum air asam jawa. Sekarang da tak jadik selesema. Hujung minggu ni takle balik coz nak ganti kelas 1 Mei aritu. Pastu, esok, diorang ada exam MUET. Kena ganti lagi. Bukan aku takle abiskan syllabus dlm tempoh 2 minggu lagi, tapi, diorang da bayar rm200 sorang, tak tergamak lak nak buat jahat, walau diorang kata,' kitorang halalkan je cik...'

Tak sangka, da lama kenduri kawin aku, tapi masih ada yang bagi adiah. Thanks Anar...

1 Mei aritu aku gi kenduri kawin ( selalu aku sebut pengantin) kawan sekolah aku. First time aku sampai ke Pontian. Konon nak jumpa kengkawan yg lain. Tiba Benut, member lak tepon kata da nak balik. Aku suruh tunggu sebab aku bawa gambar kawin aku. So diorang pun tunggu. Dapat lah beberapa orang. Yang sorang selalu aku jumpa masa aku kat Shah Alam, tapi sekarang da ada baby. Sorang aku selalu datang umah dia setiap kali raya. Yang sorang, kali terakhir aku jumpa tahun 1997 masa amik result SPM. Dia baru balik dari Jepun 2 bulan lepas. Bakal doktor. 6 tahun merantau, balik Malaysia, kena amik exam dulu baru ble ditauliahkan. Sesekali terpikir gak, nape aku takamik medic dulu? Eh, kan aku takut tengok orang sakit... Aku rasa nak tukar bidang, tapi masih ada masa ke???Forget it... Lapar laks...