Monday 30 June 2014

Editted : Laksa JDT Sempena Cuti JDT Juara Liga Super


Nampak gayanya, aku tak dapat mengikut jejak blogger di perantauan yang lain. Yang banyak post entry resepi masakan. Bukan sebab aku tak memasak ok... Tapi mungkin sebab aku tak rajin mencuba resepi2 baru kot. Tetiap hari masak benda yang biasa. Yang tak impressing kot huhuhu. Tambahan pulak bila tengok resepi orang lain yang rasanya lagi sedap dan lebih menjanjikan, apalah sangat resepi aku ni, kan... Baik aku dok diam2, update blog dengan perkara yang aku lebih 'pakar' iaitu mengeradau eheh.

Cuma hari ni aku ada rajin sikit nak share resepi lakse joho versi aku yang dah dipermudahkan. Banyak je resepi orang yang mudah, tapi aku punya khusus untuk orang2 yang alah kepada seafood khususnya udang. Ikan pun seafood? Maksudnya selain ikan la. Kalau ikan pun ko alah, toksah lah mengidam nak makan lakse ek. Entah sejak bila tah, asal makan udang jek, mula lah gatal satu badan aku ni. Dulu boleh jek makan udang sekilo sekali hadap je 2 orang. Dah cukup kuota la kot. Setakat itu je lah rezeki udang aku uhuk uhuk uhuk. Sedih. Tapi masih boleh makan lagi la. Takde lah sampai bengkak2 ke hape. Gatal sejam dua jek. Dan resepi ni takde taruk ikan kurau ke watsoeve lah. Memang basic ar ni.

Sejak kat jepun ni, aku dah masak lakse ni 3 ke 4 kali tah. Kali terakhir ialah hari khamis lepas, sempena meraikan kemenangan jdt dalam liga super hehe. Setiap kali, rasa dia lain2 walau pun resepi sama. Tapi yang kali kedua aku rasa yang paling terbaik. Sebab yang kali kedua tu sempat aku panaskan keesokan harinya. Tu yang dia jadi lagi sedap. Yang masa2 lain tu terus habis jek. Betul lah seperti yang aku pernah dengar... lakse ni lagi sedap selepas semalaman atau seharian. Lagi mesra ar gitu.

Okeh, kiter terus ke resepi lakse. Cadangan untuk 5-6 orang makan.

Bahan-bahannya:

Sepeket spageti
1 ekor ikan saba (makarel). Kalo kat mesia tu pakai lah ikan uji rashid tu dalam sekilo ker.

Untuk diblend halus:
6 biji bawang merah atau 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Seruas jari kunyit
Seruas jari halia
Seruas jari lengkuas
1-2 batang serai

5 sb cili kisar (sambal belacan akan membantu)
1 bungkus serbuk kari ikan
8 sb santan serbuk atau sekotak santan 200ml
2 keping asam keping
2 sb garam
Secubit aji
1-2 sb gula (optional dan agak2 la sendiri ikut selera masing2)
Daun kesum
*2sb kerisik

Sampah-sarapnya:
Taugeh
Timun
Daun kesum
Bawang besar

Lain-lain:
Sambal belacan
Limau kasturi

Kekdahnya:

1. Ikan tu buat lah macam biasa. Rebus, asingkan isi dan blend. Tulang pun blend dan tapis airnya. Memang guna sepenuhnya air rebusan ikan ni, takde tambah air lain sebab kuah dia jenis pekat.

2. Tumiskan bahan yang dikisar.

3. Masukkan kari. Ikut lah skill memasing, nak masuk terus baru masuk air ke, atau bancuh jadi pes siap2. Kalau mak aku masak kari, dia tak kasi tumis rempah kari dalam bentuk apa pun.

4. Masukkan cili kisar.

5. Dah settle bahan2 tumis segala ni, masukan ikan dan air rebusannya. Masak lah sampai mendidih.

6. Pastu masukkan santan. Dah mendidih buh asam keping, garam gula, aji. Last sekali masukkan kerisik. Masak lah sampai pekat ala2 wat spageti bolognese. Tak perlu berkuah sangat pun. Sebab tu kite boleh makan ia dengan tangan jek.

7. Sambil2 tu rebus lah spageti dan hiris sampah-sarap dia. Daun kesum tu racik halus. Timun tu potong panjang2. Kalau timun mesia tu ambik isi luar je, tak ambik biji. Kekdahnya potong timun tu sepanjang 2 ruas jari, pastu kupas keliling dari luar ke dalam. Nanti dia akan jadi curl. Pastu potong macam mancis atau hiris dalam bentuk curl tu. Errr ni untuk tujuan presentation la kan. Takat nak masuk perut sendiri, potong lah cemana kekdah pun.

Okeh, itu jek. Senang, kan? Kekdah nak makan lakse ni kena gaul semua sekali.

Selamat berbuka!

*p/s Baru perasan tertinggal kerisik dalam resipi ni. Aku pun terlupa masukkan kali terakhir buat tu ari. Patut lah rasa macam kurang.



Friday 27 June 2014

World Cup Brasil 2014




Cawan dunia datang lagi! Kali ni aku lebih teruja sebab satu, sepak mula berlangsung pada hari jadi ku (tapi kat jepun dah masuk hari besoknya). Dua, aku tak kerja. Maknanya boleh tengok bola tanpa rasa menyesal sebab mengantuk besok kena pergi kerja. Ni kira kali kedua lah aku tengok welkap ni dalam keadaan tak bekerja. Dulu pertama kali masa welkap germany 2006. Afrika 2010 tak dapat follow sangat sebab kerja tapi ada kenangan manis. Ingat lagi tak yang aku main netball pastu menang tu? Haaa tu time welkap 2010 la hihihi.

Sebelum welkap bermula, macam biasa lah, sibuk dok cari jersi. Tengok yang ori kat sini bih kurang 8000yen selai. Tu untuk saiz aku. Rege dia ikut saiz. Kalau untuk encik suami dekat 1mang. Jersi jepon lagi lah mahal! Memang tak ar nak beli yang ori kan.

Lalu aku pun membelek la jersi yang dijual online. Kat mesia lah semestinya. Mana lagi nak dapat yang ori lah sangat dengan harga murah kan. Dan terjumpa lah sorang member ex-semejay yang jual kat fb. Boleh je lah. Masa tu lagi sebulan nak welkap. So, aku ingat nak suh dia pos ikut darat je supaya tak lah mahal sangat. Lama lagi kononnya.

Sekali tunggu punya tunggu, sampai ke hari jadi ku pun stok tak sampai2. Jauh sekali nak pos ke jepang! Adeh la... Ni lah masaelahnya berurusniaga dengan kengkawan ni. Nak marah pun tak boleh. Kalau orang lain boleh gak kiter fire kan dia hehe. Dan sejak itu aku dah redho. Takde rezeki lah nak memakai jersi ketika menyokong Nal ku. Macam lah ada beza, kan...

Last week, member tu bagitau, stok dah sampai, tapi dia terpaksa pulang balik sebab logo senget ke hape tah. Last2 dia dapat pos pada hari jumaat lepas. Poslaju lagik! Sibbaik dia kasik diskaun, bayar pos rm50 jek. Dah pos tu, tinggal tunggu je lah kan. Harap2 sampai sebelum semalam sebab last game pagi tadik. Sekali semalam balik kelas dapat slip pos. Dia dah hantar, tapi takde orang kat rumah. Kena ambik kat yubin. Jauh plak tu. Encik suami pulak bizi semalam sebab hari ni ada zemi. Maka sampai ke sudah lah aku tak dapat memakai jersi yang sama dengan Nal ku. 'Ke sudah' sebab pagi tadi Nal ku dah pun bungkus balik kampung. Sedih tengok muka dia. Syian ye...

Bayangkan, dia masukkan 1 gol, tapi reaksi dia macam tak gol pun. Toye je, senyum pun tidak. Menang game ni pun takde erti apa2. Tengok aksi dia tumbuk tanah selepas setiap cubaan gol gagal. Alahai... Derang sepatutnya kena tambah 1 gol je lagi. Mata dah sama ngan usa. Bilangan gol pun sama. Tapi bilangan bolos pulak yang lebih. Ni sumer salah muller! I hechiu!

Dah terlambat...

Setengah kilo je pon mahalnya la hai poslaju ni...

Oleh sebab itu, lepas ni aku terpaksa berpaling arah kepada yang lain. Holand. Aku nak holand menang. Kat sini derang panggil oranda. Kan derang takde huruf L. Ni baru betul sokong pasukan. Yang tu tadi sokong individu je hehe. Alah, 2010 pun sama jugak, Nal balik kampung awal. Rilek ar... sobsobsob.

Okeh, berkenaan welkap. Macamana kekdah aku menonton welkap ni? Tengok kat tivi! Ada beberapa siaran yang tayang bola ni. Tivi nhk. Sebelum2 tu beberapa kali orang nhk ni ketuk rumah aku nak kutip duit yuran siaran dia. Rupanya tivi biasa pun kena bayar. Ingat dah bayar bulan2 525yen tu dah settle dah.

Sebalang popcorn untuk 2 match. Tetiap hari kena buat... dah boleh bukak pawagam dah.

Game untuk peringkat liga ni bermula jam 1 pagi. Pastu kul 4 pagi, 7 pagi dan pernah 10 pagi. Kecuali yang pukul 10, semua aku pernah try tengok. Yang first tu brazil lawan mexico kot kan, pukul 4 pagi. Sesuai sangat time tu sebab lepas subuh takyah tido. Tapi aku lagi suka dan lagi banyak kali tengok yang pukul 1 pagi sebab abis je game, terus masuk waktu subuh. Kul 2.50 pagi. Pastu boleh terus tido. Tapi bangun nyer tu toksah lah tanya pukul berapa kan... hehe. Aku tengok je semua game selain portugal ngan holand. Masa ni lah nak kenal asal usul players. Eh, terkejut aku aritu tengok klose masih main lagi. Ingat dia dah pencen dah. Rasanya dia dah main sejak jepun/korea 2002 kot. Sebab sebelum kenal Nal aku suka Klose hehehe. Pompuan!

Untuk bulan puasa ni pun memang sesuai tengok yang pukul 1 pagi tu. Sambil2 tengok bola boleh sahur. Eh, salah. Sambil2 sahur boleh tengok bola hihi. Lain maksudnya tu.

Okeh, besök bermula pusingan 16 aka pusingan kalah mati. Bermula dengan brazil vs chile serentak dengan uruguay vs colombia. Besoknya baru holand vs mexico. Sibbaik holand main pukul 1!

Jumpa lagi!



Thursday 26 June 2014

JDT Juara Liga Super 2014




Akhirnya...

Penantian selama 23 tahun telah berakhir semalam. Kemarau menjulang piala kemenangan berakhir tatkala JDT menewaskan Sarawak satu gol berbalas kosong dalam perlawanan 'ter'akhir liga super yang berlangsung di stadium negeri sarawak bumi kenyalang. Amacam, ada macam ayat berita tak?

Kalau tahun lepas liga super berakhir dengan anti-klimaks bila mana piala liga super dijulang di kota singa, tahun ini pula tiada penyampaian piala di kedua2 lokasi perlawanan penentuan.

Uniknya perlawanan terakhir semalam, selain JDT bermain di tempat lawan, satu lagi perlawanan penentuan merupakan pertemuan sesama negeri iaitu Selangor dan PKNS.

Dah lah JDT main 'away', dekat far far away land pulak tu. Away sangat! Dah komfem lah takde saper nak pergi, kan... B.O.S. yang pergi tu pun kot ada sponsor. Kalau tak, lebih kurang anti-klimaks jugak lah kekdahnya. Penyampaian piala dibuat malam ini kat larkin. [video]

Sebelum perlawanan, timbul juga kebimbangan di hatiku kot2 selangor boleh kawtim pulak ngan pkns ke kan. Ye lah, kalau pun pkns menang, memang dah tak boleh pergi lagi dah. Dah komfem ke liga perdana.

Untuk perlawanan semalam, JDT kena menang untuk menduduki takhta liga. Kalau seri boleh lagi, tapi selangor tak boleh menang ar. Kalau seri dan selangor seri, mata jadi sama, tapi JDT masih lead dari segi bilangan jaringan. Separuh masa pertama selangor dah lead, sedangkan jdt masih 0-0. Sebaik sahaja mahalijasuli dan nazrinnawi (kot) diganti dengan amriyahyah dan matyo, diaz terus menjaringkan gol kemenangan. Last minute sarawak ada gol, tapi sibbaik offside. Phew! Selangor pulak seri ngan pkns 2-2. Nampaknya semangat kesukanan mereka lebih tinggi daripada semangat kenegerian. So, happy ending. Pasni piala mesia pulak. Lusa kot dah start. Pastu sambung lepas raya lah kot.

Kesimpulannya, JDT mula speeding selepas mendapat jurulatih baru si bojanhodak. Kalau ikut rekod dia lah yang membawa kelantan membolot ke 3-3 piala suatu ketika dulu. Maknanya, selain pemain, jurulatih juga memainkan peranan penting. Macam yang pernah aku cakap dulu lah (pernah, kan? yang kisah tigerwoods tu?), jurulatih ni yang nampak apa yang berlaku dalam padang tu.

Ok, itu jek. Tahniah JDT!

Sekian terima kasih.



International Cooking Class : Masakan Uzbekistan - Dolma


Kelas masakan pertama untuk semester ini. Semester lepas ada 3 kelas. Kelas ke-3 aku tak cerita sebab aku yang memasak. Masakan Malaysia. Kami masak lontong ngan kuih buah melaka hihi. Ada je gambo yang sensei tangkap, tapi macam tak perlu kot nak cerita. Tak kosser kan...

Kelas kali ni berlangsung 2 jun yang lalu. Ambik! Dah dekat sebulan dah. Selain masak dolma ni, sensei ada juga masak satu masakan jepun iaitu chirashizushi. Ala2 sushi la, tapi takyah kepal2 nasi tu. Gaul je sumer, macam makan nasi.

Okeh, kasi tengok cemana derang buat...

Mula masak nasi sushi macam aritu. Ingat tak? Alaaa yang nisbah beras air 1:1 tu. Salah satu dari air tu pakai air rendaman konbu (seaweed). Masak macam biasa. Sementara tu...

Panaskan cuka sushi. Dah panas, matikan api. Kendian masukkan garam dan gula. Gula perang better. Rasa campuran ni sweet sour gitu. Amakute suppai!

Pastu tuang dan gaul campuran tu dengan nasi. Hasilnya nanti nasi akan manis dan berkilat.

Gaul sambil gaya menghiris secara serong guna senduk tu. Pepandai la korang imejin.

Sambil tu kipas beramai2.

Sambil tu jugak, siapkan benda2 yang nak dimakan dengan nasik seperti...

Telur dadar.

Halia jeruk


Carrot dan shitake mushroom (rendam dulu semalaman - asalnya cendawan kering) direbus bersama gula dan syoyu (kicap).

Syoyu yang dimaksudkan

Dan renkon (akar teratai). Rebus renkon ni sampai lembut. Taruk sikit cuka dan garam.

Tara!!! Dah siap. Kesemua tu digaul ngan nasi, kecuali telur ngan halia tu ditaruk kat atas je semasa menghidang. Tapi masuk perut dia tergaul jugak... Oh, ada benda putih2 tu, tauhu lembut. Tah apa ntah nama betul dia, tapi dibuat dari soya la. Macam span.

Okeh, dah siap resipi makanan jepun kita buat masakan uzbekistan ni pulak. Dolma.

Mula2 sekali buat inti ni. Daging kisar campur bawang cincang campur beras campur apa2 lah perisa yang dia suka. Kalau tak silap aku dia taruk black pepper, white pepper dan oregano. Ngan garam.

Dah tu, kuarkan isi kepsikem, diganti dengan mengisi daging ni tadi. Kepsikem sumbat kekdahnya.

Gituh.

Di dalam periuk, tumiskan bawang besar.

Masukkan carrot yang dipotong besar2.

Kendian masukkan tomato dadu di dalam tin. Tomato puree pun ok kot. Pastu masukkan air.

Tu ha tomato dadu di dalam tin. Yang sebelah dia dalam jar tu ialah daun anggur. Macam dijerukkan gitu. Rasa daun tu macam pucuk ubi.

Keluarkan daun anggur tersebut dan bukak dengan berhati2. Jangan kasi koyak.

Buang tangkai daun tu, taruk daging tadi dan gulung macam kuih ketayap. Gulung kejap2 (ketat) sebab takmo dia terburai.

Masukkan benda2 yang berintikan daging tadi ke dalam kuah tadi. Oh, dia taruk kentang juga.

Susun elok2 semua tu, dan tutup piuk. Masak lah sampai masak nasi daging tadik. Bih kurang 30 minit gitu lah. Eh, taruk jugak perasa dalam kuah tu. Garam. Kalo aku, aku taruk aji ngan gula kot.

Ini lah hasilnya... Aku tak makan daun ngan kepsikum tu. Makan inti dia jek hihi.

Ok, silakan makan... ittadakimasu...

Senang buat entry ban yak gambo ni. Taip caption jek dah siap. Sekian.

Eh, selamat mencuba!


Wednesday 25 June 2014

Misi Tercapai


Konnichiwa! Mesti rindu dengan cerita bunga, kan? Berita baik uolsss!!! Misi saya untuk menyiapkan jahitan baju raya sebelum masuk bulan Ramadhan telah berjaya. Boleh lah buka semula draf yang berderet-deretan berganding-gandingan itu. Esok, sekurang-kurangnya satu entry. Bukan janji tapi pasti hehehe.

Tuesday 17 June 2014

Gomen ne...


Saya sedang sibuk menyiapkan baju raya.

Snippet:

2 Jun - [Uzbekistan no] ryori kurasu o ikimashita
7 Jun - battomento o shimashita
8 Jun - onoura beach ni pikuniku shimashita
12 Jun - watashino tanjoubi shimashita
14 Jun - rabenda o mimashita
Pialathomas
Welkap

Akan diceritakan seusai tugasan di atas.