Tuesday 26 December 2006

Happy 2nd Anniversary!

25 Disember 2004, tarikh kami diijabkabulkan. Senang nak ingat. Semua orang cuti. Meraikan tarikh ini. Tapi bukan tarikh ini yang sengaja dipilih. Time tu, masa ni je yang sehsuai. Bukan boleh cuti senang2.

19 Februari 2005, bersanding di belah pempuan
13 Mac 2005, belah lelaki.

Banyak tarikh nak ingat. Tapi yang penting 25 Disember tu je lah kan.

Abang, semoga kita syemakin hari syemakin syerasyi ek...

Thursday 21 December 2006

Puh! Puh! Berhabuk habis blog ni. Oleh kerana aku baru lepas menyapu kat rumah, aku pun nak menyapu kat blog ni. Mop sekali bagi kilat.

Sabtu 9/12/2006

Abang dah confuse dah. Esok ke, ari Isnin busu nak gi Haji. Kira punya kira. Laaa ari ni lah. Esok kan 10hb. Dia kena check in kul 7.30 pagi. Tengahari, pergi pasar jap. Pastu pegi BP Mall punya ofis. Tanya2. La.. tak design pun lagi kiosk nya.

Malam, lepas makan baru kami pergi rumah busu. Sebelum tu singgah klinik Min. Tutup pulak ari ni ngan esok. Cuti2 Malaysia lah tu. Then, terus ke Muo. Mak yang sibuk2 suruh tido sana. Kata meraikan orang tu. Takkan main antar je kan. Yelah mak. Kami pergi lah ni. Sampai sana diorang tengah makan. Abang pun makan lagi sekali. Aku dah tak selera. Sakit tekak + hidung. Batuk + selesema.

Lepas tengok Natasha, cari2 port nak tido. Memula abang cadang tido kat depan tv. Bila aku dah landing, nenek suruh masuk bilik. La…banyak pun bilik kosong. Abang mengurut ngan Tok Man pastu tengok badminton beregu final. Menang. Kul 1.30 gak baru diorang tido. Kul 2.30 dah bangun. Nak bertolak kul 3 rancangnya. Mak ai... awalnya.

Lepas siap2 segala, bergerak lah beberapa kereta. Kami bawak mak je. Lelain banyak yang kosong. Sumer nak pergi naik kete sendiri.

Ikut tol Ayer Hitam. Kuar tol Kulai, berenti. Bincang2, nak berenti Petronas. Berenti lah kat Petronas belah kanan yang kami singgah makan ais krim aritu. Kendian, konon nak terus ke airport. Sampai dekat2 simpang IOI, abang Ani call. Diorang balik rumah dulu. Suh kitorang singgah. Abang Ani nak tumpang sekaki. Maka kami pun singgah. Subuh dan minum2 kat situ.

Dah bawak mak, kul 6 dah sibuk nak pegi airport. Takut terlepas masa bersama adik nya lah tu.
Maka, kul 6 lebih gak kami pergi airport. Ikut jalan dalam. Sampai situ, semua lepak kat satu tempat.

Huhahuha, In, Sapit, Saleh ngan abah datang pulak. Dalam kul 8 gitu, busu n uncle pun masuk dalam. Kami pun, blah lah.

Singgah rumah abang Yus pulak. Abang Yus adik abang Ani. Wife dia orang AT5 gak. Abang Ani aka Cikgu Nizam ni bekas cikgu sekolah Semenchu. Tapi dia tak pernah ajar akulah. Makan soto ngan bekal yang dibawa dari Muo. Mak2 tu sumer tak tido malam tadi. Excited gitu.

Dalam kul 10 lebih gitu, semua nak beransur. Kami pun sama. Bawak Saleh. Dia nak balik Segamat. Aku duk belakang, baring, tido. Tak sedar hapa. Sedar2 dah sampai Ayer Hitam. Sampai2 jek terus Saleh naik bas dan terus bas jalan. Kami terus balik ke BP.

Tak ingat petang tu buat apa.

Isnin 11/12/2006

Petang, lepas makan sesikit, kami bergerak ke Nilai. Singgah klinik Min dulu. Pastu singgah Singer mintak quotation. Jumpa sedara abang, Samsiah, jumpa aritu kat rumah nenek. Singgah Muo lagi, hantarkan telekung mak, semalam tertinggal dalam kereta. Minum2 dulu, lepas Asar baru bergerak semula. Lalu ikut jalan biasa. Cari kedai gambar, semua dah tutup. Sampai rumah Ngah kul 10 kot. Terus makan. Borak2, kul 12 gitu baru tido.

Selasa 12/12/2006

Pepagi Subuh lagi dah bangun menyiapkan segala yang tak siap. Pukul 9 baru keluar. Cari kedai gambar, tak bukak lagi. Fotostet sijil kat Seksyen 8 BBB. Tak kisah lah. Pergi je. Sampai sana, terus parking tempat aritu, dekat aquaria. Dalam lif lagi Nani tu dah call. Rupanya yang call aku selama ni budak yang sama2 kursus. Dia baru kerja kat PUNB, so dia kena join kursus yang aku pegi tu.

Tunggu sekejap, akupun masuk dalam bilik interview. La...tak macam interview pun. Panelnya yang lebih2 membebel. Aku mengiyakan aje. Yang pasti dia tak bagi aku bukak kedai. Hm….

Pas abis tu, kami ke Berjaya Time Square. Ada festival batik. Borak2 ngan sorang manufacturer ni. Dah generasi ke 3 tu. Banyak dapat ilmu pasal batik dan bisnes batik.

Pastu, kitorang gi Jln. Masjid India pulak. Orang PUNB tu suruh survey kat situ. Dia kata kat situ boleh dapat lagi murah. Sekali jenjalan, lagi mahal ada lah. Dah ada bumbung rupanya kat depan masjid India tu. Macam kat Petaling Street. Penat berjalan kat situ, terus balik. Tak pergi pun Mydin besar tu. Kebetulan time ofis tamat. Tak berani lah nak jammed kat situ.

Sebelum balik pergi Istana Budaya. Ngah kirim tiket teater kanak2 Ali Baba. Beli 5 percuma 1. Hujan lebat time kat situ. First time aku masuk Istana Budaya tu. Ok gak tempatnya. Teater ni murah je. RM10 satu. Tapi ada caj apa entah 1.50. Sementara cuti sekolah ni, diorang nak bawak Ain jenjalan. Kan Ain dah sekolah kat Kuantan sekarang.

Balik tu lalu jalan biasa. Sampai umah Ngah dalam kul 6 lebih. Saing2 ngan Kak Ngah. Malam, lepas lepak2, makan2, kami pun bergerak. Kul 10 lebih. Sepanjang jalan aku tido jek. Sedar2 dah sampai. Hehe

Rabu 13/12/2006

Petang kami ke Ayer Hitam. Nak buat survey. Penat aku mengambil gambo. Telefon beberapa orang. Last2 tersuka kat satu kedai ni. Tingkat 1. Strategik tapi sebab kat atas, takut PUNB tak bagi. Balik kul 7 terus makan kat Sup Sitam.

Khamis 14/12/2006

Memula ingat nak tengok kedai. Dah janji ngan owner. Sekali terpaksa cancel. Banyak benda nak uruskan sebelum tengok kedai tu. Petang pegi ronda2 BP. Cari kedai cermin, kedai peralatan kedai, kedai signboard, MARA.

Jumaat 15/12/2006

Petang pergi Ayer Hitam. Tengok kedai tu. Besar. Boleh main badminton kat dalam. 22x70. Macam saiz rumah Ngah. Owner pun ok. Jenis tak kisah. Janji jangan letupkan kedai dia, sudah. Cakap kat dia, by end of this month kitorang bagi decision.

Sabtu 16/12/2006

Aku pergi Ayer Hitam sensorang. Balik dah dekat kul 7. Malam gi Summit. Beli barang sikit. Pastu makan kat Idaman. Tak sedap sangat lah pulak.

Ahad 17/12/2006

Pergi AH ngan abang. Habis shooting, balik dekat Maghrib, terus masak.

Isnin 18/12/2006

Tengahari aku pegi kelas. Hihi belajo ukur badan ngan buat pola sesikit. Cenggitu kat sekolah tingkatan 2 pun dah belajo. Balik aku gi beli kain 2 meter kat Kah Bee. Nak buat blouse. Cantik2 kain kat Bintang Emas.

Kul 5 lebih Nani PUNB tepon. Dia dah diskas ngan Pn Sher tu. Tak boleh bukak kedai. Home based jek. Huargh!!!

Balik tu keluar ke K4 pulak. Beli lauk sikit. Dah lama tak makan ikan patin. Sejak tengok berita pasal ikan patin, dah tak beli. Sekali tengok kat K4 cam menyelerakan jek. Terus beli sekor. Kecik je.

Balik terus masak ikan patin asam pedas. Sedap nyer... Bertambah nasik. Abang boleh hirup2 kuah asam pedas. Apa tak nya. Selalu aku tak beli daun kesum. Kali ni siap daun kesum sekali. Lagi lah sedap bau nya.

Selasa 19/12/2006

Pergi kelas tapi tak de cikgu. Rumah cikgu banjir. Balik terus ke rumah. Malam keluar makan kat Seri Kenangan. Pedasnya mee...

Rabu 20/12/2006

Kak Uni berlepas ke Mekah hari ni. Petang pergi kelas, pun takde. Dah malas nak gi sekolah lah cenggini. Cikgu kena pindah ke pusat penempatan banjir. Balik gi cari pau. Jauh tu, sampai ke Tongkang Pecah. Kendian singgah Kemas BP pulak Pun takde cikgu. Kelas start tahun depan. Tak kisah lah. Lagi pun nanti abang dah start kerja, camane plak aku nak pergi kan. Baik pergi sekali ngan abang, Boleh belajar pagi petang. Cepat sket abis.

Khamis 21/12/2006

Tak mo gi kelas arini. Minggu ni cuti. Tengoklah minggu depan. Kalau rajin pergi lah. Kalau tak tahun depan je lah.

Friday 8 December 2006


http://ayunasia-batik.blogspot.com/




*NOTE: KOD O3 SOLD.

EXCITED NYER…TERUJA NYER…

Sibuk bebenor ngan benda kat bawah tu sampai tak menyempat nak update private punya. Banyak nak cerita ni. Mula dari minggu lepas hari Rabu.

Rabu 30/11/06

Tengah solat Maghrib, tetiba ada orang bagi salam dan terus terjah masuk. Bukan terjah ala2 wacha! la. Masuk pusing tombol pintu. Tak khusyuk la pulak kan. Dalam hati dah pikir jangan lah pencuri. Tapi sambil tu tenang je, mungkin adik beradik kot. Memang tau mak nak gi umah nenek hari ni. Tapi tak tau pulak diorang nak singgah.

Siap solat, la… Ulin rupanya. Sorang jek? Mak dah pergi, turunkan Ulin kat simpang. Simpang mesjid? A’ah, Ulin jalan kaki. Bio beno. Ni kes takde geng kat kampong lah tu, takmo ikut mak.

Tak lama tu, baru lah mak sampai. Rupanya mak singgah pasar malam, sepelaung je dari rumah ni. Tak heran lah kalau jalan kaki pun…

Kebetulan aku masak kari ayam malam tu. Saje masak lebih buat aku makan tengahari esok. Dah diorang datang ni, sedang elok lah perabiskan sahaja. Abang balik lepas Isyak buat2 terkejut. Ceh!

Lepas makan, mak pun berangkat nak terus gi sana. Ajak Ulin buat tolong2 rewang, hampeh! Jangan diharap. Kitorang sumer panggil dia abang Ulin sebab kerajinan dia tu. Hiks.

Khamis 31/11/06

Pagi abang gi ito. Ada kursus kot. Lupa. Pagi aku kemas rumah atas bawah, mop lantai segala. Tunggu abang balik lah baru pergi. Sampai petang baru balik. Tak sedap lah pulak datang makan jek kan. Ikut kan boleh jek aku ikut mak malam tadi, buat macam menantu mithali. Tapi tak ajak pun, malas nak offer diri. Sebenarnya ada kenduri kat umah nenek pasal Busu ngan Uncle nak pegi Haji 10hb nih. Kendurinya malam, kami ni, pukul 5 masih kat rumah lagi.

Lepas mandi semua, dalam pukul 6 gitu baru pergi. Tu pun mandi siap2, tak yah mandi kat sana kalau kebetulan tido sana. Plannya memang nak balik malam tu jugak. Manalah tau kan, jalan tutup, takleh balik pulak kan.

Sampai2 je diorang suruh makan. Rupanya dari siang lagi dah dijamu makan2 sesape yang dari jauh atau luar kampong tu. Makan pun buffet je. Malam baru ada Yasin ngan doa selamat. Maka, sampai tu tolong lah sesikit potong2 kuih, hidang2 lauk. Untuk malam tu makan berhidang.

Lepas Maghrib, datang satu group dari surau baca Yasin. Pastu, lepas Isyak satu lagi group dari Masjid pulak. Lepas Maghrib kami dah makan dah. Long2, Sapit ngan Ila sampai lepas Maghrib. Punya lah lama. Dari Semenchu kul 1 tengahari, kul 8 baru sampai. Macam boleh pergi KL ikut jalan dalam.

Sebenonya diorang gi ambik Sapit dulu kat rumah Kak Zela kat Pasir Gudang. Sapit ngan Nana ikut Kak Zela balik aritu. Nana pulak tak ikut ni sebab dia keje. Sempat tu cuti 1 ½ bulan ni keje kat Venture. Keje kontrak, shift, satu hari RM30+. Orait lah kan. Boleh buat beli henpon, bayar yuran. Yang penting takyah dia asik mintak kredit abang2 nya je.

Habis kenduri, semua dah pakat2 nak tido rumah kitorang. Susah plak kan tido rumah tengah kenduri kan. Berantakan. Mak pulak suruh stay, boleh tolong basuh periuk. Dah, semua nak balik umah kami, takkan kami pulak yang tak balik kan. Baik diorang datang rumah kitorang daripada tido umah orang. Tak selesa.

Kul 11 lebih, mintak diri dulu. Puas lah dihalang. Raya dulu pun cenggini. Boleh2 tak nak tido situ. Kalau tak kerana mak, jangan harap nak tido umah sedara. Tak sehsuai tau diorang ni.

Sampai rumah, terus panaskan lauk. Tak padan tu. Datang petang, takmo tido, singgah sekejap je, tapi bawa balik ‘berkat’ tak hengat. Lupa nak cakap makanan apa yang ada. Ada nasi, ayam masak kicap, batang keladi masak asam pedas, ulam, sambal belacan, kuih pelbagai dan yang paling tak tahan, sambal tumis seperiuk. Jangan tak tau. Periuk tu kalau aku masak asam pedas yang boleh hirup kuahnya tu pun tak penuh untuk makan sehari. Ni sambal tumis yang makannya sikit2, satu periuk penuh. Ada jugak yang bukak meja depan rumah besok pagi kang, jual nasi lemak. Hiks.

Tengah malam sempat lagi ‘mentong’. Kendian bentang tilam ‘3 ringgit’ (nanti nak cite pasal sejarah tilam ni), tido lah sumer bergelimpangan.

Jumaat 1/12/06

Pagi, sibuklah aku memasak nasi goreng lebih nasi yang dibawa balik malam tadik. Kalau orang datang je, aku ni macam tak kering tangan kat dapur. Dulu masa aku kat Dungun, bila abah datang siap boleh tegur, putih berkilat lagi kuali… Sekarang, masih lagi putih. Kuali cap buaya ori ma… aku beli kat Pasar Payang. Asal ada jelaga sikit je aku gosok. Mesti lah putih. Bukan tak rajin masak he…

Pas sarap, diorang dah siap2 nak balik. Abang Long cuti ari Jumaat je, so, nak rehat lah dulu sampai rumah nanti. Bila diorang balik, aku pun operasi mengemas, mop bagai. Kata orang tak elok tengah orang datang buat2 rajin mengemas. Buat diorang kecik ati. Macam diorang buat sepah je, walaupun memang betul.Hiks. Rajin masak takpe…

Petang Jumaat tak buat apa.

Sabtu 2/12/06

Nightmare! Bukan mimpi pun sebenarnya. Pagi aku bangun lambat. Tak calang2 punya lambat. Tersedar tu pun sebab terdengar suara…………………………………….ibu mertua ku!!! Tidak! Macamana nak cover ni? Aku pun try trick yang pernah aku buat sekali dulu. Turun2 jek, salam2, terus masuk bilik air, mandi. Har har har. At least tak nampak sangat lah mata sembap kan. Hihihi.

Mak nak balik arini. So, diorang singgah dulu bawak buah tangan. Memang buah pun. Nenas, keladi, pisang dan sayur-mayur. Ngan kuih lagi. Sume bukannya aku makan pun. Siap kek yang mak bawak untuk kenduri pun nyaris patah balik ke Semenchu. Punya lah banyak. Masa kenduri pun ramai orang kampung bawakkan kuih. Mana taknya.

Tak sampai tengahari diorang dah beransur. Siap tak bagi aku masak lagi. Sebabnya tiap kali diorang datang, aku mesti bersilat kat dapur. Tak abis2. Kang tunggu masak pulak, lambat pulak balik.

Petang, pergi Summit. Sebelum tu ingat nak hantar paper work, sekali pos dah tutup. Dah petang la…Ada PC fair kat Summit. Kebetulan saing seluruh negara. Pastu pergi round bandar cari kedai printing. Datang2, orang kedai tanya, nak tempah kad kawin ek? Standard lah. Dah datang berdua.

Petang tu Ngah call, tengah on the way balik Semenchu. Takde niat pun nak balik. Tapi, dah abang, dengar je, terus teruja nak balik gak. Lagi pun dah lama tak jumpa diorang. Kali terakhir bulan 7 masa hantar Saleh tu. Abang ada gak jumpa masa aku kursus aritu.

Makanya, lepas Maghrib, kami pun bergerak balik. (Peringatan kepada Yayu dan Ita : Orang tak balik AT5 tau. Rahsia tau) Sebelum tu singgah Sup Sitam, beli sup daging/biasa je. Tak kisah. Yang penting aku dah kena mandrem ngan sup dia.

Singgah solat kat Petronas Air Hitam. Makan kat situ. Bawak sekali bekal lauk siang tadi. Maveles lah sup tu. Sibbaik tak sakit perut kali ni. Then, teruskan perjalanan, lalu Kluang. Memang ngeri jalan tu, tapi lebih selesa. Lengang jek. Sejam setengah dari Air Hitam dah sampai.

Sampai2 kul 10.30, diorang tengah nak makan. Ngah pun baru sampai kul 9. Tengok menyelerakan. Lauk kentang ngan ikan bilis goreng je pun. Tapi aku siap bertambah. Gilo ko opo? Tadi dah makan, ni makan lagi, siap bertambah, tengah malam pulak. Takpe lah sesekali, lauk kicap ngan ikan bilis pun sodap.

Ahad 3/12/06

Pagi sarap nasi goreng dimasak aku. Hihihi aku dah ajar abang, lenkali, sesekali, cakap lah, abang dah puas makan kak sia masak kat rumah, korang lah pulak masak kat rumah korang. Ceh! Tak maunya. Aku gak. Nana pulak takde, sape lagi kan? Ngah bawak bibik, maka tugas kak Ngah pindah kat bibik je lah. Lagi pun dia demam.

Plan2, cadang nak gi umah Kak Zela. Nak masak mi bandung kat umah dia. Suruh In beli bahan. Persoalannya sape yang masak? Aku lah. Sempena aku yang bawak balik perencah tu. Dah gitu plannya pun, kul 11 baru bergerak. Sampai2 terus bersilat. Kak Zela pun lom abis ari. Tapi dia dah masak nasi ayam sikit. Abang Man kerja petang ni.

Tengah masak pulak, aku dah terletak lebih air. Nak bagi pekat, kena lah tunggu air kering sket. Tunggu punya lah lama. Rupanya gas nak abis. Patutlah nak didih pun berejam. Apatah lagi nak kering kan. Tukar ngan tong gas In, lagi lah kong. Tunggu pulak gi kedai beli gas. Sebelum tu, In tak beli udang. Apa makna mi bandung tanpa udang kan. Dia beli kerang. Aku lak tengah avoid kerang gara2 gatal2 raya aritu. Suruh abang gi tangkap udang. Punya lah lama gi Econsave.

Gas sampai, aku dah malas nak tunggu. Dah kul 3 ma… Lapar toksah citelah. Cara mudah, campak garam. Tak pekat pun tak pe lah, asal rasa orait. Kul 3 lebih baru lah bersantap…

Petang duk lepak je. Abang tido, Ngah gi jenjalan, aku tengok TV je lah. Huhahuha, Lepas Maghrib baru balik. Sampai rumah dah 9 lebih. Kejarkan Mentor akhir. Tak makan pun tak pe lah. Tengah jalan, tak best. Tengok dapur, mak goreng ubi ngan ikan bilis+kentang goreng. Abah dah masak bubur. Sedap pulak makan macam tu.

Isnin 4/12/06

Pagi sarap mihun goreng tak sedap yang dimasak aku. Sejarahnya, mak mentua tu ni suka sangan rendam mihun ngan air sejuk. Kan senang, masak air, rendam sekejap je pun dah lembut. Makanya, masa aku menumis tu, mi nya lum lembut. Mak kata, siram air panas atau masuk air masa masak. Dah air panasnya takde, aku ambik option kedua lah kan. Pendek cite, aku cuba, cuba, cuba tambah air, tak lembut2. Sampai lah dah hangus sikit kuali tu. Yang jadi tak sedap tu ada 3 ciri. i) mi tak lembut ii) tak cukup rencah iii) rasa hangus sikit. Lantak lah. Dah terjadi. Makan jelah. Sibbaik ada keladi goreng gak. Hihi.

Dalam kul 11 lebih, Ngah bergerak pulang. Kami, lepas makan+Zuhur (sebelum Asar) baru balik. Tu pun abang nak balik esok. Memula ingat nak bawak abah gi klinik gi check up. Ari tu In bawak, BP sampai 200+. Gilo! Tapi, abah tak nak. Takut kena makan ubat lah tu. Sekarang, dah kena jaga makan pulak. Biasa lah, makin tua, makin kurang lah nikmat yang diberi. Balik tu tak singgah AT5. Singgah PO je. Takde servis Poslaju. Singgah PO Kota, baru boleh pos. Lalu Kluang lagi. Aku tertido lepas Kluang sampai ito. Sampai BP konon nak terus pekena sup, sekali tutup. Balik.

Malam, lepas Isyak, cari makan. Cuba tempat lain pulak. Idaman kat Kg. Muhibah. Aku makan nasi goreng paprik, abang nasi goreng special Idaman. Tak lah special pun. Aku punya sedap.
Ok dah penat. Nak kuar makan dulu.

Sambung lagi...

Selasa, Rabu

Rabu sampai stok 520. Malam pergi Summit lepas Isyak. Huhahuha, dapat lah digicam Sony Cybershot T10. RM1.5K termasuk 1G Sony memory stick, soft casing ngan LCD protector. Pakai CC. Lepas kira dividen+bonus ASB sok, bayar lah. Hehehe.

Malam tu jugak shooting. Tapi tak abis. Penat. Camne nak buat 10 kodi camni???

Khamis; Semalam

Pagi abang pergi ito. Ada kursus. Aku sambung kerja. Petang orang PUNB call. Dia suruh datang presentation+interview Selasa depan (12/12/2006). Terus rasa nervous semacam. Mintak2 dia bagi lah. Masalahnya sewa mahal sangat. Dia kata kalau boleh bawah 800 jek. Camno???

Malam, prepare untuk presentation. Buat PowerPoint slide. Susah tul nak tido memikirkan apa nak jawab sok.

TODAY

Lepas Subuh terus sambung kerja. Petang call Summit ngan Carrefour. Tengah call orang K4 tuh, terputus pulak kena sambar petir. Terkejut aku. Pastu call balik. Sibbaik tak kong telepon tu. Pastu aku sambung lagi online, tak teringat pun tengah petir, guruh dan hujan lebat hinggalah satu petir yang kuat memutuskan line Streamyx ku. Waaaaaaaa. Kena sambar petir ke modem nih? Mesti kena marah ni. Lampu DSL ngan PPP tak nyala. Terus off semua. Tutup TV, lampu dan pura2 tido. Macam lah abang ada kat situ, takut kena marah. Sambil tu pikir lagi pasal presentation. Menghantui tul.

Lepas dengar takde petir dan guruh lagi, try on PC balik. Siap doa2 lagi. Alhamdulillah. Semua kembali ke sedia kala. Mungkin exchange je kot yang kena sambar. Syukur yang amat.

Petang abang balik kul 6 lebih. Lama tul kursus dia. Tapi bagus gak, kursus means, makan free. Huhuhu. Malam, dah takde mende nak masak. Selalu ada sardin, ni sardin pun aku dah masak semalam. Lepas Isyak, kuar makan. Kat mana? SUP SITAM LAGI!!! Aku makan gear box, abang biasa. Sembang2, dah ada idea sesikit nak jawab time interview nanti. Balik singgah kedai beli WOOD’s Aaaaaaah. Lupa nak cerita. Sejak 3 hari yang lepas, aku mengalami sakit tenggorokan. Tapi yang bagusnya bukan yang cam biasa tu. Yang diiringi ngan selesema tu. Ni style batuk punya. Dah lama jugak tak kena camni. Minum air asam memang tak jalan. Sibbaik tak batuk gegila. Moga2 tidak.

Tilam RM3

Balik kepada cerita tilam RM3. Aku ada 2 buah tilam nih. Sejarahnya, tilam ni merupakan tilam terpakai. Masa aku kat Dungun dulu, Kolej Perhentian ada buat renovation. So, sumer diganti baru. So, pada masa tu, diwar-warkan acara lelong tilam. Satu RM3 aje. Aku ngan Kak Yati ni dah plan2 nak beli. Masa tu Kak Yati duk kat rumah RS ngan Kak Mimi dan Ila. Sehari sebelum lelong tu, kami dah pergi survey dulu. Tilam2 tu dah dikumpulkan kat ground floor. Sekali tengok, kat tilam2 tu sumer dah bernama. Rupanya dah ramai yang booking. Tak telus lah kan. Kata ada hari lelong, kenalah lelong time tu. Mana boleh main booking2. So, kami balik dan berazam (macam benda serius jek, RM3 je pun) untuk datang awal pada hari kejadian esok.

Tiba waktu yang dijanjikan, kami pun pergi. Non ado orang. Yang ada sorang pak cik nih. Kami ingat dia ni orang maintenance yang ada kaitan lah kan So, oleh sebab takde orang, kitorang pun buat lah macam ada orang. (Aku lak yang mengelat. Hiks) Kami angkut 2 biji, sorang satu. Syaratnya, kena bawak keluar dari kampus hari ni gak. Yang kelakarnya. Kami pi bagi pak cik tu RM10 sebab kononnya malam tu nak ambik lagi. Entah pak cik tu buat apa ngan duit tu. Sebabnya, acara lelong tu sebenarnya dah dibatalkan atas sebab booking-membooking tu lah.

Aku tak berapa ingat cam ne aku bawak balik tilam pertama tu. Tapi tilam lagi satu pulak aku ambik malam. Tengah gelap2 tu, macam penyeludup lah pulak. Aku bukak seat belakang, ikat tilam dan keluar kampus dengan selamba. At least kami tak curi. Kami bayar, cuma kat orang yang tak sepatutnya je. Sekarang, tilam tu jadi tilam tetamu. Sedap lagi tilam tu. Setahun lebih gak aku pakai kat Dungun sebab aku beli tu masa awal2 aku transfer ke sana. Memula pakai toto je. Masa hari pertama duk rumah tu pun aku beralaskan ABC jek. Kesian betul...

Lenkali aku cerita yang tertinggal sepanjang aku kat Dungun pulak. Nak ingat, bagi point dulu.

i) Nik
ii) Kak Yan, marking
iii) Makan

Chow!!!






http:// ayunasia-batik.blogspot



Offer terbuka untuk pembeli 4 pasang batik sutera di bawah tu...

Tambah
RM 10 sahaja dan baju siap dipakai.

Saya akan jahitkan baju kurung untuk anda; 4 orang pembeli bertuah.

Tak payah cari tailor, cuma berikan ukuran baju kurung anda.

Spekifikasi baju kurung jahitan saya :
Baju kurung Johor dengan leher dijahit Tulang Belut. Murah! Murah! Murah!

ATAU Tambah RM 20 sahaja dan saya akan tambah kun (piping). Leher Tulang Belut. Murah! Murah! Murah!

CEPAT! TAWARAN TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.


Thursday 7 December 2006

Klik kat bawah ni, dan enjoy shopping!!!

http://ayunasia-batik.blogspot.com/