Dah abis citer pasal loteng, baru lah aku boleh sambung citer nih pulak. Kang balik dari bercuti dah nak kepochi pasal cuti2 tu pulak kan? Nak recap balik ker? Ah, baru seminggu, takkan dah lupa kot. Kalo lupa, sila balik ke entry itu dan itu.
Lepas aku belajar selama hampir sebulan kot, tiba lah masa untuk test. Uncle tu tak kira pon berapa jam aku belajo. Asal dia nampak aku dah layak diuji, dia pon suh ambik test. Tah, part mana yang dia nampak layak tu tah. Sebab, aku tak lulus pon kehkehkeh. Nak tau kenapa? Meh aku stori mori pasal ujian memandu tahap pentium 4 ku itu. Kenapa pentium 4? Sebab aku test kali ke-4 baru pass wowwwwwwwwwiiiii! Dah layak dapat lesen F1 tu sepatutnya.
Test kali pertama
Test kat tangkak tu dibuat setiap hari jumaat. Kalo tak salah, masa tu aku dah register semester baru. First week selalunya tak start kelas lagi. So, aku mengambil kesempatan itu untuk mengetest kan diri. Aku datang sehari awal untuk last minute training. Pada hari khamis tu lah aku pergi ke tangkak untuk berlatih. Tiba2 jeng jeng jeng... Apa? Korang ingat aku dah masuk parit ker? Takde pape la. Ok je. Cuma, masa tu aku baru tau yang laluan yang biasa aku berlatih dan akan di test tu akan ditutup esok sempena apa kebenda tah, tapi dr mahathir datang la hari tu. Kebetulan dewan tempat event tersebut terletak di jalan jasin tu. Maka, terpaksa lah laluan itu dilencongkan. Apa perbezaan antara jalan baru dengan jalan lama? Jalan lama tu aku terusssssss je sampai la jumpa trafik lite jalan muo-segamat. Untuk jalan baru ni, aku kena belok ke kanan, masuk jalan kecik sket dan tembus kat jalan muar-segamat semula, belok kiri, baru lah jumpa trafik lite yang sama.
Ok, itu bukan alasan kenapa aku gagal sebenarnya. Orang dah biasa memandu, belok2 ke pusing2 ke, ada ko kesah? Tapi, bagi orang yang baru belajar memandu, faham2 je lah. Dah biasa selalu jalan tuuuuuu jek, tetiba harini kena tukar pulak, mana tak kejutan budaya.
Lepas pusing seround, aku pon balik dengan tak kompidennya. Adeh, cemana esok nih?
Esok pagi2, aku dah menapak naik bas ke tangkak. Berkumpul dulu kat kedai sekolah, kendian baru uncle bawak sumer ke tapak ujian. Kalo tak silap, aku nye nombor 3+ ke gitu lah. Sempat ler kupu2 berterbangan dengan dasatnya dalam perut ku. Aku ni dah la jenis darah gemuruh. Takleh tunggu lama. Komfem ketaq.
Sudah Terlambat
5 days ago
2 komen:
kahkahkahkah kesiaaaaaaaaaan!!!!! 4 kali ?????????????????
perghhh......
syukuuuuuuuuurla aku sekali jek..hikhikhik....riak nih!!....
alerrr sekali tu maknanya x cukup terror ar. lagi banyak kali, lagi besar ar lesen tu.
aku rasa macam nak je gi jumpa encik akhirudin tu, ajak racing ekekekek
Post a Comment