Sunday 26 February 2006

Jangan komen kalau kau tak gunting BH and vote! Tapi, no comment. I like!!!

Friday 24 February 2006

5 tahun dulu...

A: Abang ada awek lain he?
B: Kalau ada camne?
A: Eh? Kompem la ni ada ni. Mana pernah abang cakap cenggini?
B: (diam jek)
A: Siapa nama dia?
B: Cuba la teka.
A: (Cis! tak sayang molot) Mmmmm Nama dia ***a he?
B: Eh? Camane tau nih?
A: Ala, abang pernah tersebut masa ayang call dulu. (4-5 bulan dulu)

Inistinct seorang pempuan (awek)...

2 bulan dulu...

Situasi: Susun gambar dalam album.

A: Ni gambar masa bila ni? Ngan sape ni? (Tunjukkan gambar beramai2 cam orang lepas abis kursus)
B: Ni gambar ngan budak Kelab Foto?
A: Ha? Ni mesti ada gambar awek dulu tu nih. Yang mana bang?
B: (Sambil tengok gambar) Mm... ada. Cuba la teka.
A: (Masih tak sayang molot) Rasanya yang ni. (Sambil tunjuk satu awek)
B: Eh? Camane tau nih?
A: Kan ayang pernah terjumpa gambar dia dalam duit singgit kat wallet abang dulu. (5 tahun dulu)

Instinct seorang pempuan (isteri)...

Monday 20 February 2006

Oh, tidak Jack. Hapuskan air mata mu. sob sob sob. Aku turut sama menitiskan air mata pada ending cite 24 tadi. Banyak nya pengorbanan yg dah dia buat dalam masa 24 jam tuh. Dari jadi penagih heroin, hampir ditembak atas heli, bunuh boss sendiri dan banyak lagi. Yang paling tak tahan, terpaksa potong tangan bakal menantu sendiri. Oh... maafkan ayah Kim.

Huh! Emo lak aku nih. Cukup lah tuh. Esok tgk ulangannya, bleh sambung nangis.

Ari ni aku duk umah jek. Tak masak siang sebab laksa semalam ada lagi. Dia pun lom stat klas ari ni. Entah nape ntah cuti mid sem sampai esok lak. Bagus gak. Cuti lah lama2 lagi pun takpe. Sampai petang, ikut kan cukup lagi laksa tuh, tapi tekak aku lak da muak. So, aku goreng je ayam, masak nasik n goreng kacang panjang ngan telur. Simple tapi sedap tu...

Semester nih, kelas dia tiap2 ari, tak macam last sem, ari Isnin ngan Khamis off. Time tu lak, aku masih keje kat ganu. Masa keje kat sana, ari Khamis, tengahari aku dah bertolak balik ke sini. Sampai sini dlm kol 7. Sepatutnya balik semula ari Sabtu, tapi, since takde kelas ari Ahad, aku balik la ari Ahad. Dalam kul 11 tu aku da stat jalan la. Sampai sana lebih kurang kol 5-6 petang. Penat gilo lah time tuh. Mana la aku tak balik tido je kalau takde kelas... Datang keje pun lambat, balik selalu cepat. Tu yang aku tak heran pun kalau kete rosak. Duit aku tido tu la kot. Ni, aku dah duk umah, kelas dia lak tiap ari, sama je cam keje. Takpe lah, tinggal sem depan je lagi. Tu pun tinggal final projek je. Lebih kurang cam degree nyer projek. Kalau ada rezeki, dapatlah dia gi German bulan 7 nanti. Aku nak ikut!!! Doakan lah ek?

Saturday 18 February 2006

Dia da bising2. Asik baca blog orang jek. Bila nak update sendiri punye laks? Ala, aku tgh tengok2 version mak2 punya blog. Baru tau mende apa nak tulis. Tapi, yg banyaknya cite psl anak2. Aku ni, anak tekak jek ada la. Takkan nak cite kot. Sabo la wak. Nanti ada idea besh2 kite tulis pasal awak je la ek?

Ari ni, ingat nak gi pasar, tapi terbangun lambat. Kalau gi pun tinggal anak2 ikan ngan sayur2 layu je la. Gi esok je lah. Aku ni tak keje pun gi pasar seminggu sekali. Mana taknya. Kete sekarang dia bawak gi kelas. Patah la kaki aku. Dulu dia tak kisah pun gi naik moto. Skang je, moto tu dah cam tak larat nak jln jauh. Dari umah nak ke KUi**** 1/2 jam. Kalau ujan tgh jalan, kekadang dia patah balik umah, tak gi kelas. Sian dia. Masa aku keje kat ganu, selalu dia cite basah2 baju. Tapi demi menuntut ilmu didada, di teruskan jugak. Takpe lah, bersusah2 dulu. Lom rezeki aku nak dapat keje wat masa nih. Lagi pun, kalau keje sekarang, tak dapat la aku ikut dia gi German tgk bola piala dunia nanti ek:)

Uish, aku ingat cite 24 tu abis semalam. Tgk2, ada satu episod lagi ari isnin. Tak sabonya aku nak tgk. Memang benci tul ngan Sherry, ex-wife presiden tuh. Opsss sebenarnya dia dah bising2 sejak aku tgk cite tuh. Dah la cite tu stat kol 7. Bila dia balik surau kol 8, aku baru nak solat Maghrib. Asik kena pukul je la... Takpe, aku suka kena pukul. Ala2 urut gitu. Lelama insaf la nih... Abis cite ni sok, aku dah tak nak tgk da cite numbers tuh. Niat dulu. Buat lom tau lagi. Yg penting, bila da niat baik, da dpt pahala. Buat, lagi dpt pahala. Kalau niat jahat, lom dosa lagi. Da buat jahat baru dosa. He? tol ke camtu?

Da sebulan lebih tak balik kampung. Kali terakhir balik masa raya aji. Tu pun balik umah aku sehari, terus balik kg mersing. Tak singgah umah dia sebab femli sume raya umah BIL kat nilai. Tapi, masa nak gi nilai tu diorang dah singgah umah aku pun. Cuma aku je rasa bersalah sebab masa diorang nak bertolak tu, aku tertido. Kecik ati ke my MIL tu ek? Da lama dia tak datang sini. Jangan la dia kecik ati. Ampon mak... Raya cina pun tak balik. Minggu ni cuti mid sem pun tak balik gak. Bukan tak nak balik, ongkosnya short la bulan nih. Aku ni memang malas nak balik kalau takat 2 hari hujung minggu nih. Kalau balik umah semenchu, mesti mak suruh balik at5 gak. Kalau balik at5 jek, lagi la cam tak masuk akal kalau tak balik semenchu. Aku memang tak kisah berapa lama tak balik pun. Aku da biasa. Sejak belajar, aku memang balik 4 kali setahun kalau takde event apa2. 2x cuti mid sem, 2x cuti sem. Bila keje plak, memang keje kat tmpt yg sama ngan belajar. Cuti pun ikut2 gak ngan student. kalau masa kelas susah nak dpt cuti. Tapi bila ingat pesan Wakru (?), baru aku rasa nak balik.

Rupanya dalam dunia ni memang ada org yg suka amik kesempatan atas orang lain, even tak kenal pun org tuh. Pagi tadi dia dapat sms. Biasa lah, aku ingat dari 10000, nak bagi tau ada bonus ke, apa ke kan. Aku pun tak teringat nak tgk no yg bagi sms tuh. Dia kata dpt bonus rm 10 sempena ulang tahun. Aku tanya dia, ada register ke kat internet sampai besdei pun dia tau? Masa aku guna DG dulu memang aku reg, so memang dpt bonus tiap tahun. So, dia pun buat la cam yg dia suruh. Rupanya, dia buat airtime share. W***u lah! Sib baik la tak byk sgt. Tapi kira banyak la kan kalau dr balance tggl 18 jadik 8 je kan. Huh... memang tak selamat la sape yg buat keje jahat tuh. Sedia je lah sport shoes nak kena kejar ngan note merah kat akhirat nanti. Huh... geram nya. ( Cam kredit aku lak bunyik marah nya ek)

Petang tadik kuar jap. Da lama aku tak kuar. Ada takde, gi pasar. Ari lain, aku memerap jek la. Tadi gi pasar malam kat pesta. Sampai skrg aku musykil pesta apa nya tempat tuh. Sebenarnya tak de benda pun nak beli. Saje je jenjalan. Last2, beli kebab ngan air tahu n tahu panas (taufufah ek?). Aku memang suka makan tahu panas nih, tapi aku sejukkan dulu. Kalau ikutkan air soya tu pun panas gak. Entah lah...

Baju raya!!!

Jangan tak caya. Baju raya aku dah siap 2 pasang. Baru je raya dah buat baju raya ek? Aku memang jarang buat baju kurung. Aku buat baju untuk ari raya jek. So, sume baju kurung, aku panggil baju raya. Pastu, lepas raya akan jadi baju keje. Since aku tak keje, baju raya tahun lepasnya masih baru lagi lah. Sebab pakai masa raya jek. Ada lagi sepasang aku da siap gunting n jahit tepi, tinggal nak cantum jek. Kalau ikutkan, satu ari pun bleh siap, tapi lom ada momentum nak memulakan je. Kalau da start, aku susah nak beenti, selagi tak siap. Dan yang menyebabkan aku malas nak start tu bukan apa, menyepahkan umah je. Kan kalau jahit tu ada benang lebih2 kan. Pastu ngan tape la, jarum peniti, kapur, macam2 benda lah yg bersepah. Huh... Ni pun ada sepasang baju kakak aku suruh buatkan, tak siap jahit lagi. Since dia tak bagi dateline, aku pun sambil lewa je la. Teringat masa nak kawin dulu. Da la aku kawin saing kakak aku, banyak la benda yg aku kena jahit. Tabir bilik aku ngan tabir bilik dia jek da buat aku sakit2 bahu. Aku ni jahit, selagi tak siap, sanggup tak makan. Bayangkan aje lah kalau tabir untuk bilik 10x10. Kain dah la berat. Berlapis2 plak tuh. Tu pun aku stat jahit 6 bulan sebelum majlis. Penuh gak lah hall kat umah sewa aku dulu masa aku membega2 kain tuh. Tu tak kira terbalik lah, jarum patah, benang terbelit. Memang mencabar kesabaran. Dah la mesin jahit aku tu, takde brand punye. Bila2 masa je leh terburai. Kalau mesin tuh baik, ok lah. Tak sakit ati. Kalau da asik putus benang je, kuar gak lah sumpah seranah kat mesin tuh. Isy... buatnya betul mesin tuh rosak, padan muka aku. Itu lah barang pertama yang aku beli masa keje dulu. Alhamdulillah, dia tak pernah rosak yg sampai tak leh guna. Cuma da takleh control speed je. Kena concentrate btul2 masa jahit sebab menonong je jarum tu jalan. Takut tercucuk jari.

Wednesday 15 February 2006

Nostalgia la pulak; Asrama

Aku dan dia adalah kawan sekelas di sekolah menengah. Makanya, kerap kali jugak la kami bernostalgia pagi2, petang2 dan malam2. Tapi, cite nostalgia zaman sekolah tu terputus setakat tahun 1995 jek sebab lepas tuh aku & dia masuk asrama. Ops...kami sekelas cuma setahun 3 bulan je. September 1993-Disember 1994.

Kenapa aku masuk asrama. Pertama, adik beradik yg lain sumer masuk asrama. Aku pun nak gak. Eh, ye ke sebab nih? Kedua, aku nak improve BI. Biasanya, belajar kat sekolah yg bagus, cikgu nya pun bagus gak. Ketiga, nak lari dari ex-pakwe yg menjengkelkan. Keempat, nak belajar berdikari.

Aku masuk sekolah berasrama penuh pada 9 Januari 1995. Asal kejadiannya, abah takde bajet nak antar aku gi asrama. Kalau duk umah, kan jimat. Aku bukan makan banyak. Belanja sekolah, baru 50sen sehari. Bas sekolah 9 hinggit sebulan, potong gaji abah setiap bulan. Kenapa aku nak susahkan abah? Nak antar aku gi asrama je dah makan belanja yg banyak. Aku ingat, mak kata, ada simpan 500 untuk aku masuk asrama. Abis sumer pada hari pendaftaran. Banyak tul belanja untuk aku. Tapi, lepas masuk sekolah tu, aku dapat sebab kelima aku masuk asrama, aku nak sijil berenti dan testimonial ngan lencana sekolah tuh.

Berbalik pada hari pendaftaran. Dia masuk asrama seminggu awal daripada aku. Aku dapat surat dari SBP pada minggu dia nak gi asrama. Aku ingat, aku akan pegi lagi ebulan ker... Rupanya, seminggu lepas tu, surat dari sekolah plak sampai. Aku ingat, hari Khamis. Hari Jumaat aku uruskan pertukaran sekolah. Hari Sabtu gi beli barang keperluan asrama dan terus duk umah pakcik yg akan drive kami ke asrama pada Isninnya.

Ari Ahad sebelum gi tu, dia call kat umah pakcik. Dia baru abis orientasi. Terkejut dia bila tau aku da nak pindah sekolah. Aku pun ingat hubungan kami akan terputus begitu saja. Rupanya, bila da berjauhan, makin rapat plak. Ceh... macam rindu menjadi sayang la ni.

Bila da duk asrama, satu perkara yg tak pernah aku buat selama ni ialah study. Masa duk umah mana ada prep. Belajar pun ikut suka je, nak ke tak nak. Hasilnya memang berbaloi.

Aku bukan student popular kat sekolah tuh. Kira low profile. Biasanya yg popular nih, ada 2 sebab. Satu, pandai giler. Dua, cun. Memang aku fail kedua2nya. Kalau bab pelajaran, aku masuk grup tgh2 la. Kalau ada program pemantapan memang aku ter miss la. Mana taknya. Program tu biasanya untuk yg pandai2 supaya bertambah pandai, ataupun yg corot2 supaya improve sket. Yang tgh2 ni, selalu terpinggir. Tapi, bila result spm kuar, Alhamdulillah aku masuk gak dlm kelompok elit tuh. ok what? Tak payah popular pun.

Masa kat UiTM, aku duk asrama sampai abis diploma. Tu pun ada masa tak jadi resident tetap pun. Kekadang jadi 'setinggan berdaftar'. Yang penting dapat makan free. Aku memang tak kisah langsung makan nasi kawah. Aku rasa, sedap aje. Ada gak org yg komplen bila dapat ikan jaket kan... Ala, da la free, nak komplen plak. Syukur sgt sebab aku duk kat kolej yg tukang masaknya antara terbaik dlm UiTM ni. Memula Seroja 1, Seroja 3, Seroja 2, Teratai 4. Time kasih banyak la kat UiTM sebab membesarkan aku ek...

Sunday 12 February 2006

Yuhuuuu...
Selepas 2 bulan menjadi fulltime housewife, aku dah bleh menyesuaikan diri ngan program tv. Mula2 dulu, aku rasa cam rugi je pasang tv berbayar tuh. Duk umah 24 jam pun tak de cite nak tengok. But now, aku rasa tak cukup plak masa nak tengok sumer. Ada tak de, aku baca lah guide book to make sure that the program akan ada ulangannya. Huh...

Nak tau apa yg aku dah terlekat sekarang? Yang paling takleh tinggal, 24. Yang lain plak, Lost, CSI, Hallmark movies at 3.50pm. Sape yg tengok 24 mesti tak sabar cam aku gak nak tau apa kesudahannya. Sekarang ni dah masuk season 3 tapi kalau kat sana da sampai season 5. Walau pun bleh baca sinopsis kat internet, aku still nak tengok kat tv. Baru ada feel. Tapi, since aku baru je tgk siri tu masa last2 season 2, aku baca lah jugak season 1 & 2. Cuma tak paham sangat sebab kebanyakannya orang yg involve tuh tak sama. Kecuali the hero lah. Bila tengok cite camni, aku terpikir gak, camne la diorang dapat idea nak wat cite ni? Tapi, cam biasa lah, cite terrorist camni mesti diorang buat org Islam sbg terrorist tuh.

Thursday 9 February 2006

Testing jek.

Sunday 5 February 2006

Happy Birthday!

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to suamiku
Happy birthday to you...

Hari ni besdei husband aku yg ke 27. Oleh sebab aku dah tak keje, takde la hadiah yg mampu aku beli. Setakat aku buatkan kek coklat je la. Tu pun dia dah muak makan.