Saturday 27 August 2011

Parut Artis

Membaca kisah penderitaan (macam kronik jek?) cikbunga yang diserang campak, aku teringat pengalaman aku diserang cikenpox.

Segalanya bermula dari roomate ku. Dia kena cikenpox selepas pulang dari rumah bakal mertuanya. Dia ni kawen masa student lagi. Aku masa tu dah keje kat shah alam. Parents dia takde kat mesia. Orang kelantan. Maka, dia tak lah balik kampung untuk mengkuarantinkan diri. Sebaliknya dia mengkuarantinkan aku sekali bersamanya. Aku pulak macam takde apa2 berlaku pulak. Tidak lah cuba menghindari dirinya. Tak lama kemudian, dia pun sembuh.

Aku pulak, masa tu balik ke kampung halaman sempena yayu bertunang. Raya ciner kot. Selesai majlis itu, aku pun balik semula dengan eita. Aku ingat lagi, aku rasa macam nak demam time tuh. Dan ada sebijik jerawat besar di pipi dekat hidung. Fuh! Detail tak aku? Aku balik tu hari ahad.

Malam itu, aku rasa gatal2. Belek2 kat cermin, aku nampak macam kesan gigitan serangga. Gatal giler. Aku tak terfikir langsung pasal cikenpox. Besoknya, aku terus pergi ke pusat kesihatan uni. Bila doktor tanya simptom, aku cakap aku demam dan macam kena gigit serangga di kampung. Salahkan kampung pulak, ya.

Tak berpuas hati dengan ubat yang aku dapat (ubat biasa2 orang demam), aku bertindak pergi ke klinik panel pula. Kat seksyen 7. Sekali pandang je doktor tu cakap aku suspek cikenpox. Pergh! Tergezut aku. Apa tak terkejut nya. Dah, aku baru je cucuk 'jerawat' kat pipi dekat hidung ku itu. Nanti parut berlubang lor... Selepas diberi ubat dan mc 2 hari, doktor suh datang lagi 2 hari kemudian untuk pengesahan cikenpox itu. Aku pulak terus tepon mak, untuk pengesahan. Abis, doktor pun takleh diagnos kan hehe. Dan mak mengesahkan simptom2 dan tanda2 itu ialah cikenpox. Sempat aku tanya mak, "nak kena balik kampung ke?" Eh, apa punya soalan nih? Tapi aku tak balik kampung immediately lah sebab mc aku 2 hari je. So, aku terpaksa 'suffer' la selama 2 hari itu. Apa la doktor ni...

Selepas 2 hari, aku pun pergi ke klinik itu semula. Aku pun tak tau kenapa aku pergi petang. Mungkin sebab kesan pirit0n tu menyebabkan aku asik nak tido je. Petang baru lah ada kekuatan untuk keluar. Kesian la pulak kat diri sendiri. Sorang2 menghadapi derita huhuhu.

Di klinik, doktor pun komfemkan penyakit ini. Dah naik satu badan baru nak sah ke? Dusy dusy dusy! Barulah aku dapat mc yang panjang sikit. Itu pun selepas aku kecek kat dia untuk extendkan mc tu supaya terus sambung ke satu cuti umum. Entah, raya haji ke? Tah, tak ingat la. Lantas, aku pun berdesup balik kampung.

Tapi, aku sedang lemah, macamana nak drive balik ni? Jauh ok. Lalu, aku pun membuat pakatan dengan encik hairul yang ketika itu bekerja di bp dan tinggal di muo (umah maklong). Aku pergi ke rumah maklong dan dia akan hantar aku balik.

Sampai di sana, dah malam dah. Aku pernah pergi rumah maklong tu masa abang yus kawen, tapi dah tak ingat la rumahnya. Tah, kenapa tah aku tak dapat call dia. Berpusing2 lah aku kat jalan tu. Sampai aku pun hampir berputus asa dan nak balik sendiri je. Mujurlah dia tergerak hati nak menjengah ke tepi jalan (rumah maklong kat dalam sikit), dapat lah aku jumpa dia. Drama sungguh la.

Dari situ, kami singgah di @tec untuk berjumpa yayu. Saje, nak tengok gambo tunang yayu yang baru dicuci. Kami pergi makan kat gerai bawah pokok kat depan @tec ni. Ingat lagi, aku makan meehun sup. Selepas itu, kami pun terus balik ke kota.

Kini yang tinggal hanya SATU parut yang kekal. Ya, di pipi dekat hidung. Aku tengok ramai artis mempunyai parut di tempat yang sama. Tak caya cer tengok gambar close up fashasandha. Sama la aku punya kat situ hehehe.


Friday 26 August 2011

Meriah!


Satu lagi projek mini untuk hari raya ialah lampu warene wareni. Ekceli setiap kali raya aku suruh encik hairul pasang, tak terpasang2. Last2 tahun ni upah je lah orang pasang. Nak pasang lampu ni pun kena tengok trend setempat jugak. Ada rumah tu pasang kaler kuning sahaja atau merah sahaja. Pastu baru ni nampak ada yang pasang dua kaler je pulak. Yang saing2 kami pun pasang merah putih. Tapi, menjadi aku yang bercitarasa unik (cerewet sebenarnya), mestilah nak lain dari yang lain. So, aku mintak dia pasang warna warni. Ekceli tukang pasang tu pun pasang kat rumah dia warna warni gak, tapi rumah dia baris belakang sana, takde saper nampak (dan takde saper nak tengok hahaha). Depan rumah aku lak kan laluan utama orang taman aku dan orang kampung paghitlapissempadan. Maka, kenalah over di situ. Kalau nak plain2 baik takyah pasang langsung kan. Buat bazir karen je.


Rumah saper lah yang meriah tu. Dan macam rumah k3ling dah huhuhu.

Ehhh ni namanya meriah di hari raya ok. Nah, aku letak lagu ct sempena tema meriah ni ok. Kang tak faham pulak konsep meriah yang ingin ditonjolkan di sini hihi.





Pasifik Pon Memberi Kerjasama

Sabtu lepas aku meneruskan misi soping raya yang tergendala minggu lepasnya. Kali ni pegi pasifik pulak. Nak cari baju encik hairul je. Baju raya aku kan dah ada 12 pasang hehehe. Bila aku pusing2 area baju lelaki tu, eh, pasifik ni tau ke tema raya aku eh? Memang banyak baju kaler biji kundang yang ditonjolkan. Kira baju yang dipakai mannequin dan duduk depan2 tu baju kaler tu lah. Tapi, takkan lah aku nak beli semua baju kaler tu pulak kan. Baju aku pun selai je kaler tu. Selain tu macam2 kaler ada. Hijau, ceklat, kuning, pepel, biru, kelabu dan sebagainya (sebagainya lagi!). Tapi memang banyak pilihan baju kaler tersebut. I like!

Tapi tetaplah lama ok nak memilih. Bab2 baju ni memang beliau cerewetbercitarasa unik. Sibbaik citarasa dia tu menepati citarasa aku jugak. Cuma citarasa aku je lah yang tak berapa menepati citarasa dia. Maksudnya, yang aku pilih tak semestinya dia suka, tetapi yang dia pilih biasanya aku suka.

Tahun ini jugak aku lebih lenient (gini ke ejaannya?). Selama ni aku melarang keras beliau membeli t-shirt dari fabrik guni. Aku akan pastikan t-shirt dia mesti selain fabrik tu. Tapi biasnaya yang cantik2 memang pakai fabrik tu pun. Mencik! Jadi, terpaksa lah aku merelakan beliau berbaju guni.

Owh, tiba2 aku kesian kat summiit. Dulu aku sangat suka soping kat situ. Banyak pilihan kedai kasut. Fastfood pun cukup (k, p dan m). Thest0re nya pun best. Tapi sejak thest0re tu dah pindah ke bangunan fajar tu, orang pun dah tak ramai kat summiit tu. Aritu aku pergi sebelum puasa, parking pun dah free. Sebelum tu selepas pukul 6pm je free. Ni memang dah terdesak nak ajak orang datang lah ni.

TAPI??? Minggu lepas aku ternampak banner besar. Uda0cean akan dibuka di summiit. Yeay! (macam la summiit tu shopping complex bapak aku huhu). Mungkin kah summiit akan kembali meriah? Lagi pun hotel sebelah dia tu pun dah siap. Kalau hotel tu dah bukak, mungkin lah summiit akan kembali bernyawa. Kot.

Sekarang ni kami lebih kerap pegi ke square0ne. Dah, balik2 thest0re pasifik dan milim3wa je kat bp ni. Kalau pegi paksen tu, dapat lah tengok benda yang lain sket. Pasni dah ada u0, harus lah kad aku pun akan bertambah lagi. U0 ada kad jugak ke?

Thursday 25 August 2011

Boleh Pecah D...


Sejak beberapa hari yang lalu (dalam seminggu lebih gitu), air paip di rumah ku sudah semakin laju. Laju gila! Mula2 tu aku ingat biasa lah, pagi2 time sahur, memang la laju. Tetiba masa mandi pagi tu, eh, eh sampai ke pintu pulak air ni. Iyang bener?

Ada kebaikan dan keburukannya. Yang baiknya, proses mencuci baju menjadi lebih cepat. Ini pasti menggembirakan hati suami ku hehe. Tapi yang buruknya mungkin bil api dan air akan meningkat. Ye lah, bila air laju, meter tu pun laju lah kan. Bil api meningkat sebab time mandi tu kena kuatkan temperature heater tu. Apa2 pun kena tunggu bil bulan ni.

Bila air dah laju ni, aku teringat lah pulak peristiwa semasa aku duduk di kolej terataii 4 (kot. aku pun lupa nombor kolej tu sebab asik berpindah randah je). Masa tu ada kerosakan kat toilet kami. Entah, paip pecah ke haper tah dan mengakibatkan paip air di dalam toilet (untuk cebok) menjadi terlalu laju. Satu hari, ada sorang akak ni cakap,

"Air ni laju sangat, boleh pecah dara* aku". Hahaha...




Lagu Nostalgia Lagi



Pak Balik Pak by Melati

Sehari dua mak asyik pening kepala
memikirkan ayah tak ada kerja
dulu kerjanya ambil upah gali telaga
kini sudah tak larat katanya dia/pula

tiap pagi ayah ke kedai kopi
jumpa rakan- rakan sejati
lagaknya bagaikan ahli menteri
cerita tentang masa kini

mak kebingungan apa harus dilakukan
dia bimbang takut adik kelaparan
mak masak bubur nasi dicampurnya pisang
bubur satu pinggan makan 5 orang

mak menyuruh ku panggil ayah pulang
mak takut ayah kelaparan
nanti tak sempat makan mukanya masam
macam harimau kelaparan

Pak balik pak
bubur pisang dah masak
balik cepat pak cepat
jangan terlambat

Pak balik pak
kita menggali ubi
nanti malam perut kita tak berisi

ke sana sini puas aku mencari
rupa-rupanya ayah di kedai kopi

ku lihat di kedai kopi riuh sekali
masing-masing dengan gaya tersendiri

lupa segala anak isteri
makan minum isteri yang cari
minum kopi duit isteri yang bagi
tak bagi duit isteri dicaci..

Shantek!

Amaran : entry ini berbaur fiksyen.


Semalam aku keluar sekejap. Masa nak balik ke opis semula, aku ternampak kete ni. Wow! Shanteknya!!! Aku dah lah tengah giler kaler biji kundang ni. Tema baju raya pun kaler biji kundang.

Kalau dapat vivaa ni sebijik pun dah ok dah.


Tak pun myvi baru yang lagi best ni ke. (tapi ni tak berapa biji kundang la)



Tapi kalau dapat alza nih pun takpe.

Kete ini pon boleh jer.


Dapat yang ni free pun takpe.


Tetiba aku terjumpa kete ni.


Eh eh eh macam pernah nampak?


Kat mana ek???



Tengok nombor plat pun macam kenal.


Ok... tak saspen langsung.


Sebenarnya aku baru je sembur kete kancil ku itu. Dan gambar di atas sekali tu aku tangkap masa balik dari ambik kete tu hehehe. Tak dapat kete baru, dapat kaler kete baru pun jadik la...



Wednesday 24 August 2011

Nak Tunjuk Mesra La...

Awal puasa tu ari, kami mendapat risalah ke aper tah nama benda ni. Iklan dari kedai pakaian. Memula tengok gambar model lelaki ni, encik hairul kata, kenapa kepala dia senget?
Aku cakap, kengkonon dia nak tunjuk mesra la, macam suami isteri dan anak2.


Sekali tengok gambar2 lain, ...



Tapi bila tengok gambar dia sensorang, pun senget jugak. Ni mesra ngan saper pulak?


Alaaa stylo la tu.

Tuesday 23 August 2011

Ehehem Saya Buat Kuih Raya Lagi Tahun Ini


Tahun lepas ada cuti merdeka, sempat lah aku membuat kuih raya di pagi merdeka itu. Ini tahun, harapkan weekend je lah kalau ada pun. Weekend pula adalah hari untuk berjalan2 (sabtu) dan hari isteriberehat (ahad). Tak masuk lagi hari mengemas rumah dan hari menggosok baju.

Dipendekkan cerita, aku telah membuat kuih raya pada hari sabtu lepas. Pagi aku buat biskut sarang semut, malamnya pula biskut dahlia. Takde idea nak bebel. Biarlah gambar bicara sendiri. Akan ku beri step by stepnya supaya senang aku nak buat lagi tahun depan.

Amik seketul butter saiz kecik. Takyah timbang2. Masa sahur tadi dah kuarkan dari peti.

Kendian masukkan 100gm gula kastor. Nak bagitau, benda2 timbang menimbang ni aku buat sebelah malam tau. Pagi tu tinggal campak je.

Kendian putar lah ia sampai kembang.

See! Dah kembang semangkok.

Ok, ada step yang aku skip sebab tak cukup tangan. Tangan kanan pegang tapis (ayak), tangan kiri pula menguli. Iaitu masukkan 350gm tepung gandum + 100gm tepung jagung. Dah uli2, jadilah cenggini.

Eh, lupa lah! Sebelum masuk tepung tu masukkan sebiji kuning telur ngan satu sudu teh esen vanila dulu. Pukul sikit2 je pastu.

Pastu, amik pemarut nih.

Kepal2kan doh itu dan parutkan ia dengan pemarut halus. Selama ni aku wonder, cemana lah derang hancurkan kuih ni. Parut rupanya.

Parut ah sampai habis. Bosan seh...

Ok, dah siap parut.

Kendian susun cawan kertas dalam dulang.

Ya, cawan kertas perlulah mengikut tema rumah. Kiut kan?

Pastu sudukan lah parutan tadi ke dalam cawan itu.

Dan taburkan coklet rice dan gula urai yang berwarna warni.


Dan masukkan dalam oven pada suhu 180 degree celsius.

Kiter bako jer dia sampai masak kekuning-kuningan.

Tada! Dah siap sudah.

Kuih dahlia pulak, tak sempat nak ambik gambo step by step sebab dah ngantuk. Buat dah pukul 10. Tiba2 dah jadi bunga dahlia.

Jangan tertipu dengan rupanya yang macam cantik. Susah ok mula2 tu. Tapi orang kampung aku kata, prektis makes perfek. Boleh la...

Kiter bako jer jugak.

Dah siap pun biskut dahlia ku. Perasan tak, aku tak taruk ceri/jeli kat atas dia? Saje je aku taruk manik mata udang tu sebab rasa nostalgia. Ok, takyah citer apa yang nostalgia tu.