Thursday 28 May 2009

Enough!

Weiii aku tak kuasa larrr. Please la. Apa yang aku tak koser kan? Email aku penuh ngan invitation lorrr. Kawan2 aku ni kan, cukup2 la satu dua jer. Tu pon aku tak terlayan tau. Malas arrr. Biar lah korang nak kata apa. Aku malas nak approve.

Apa yang aku perkatakan nih?

Alaaa benda2 friendster, tagged, flixter, facebook tah apa2 lagi lar tuh. Yang buatkan aku kata, 'cukup lah', tu ialah aku dah approve kat friendster dan sebilangan juga di tagged, kendian orang yang sama invite lagi kat yang lain2 tuh. Apa ke hey nyer? Sudahnya, sekarang aku dah tak bukak benda2 tu semua. Lantak korang lah.

Rasanya sudah tak kuasa lagiii...

Ok, aku anti sosial kot.

p/s aku tak nak tau pon ko buat apa. lain la kalo ko ada blog hihihi. ok, ada memang ada, tapi ada ko update?

Yang Terindah Hanya Sementara


Kelmarin, dia park depan rumah kitorang, betul2 sebelah pokok helicornia yang sedang rancak berbunga tuh.

Semalam, dia dah takde, tapi pokok helicornia yang sedang rancak berbunga tuh yang takde. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Bergenang air mata ku.

Dia yang aku maksudkan ialah bajak pengorek parit yang aku tepek gambar nyer arituhhh. Yang korek parit depan rumah tuhhh. Kekdahnya, arituh dia korek dari belah seberang parit, semalam dia korek belah depan rumah aku pulak.

Yang buat aku sebak, bunga2 itu boleh kelihatan di bawah timbunan tanah2 liat berlumpur ituh. Dan yang buat aku hangin, mana2 rumah yang tanam serai atau ubi, dia tak usik pulak. Boleh pulak dia mengelak dari menimbunkan tanah kat atas pokok2 serai itu. Padahal pokok2 tu elok je kat tebing parit. Aku yang tanam pokok bunga hampir 10 kaki dari parit pon dia lanyak. Yang best nyer, pokok serai aku yang duk 10 kaki dari parit pon dia hentam jugak.

Selain pokok2 yang aku sayang, pokok kelapa yang ada 3, dah tinggal satu. Pokok tebu dah lenyap sejak ari sabtu lagi. Pokok pelam pon yilek. Pokok yang tinggal hanyalah pokok lili (yang aku tak berapa nak sayang sangat) dan pokok errr apa tah namanya, yang macam lidah buaya gergasi tuh. Bukan aku jek yang sedey. Jiran2 aku pon menerima nasib yang sama. Kebanyakan mereka tanam pokok pelam, lada dll. Pasnih, lambat lagi kot dia korek parit tuh. Kurang2 bukan dalam 2-3 tahun nih kot.


Mujur jugak aku dah pindahkan semua helikornia spesis panjang tuh kat dalam pasu. Dan yang spesis kena timbus tu pon aku ada anak2 nya kat dalam pasu. Buat masa ni, biarlah derang hidup di pasu dulu. Kang hatiku dah terubat, aku layan la lagi tanah tepi parit tuh. Buat masa ini, aku berjauh hati uhuksss...

p/s gambar esok la pulak, malas nak bawak kemre tadik.

Eh, sambung balik. Balik kerja semalam, aku ternampak apek jual durian kegemaran ku telah muncul kembali. Musim durian sudah tiba kah? Tunggu lagi 2-3 minggu la kot, kasik durian buruk2 abis dulu. Tak sabo nyerrr...

Wednesday 27 May 2009

Memori Daun Pisang


Haihhh mana idea nih? Saper tengok cite hulk kat tivi arituh? Ari apa ek? Sabtu ke ahad tah. Lawak jek citer tuh. Biler dia marah jek, terus hijau mata dia, kendian badan dia pon membesar dan kaler hijau. Koyak2 baju dia. Yang lawak tu bab dia kena kejar ngan lori arrr. Laju jek lori tu kejar dia. Tengok gaya macam laju giler, tapi tengok meter baru 60km/j hihihi. Tahun berapa tah citer tuh. Poyo giler.

Kali ni aku nak mengimbau kenangan zaman remaja pulak. Bagaimana zaman remaja ku itu berlalu?

Remaja ni start biler ek? Sekolah menengah? Kerrr apabila sudah baligh? Aku anggap sesudah baligh je lah ek. Tapi memang sekolah menengah pon huhuhu.

Semasa remaja, aku takde kawan rapat. Sekolah pon sekerat2. Form 1-2 sekolah bandar mas, form 2-3 sekolah semenchu, form 4-5 sekolah sc. Masa duk asrama pon aku tak rapat sangat ngan sesaper. Kawan aku ada cakap, dia tak nak ada best friend sebab dia takut kalau tergaduh ke haper, best friend tu tau semua kelemahan dia dan mudah menghentam dia. Itu prinsip dia. Aku lak, takde lah ikut prinsip tu. Aku kawan dengan semua orang sama rata. Takde yang special. Kawan yang aku maksudkan kat sini ialah kawan gegirl.

Namun begitu, seawal remaja lagi, aku sudah ada boifren. Hehehe sebenarnya nak bagitau, aku melalui zaman remaja ku bersama dengan boifren, sebab tuh takde masa nak berkawan ngan gegirl.

Zaman uni juga aku takde kawan rapat ngan gegirl. Tak pernah ler keluar gi kompleks ke, kl ke, ngan kengkawan. Tak pernah umor! Waktu dip, hari biasa, aku gi kelas, weekend gi kl. Kalau takde date, aku memerap kat kolej. Takde maknanya nak ikut kawan gi berkayak kat tasik ker, makan2 kat seksyen 2 ke, study kat library sama2 ke.

Waktu degree pulak, aku memang ter isolate dari kawan2 yang lain. Aku duk rumah sewa kat seksyen 7. Rumah kedai tingkat 3. Time aku terdesak cari rumah, jumpa rumah tu jek. Duduk la situ sampai abis belajar. Ok gak duk situ. Lapo2, turun tangga, dah kedai makan. Mamak ada, tak mamak pon ada. Balik kelas, bawah rumah ada kedai jual ikan. Oh, salah satu sebab aku tak tinggal ngan classmate ialah derang duk rumah yang sewa per house. Aku lak sewa per head. Senang, takyah pikir2 nak cari pengganti kalo ada yang keluar. Ko nak penyewa, ko iklan la sendiri (ayat ditujukan kepada tuan rumah). Kawan2 serumah aku pulak, variety. Macam2 course ada. Berbelas orang la jugak dalam rumah tuh. Yang best nyer, kami tidak terikat untuk masak beramai2 satu rumah. Sukati korang ler nak makan cemana. Nak masak sensorang ke, nak share masak ngan aku ke. Cam aku, aku masak almost every day untuk makan bersama boifren ku. Best ek bang, makan bawah pokok hihihi. Ada housmate aku, pon tiru, makan ngan boifren kat tasik. Mak aihhh cekal giler pulak aku rasa. Dah kawen nih, malas plak nak masak hihihi.

Tapi aku rajin masak gak tau. Semalam ngan kelmarin aku masak lauk paling simple tapi best giler. Ari isnin aku masak lemak kubis ngan ikan terubuk goreng. Pastu cicah ngan sambal belacan. Pergh! Sambal belacan yang abang 'tumbuk' tu memang best! Takleh cakap dia yang 'buat', nanti kembang idong. Pa'kal aku masak nasi sikit. Kalau tak, abes diet kuh. Pastu, malam tadik aku bakar ikan caru, goreng kacang buncis. Cicah nya pulak, aku potong cili, bawang, buh kicap dan perah ngan air limau kasturi. Mak aihhh kali ni ter' masak nasik banyak pulak. Memang gemuk ler pasnih nampaknya. Ok, rupanya lauk yang simple pon sedap sebenarnya. Senang ler keje aku ek? Silap beb. Aku jek yang berperasaan demikian. Suami ku tak cakap apa2, sebab dia dah tau, kalau dipuji, aku akan buat selalu hihihi. Alerrr kena masak susah2 ler pasnih.

Dipendekkan cerita, zaman remaja aku sebenarnya habis bersama boifren ku itu. Dunia aku hanya lah belajar dan dia. Sampai la ke sudah...

Anyway, aku takde lah menyesal ke haper. Aku ok jek. Dah, tak tau nak pikir apa lagi.


Tuesday 26 May 2009

Shopping Complex di Malaysia

Okehhh... sementara aku takde kerja sangat nih, meh aku nak patah balik ke topik perbincangan kiter bulan lalu2 iaitu mengenai shopping complex. Otak ku tergerak nak memikirkan topik ini selepas keluar dari pavilion tempohari. Mengikut analisa yang aku lakukan, terdapat 4 jenis atau kategori shopping complex di mesia. Ini tidak termasuk pasaraya yang seketul2 ya.

1. Kategori hypermarket yang ada lot2 kedai.


Contoh paling senang macam gayen, tesko, k4 tu sumer la. Jenis nih, hypermarket tu adalah main dia, sementara lot2 kedai tu sebagai supporting. Tanpa lot2 kedai ini, sudah tentu suasana membeli belah anda hanya tertumpu kepada satu, iaitu, beli barang dapo. Kalo ada kedai2 kat luar tuh, lagi rancak ler kegiatan ekonomi di situ kan. Kalo kat bp, ni aku ambik contoh k4 je lah, senang. Kat luar tu ada kedai kasut, cermin mata, jam, kerusi urut, dapo induksi, dan yang best sekali, kedai baju hihihi. Arituh sebelum tengok wayang, kami gi solat asar dulu. Sekali lalu kat k4 tuh, terperasan ada kedai baju baru bukak hihihi. Dulu kedai foto charli, dah tutup. Dalam tergesa2 tu, siap nak undur balik tuh, ehhhhh kedai baru bukak! Kecoh betul. Tapi kami masuk gak lepas solat maghrib hihihi.

2. Kategori macam2 ada golongan marhaen.


Yang ni memang banyak. Selalunya kat satu2 bandar tu, sekurang2 nya mesti ada satu. Kalau kat bp ni, summit ar. Kat kota ada plaza kota. Tapi plaza ni orang salu panggil gedung sebab dulu ada pasaraya gedung harian kat situ. Sekarang dah diganti ngan yc = your choice. Kat bp pon ada yc ni, kat fajar lama giler (fajar lama dah tutup, ni fajar sebelum fajar lama nih). Konsep kompleks ni ialah, jual je apa2 pon, harga berpatutan. Hahaha boleh ke gini? Kira kalau student atau tidak bekerja masih boleh beli lagi la. Sampai sekarang pon, walau pon ada 2-3 tempat baru bukak kat bp ni, aku still suka gi summit sebab banyak pilihan. Lagi pon kan aku insan biasa kan... Soping pon mesti lah tempat yang biasa2 nih. Kalau kat kl, macam bb plaza, sg wang plaza, pertama, kotaraya. Kat shah alam, macam kompleks dan p.a.s. Ermmm kalau dulu, one utama tu pon ala2 kategori ni jugak. Tapi dia up sket la sekarang. Dah boleh masuk kategori ke-3 pulak. BPmol pulak, sebaris ngan one utama dulu2. Kira kalau dalam kategori ni dia kedai level ground floor la hahaha. Sebab dia cantik sikit la banding ngan summit tuh. Biasanya dalam kompleks ni ada satu pasaraya. Tapi tak semestinya la... Kat sini jugak paling banyak budak sekolah melepak sebab ada pusat video game dan karoke jamban. Eh, cakap pasal karoke jamban ni, aku sedey tau. Aku suker je nyanyi2 kat karoke jamban nih, tapi, sekarang nih, dah tak boleh la kan... Kena jaga nama baik huhuhu. Karoke kat rumah je lah. Balik2 lagu fotograf, may dan uk's uhuks!

3. Kategori macam2 ada golongan pertengahan.


Yang ni, nak kata grand sangat pon tidak, cikai sangat pon tidak. Kalau kat bp ni, ala2 macam takde jek. Tapi kalau tempat lain, aku bagi contoh macam midveli, jusco (brand sekarang), sacc mol. Jenis ni biasanya orang macam aku, ok, boleh masuk, tapi mulut bebel2 la kuar dari kedai tu, huh, mahalnya! Tapi ada certain2 kedai tu, 'in' jugak la. Kat sini banyak kedai konsep dan branded. Tapi bukan brand eksklusif sangat pon. Kat sini salu ada pasaraya yang besar dan best seperti jasko, metro dan paksen. Aku paling tak gemar masuk paksen. Bukan tak suka ke haper. Dia kalau wat sale kan, bukan geti nak meriah2. Kira kita masuk tu, tak tau pon ada sale giler2 melainkan kiter pegi satu2 tempat dan telek satu2 sebab tag2 diskaun dia guna kaler putih jek. Tak suka di situ. Kalau jasko pulak, takde sale pon ko ingat ada sale hikhikhik. Suka!

4. Kategori macam2 ada golongan atasan.


Kat sini lah duduk nya pavilion, lot ten, curve, suria dan garden. Dulu suria tu tahap2 midveli jek, sekarang dah upgrade giler. Oleh kerana tempat ni banyak designer boutique, tak ramai sangat orang dalam nih. Nak nampak budak pakai baju sekolah pon almost mustahil, melainkan yang datang ngan parents la. Kalau ikut pengalaman aku (yang dari luar pon nampak tak berduit nih), biler kiter masuk satu2 kedai tuh, salesgirl dia wat dek jek sambil memerhati dari jauh. Takut aku rembat agaknya hihihi. Cuba kalo ko ranggi2, mekap macam artis atau datin2, komfem di ikottt je montot ko. Gitu lah. Pastu kat sini, nak makan ada hazab sikit. Hazab la kalo takde duit kan. Kalo macam pavilion tu, paling lekeh ada kayefsi ngan pizahat. Medan selera dia pulak, standard nasi campur doblas hengget sepinggan arrr. Kalau macam aku ni, bukan takde duit nak makan cenggitu, tapi alahaiiiiii sayang nyer duit nak spend semata2 untuk makan benda tu. Gitu lah lebih kurang. Ehhh jangan la korang takut nak gi situ pulak. Kalo ko tak kisah, pergi je lah. Ok apa makan pelik2 cenggitu. Tapi jangan lupa tengok logo halal yang sah dari jakim okeh?

See you when i see you!

p/s perghhh lega dah takde hutang. tu lah, lain kali jangan ngengada wat trailer ke haper, ok?

Monday 25 May 2009

Aku Pening!!!

Sampai biler la aku akan terus berada di dalam bilik sauna nih. Sepanjang setahun aku kat sini, rasanya sebulan dua je aku merasa bilik berekon. Selebihnya, panas berpanjangan. Apa salah kami diperlakukan sebegini? Kalau lah kos merepair itu terlalu tinggi, beli kan ler kipas 2-3 bijik. Macamana lah aku tak balik tepat pukul 5 setiap ari. Derang boleh la... datang2 je opis, terus sejuk. Sorga je masuk keje. Aku nih, masuk pintu pagar je dah rasa fobia. Kalau boleh nak beropis dalam kete jek. Hukhukhuk macam ler sengsara bebenor kihkihkih.

Ok, dah abis komplen.

Aduiii pening nyer paler ku. Nilah akibatnya biler cuti2 tak geti duk diam. Keje berjalan je. Sudahnya, tido lambat sebab kena gosok baju hukhukhuk. Pening!!!

Ari sabtu kami pergi bp, makan asam pedas. Dengan keterpaksaan, aku pon makan ler kat tepi post opis tuh. Huhuhu siap kena paksa tuh. Sibbaik sirap dia adalah terbaekkk. Dah ler panas berdenting, dapat air sirap ros sejuk, pergh! Tetiba teringat air sirap pengantin. Alaaa dulu kecik2, time kenduri kawin je, mesti gi belakang, minum air sirap banyak2. Best nyer...

Lepas makan, gi square1. Kengkonon nak tengok2 langsir kat jekel. Tapi, takde yang berkenan pon. Pastu pegi beli tiket wayang. Wahhh ada cite lakonan tony leung ka fai lorrr. Tapi kami tengok anjel and demon. Besttttttttttttttttttttttttttt! Konsep citer nya macam da vinsi kod, so kena pikir2 sikit. Sampai ke sudah aku tak paham cite da vinsi tu sebab tak pernah tengok dari mula sampai abis. Pasnih nak cari la dvd dia. Cuma, part agama cite nih agak heavy la. Agak2 tak kuat akidah, bahaya la jugak. Ada satu part tu, derang wat pemilihan 'pope' yang baru, sumer pakai baju (baju apatah, uniform derang kot) kaler merah putih. Macam pemilihan parti itu pulak hihihi.

Selesai nonton, cecepat gi solat. Citer ni panjang sket, 2 jam suku. Start kul 5.15pm, abis kul 7.30pm. Pastu baru kami jenjalan kat parksen. Tak de hasil ponnn.

Sebelum balik, gi makan dulu. Patah balik semula. Makan kat sup sitam. Ada satu gathering kat situ. Tah, kawan2 sekolah agaknya. Baya2 awal 40an gitu. Abang kata kenal sorang tu, pengetua emaresem bp. Pas makan, terus balik. Huh! Pelik nyerrr tak de beli apa2.

Ari Ahad, malas arrr nak masak. Nak makan nasik ayam pulak. Dari sana, terus gi ayer hitam. Memula jumpa tempayan, kendian jumpa pasu. Suka! Suka! Pasnih kena carik buluh pulak. Kat kedai tu ada jual buluh, tapi halus2. Aku nak yang besar2 gitu. Baru ada impact kan...

Susah gak nak carik yang mulut besar macam mulut tempayan.

Arituh beli bentuk lonjong, kali ni yang bentuk pasu plak. Tekstur masih sama, cuma yang ni besar sikit. Bunga nak beli kat roomantika, murah sket.

Arituh jenjalan kat taman wira, nampak parit dia dah korek. Sekarang, turn parit kami pulak. Beberapa pokok tebu dan kelapa musnah ditimbus. Sibbaik pokok bunga aku ditanam jauh sikit.

Balik dari situ, singgah gerai cendol. Tapi aku order abc. Wahhhhh best giler dapat abc dengan sirap dan gula merah. Jarang dapat abc gula merah cenggini. Salu kaler merah ngan ijau, rasa sama jek.

Malam aku buat jejemput tak cukup sifat. Ada ker aku boleh lupa masukkan ikan bilis? Terpaksa la jugak makan sebab dah siap, nak ngadap baru perasan.

Sunday 24 May 2009

Selamat Ulang Tahun ke 2

Ada orang, ucap ulang tahun pada hari ulang tahun kelahiran, perkahwinan, perkapelan, perkenalan dll. Hari ini, aku nak ucap selamat ulang tahun perlantikan kepada aku dan kawan2 se batch ku, Cik Shuhaina (Putrajaya), Cik Farhana (ILP KayBee), Cik Zalina(KK), Cik Siti Aminah (Putrajaya), Puan Juliana (errr tak pasti, Subang Jaya or ILP KayBee), Puan Noraida (Kuching), Puan Nor Azlina (ILP Kontan), Puan Syarifah Erna (Cyberjaya), Puan Noorita (Cyberjaya), Puan Rosmani (Subang Jaya), Encik Mohd Ruzaimi (KT), Encik Mohd Azhar (Penang), Encik Mustapha (KK), Encik Kamal Azhar (Cyber ke Putrajaya) dan Encik Ibrahim (Ciastt) dengan ucapan, Selamat Naik Gaji! hehehe. Dan... semoga bekerja dengan lebih berdedikasi, amanah dan bertanggungjawab.

Friday 22 May 2009

CSI Parit Raja Plus 24 Sikit

Cerita ni memang ada unsur2 csi, tapi ada gak sikit2 unsur 24. Nakkk jugak masukkan jack bauer dalam ini pilem.

Gini, ari selasa arituh, time aku start kete nak pegi keje, aku terbau satu bau yang uwekkkkkk macam bau bangkai. Aku tengok keliling, bawah rak kasut, dalam parit, takde pulak benda tu.

IKLAN : eh, ada orang call lagi, nak cari batik. musykil tul la, kenapa sekarang??? sori emelda - takkan emelda yang nak kawin minggu depan tu? emelda lain kot...

Ok, sambung. Sebelum pergi, aku cakap kat suami, ada bau bangkai. Maknanya melepaskan tanggungjawab itu kepada dia lah tuh. Sampai kat opis, kuar kete, alamak, kenapa kete aku ni still bau bangkai nih? Aku ada langgar apa2 ker ek?

Balik keje, aku dah ter parking kat dalam, malas nak tunduk2 check. Biar kan je lah dulu.

Hari Rabu, sebelum gi keje, bau masih ada, tapi malas nak buat apa2. Balik keje pulak, aku aku tunduk2 nak tengok bawah kete. Kot la nampak apa2. Takde pon? Time tu aku tengok belah tepi je, tak tengok belah depan sebab depan kete rapat ke dinding.

Semalam, hari khamis, dah jadik macam biasa pulak. Ni kereta mayat ke haper nih? Sabar je lah. Sibbaik la tak bawak kete masuk opis, kan? Kalau tak, ada yang pengsan kot.

Balik keje semalam, aku tak terus masukkan kete. Saje letak kete kat depan pagar supaya depan kete tu terangkat sikit ( ada slope ), senang aku nak tengok2 ikut depan pulak. Dengan pakaian rasmi yang aku tunjuk semalam tu, aku memulakan operasi csi. Jeng jeng jeng... kenapa aku macam terdengar music dari cite x file eh? Memula aku tengok bawah, dari depan ke belakang, cuma ada sehelai plastik yang tersangkut . Aku tarik plastik tu, keluar sehelai bulu ayam.

Ok, suspek utama sudah di kesan, tapi di mana? Kendian aku tengok plak belah depan kete, kat lubang radiator ke apa ke nama nya tuh. Alaaa dekat2 nombor plet tuh. Dan, ini lah yang kelihatan di situ...


Apa benda tuh? Nampak kaki jek? Macam ayam, macam burung. Kita namakan dia makhluk. Kat mana tuh? Meh, aku zoom out sket.

Haaa dia duduk kat lubang belah kanan atas tuh. Aku pon, tanpa berfikir panjang, start kete, dan undur kete, bawak ke tepi parit depan rumah.

Memula, kena ambik gambar dulu. Tu, gambar pertama tu lah yang aku ambik. Lepas tu aku ambik sebatang konduit yang pendek, tujuan untuk menolak makhluk itu jatuh. Ewahhh ko ingat semudah itu ker? Bila aku tolak2, dia pon jatuh, kelepuk! kat platform pulak. Haiyaaa cemana nih? Oh, lupa plak, csi mesti ada team kan. Kiter call la team kiter.

"Abang, ada csi. Cepat balik. Bukan csi kat tv tau, ni betul2 punya csi. Hihihi."

Aku pon masuk rumah, solat dulu mentara team forensik sampai.

Sesampai2 je dia kat rumah,

"Abang, baik makan pisang goreng ngan kopok ni dulu. Kang nanti tak selera lak nak makan." Hihihi tengah jalan tadik aku beli pisang ngan kopok. Kendian kami pon pergi ke crime site. Sebelum tu, jumpa ni kat porch, tempat park AH.

Kenapa aku tak nampak benda ni tadik ek? Musykil? Oh, aku terlupa, berdua lebih baik huhuhu.

Pegawai forensik bukak boot. Naper aku tak terfikir benda tu boleh kelihatan dari boot nih ek? Aku ingat kena jolok2 ikut lubang tadik tuh jek. Sekali lagi, berdua lebih baik.

Ooo tengok dari atas baru faham kedudukan dia katner. Kena tolak sikit jek, nanti dia jatuh la.

Ok, kiter serahkan tugas kepada yang pakar. Sikit punyer besar ker apparatus dia. Aku pakai konduit kontot jek tadik.

Okeh, dah tolak dari atas, dia takmo jatuh gak, kiter tengok dari tepi, dekat tayar. Haaa... kena pusingkan tayar lagi sikit.

Dan makhluk itu pon ditarik keluar dari situ. Pergh! Bau macam bangkai! Dah berulat lagik.

Mana kepala dia? Kaki pon ada sebelah jek.

Ambik gambar dari sudut ketiga pulak. Sudut pertama ngan kedua pon tak tau kat mana...

Kengkonon dia kena langgar la tuh. Berlakon lebih nampakkk...

Kita kasik tanam itu makhluk.

Dan kambus. Senang jek?

Dah, tak bleh dikesan lagi dah. Bukti sudah dilupuskan.

Okeh, persoalannya, di manakah part jack bauer yang aku war2 kan itu tadi?


Aku bayangkan makhluk itu terlanggar (ke aku yang terlanggar makhluk itu?) kat nombor plet nih, kendian dia termasuk kat lubang belah kiri. Oleh kerana dia nervous, dia bergerak ke belah kanan, dah tertewas di situ. Ada la sikit2 macam scene jack menyorok kat bawah truck dalam 24 season errr berapa tah. Carik la sendiri. Ok, itu jek siri crime time friday untuk kali ini.

Adios amigos!

Thursday 21 May 2009

Caps Lock dan Sambungan

Sebelum sambung, aku teringat kejadian hari isnin arituh. Bukan kejadian sebenarnya. Adegan kot. Arituh aku ada kasik assignment, so ari isnin tu aku kutip ler. Aku kalo kasik asignment, mesti suh tulis tangan. Nyampah aku baca assignment yang main edit2 tulisan jek, jawapan sebijik sebijon. Sekali ada sorang budak nih antar last dan lambat sikit. Aku pon selak2 la paper dia. Tetiba aku terus tergelak. Bebudak ni pon kompius la kan. Aku pon cakap la, kawan awak ni, terlupa agaknya dia ter tekan caps lock. Jawapan dia sumer tulisan besar. Apa? Korang tak paham? Lantak ler...

Okeh, sambung balik citer ari sabtu.

Lepas kuar dari opis, kami terus gi makan kat bukit pasir. Padahal kedai benang dah dekat bebeno tadik. Ok, takyah la bagitau aku makan apa, paham2 sendiri sudah.

Lepas makan baru lah kami patah balik ke pusat bandar. Tah, ye ke area tu pusat bandar? Memula dah lalu satu kedai nih. Pernah pergi sekali jek. Kedai dia kecik, tapi, ko cakap je nak benang kaler apa, kun kaler apa, selalunya tak menghampakan. Tapi, tah apa ke hey tah, aku tak suka gi kedai tuh. Aku lagi suka gi kedai yang siap ada barang2 kraftangan dan jahit tepi sekali tuh. Masuk kedai tuh, non ado benang kaler krim. Patut ker? Hello, benang hitam putih dan krim adalah kaler2 benang yang wajib ada ok? Kaler universal tu. Terus kena banned kedai tuh pasnih. So, terpaksa lah pusing semula ke kedai kecik tadik. Ok, pasnih ikut cakap suami. Suami dah nak singgah tadi, ko yang takmo. Dah... pening kepala, pusing2.

Sekejapan je aku dah dapat apa yang aku cari. Kedai tu letak benang dalam kotak asal dan disusun dalam display cabinet. So, ko cakap nak benang kaler apa, dia dah hapal kod pada kotak benang tuh, ok? Tak perlu self service. Dan kalo kaler benang yang ko nak tu agak2 bombastik, dia akan kasik buku katalog benang untuk ko pilih (ni macam kedai kat kompleks pkns s alam kekdahnya). Ok, pasni aku akan pergi situ lagi. Kedai kat parit raja tu, mahal nak mampos! Jangan harap aku nak beli kat situ. Tapi, agak terkilan la juga kerana tak bawak kain2 yang nak dibeli benang dan kunnya itu. Uhuks...

Pastu, kami singgah kedai elektronik plak. Dalam bulan ni ajer, ada la dekat 5 kali kot aku gi kedai nih. Kali ni nak cari soket ala2 adaport tuh. Tetiba terbakar pulak yang kat dapo tuh. Ingat brand tu tak bagus ke kan. Sekali tengok kat kedai, brand tuuuuuu jugak. Pegi pasifik pon brand tuuuuu jugak. Hello, mana pelabur2 lain hah? Takmo bukak kilang adaport lagi ker? Kasik arrr banyak sket pilihan. Last2 tak beli pon. Terpaksa la beli brand tu jugak. Tapi nak beli kat kedai tadik sebab kat pasifik rege tetap, kedai tu banyak diskaun huahuahua. Serius ok... Aku beli remote control estro baru rm15 kat situ. Kat pasaraya rm19.90 kan? Ok ok aku bias sebab aku orang elektronik hahaha. Ada kaitan ker?

Ermmm kendian gi mana plak ek? Ok, gi summit. Tujuannya nak beli besi cangkuk kepala langsir kat nagoiya. Tengok2, ada 3 jenis cangkuk. Satu, 4 jari cangkuk kat tengah2. Dua, 4 jari cangkuk kat atas. Tiga, 1 jari cangkuk kat tengah. Menurut teori encik hairul, yang 4 jari cangkuk kat atas tu, sesuai untuk langsir yang selalu di gerak2 kan, seperti day curtain. Yang 4 jari cangkuk kat tengah tu sesuai untuk langsir yang statik, seperti night curtain. Sementara yang satu jari sesuai untuk kepala langsir yang statik dan tidak memerlukan kedutan. So, untuk tidak menderhaka, aku beli yang 1 jari, rm5 untuk 50 ketul. Lagi pon dia yang nak memasangnya nanti kan. Errr sebenarnya memang betul pun teori tersebut hihihi. Tetiba bangga mendapat suami yang genius. Actually ada 1 jenis lagi yang ada lock. Ni jenis 4 jari.

Selesai kat summit, singgah pasar malam ler. Kuat tul la pelaris makcik kebab ngan mamat taufufa tuh. Salah kan derang. Pastu gi bpmol pulak. Isyyy aku ni suka betul membazir. Kalau balik terus, kan dah jimat duit? Ni, nak jugak singgah tempat yang menghabiskan duit. Kali ni aku rasa seperti kembali ke zaman remaja. Sebab aku beli benda alah yang gantung kat henpon tuuu hahaha poyo. Alaaa masa remaja dulu mana dapat benda tu semua. Lagi pon mana ada uwang nya. Selain tu aku beli tali penyangkut. Alaaa yang orang sangkutkan henfon, pen drive tuh. Aku rasa, pen drive ialah benda yang paling senang kiter ter misplace dan cepat lupa kat mana. Kira ni langkah pencegahan la.

Ok, tak banyak soping kat bpmol. Bila aku tutup akaun, tak abis pon 200 yang tadik tuh. Selamat...

Cukup lah nih. Sekian.

Hilang, Tapi Tak Jadi Nak Hilang

Pagi tadi, ambik gambar sendiri. Eh, silap pulak, nampak botol air.

Cuba lagi, nampak kertas bersepah atas meja pulak.

Lagi sekali, e'eh, apa motif ambik gambar ni sebenarnya? Failed!

Coba berdiri lak. Haiyaaa sekerat jek?

Motif sebenar, nak tayang baju baru lagi hihihi.

Hari Jumaat yang lepas, kami keluar makan malam di pinang sebatang. Alaaa restoran yang konsep p ramli tuh laaa. Sebelum keluar, aku ambik henfon. Tak bawak purse pon. Helah takmo belanja makan hihihi. Ehhh tanggungjawab suami ialah memberi makan minum, pakai dan tempat tinggal, kan? Salu aku bawak jugak purse sebab nak bawak lesen, takut tengah jalan, abang cramp kaki ker apa, takleh drive ke haper kan... Makan kali ni, tak berapa nak sedap. Mee bandung masin dan pedas sangat. Itu tanda2 aku akan boikot kedai tu selepas ini. Salah ko sendiri, ok?

Esok nyer pulak, dah plan nak jenjalan. Nak gi mana lagi kalo bukan ke bp kan? Pasnih nak gi jb or kluang la pulak. Or balik kampung (pilihan akhir nampak???) Balik kampung, satu yang aku tak tahan ialah, terpaksa (terpaksa tuuu) soping kain baju kat kedai kemboja. Adoiyaiii... lomah betul la. Cuba kedai kemboja tu tutup time aku lalu, kan ker bagus? (Hikhikhik sebenarnya suka kikiki.)

Orang cakap, untung ler, beli baju banyak2 ke mahal2 ke, takyah bayar upah jahit lagi. Untung ke haper? Orang yang anto gi tukang jahit lagi untung. Pegi kedai, ukur2, cukup haribulan ambik, bayo, dah boleh pakai. Untung dari segi masa la. Boleh tido, tengok tv, soping2, makan2 time tukang jahit tu menjahit baju korang.

Aku pulak? 1 jam potong kain. 30 minit jahit tepi (eh, lamanya?). 10 minit tebuk leher. 3 jam jahit tulang belut dan sembat leher, pasang butang sekali. 1 jam 30 minit cantum baju dan jahit kain. 1 jam 30 minit sembat hujung baju dan lengan. Coba ko kira? Ada 7-8 jam? Hahaha nampak sangat tak pro hihihi. Tapi tu kira terbaik la kan. Aku jahit tulang belut, bukan mata lalat atau tekan mesin atau pasang kun. Memang le lama. Pastu aku jahit hujung baju ngan lengan tu ngan sembat halus. Tukang jahit biasa jahit silang pangkah jek. Jarang2 dekat seinci jarak antara benang tuh. (Weiii tengok baju korang sekarang, betul tak?) So, saper yang untung sebenarnya? Aku untung duit tapi rugi masa, tapi korang untung masa, rugi duit. Bagi orang mata duitan, harus lah pilih untung duit wahahaha...

Ok, berbalik ke cite tadik. Apa ek? Jap, nak skrol ke atas jap. Ok, pasal jenjalan ari sabtu. Tengah bersiap2 tu, aku dah plan, nak bawak kain2 sebab nak beli benang dan kun. Semangat nak jahit baju berpiping pasnih sebab mesin dah terbaekkk... Pastu nak bawak toto2 nak anto gi dobi. Macam2 benda dah plan. Kendian aku pun ambik henbeg. Biasa kalau boleh sembahyang, aku akan bawak henbeg yang muat telekung. So, nak masukkan henfon, kemre dan purse ler dalam henbeg tuh. Sekali, dua kali, tiga kali (memang aku buat 3 kali dan lebih) tengok dan raba dalam henbeg, purse aku takde? Terus la aku, Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dengan tonasi saspen tahap dewa. Aduhhh takleh pikir la. Yang ingat, last aku bukak purse kat luar kafe lepas beli air sirap limau semalam. Kebarangkalian cuma, tertinggal kat opis sebab aku balik keje semalam takde kuarkan purse kan.

Cecepat kami bergegas keluar. Terlupa terus plan2 nak bawak kain, toto segala. Sepanjang perjalanan, aku tawakal ajer. Tak mungkin tinggal atas meja sebab sebelum balik aku kemas meja.

Sampai2 je opis, aku terus tuju meja. Takde atas meja. Sekali tengok kusi, hek elehhh elok je dia duk atas kusi. Sibbaik la budak2 robokon dah settle. Kalo tak memang derang kuar masuk bilik ni malam2 dan weekend. Alhamdulillah... purse tak jadik nak hilang.

Masa on the way tu abang tanya, banyak duit tak? Ada la dalam 200 gitu. Aku tak pikir duit sebenarnya. Aku pikir kad2 dalam tuh. Biler dah jumpa tuh, terus aku terpikir, isyyy kalo tak, hilang duit aku 200 tak pepasal. So, hari ni elok ler aku belanja kan 200 tu abis2an. Akibatnya, outing kali ini, sumer aku yang 'kena' bayo. Rugi!!! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, sambung ler sendiri. Eh, aku lum solat. Sambung jap lagi. Babai!

Wednesday 20 May 2009

Komfem dan Langsir

Wei!!! Aku dah komfem la. Eh? Kenapa kalau aku dah komfem? Bleh ambik pitikey? Errr takde mende sebenarnya. Cuma nak rekod kat sini jek. Tarikh nyer ialah 3 November 2008. Lama giler, kan? Giler lembab jugak la derang ni update ek? Surat sampai 21 April, tapi aku baru dapat kemarin. Tak ke lempun tuh? Nak rekod pon lempun ker? Busy banget ker derang nih? Wah! Komplen lagi. Tak kira lah cepat ke lambat, tak memberi kesan pon. Yang wat saspen ialah, aku ada hutang ngan pengarah berkaitan komfem ni beb...

Gini, masa dia nak sign surat komfem aku arituh, dia ada panggil aku. Dia kata, kalau orang lain dia tak kan sign selagi tak siapkan wim (ok, korang takyah tau apa ke bendanya wim tu). Tapi, kerana aku ni lemah lembut dan berdedikasi (ni lagi la tipu besar), dia sign jugak in advance, tapi syaratnya aku kena siapkan benda tu sebelum bulan julai. Maknanya lagi sebulan lebih ok... Siap tanya kat aku tu... ni kira deal he? Ok, deal, jawab ku. Tapi aku tak kisah pon. Sonang bai tu. Cuma aku kena lah pendekkan setiap entry aku pas nih untuk menyiapkan wim tersebut huhuhu (jangan percaya ok? ). Gitu lah adanya.

Kan aku cakap nak jahit kepala langsir weekend arituh kan? Yeay! Akhirnya siap juga kepala itu selepas hampir 2 tahun. Tak kisah lah korang nak anggap dah lapuk dan takde kelainan pon sebab masih guna kain langsir yang sama. Aku tak kecik ati kalau korang cakap aku masuk rumah baru, tapi langsir buruk :P. Aku tak kisah langsung sebab aku nak buat pengumuman di sini bahawa

"Pada hari raya nanti, apakala korang masih menggunakan langsir yang baru korang buat time masuk rumah arituh, aku akan buat langsir baru beserta cat baru jugak. Jangan jeles korang! Ngeh ngeh ngeh."

Aku tujukan pengumuman ini kepada mereka2 yang baru pindah masuk rumah baru, termasuk penduduk taman wira jaya juga. Ada ke?

Dah berangan dah nih. Nak beli langsir kaler apa, cat kaler apa, nak wat design apa bla bla bla. Ye lahhh time pindah arituh kan betul2 tengah puasa. So, tak sempat ler aku nak membuat langsir nya. Kalau tak raya wat langsir baru, cam tak seronok kan. Cakap je lah nak menunjuk sebenarnya hihihi. So, ini lah hasil kerja selama tak sampai sehari itu. Ok, pujian korang aku dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Riak betul. Isy isy isy...

Time ni encik hairul tengah pasang.

Ok kah?

Aku main cepit2 jek, takde butang bagai. Alaaa nak pakai 4-5 bulan je lagi kan.

Tuesday 19 May 2009

Golok Bukan Parang

Pagi tadi ada caller ni citer pasal husband dia yang hendak/sudah poligami. Tak ingat citer dia mulanya sebab banyak sangat berfikir hari nih. Di pendek kan cerita, last2 tu dia cakap, orang lelaki ni, kalau kiter suruh pegi pasar, punya lah liat. Tapi, kalau pergi golok yang sikit punya jauh tu, ringan ajer. Gitu lah lebih kurang ayat dia. Ok gak statement dia tu ek?

Bila Guru Itu Tidak Digelar Guru

16 Mei lepas, kami saling berbalas2 ucapan selamat hari guru. Dahhh... takde student nak wish, kan. Sambil2 tu, kasik la sms kat adik beradik. Baru aku perasan, yayu je yang takde kena mengena ngan cikgu sebab najib dah tak jadi pengajar. Tapi still, keje di institusi pendidikan. Kendian, kak shila balas, ucap selamat hari pensyarah. Aku betulkan, bukan pensyarah, tapi pengajar. Dah, yang satu mana betul nih?

Dalam konteks negara kiter, sekolah je yang ada bajet untuk hari guru. Pusat latihan, uni, kolej, sumer takde. Jadi, sekolah je la yang wat sambutan hari guru nih. Secara otomatik jugak, guru2 di kolej, uni dan pusat latihan tidak menyambut hari guru atau diraikan dalam sambutan hari guru. Lebih sedih pilu di dalam hatiku, student pun tak wish sebab kata mereka, puan bukan guru! Sentap beb.

Sama lagi tak aturcara sambutan zaman sekarang? Zaman aku dulu, pagi2 mesti ada perhimpunan, kendian ada perutusan hari guru, kendian cikgu nyanyi lagu kami guru malaysia. Pastu baru ada wat majlis kat pentas. Nyanyi2, nasyid2, drama2. Pastu ada anugerah pulak. Dah macam artis hihihi. Seronok nyer jadi cikgu sekolah. Dapat hadiah lagi. Tengok mak2 blogger pon prepare hadiah untuk anak kasik kat cikgu derang. Uhukkk kecik ati tau.

Kat tempat aku ni pun ada 4 orang guru yang dipinjam dari moe untuk mengajar subjek maths, english dan agama. Rugi arrr derang tak sambut hari guru, kan? Apa salah kami? Adakah kerana kami dipanggil cik/puan sipolana dan encik sipolan, kami tidak layak diraikan pada hari guru? Nampak gayanya, aku sambut hari pekerja je lah. :P

Gini lah nasib bila guru ini tidak digelar guru.

Monday 18 May 2009

Akim Tak Menang Ponnn

Tak suka laaa. Nape hafiz yang menang af ha??? Aku nak akim menang lorrr. Si aril tu pulak dah blocking akim dari menjadi naib juara. Dusy! Dusy! Kenapa aku nak akim menang? Sebab dari hari pertama lagi aku dah suka suara dia. Alaaa time dia nyanyi lagu loga tuh. Satu lagi, sebab aku takleh tengok laki senyum senget kot huhuhu. (sila rujuk video di bawah semasa akim tengah duduk). Ampun bang...



Jason Mraz - I’m Yours

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you’re so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I’m trying to get back
Before the cool done run out
I’ll be giving it my bestest
Nothing’s going to stop me but divine intervention
I reckon its again my turn to win some or learn some

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
Ah, la peaceful melodys
It’s your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

I’ve been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I’m saying is there ain’t no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It’s what we aim to do
Our name is our virtue

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family (2nd time: ah, la happy family)
It’s your God-forsaken right to be loved love love love

I won’t hesitate no more
Oh no more no more no more
It’s your God-forsaken right to be loved, I’m sure
Theres no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

No I won’t hesitate no more, no more
This cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours, I’m yours


Friday 15 May 2009

Tapir, Tenuk dan Cipan

Sedih tau. Umur nak masuk 30, baru tau bahawa ketiga2 haiwan di atas adalah sama. Abis, tengok animal planet mana ada cakap nama dia dalam bahse melayu, kan? Teringat satu papan tanda kat jalan dekat2 puncak perdana, gambar tenuk ni. Salu kan gambar lembu, kambing je kan. Kalau kat mersing ada gambar gajah. Tapi yang pernah melintas kat mersing tu ialah haiwan h1n1 tuh.

Okeh, salahkan pizahat sebab wat eklan piza udang dia yang mengecurkan itu. Petang semalam, aku malas masak. Biler tengok eklan tuh, terus teringin nak makan piza. So, malam tadi kitorang pergi beli piza malaysia style. Derang ada delivery gak tau. Tapi, memang sedapppppp piza dia, walau pon tak de topping thai seafood seperti pizahat hukhukhuk. Konon beli dua sebab bleh wat sarap ari nih. Sekali, abis yilek terus. Dah abis baru lah terkejut, e'eh, mana piza yang 2 keping tadik? Macam tak percaya makan sebanyak ituh. Alamak, bukan aku tengah diet ker?

Ni piza daging yang lebih sedap dari piza di bawah.

Ni peperoni ayam. Sedap jugak sebenarnya. Kalo tak, takkan ler bleh abis, kan?

Ini yang sedang aku makan. Kecik je piza ni, sebab tu abis. Lagi nak kasik alasan kenapa bleh abis ek?

Malam tadik dah siap potong kepala langsir. Malam ni dan esok serta lusa, nak siapkan kepala langsir tuh. Eh, rasanya malam ni leh siap kot. Esok nak jenjalan kongsi rezeki. Malam, final af, ahad baru jahit baju lagi. Sepanjang hari bekerja aku tak sentuh mesin, dah gatal2 tangan dah nih. Best2.