Siapa yang percaya bahawa aku benar2 gemuk, sila angkat jari telunjuk? (eh, betul ke penggunaan tanda bacaan nih?) Saper2 yang pernah jumpa aku tau kot cemana saiz 'asal' aku sebelum ini. Sekali pandang korang takkan perasaan perbezaannya kerana yang gemuk hanyalah bahagian bawah pusat sahaja. Hahaha tu buncit la weiiii. Takmo ngaku buncit tuh. Isyyy macam la aku dah gemuk sangat kuikuikui. So, sila berhenti membayangkan aku yang chubby dan montel. Cukup lah student2 aku je mengatakan aku 'cute'. Hahaha tak boleh blahhh.
Pernah korang mendengar orang cakap, korang adalah 'idola' derang? Wah! Lagi nak riak tuh. Ye la... orang2 tak pandai nyanyi ni, jangankan malaysian idol, nicaragua idol pon belum tentu menang. Tapi, arituh aku terkejut beruk tau. Alaaa budak2 kan suka 'jack' cikgu kan. Sekali tengah derang cuba menge'jack' aku, ada sorang ni cakap, "ala puan, tolong la. puan lah idola saya." Wakaka aku tahan je gelak. Dalam hati dah gelak guling2 dah. Tah pape tah budak zaman sekarang.
Eh, cakap pasal jack, teringat pasal jack bauer. Kan ke 24 season 7 tengah on iar kat ntv7 kan. Ari sabtu kul 11pm. Percaya tak, aku pernah tengok 2 episod jek? Apakah aku sudah berjauh hati dengan jack? Nehi nehi. Sebenarnya aku dah terlepas 1st episod, so aku tak tau hujung pangkal. Jadi, aku tak mo la meng'anti climax'kan tontonan ku biler axn pulak yang tayang citer tuh nanti. Atau pon biler aku tengok dvd ke. Tak best ar dah tau ending tapi baru nak tengok beginning. Untuk itu, aku mengambil keputusan untuk tidak menontonnya langsung.
Ni aku nak komplen. Tapi serba salah pon ye. Nak komplen, benda baik. Macam tak patut pon yea.
Gini, kan ke ari ni ari khamis. Ok ok kalau tak ingat ari, aku ulang semula.
Gini, kan ke malam ni malam jumaat kan. Haaaaaaa terus ingat, kan? Persatuan taman aku ni, punyer lah aktif. Sekarang nih, derang dah buat program yasinan malam jumaat. Ok, aku tau, dulu masa kecik2, kat kampung memang ada program nih. Tapi masa tu aku kecik lagi, apa aku kisah?
Persoalannya di sini, program ni diadakan setiap minggu. Baca lagi. Setiap minggu. Siap ada jadual giliran lagi tuh. Ini bermakna, suami ku akan pergi yasinan ni setiap kali malam jumaat menjelma. Jeng jeng jeng. Keliwon. Tiba2 kuar gezek drama plak.
Apa soalannya? Namanya pon kan yasinan. So, ko baca je lah surah yasin tu kat rumah orang tu, amin2 kan doa dan balik. Kul 9.30pm pon dah boleh balik kalau pegi lepas isyak, kan? Yang aku nak komplen ni bukan pasal makan2 lepas kenduri tuh. Aku memang suka pon sebab takyah masak setiap ari khamis kuikuikui. Tapi, masaelahnya, lepas makan tu ada pulak program sembang2 gelak2. Dah gitu, kul baper suami2 kalian sumer nak balik rumah?
Apa masalahnya? Hehehe lu pikir la sendiri. Aku tak cakap apa2 huhuhu.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment