Semua orang suh aku gemuk sikit. Hah! Sekarang aku dah gemuk. Puas ati? Hihihi Nampak sangat aku banyak dipengaruhi oleh orang lain. Eh, tapi memang betul lorrr. Suar jeans aku yang longgar dulu, dah takleh butang kini. Yang dulu takleh butang, kini dah takleh zip pulak. Itu lah tanda2 aku sudah gemuk.
Terakhir aku timbang berat aku ialah semasa buat check up kat tanjung balau. Sebelum tu tak de lah rasa gemuk, cuma selepas tau berat aku 42.5kg, terus rasa macam berat je badan nih hihihi. Selepas itu, aku mula la muhasabah diri huhuhu, cemana aku buleh gumuk?
Pertama, gaya hidup dan dua, gaya makan. Sejak duduk menetap di rumah sendiri, waktu makan malam boleh dikatakan konsisten. Biler time aku rajin memasak, memang aku akan makan nasik lah. Tak agak2 pulak tu, masak macam untuk 3-4 orang, tapi makan 2 orang jek. Lepas makan, tengok tv, kul 10pm dah bersiap2 nak tido. Kalau sehari dua tu, ok lah kot. Kalo dah tiap2 ari, maunyer tak gemuk? Jadi aku dah tau dah sebab pertama.
Selain gaya makan, gaya hidup kurang senaman juga turut menyumbang ke atas kejadian ini. Sejak kali pertama main badminton di rumah baru, kami dah takde main badminton lagi dah. Angin kuat kat depan rumah tu, cemana nak main. Dulu depan rumah ada rumah, sekarang depan rumah dah lapang. So, takde dah sukan2. Jogging? Huiii biler kali terakhir? Erkkk lama nya. Nak jogging kat ito, stadium tengah renovate, camno? Hehehe salahkan stadium plak. Nak seribu daya. Pusing2 satu taman pon dah cukup sebenarnya. Malas, senang cerita.
Eh, pasal makan lagi. Kalau makan bungkus, aku selalu tak abis. Jadi, aku ingat, kalau nak gemuk, kena lah makan banyak, kan? Untuk itu, biler bungkus nasik, aku akan ambik nasik bebanyak sebab aku tau aku takkan abis. Kalau aku ambik sikit, tak abis pulak tu, lagi lah sikit yang aku makan, kan? Tapi, sekarang aku rasa aku dah gemuk. Jadi, aku kena mula ambik nasi sikit pulak lepas nih. Bab makan aku tak kisah sangat. Sonang yo nak menanganinya. Masaelah sekarang bab senaman tuh. Haihhh... jom jogging jom.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment