Isteri saya dah pandai masak char kuey teow, kata encik hairul hehehe. Sebenarnya aku 'pernah pandai', tapi selepas 3 tahun, barulah angin nak masak ckt pun datang kembali. Padahal takde lah susah mana pun nak menyediakannya. Once dah buat sambal dan kicapnya, 5 minit je dah siap masak. Bezanya aku takde kuali melengkung, dapur yang api besar sampai boleh masuk dalam kuali dan pinggan lonjong. Kalau ada semua tu, dah setaraf ckt telur dibasuh sungai 2 kot huhu.
Pertama kali memasak ckt ni ialah masa aku baru pindah paghit ghaja. Masa tu lah aku bertemu dengan sos sotong yang sebenar. Kalau tak tu, sos ikan cap sotong je yang ada. Oleh kerana sos itu masih banyak dan akan expired pada bulan 12 nanti, aku pun cecepat ler membuatnya weekend lepas. Itu pon tak abis lagi juga. Aku buat separuh dari resepi sebab kalau ikut resepi tu banyak sangat. Macam nak berniaga 1 malam. Guna nya sikit jek.
Ok, aku mendengar detik hati korang. Nak resepi kan? Ngehngehngeh. Tengok, walau pon korang kerek2 takmo respon pon, aku kasik jugak resepi tau. Dah, takyah hegeh2 sekarang baru nak komen. Aku tujukan lagu Hati Yang Kau Sakiti kat korang :P . Tak pon, start je kete, pegi lah makan ckt pak tam yang sepinggan 4 hengget (mahal giler) tuh. Aku tau, korang memang tau makan je, malas masak hehehe.
Resepi Char Kuey Teow (1/2 adunan yang selepas ini dah diisytiharkan sebagai 1 adunan sebab dah jadi resepi aku dan kalo korang nak kurangkan lagi, bahagi dua lagi menjadi 1/4 adunan dan buat2 macam 1 adunan resepi sendiri. paham ke?)
Pes Sambal
- Lada kering siap gunting buang bijik 50 gram. Serius, aku siap timbang ok...
- Bawang merah 3 bijik setengah (3 biji besar, 1 biji kecik). Imagine lah sendirik.
- Bawang putih 2 bijik setengah (2 biji besar, 1 biji kecik). Giler poyo ikot resepi sebijik2 bahagi 2 haha.
*Tuang semua sekali ke dalam kuali dan rebus sampai pekat sikit.
*Tuang dalam bekas aiskrim walls perisa coklat cip dan simpan kat chiller esbok.
Kicap
- Sos tiram suku botol. Entah, botol kecik ke botol besar tak tau la. Pandai2 korang. Nak nampak saintifik sikit, baca isipadu kat label, bahagi 4 dan sukat guna cawan sukat yang biasa buat sukat susu nak buat kek coklat tu.
- Kicap cair setengah botol. Ni pon korang boleh buat cara yang sama jugak.
- Sos ikan 2 senduk. Senduk ni ada macam2. Kalau korang salu tengok orang masak ckt ni mesti nampak derang guna senduk yang bulat besar tu kan? Aku agak2 senduk ni lah kot. Tapi aku lupa nak guna senduk ni, so aku guna senduk nasik biasa (yang macam beli kat langkawi tu).
- Sos sotong 2 senduk. Pon sama macam di atas. Sesetengah resepi yang aku gugel tak suh taruk sos sotong ni. Tapi aku gigih gak cari merata2 cari sos sotong. Dan kebanyakan kedai yang aku tanya "sos sotong ada?" akan kasi sos ikan yang cap sotong (bukan kebanyakan, tapi semua kot). Jadi, kena baca ingredient dia. Kalau dia cakap anchovy ekstract tu maknanya bukan lah tu. Cari sampai jumpa yang tulis ekstrak sotong baru betul. Mungkin tempat2 di sempadan siam senang nak cari kot. Huh! Panjang nya. Kalau tak jumpa jugak, taruk je lah sos ikan tu dabel dan buat2 macam sos sotong. Derang kata resepi derang setaraf ckt pmatang pao ngan buket mertajam, so, mungkin lah lagi sedap. Siapa lah resepi aku kan...
*Dah didih, masukkan sos tiram. Kacau2 sampai larut.
*Kendian masuk kan kicap cair, sos ikan, sos sotong. Nak taruk aji pon bleh buat ada2. Dah didih, tutup api, tuang dalam bekas aiskrim nestle perisa neopolitan dan simpan dalam chiller esbok. Eh, tunggu sejuk dulu la.
Bahan2 lain
Segenggam kuey teow. Tak jumpa yang halus, pakai yang biasa pon boleh.
Toge sket.
Kucai sket (aku tak letak sebab nanti masa makan dia suka lekat kat lelangit. boleh terbegik. me, don't like)
Telur sebijik dibasuh.
6 ekor udang.
Beberapa ekor kerang ikut suka. Aku suka tapi malas nak gi beli. Kalau beli yang bercengkerang nak kena kopek pulak. Yang siap kopek takde jual pulak kat ain ebergrin tu.
Minyak masak 4-5 sudu
Cara memasak
- Panaskan minyak dengan api beso. Kendian masukkan udang. Goreng la sampai rasa2 macam dah masak, kecikkan api.
- Ketepikan udang tu, kuarkan minyak tu sampai tinggal lebih kurang 2 sudu. Agak2 je lah. Kalau malas nak kuar2, masa mula2 tu guna je minyak sikit untuk goreng udang. Senang sekali jalan jek. Park at your own risk yea.
- Masukkan 1 sudu pes sambal dan sesudu kicap, besokan api balik. Kacau jangan bagi hangus. Eksyen la sikit macam pro. Time ni bau dia dah ala2 ckt dah. Eh, masukkan lah kerang time nih. Kang tak masak pulak.
- Agak2 dah garing, tuang sumer kicap. Kacau sikit. Sekali lagi kena eksyen kelentung kelentang sikit. Eh, giler ko nak tuang semua kicap? 2 senduk je lah. Campur air sikit kalu masin sangat. Bleh la rasa2 time ni. Lagi2 kalau first time tu kan. Kalau dah masak banyak pinggan tu mesti dah boleh agak berapa banyak air nak taruk. Lagi pun air ni untuk tambah kuah. Nak harapkan kicap tadi memang sikit la kuahnya. Takpon, masa buat kicap tu, taruk air lebih. Cuma, kalau terlebih, cair sair sangat, tak masin, dah susah nak adjust. Kalau termasin boleh tambah air. Kalau tawar hebeh, dan2 tu nak masukkan sos, huru hara ler. Kesimpulannya, ikut je resepi asal.
- Dah didih, masukkan kuey teow, toge dan kucai. Kacau sampai didih semula. Jangan lelama. Kang kuey teow tu kembang, tekak pon kembang jugak.
- Akhir sekali pecahkan telur. Kacau sikit dan tutup api. Hidang dan terus dimakan. Nyumnyum.
Opsss resepi ni untuk pemasak beginner ok. Macam aku. Yang dah pandai masak mesti pandai ejas2 sendiri kan. Huh! Paranoid nya.
p/s Oh, baru teringat, jumaat lepas aku gi makan ckt pak tam ni, jumpa ex-kete kak azie. Ok, nampak gaya masih elok lagi kak heheh.
*Jika baik beritahu kawan (dan aku sekali), jika tidak, beritahu kami (aku lah juga, tapi jangan bagitau kawan :P
2 komen:
Bawa resepi & bahan ke Mersing nanti...udang byk..hihihi
sedapnya ckt dengan udang galah besar!
Post a Comment