Tuesday, 1 June 2010

Cuti Pendek

Mana ada budak kecik yang tak comel? Tapi budak kecik yang ini, comel dan bulat! Kepala bulat dan mata bulat. Eee geramnyerrr.


Khamis lepas, yayu datang @tec. Jumpa kawan2 lama. Pastu kami terus balik rumah. Malamnya, kami makan bubur ayam. Dengan satay. Burger oblong takde pulak. Besok pagi, derang pergi gunting rambut nurin. Nurin sekarang dah macam emaknya masa kecik2 dulu. Kudut hihihi.

Tengahari lepas jumaat, kami keluar ke bp. Makan P. Pastu jenjalan cuci mata. Erkkk macam takde rhythm jek entry ni. Apa kata tengok gambar sajer?

Saje je letak derang dalam train ni.

Tiba2 ada orang masukkan token untuk anak dia. Tak pepasal naim dan nurin dapat naik free.

Duduk je takpe, jangan suruh goyang2 kan sudah. Kalau tak try memang derang tak tau yang kete ni boleh goyang2. Jimat.



Lepas selesai pusing2 bpmol, kami pergi k4 pulak. Beli kain lycra lagi. Pastu, kami terus ke sungai lurus. Singgah maghrib kat masjid koris. Sampai kat sana, tanya dulu, ada lagi tak? Sebab pernah pergi petang, dah abis.

Setahun sekali kot aku pergi sini. Tak boleh selalu sebab nanti dah tak sedap.





Pedasss!!! Tapau sebungkus buat makan besok. Esok tengahari aku panaskan je kerang tu. Petang kami keluar lagi, tapi tak pergi bpmol. Konon nak makan sup s1tam, tapi tutup. So, macam biasa, seri kenangan. Kenapa ek? Tiap kali pergi sini, mesti kami akan cerita kisah2 lama. Sempena nama tempat ni ker?

Balik rumah, sebelum tido, aku dah sakit perut. Kendian, encik hairul pulak. Lebih kurang jam 1.30am, aku tersedar sebab bunyi bilik air (pintu, air baldi, flush). Encik hairul dah memerut. Otomatik, aku pun rasa nak memerut. Cari minyak merah yang panas tu, tak jumpa pulak. Tapi lepas tu dah ok.

Besok pagi, yayu call, aku tanya, ada sakit perut tak? ADAAAAAAAAAAAAAA!!! Wa wa wa sama laaa. Bezanya, kami dah ok selepas sekali memerut. Derang, berkali2 pun tak baik2 lagi. Suspek utama, kerang yang aku panaskan sebab kalau dikira 8 jam ke belakang ialah pukul 3pm, di mana ketika itu lah kami selesai makan kerang itu. Apa yang membezakan kes kami ek? Mungkin kah kerana kami penduduk tempatan? Misteriii...

Tengahari ahad, kami pergi kenduri kawen. Kawan encik hairul masa study dulu. Tapi ni rumah pempuannya. Umah lelaki kat gombak nun. Tak tau lah dapat pergi ke tidak. Selamat Pengantin Baru!


0 komen: