BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 28 November 2008

Rengit?

Semalam aku singgah beli pisang goreng kat koris. Depan kedai tu, kat seberang jalan, ada pokok heliconia spesis kecik kaler kuning. Jenis ni memang bersepah2 kat tepi jalan sepanjang jalan aku gi-balik keje ni. Dah macam pokok hutan pon. Kadang tu aku jumpa dah macam belukar, spesis kuning ngan merah. Geram nyerrr. Rasanya esok cam nak ambik la, kalo bukan depan umah orang. Boleh ke ambik gitu jek?

Semalam jugak, kat simpang parit lapis sempadan, ada lori terbabas. Tak dapat imagine cemana dia leh wat stunt cenggitu.





Esok lusa ada beberapa plan. Antaranya

- nak gi nursery, carik pasu dan pokok
- nak gi rengit, survey perabot2 terpakai. tak tau nak carik apa. pergi je dulu.
- nak gi bp, ada pcard sale. pun tak tau nak carik apa. pergi je dulu, nanti tau lah.
- kalo sempat nak gi ayer hitam. tapi next week kan nak balik raya haji, lalu situ jugak. tengok la camne.
- carik kain untuk table runner dan jahit.
- jahit baju opel. malam tadik dah cantum. tinggal leher ngan kain.
- cantum baju batik. berjaman nak siap!

Oh, aku tak pernah cerita pasal rengit ek? Actually, rengit ni sebuah daerah kecik dalam bp nih. Jalan tersilap ngan sungai rengit! Sungai rengit kat kota tinggi, dekat pengerang. Kalo dalam peta mesia tu kira kat penjuru kanan bawah semenanjung tu lah letaknya sg rengit tuh. Leh dapat signal telefon indon kalo kat situ.

Berbalik pasal rengit ni pulak. Kat rengit ni ada satu perkampungan, orang asli kalo tak salah. Derang ni menjual perabot2 terpakai yang kebanyakannya dari singapore. Aku pernah pegi sekali, tu pon tak beli apa2 sebab pergi sebab saje nak tau apa ada kat situ. Bukan satu, tapi baaaaaaaaanyak tau kedai2 nih. Masa baru kawin dulu, umah aku penuh ngan perabut. Meja makan, kusi kayu ngan corner display cab. Sumer kayu solid yang berat ya ampun. Umah aku tu dah ler seco'et je. Sempit betul. Tapi sumer tu bukan aku yang punya. Ahmad albab yang punya... Ahmad albab yang punya hahahaha. Takde lah, benda tu kawan abang yang punya. Dia tengah renovate rumah, so dia beli benda alah tu, letak kat umah kitorang. Lama gak rasanya benda tu kat situ. Merasa lah aku berperabut sekejap. Memang la benda 2nd hand, tapi masih elok je rupanya. Kalo kayu solid, cat jadi kan putih ala2 english style pon aku rasa meletup gak. Hehehe bio caca merba konsep umah aku nanti.

Along aku yang duduk kat kota pon beli kusi kat situ. Kiranya ramai jugak la yang tau kewujudan kawasan tu. Tahun ni rasanya kembara tengku yem ada gi situ. Maybe dia upgrade kedai2 tu kot. So, esok kot aku nak gi situ. Kalo jumpa console table ke, tall boy ke, menarik jugak tu.

******************

Nampak gaya, plan nak ke kelate tu dah sampai peringkat 85%. Aku rasa macam jadik je aku ikut. Ari senin aritu aku dah tanya the person incharge tuh. Dia siap explain tentatif nyer. Memang pack! Nanti kalo komfem jadik aku cite kan tentatif tuh. Dan aku dah berangan2 nak menyopping. Rindu nyerrr. Dah dekat 2 tahun tak gi kb. Kalo plan ni tak menjadik, aku nak gi jugak lepas krismas. Ok tak?

Thursday, 27 November 2008

Aku Suka

Updated!

Aku masukkan video ni semalam, tak cerita apa2 pon. Arini baru teringat nak tulis. Bercakap pasal industan nih, aku ni nak kata over tu, tak tau lah. Tapi kalo dengar hindi power tu, selain aku rakam dalam kaset, aku siap salin lirik dia. Sibbaik dah rakam, boleh la stop2 banyak kali. Antaranya lagu dalam cite devdas, k3g, kkhh dan banyak lagi lah. Tapi sekarang tak tau lah kat mana buku lagu tu. Rasanya ada la dalam kotak2 tuh. Biasanya kalo dah salin tu kira dah hafal la lagu2 nih. Ada satu lagu tu, entah cite apa tah, aku pon dah lupa, aku sukerrr sangat. Tapi sayang, kaset nyer dah ilek. Nak godeh youtube pon tak tau tajuk filem. Camno? Harap satu hari nanti boleh jumpa la.

Tarian paling cantik oleh aisyu. Macam patung kat music box... Waktu ni derang tengah cuba nak terus terang bahawa derang lum kawin sebenarnya. Dalam cite ni dia bawak abhishek ni balik as husband dia sebab takmo kawin ngan balak yang nak dijodohkan ngan dia. Kebetulan time beli vcd ni aku beli sekali ngan satu lagi cite yang lebih kurang gitu gak jalan citer nye. Cuma yang ni aku suka tang lagu2 nyer. Plus aisyu tu sendirik la kan.



Cite ni lah filem pertama derang berdua. Time ni aisyu mencik ngan abhishek ni sebab salu datang lambat ke set.



Lagu ni plak memang lamaaa dalam carta hindi kat tv dan radio. Jiwang jek lagunyer. Sukerrrrrrrrrrrrrrr sangat. Jangan tak tau, aku dengo hindi power tiap ari tau. Dulu. Carta kat tvtige dulu pun aku tengok, apa ke tajuk dia. Yang andy hakim pengacara nya tu. Rasanya aku stop hindi2 ni lepas pindah dungun la kot sebab kat sana tak dapat radio thr kat rumah. Dapat dalam kete je, tu pon dengar gegar pantai timur nyer segmen. Tu yang kenal cikgu sulizi, megat nordin dll tuh. Tu yang sampai sekarang suker ngan abbinos fanaskova tuh. Tapi dulu dia lagi havoc la. Kat sinar dia control ayu jek. Lagi lah kat tv kan. Jauh beza. Sekarang dah masuk estero pon aku dah tak dengar lagi thr gegar nih. Isyyy rindu ar zaman dulu. Betul lah, tempat yang paling jauh ialah masa yang dah berlalu. Semakin hari, semakin jauh.







Lepas tengok video2 ni, rasa cam best lak. Sebabnya, kan derang dah kawin sekarang kan. Sweeeeeeeeeeet sangat. Mesti nostalgia2 biler tengok lakonan derang ni ek? Hihihi aku lak yang geli2 ahaksss.

Ni dari cite lain, tapi lagu ni pon besttttt pada zaman tu la. Nostalgia lagi... Sukati aku la... blog aku kan? Eh, ada scene kat langkawi laks dalam lagu ni?



Haaa yang ni bukan zaman srk. Yang ni zaman aku kecik2. Kira antara cite industan pertama yang aku tengok. DIL dan AASHIQUE.







Jangan mare la. Aku akan tambah dari masa ke semasa untuk kesenangan aku bernostalgia pada bila2 masa.

My Future...

Rasanya berapa lama ek yang ini...


Nak jadi cenggini?


Dan cenggini???


Tak sabo lerrr... huuuuuu

Gambar takde sebab. Saje!

Petang semalam, dekat2 nak kul 5pm, dapat call dari kawan aku, shue. Dia tanya aku kalo nak beli kerepek nak masuk tol maner. Arituh dia cakap nak gi jb, ada meeting. Terus lah aku ajak dia datang umah aku. Kalo dah nak beli kepek tu, maknanya kena masuk tol ayer hitam la kan. Kalo dah masuk tol ayer hitam, maknanya 15 minit je lah nak nyampai ke rumah aku kan. Dia kata, tengok la dulu.

Time balik, aku singgah isi minyak. Tepat2 sampai petrolnas, lampu minyak pon nyala. Tak suka la pam yang satu tu, salu reject cc aku. Isi punya isi, e'eh, RM76 sahaja? Macam isi time baru2 beli AH dulu jek? Oh, actually sejak minyak rege 2 hengget, ini lah first time aku isi. Masa dia umum arituh, aku baru je isi penuh semalamnya. Dan aku pun pulang dengan hepi lalalalala.

Lagi gambo takde sebab.

Betul2 sampai depan rumah, shue call lagi. Dia jadik datang. Yeay! Tak pernah lagi kawan jayPK aku datang umah aku. Aku pun kasik la instruction. Suh abang tunggu kat petrolnas. Actually shue ni asalnya kawan abang. Derang satu batch time degree dulu. Dia jadik kawan aku selepas keje ni jek. Dan sampai la dia dengan 1 1/2 pupu dia. Haaa ni nak cite sket pasal hubungan keluarga nih. Biasa lah kan, kalo mak kita nyer adik beradik tu, kita panggil makcik kan. Pastu anak dia ngan kiter, kiter panggil sepupu kan. Kalo kiter ngan anak sepupu kiter? Biasa aku dengar orang panggil dua pupu. Tapi kalo ikut aku (bukan femli aku, tapi aku sorang2), dua pupu tu anak kiter ngan anak sepupu kiter tuh la. Maka, untuk kiter ngan anak sepupu kiter, aku kasik nama 1 1/2 pupu lorrr... Sukati aku jer.

Okeh, balik ke cerita kawan aku tadik, dia duduk sekejap jek kat rumah tu. Sampai umah tu lebih kurang kul 6pm, balik kul 6.45pm. Yelah kan... esok nak keje lagi, karang penat pulak. Tu pun sepatutnya dia balik esok (arinih) sebab meeting patutnya abis esok. Tapi, oleh kerana ada kroni kp yang 'over' dari kp, yang pegi sekali, dia pun terpaksa lah balik jugak. Tak sempat la aku ngajak makan malam.


Pas maghrib, aku pun masak. Yeeeeeha andre andre! Rupanya abang dah beli ketam. Huhuhu maka berketam la aku malam tadik. Adehhh tidur duduk la kekdahnya kalo dah kenyang cenggini. Takyah makan 3 hari la kalo camni punya kenyang.

Sedikit vitamin.


Dan sedikit protein dan zat besi kot.

Okeh, nak sarap mihun dulu. Tatata!

Wednesday, 26 November 2008

Bahasa Jiwa Bangsa & Bilik Air

Suka tul aku biler blogger ni wat teka2 bahse melake. Suka hati jugak la aku try jawab. Rupanya, banyak juga bahasa melaka yang dekat sama ngan bahasa johor. Nama pun sebelah menyebelah kan. Dari melaka ke negeri pahang pon singgah di johor beli berangan kan. Antara nyer...

melaka - johor
plengkes - bengkes
gobok - gerobok (gobok pakwang pon ada)
sipi - sipi
caklengkung - lengkong
lengit - lengit
mentedarah - mentekedarah (ni bahse orang mesia pon lebih kurang sama je)
sepen - tepen (tiffin, biasalah bahse orang mesia memang banyak ceduk bahse omputih)

Ada juga beberapa bahasa omputih yang dimelayukan (tak termasuk bahasa sekarang seperti coomunication, aspiration, innovative dll) seperti...

gohed
gostan
broning
kalbat
ejos
gezek


Bahasa omputih ni pon kekadang mengelirukan. Orang us sebut lain, orang british sebut lain. Oleh kerana aku belajo telekomunikasi, aku salu gak tanya student aku, apa beza aerial ngan antenna. Dan jawapan standard, mesti, aerial tu cam aerial tv, antenna tu cam antenna estro. Maksudnya kalo dalam bentuk batang tu dipanggil aerial, kalo bentuk kuali tu dipanggil antenna. Hihihi sebenonya dua2 pon sama. Cuma omputih ajo mak bapak kiter dulu, benda tu aerial. Tu yang lekat tu. Dulu aku tak tau pon. Sekolah kampung, takde la cikgu ajar 2-2 bahasa ni kan. terima jer. Biler masuk sekolah lain, bercampur ngan orang bandar, baru lah tau.

Selain tu, bahasa melayu ni juga mendapat pengaruh jawa, banjar, bugis dan sebagainya. Antara keturunan2 ni pon ada yang sama, ada yang berbeza. Lagi banyak beza rasanya. Cuba try test bahasa ni, agak2 melayu ke, jawa ke, banjar?

maling
pajah
pakacawan
kobo'an
ampih
garing
guring
kameh
aruh
warik
bertahi lambuan
hanyar
bahari'
tetapas
uyah
kuantan

Eh, banyak la... kang penuh sangat entry nih. Banyak jugak yang aku tau ek. Ok la jugak vocab aku kan?

Cerita pasal bilik air pulak. Aku tak tau kat kampung lain, tapi sepanjang jalan aku gi keje ni kan, boleh dikatakan sumer rumah kampung nih ada bilik air kat tepi rumah. Memang gini ke kat seluruh mesia?

Macam2 Tentang Baju


Isy, rasa2 angin nak membeli kain dah mari lah. Gatal je tangan ni nak order online. Dulu salu gak aku beli online nih. Memang senang dan tak pernah menghampakan. Pastu, jarang la kain yang sama dijumpai di kawasan berhampiran. Ye lah, kalo beli kat BP ni, sah2 la orang bp jugak yang beli. Katakan sekayu tu leh dapat 20 pasang, dah tentu2 20 orang akan pakai baju yang sama. Tambah lagi kalo beli kat branch jekel nih. Lagi lah senang je nak jumpa yang sebijik sebijon nih. Tak lama lagi gullatis pun nak bukak kt bp ni. Huhu bertambah la ujian dalam hidup ini.

Mekdi baru dah bukak ke belum ek? Senang la kalo mekdi tu dah bukak. Takyah susah nak parking. Sebelum ni ada mekdi kat sammit jek. Nak masuk kena parking berbayo. Nak free, kena jalan jauh sket. Kalo ada drive thru' nih, boleh makan dalam kete. Hehehe sejak ada leather seat nih, takyah pikir2 makanan or air tumpah. Lenjan ajer.

Pastu, aku teringin nak makan ketam. Arituh, pada satu hujung minggu, aku beli ketam, dekat 2 kilo. Kebetulan bil ngan sil datang, so dapat makan sikit je lah. Tak puas gitu. Pulak tu ketam yang aku dapat tu memang besar2, banyak isi. Uisyyy teringat2 plak. Rasanya sepanjang berumahtangga, ni lah kali kedua aku beli ketam. Giler punya lama, 2 tahun sekali kot. Weekend nih nak carik lagi lor. Kalo kat pasar bp, ada satu gerai je yang jual nih. Kira dia memonopoli pasaran ketam di situ lah. Lambat tul nak weekend, nak cari ketam. Kedai2 basah takde lak jual. Kena gi pasar jugak. Ikut kan boleh je abang gi pasar parit raje tu pepagi, sebelum gi keje. Aku dah hint2 dah malam tadi, tah dia gi ke tak tah. Malas nak suruh2. Dia dah tolong basuh baju pun dah bersyukur sesangat.


Bercakap pasal basuh baju ni, asal usul cemana suami ku itu boleh terjebak tu sebenarnya dari sejak mula kawen lagi. Tiap kali aku balik bp dari dungun, terus jek dia masukkan baju aku dalam mesin. Sampai la aku keje sekarang nih, tiap kali aku balik, terus je dia bawak beg baju aku ke dapo. Masaklah nya, sekarang nih, aku idak ler lagi berulang alik ke mana2 pon. Dah keje kat sini je pon. Kira kes 'lemak' la nih. Huhuhu. Tapi bab basuh, sidai, angkat je lah. Lipat dah keje aku la pulak. Oleh kerana hasil lipatan beliau sangat la menyenakkan perut ku, elok lah aku yang lipat. Hanya aku yang mengerti seni lipatan baju ku. Nak memburukkan keadaan pulak, aku malas betul nak susun baju dalam gerobok. Hehehe. Letak lah kain setimbun pon, aku rajin lipat jek. bab menyusun, jatuh ke dia la pulak. Pendek cite, urusan pakaian memang 90% keje abang. Rajin nyerrr...


Apakan daya, tuntutan keje kami memerlukan pakaian2 keje digosok rapi. Keje saper tuh? Aku lerrr sape lagi. Yang best nyer, aku suka ironing! Serius! Perasaannya, kalo tengok baju tu licin jer, rasa best gitu. Memang sejak sekolah lagi aku suka iron baju. Ada orang iron baju setiap hari sebab time nak iron tu lah baru decide nak pakai baju apa hari tuh. Aku pulak dah decide awal2. Baju minggu ni tokleh sama ngan baju minggu lepas. So, kena asingkan baju yang baru basuh ngan yang dah lama basuh. Kalo dah berkompol baju sumer, camne nak ingat last week pakai baju apa kan. Tak pon, iron sumer baju, pagi2 nak gi keje, tenung la lemari tu, pilih mana yang suka, leh terus pakai. Sejak sekolah lagi aku dah praktik kan iron baju sekali gus nih. Kalo kat asrama tu, orang lain tengok hindustan hari sabtu, aku sibuk mengiron baju sekolah ngan baju prep sensorang.


Dulu2, (nostalgia lagi!) zaman membasuh dengan tangan, aku tak suka kumpul baju banyak2, rendam, kendian baru basuh. Tah?! Aku rasa kalo membasuh banyak2 tu cam penat jek. So, kekdahnya, setiap kali mandi, aku terus basuh baju. Tokleh la kumpul2 nih. Isy, tetiba teringat pasal sorang roomate aku kat hostel yuaitm dulu.


Time tuh aku dah final sem. Duduk sebagai 'setinggan berdaftar' kat kolej teratai. Dalam bilik tu ada 3 orang adik2 junior. Sorang budak it, 2 orang budak matriks law. Yang aku nak citer ni, budak matriks law yang sorang nih. Budak ni boleh la masuk kategori sederhana lawa la. Takde la lawa cam maya karin. Kira 'nguratable' la. Nak dijadikan cerita, dia kan ermmm rajin kepam kan kain baju dia. Aku rasa, sepanjang satu semester tu, aku tak pernah nampak dia basuh baju. Kalo kata dia hantar dobi, mesti lah kiter nampak dia bawak balik baju dalam plastik berbungkus ke kan. Ni, memang tak pernah. Yang aku nampak, dia bukak baju, pastu letak kat hanger, simpan dalam lemari. Pastu, dia pakai baju tu lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Tapi kan, dia leh menten wangi tau. Tak ingat la perfume apa dia pakai, tapi takde la busuk. Aku ingat aku je yang perasan, rupanya sumer roomate pon perasan jugak. Hihihi sumer ala2 kompius gitu. Tapi... time cuti mid-sem, dia bawak balik baju2 dia. Kiranya, kiter tau lah baju dia berbasuh la jugak kat kampung kot.


Ada sorang lagi, kawan aku pulak. Masa duk asrama, aku tak tau dia bersifat 'begini', tapi biler dah masuk degree, duk satu rumah sewa, baru lah aku tau, dia mandi sehari sekali sahaja, iaitu pada waktu pagi. Lerrr... kalo dah gini, memang tokleh nak menolong dah. Kalo malas basuh baju, ada gak mesin basuh leh tolong basuhkan. Kalo dah malas mandi... ermmm lu pikir la sendiri! Assalamualaikum...


p/s kawan aku tu lum kawen lagi. dan aku tak berani nak recommend dia kat sesiapa huhuhu.

Tuesday, 25 November 2008

Cerewet Ke Normal?


Apa perasaan korang kalo time korang terbongkok2 menyapu, mengemop atau memvakum kat bawah kusi, bawah katil atau bawah meja, ada orang kat atas kusi, atas katil atau atas meja (eh, mana ada orang duduk atas meja ek?) tuh? Let say orang itu adalah seorang anak dara yang tengah mengadap laptop? Ngadap laptop atas katil? Sambil meniarap? Dengan cadar yang ko baru tukar sekejap tadik yang tadik ko tarik tegang2? Apakah reaksi korang?

1. oh, best nyer, ada orang nampak kerajinan ku
.
2. e'eh, tak geti2 nak bangun ke?

3. oiii! ko ingat aku tengah menari breakdance ke kat bawah nih?

4. hello! ko tak tolong, aku tak bebel pon dah kira nasib baik. ni lagi takmo bangun?

5. ermmm begini lah nasib seorang kuli...

6. lain2. sila nyatakan.


Apa pula perasaan korang kalo time korang mengemop, dengan pewangi epal ajaks febuloso, tetiba ada orang pijak tempat yang korang baru mop tu? Pastu ada kesan tapak kaki dia macam tapak kaki kucing, berwarna kelabu. Apakah reaksi korang
?

1. oi! buta ker? tak geti sabo tunggu kering dulu ke?

2. ewah... bersih nyerrr kaki nak pijak lantai aku yang tengah basah nih...

3. e'eh? kaki ko macam polisher laaa. nampak memancar2 lak lantai ni biler ko lalu.

4. stop! pegi basuh tapak kaki bersih2 dulu kalo nak lalu ek.

5. hello! ko tak tolong mop tu dah kira 1 hal, ni lagi ko kotor kan lantai aku.


Macamana pulak kalo korang tengah nak 'beri' dan mendapati ada kesan2 tak diingini dalam toilet bowl rumah korang dan korang tahu, ada sorang manusia je yang guna toilet tuh sebelum nih, iaitu seorang anak dara yang sedang mengadap laptop sambil meniarap di atas katil yang cadarnya baru je korang ganti dan tarik tegang. Beginikah reaksi korang?

1. oi! buta ker? tau lah tengok ta*k tu mengurangkan daya ingatan. abis, aku ni tak yah ingat apa2 la sebab terpaksa tengok ta*k ko nih?

2. ermmm kebetulan aku nak cuci toilet nih jap lagi. kira sekali pakej la cuci ta*k nih.
3. hello! ko ada 'beri' ke tadik? tak geti bersihkan ta*k sendiri? (macamana kalo jawapannya, "eh, saya dah flush. tak perasan lak sebab kat tempat tersembunyik." Tersembunyi sangat la kalo masuk2 je aku terus nampak ek? dush!)


Banyak lagi kes yang malas aku nak tulis kat sini. Angin apa aku masuk bab ta*k sumer ni ek? Jijik tau! Sebab jijik la aku nak cite. Kalo aku tak kisah cam aiman, takde lah aku kecoh2. Ok, rasanya bukan aku sorang jek yang cam gini. Biasa la kan bersih2kan toilet, kemas2 rumah sumer nih. Cuma, mungkin standard setiap rumah berbeza. Ada rumah, tak kisah lanyak2 katil waktu siang. Kat umah aku, katil hanya untuk tido. Waktu siang, cadar mesti sentiasa tegang. Rumah sendiri, nak makan atas katil pon aku tak koser nak tegah. Masuk kandang kambing mengembek okeh? Kat umah sendiri, nak tido terbongkang time orang mengemas umah, silakan. Kat umah aku, kalo pon malas sangat nak tolong kemas, sila la respek orang yang terbongkok2 menyapu kat kaki ko tu. Sila buat rumah aku macam rumah aku okeh? Kalo rasa2 tak mampu nak follow the rules, sendiri mau ingat la. E'eh, umah aku, sukati aku la nak wat cemana kan.

Ni lagi satu, kalo aku masak, mesti lah aku ikut suka tekak aku la nak wat style apa kan. Kalo aku tak suka rendang cili padi, kenapa plak aku nak masak rendang cili padi semata2 nak menunjuk2 yang aku pandai masak benda tu kan? Pastu kalo cara aku masak tak sama ngan mak ko masak, pastu rasa pon tak sama cam rasa yang mak ko salu masak, mesti ker ko cakap depan2 aku? Eh, kenapa tak letak ni? Kenapa letak tu? Kenapa tak masuk ni dulu? Kenapa letak tu banyak? Kenapa tak ko je yang masak? Dah la ko tak nak tolong masak, lagi nak compare2.

Hah, seperkara lagi, pasal sidai baju plak. Salu kiter jumpa, rumah teres, orang sidai baju kat depan rumah kan. Huhuhu bra ngan spentot pon tayang depan rumah ek. Biler orang datang, baru terhegeh2 nak sorok. Abis, selama ni orang lalu lalang tu tak tengok ke spentot ko? Aku sidai baju kat yard belakang rumah. Kecik je space yard tuh. Tapi muat lah untuk sidai baju kami berdua ni kan. Takde lah banyak mana.

Tiba2, orang datang umah aku, bawak baju kepam 2 minggu, nak tumpang basuh baju. Okeh, janji jangan suh aku yang basuh. Tapi, time nak sidai tu, sila lah tunggu baju2 aku tu kering dan diangkat dulu okeh? Kang tak pepasal baju aku yang dah kering pon bleh basah balik. Pastu bila dah banyak2 baju tu kan, mesti lah lambat kering. Pastu mestilah bau baju pon dah bercampur2. Mana nak sama baju tak basuh 2 minggu ngan baju tak basuh 2 hari kan.

Note : Aku tak basuh baju. Kerja membasuh baju telah dilakukan secara suka rela oleh suamiku yang rajin itu 2 hari sekali. Hehehe aku sangat bahagia. Tengkiu abang!


Monday, 24 November 2008

Berita Semasa

Merasa la syahrijat menunggu sepenggal lagi. Sape suh cabar kerusi dia. Peralihan kuasa cancel! Doa lah syahrijat, moga2 ramai mengundi kamu.

Maikel Jeksen dah masuk Islam? Alhamdulillah...

Friday, 21 November 2008

Cabaran Memandu Ke Tempat Kerja

Untuk sampai ke tempat kerja, aku perlu melalui 3 jenis jalan. Jalan 4 lane, jalan kampung (or jalan negeri) dan jalan persekutuan.

Yang pertama ialah jalan 4 lorong. Jalan persekutuan atau dikenali sebagai jalan kluang. Kalo sekolah aku dulu, kat kluang, jalan batu pahat plak. Jalan ni memang la ramai dah komplen. Accident bila2 masa je. Antara sebab utama eksiden ni ialah jalan tu yang takde divider atau median. Selalu sangat orang makan jalan. Dah kasik jalan sikit punya beso pon nak makan jalan orang jugak. Sebab lain ialah banyakkkkkk sangat simpang masuk tanpa susur keluar. Contohnya jalan masuk taman aku nih lah. Kalo dari ito tu , lepas trafik lite ito tu, memang kena masuk lane kanan siap2 dan kasik signal awal2. Kalo tak, lajuuu je kete kat belah kanan tuh. Yang tambah bahaya, time kiter menunggu nak masuk simpang tu, kete dari belakang punya lah laju. Takut sangat kalo derang tak sempat masuk lane kiri untuk potong kiter. Sebagai langkah proaktif, aku pastikan selain lampu signal, aku juga menekan brek supaya orang dari belakang nampak dari jauh. Tapi kekdah ni ada bahaya nya jugak. Kalo orang belakang langgar, impact dia lebih ngeri berbanding kali kiter free kan brek. Jadi memang la bahaya. Tu sebab la aku tak balik keje lalu jalan yang sama dengan jalan aku pegi sebab takmo menempuhi situasi tersebut. Hehehe.

Kalo gi keje pepagi tu, kereta memang lah sangat banyak. Tapi senang la jugak sebab aku cuma nak belok ke kiri. Maknanya aku takyah tengok kete dari belah kiri. Kete belah kanan tu pon bukan calang2 sikit. Sibbaik ada trafik lite kat pekan tuh, merasa lah lengang dalam 30 second gitu. Jalan nih jugak agak lebar, sesuai la dengan status jalan persekutuan tu kan. Lebar bagi aku ialah, AH boleh motong motor biler2 masa yang dia suka, walau pon di lorong sendiri. Kira kalo motong tu tak langgar kete lorong kanan la kalo kete lorong kanan tu motong kiter jugak.

Ni jalan 4 lorong yang aku maksudkan

Selepas bandar u atau lebih tepat lagi, lepas restoran gazebo yang aku tak jadik makan ikan bakar arituh, aku dah kena masuk lorong kiri sebab nak masuk simpang kiri. Sebagai rujukan, jalan yang aku pilih ni memang untuk kesenangan aku. Lepas masuk simpang tu, bermakna aku dah masuk jalan negeri. Beso sket dari jalan kampung la kiranya. Tapi jalan ni masuk kategori jalan sempit lah kalo ikut definisi aku. Kat sini lah yang akan menentukan aku cepat atau lambat sampai ke tempat kerja.

Oleh kerana jalan ni sempit, maka aku tak boleh suka2 motong motor, ikut suka ati aku. Nak motong kalu, kena kasik depan clear dari kereta dan ke atas. Kalo moto takpe. Masaklah nya, time pagi2 gitu lah pulak orang2 kampung ni nak gi ladang kelapa sawit. Dengan kete sorong nyer, dengan galah sabit nyer, memang la kena berhati2. Kat jalan ni aku melawan arus trafik. Kalo arah bertentangan memang lah banyak kenderaan sebab derang menghala ke ito atau kilang kat sri gading tuh. Walau pon aku melawan arus, tak bermakna aku boleh cepat sebab kete dari depan menghalang aku untuk memotong motor. Aku ni penakut sket nak memotong kat jalan ni, so memang aku tunggu betul2 clear baru aku potong.
Tapi, apa lah ertinya aku berhati2, kalo orang dari arah bertentangan tu tak berhati perut? Sesuka ati dia jek nak potong motor dan makan jalan aku. Tak pepasal aku kena ke tepi, nyaris2 nak jatuh ke bahu jalan tau. Tu kalo aku sabo la. Kalo aku dalam mode brutal, aku kasik lampu jek. Bio dia gabra sket. Tapi still aku kena ketepi jugak untuk mengelak kemalangan. Walau pon derang yang bersalah, kete aku tetap akan kemek kan? Baik dielakkan. Berhemah nyer...

Ni plak, jalan kampung. Ikut kan, boleh gak motong motor, tapi tak tentu orang yang bawa motor tu stabil. Kekadang dia teroleng2 ke tengah jugak, so better takyah motong

Di penghujung jalan nih, aku akan berjumpa dengan simpang 4. Kali ni aku kena belok ke kanan. Huh! Takde lah mencabar sangat sebab 100 meter dari situ, di sebelah kiri, ada trafik lite. So, trafik agak terkawal. Manakala dari belah kanan, ada jambatan. Kalo takde kete atas jambatan, maknanya sempat lah nak belok tuh. Setakat nih takde masaklah kat simpang nih.

Lepas simpang nih, aku masuk plak jalan persekutuan yang menghubungkan bp ngan pontian. Jalan kat sini kategori lebar (boleh motong motor). Jalan ni tak lah lengang, dan tak lah sesak. Ok ok jek. Kiranya ada masa la dia banyak kete. Tapi still ok sebab banyak tempat nak memotong. Cumanya, bila lagi 5km nak sampai tuh, ada banyak jalan ulor. Sakit la sikit kalo nak motong. Tapi, 1km sebelum sampai lak, ada lorong motosikal. Jadi, secara otomatik jalan jadik lancar. Tapi aku malas dah nak motong2 kalo dah tiba area tu sebab kalo aku motong pon, sah2 kete yang aku potong tu akan potong aku balik time aku nak belok masuk ke tempat keje aku di sebelah kanan tuh. Prinsip aku, kalo dah dekat tu, tak payah la potong2 lagi. Buat abis minyak je tekan minyak kuat, last2 orang tu saing gak ngan kiter. Kalo ada trafik lite, tah2 dia duk belakang kiter jek. Sama la jugak bila nampak kete yang beriya2 memotong walau pon dalam keadaan bahaya. Tengok2, time kat trafik lite kat depan, hek elehhh kat depan kiter jek.

Yang ni jalan pontian dengan lorong motor. Tengok tu, kete pon ada yang lalu lorong motor

Time balik, jalan yang last nih je yang sama. Untuk balik, aku tak lalu jalan kampung yang sama sebab aku tak berani nak belok kanan kat jalan 4 lane tuh. Macam misi membunuh diri. Untuk keselamatan diri, terpaksa lah aku lalu jalan yang betul2 kampung. Memang kecik muat2 ler jalan tuh. Tapi yang best nyer, jalan tu tak banyak kete. Bleh la laju jugak, cuma kena berhati2 sebab kiri kanan umah orang. Biasa la, orang ni, bila kat umah sendiri, jalan pun buat macam jalan sendiri la jugak. Suka2 je masuk tiba2. Jadi mata kena perati kiri kanan. Yang tak best nyer, akhir2 ni banyak la pulak jalan yang ditampal. Sebelum ni tepi jalan tuh banyak lekuk. Kalo dah lekuk tu, melambung2 la kalo lalu kan. Tapi tu takpe lagi sebab kiter leh ke tengah sket untuk elak lekuk tuh. Jalan sebelum nih pon ok, licin jek. Tapi sekarang, selepas tampal menampal, jalan tuh dah jadik menggerutu. Tempat yang ditampal tu tak rata. Panjang pulak tu yang dia tampal. Eeeeee takkan civil engineering tak de belajo nak meratakan tar hah? Masaklahnya, ada je aku tengok tampalan yang bleh rata. Ni lah keje kontraktor pemalas. Takmo pakai stem roll, dah rupa jerawat dah jalan tuh. Aku lebih rela elak lubang dari lalu jalan bertampal nih. Kalo dia tampal sepanjang jalan balik aku tuh, rasanya aku kena fikirkan jalan alternatif la gamaknya. Uhuksss kesian AH ku. Naik longgar skru dia agaknya.

Okeh, abis dah.

p/s
Hehehe bila masa aku ambik gambo2 nih? Time driving eh? Hihihi part tu kurang berhemah la...

Thursday, 20 November 2008

Nak Pergi Ke Tak?

Musim2 kawen nih, teringat time aku kawen arituh

13hb Disember nanti, ada perantin ex-staf kat tanoh meroh kelate. Baru jek dia transfer ke sana sebelum pose arituh. Lama jugak la dia kat sini, sejak zaman yayu lagi. Makanya, derang dah plan nak wat rombongan cik kiah ke sana. 12-14hb. Jumaat pegi, balik ahad. Persoalan sekarang, aku nak pegi ke tidak?
Memang aku dah berangan2 nak pegi kb dalam bulan doblas nih. Tapi tak tau lah biler. Dengarnya sekarang dah nak start banjir. Kos ke sana cuma rm30/seat. Kalo berdua, baru namploh. Tempat tinggal, aku rasa mesti ilpkb la kot. Standard la tuh. Iljtm ni merata negeri. Cakap je nak gi mana, hostel sentiasa tersedia. Kot lah.

Kalo gi sendiri, of course la kos nyer berkali ganda. Tapi, dari segi masa, gi sendiri lebih baik. Ikut sukati la nak pegi mana, biler2 kan. Tapi kan... kalo tujuan nya nak menyopping, memang elok la ikut rombongan nih, kan? Boleh save banyak tu. Dengan penye'save'an tu, boleh la dibuat menyopping jugak. Isyyy apa yang aku nak shopping ni benonya eh? Semestinya batik, tudung bawal, batik, tudung bawal, batik, tudung bawal.... Abis, kalo dah beli banyak camtuh, camne nak merealisasikan yang kat entry bawah tuh? Ye tak ye jugak?


So, nak pegi ke tak???

Bilakah?





Bilakah benda2 alah ni akan ku miliki? Mesin jahit ku sekarang sedang dalam mode terhegeh-hegeh. Dah tekan abis pon dia jalan macam mesin manual, malah lebih slow dari itu. Ko memang tak takut kena humban dalam parit eh? Dush!!!

Wednesday, 19 November 2008

Tidurlah Wahai Permaisuri


Tido is my all time favourite. Eh, ada ke orang tak tido? Takde, cuma yang ada tu, kurang tido atau malas tido. Tinggal kita la yang mengawal nafsu tido tu. Macam makan juga. Ada orang kuat makan, tak kuat makan, malas makan. Aku bukan nak cite pasal tido ni sebenonya, sebab terang2an aku ni kuat tido. Aku cuma nak cite pasal bangun tido. Ada orang dikejutkan oleh alarm henfon. Ada yang guna alarm jam loceng. Ada yang dikejutkan oleh isteri atau suami. Ada juga dikejutkan oleh ayam (oh, how sweet!), ada yang tepuk bantal sebelum tido dan bantal tu yang kejut atau yang paling best, dikejutkan secara automatik secara biological. Tiap hari bangun kul 6am, jadi tiap kul 6 pagi, terus terkejut. Aku dikejutkan secara moden. Alarm henfon. Hehehe tapi ada unsur konvensional sket la. Sebabnya, alarm tu bunyi suara suamiku mengejut aku. Huhuhu memang terkejut la tiap2 pagi. Tapi, suami ku dikejutkan oleh aku. Letak alarm kat telinga pon tak guna. Itu time weekdays. Kalo weekend, dia jadi terbalik. Kira balas dendam la nih. Kalo biasa, dengar alarm, dalam ati cakap,

"Nak tak nak, kena bangun, nak gi keje. Ngelat arrr abang bleh bangun lambat sket."


Time weekend, bila dengar alarm, dialog jadi cenggini,


"Alahhh bio abang bangun dulu. Mana boleh weekend aku yang bangun dulu. Ini tidak adil!" Tapi, tak kira hari apa, ada satu dialog yang mesti terlafaz dalam hati,

"Ermmm baru kul 5, bleh tido lagi. Best best best nyer..."

Sebabnya, selain alarm henfon, aku juga set alarm jam loceng kul 4 atau 5 pagi supaya aku leh sambung tido. Sambung tido lebih best daripada tido mula2 tau. Satu lagi tido yang best ialah tertido sambil tengok tv, baca buku atau dalam kenderaan. Heaven!

Perasan tak, masa kecik, mak2 kiter salu paksa tido. Especially baya bawah 6 tahun. Biler tah mak kiter mula stop paksa tido tu ek? Tuko pulak, tak kasik tido. Bangun lambat lagi lah kena bebel. Ko nak jadi apa tido sampai meninggi hari? Adusss...

Bangun pagi pulak, terus kena mengemas. Kalo hari sekolah pagi best ar, tak kena kemas rumah. Tapi kena lipat kain pulak belah petang. Susun pinggan lagi, masak nasik lagi. Kalo sekolah petang, kena kemas umah pepagi. Salu aku kena susun pinggan ngan masak nasik, yayu kena lipat baju. Kalo weekend, tugasan aku sapu laman. Sorang kemas dapo, sorang sapu dalam umah, sorang sapu laman belakang. Tak suka sapu laman belakang sebab banyak nyamuk. Pastu sorang sidai baju, yang secara otomatik kena angkat baju petang nanti atau kalo ari ujan. Pastu, bab masak, mak la yang buat.

Walau bagaimana pon, semua tu ada manfaat nya. Kalo mak tak buat cenggitu, rasanya aku pon tak pandai mengemas rumah. Masalah sekarang, mengemas sampai tahap cerewet la pulak. Huhuhu. Tapi kat umah mil, sangat lah berbeza. Bab mengemas ni agak kureng dititik beratkan, sebaliknyer, perkara paling penting ialah masak. Tak kering tangan la kalo kat umah mil tuh. Oleh kerana mengalami perkara2 yang kontra sebegini, aku telah belajar kedua-dua bahagian dalaman rumah. Now, masa untuk mempraktikkannya di rumah sendiri. Yang penting, bila mak aku datang, mesti kemas, terutamanya toilet. Kalo mil datang, mesti cukup makan. Hehehe tu je trick nyer.

Dah, lari tajuk la pulak.

Sambung Asimo Sket Lagi

Sementara aku takde idea nih, eloklah aku sambung tepek video si asimo nih. Kot lah ada yang minat, bleh la terjah ct square hujung minggu nih. Cuma, masa demo dia tu aku tak pasti. Dia takleh kuar lelama sebab betri dia tahan sejam jek, dan kena recharge 6 jam. Mesti dalam sehari tu dia kuar sekali je kot.

Ini salah satu kebolehan dia, serving beverage.
video

Ini pulak dia salam ngan nc utm
video

Tuesday, 18 November 2008

Aku Gi Tengok Asimo!


Pagi tadik aku gi utm. Iyer, utm skudai tuh la mana lagik. Kekdahnya, hondah mesia wat road tour nak tayang asimo tuh kat owang mesia. Bertolak dekat kol 9am, sampai dah 10.45am. Agak terlambat la kiranya tu. Sampai tu dia dah start demo. Sempat la tengok dia lari, senam2 and bawak dulang. Bagi yang tak dapat pergi tadik , jangan kecewa. Asimo akan berada di ct square dari ari jumaat sampai ari ahad nih sebelum dia ke quinsbei mall penang next week, 27-30hb. Mengikut pemerhatian aku, satu kelemahan dia yang ketara ialah takleh tepuk tangan dengan betul. Tak kena pun tapak tangan dia. Pastu time jalan pon kaki dia bengkok. Hihihi kena improve di situ, okeh? Speed dia cuma 2.7km/jam time jalan dan 6km/jam time lari. Berat dia 54kg dan tinggi 1.3m. Anyway, enjois the video!

video

Yang bertuah saje dapat ambik gambo ngan dia. Kena jawab soalan simple. Banyak budak2 je dapat nih.

Monday, 17 November 2008

Misi Makan

Bermula Jumaat malam, aku dah bercita2 nak makannn jek weekend nih. Nak makan itu, nak makan ini, tapi tak semua boleh direalisasikan kerana constraint saiz perut. Nak makan piza, nak mcciken, nak nasi beriani, nak kerang goreng, nak ikan bakar blablabla. Ye laaa aku sedo diri la perut aku leh makan satu jenis makanan je dalam satu masa. Dan selang masa juga haruslah sehsuai dengan kadar metabolisme ku yang agak slow nih. Kalo breakfast kul 8am, kul 12pm tu belum tentu rasa lapo lagi. Kalo lunch kul 1pm, kul 5pm tu masih terasa2 lagi nasik dalam perut. Camne nak makan banyak?

Jumaat, lepas isyak baru kami kuar makan. Pegi gazebo depan bandar u, ada ikan pari jek. I don't like... Patah balik ke parit raje. Tuah bersama je lah. Walo pon aku tak suka sangat kedai makan tuh, dah teringin sangat ikan bako, terpaksa lah terjah jugak. Takkan nak gi seri kenangan kat jalan kenangan plak kan. Tiba situ, nampak ramai bebudak ngan jaket jtm. Sibbaik budak it, derang tak kenal aku sangat. Makan kat pondok, duduk bersimpuh. Order siakap bakar. Beso nyer ikan. Sibbaik abis.

Esok pagi, abang gi futsal. Suh belikan ini.

Kecik je roti nih. Tapi memang aku suh beli 1 jek sebab jap lagi nak kuar makan plak. Lepas zuhur, pegi bpmall. Terus makan ini pulak.


Selesai makan, ronda2 sikit. Alerrr sony baru lauch model baru lorrr. Yang aku suka tu yang crn353 tuh dah turun rege -300 laks. Yang baru ni lebih cun lerrr. Tapi rasanya tak beli soni kot. Kena tetapkan pendirian. Puh puh, jangan ler jadi lalang.

Penat pusing bpmall, gi k4 plak. Memula gi primamoda. Penat pusing, tak beli apa2 pon. Pastu masuk nagoia pula. Terbeli satu kain. Masuk kedai baju, terbeli baju plak. Eh, bukan kat sini, beli kat bpmall tadik.

Cop! Sambung lagi. Ada kelas. Chow cin cau bandung!

Friday, 14 November 2008

Emosi Pagi Nih


Macam biasa la, aku kan retro, suka dengo sinarfm. Pagi jumaat memang topik dia emosi ari nih. Satu caller nih cite la dia sukerrr sangat ari ni sebab anak dia dapat nombor satu kat sekolah. Yelah kan, katakan ada 10,000 buah sekolah kat mesia ni. Aku ambik sekolah rendah je lah. Satu sekolah ada 6 darjah. Satu darjah, kita ambik purata 2 kelas je la. Maknanya ada 12 kelas. Darab ngan 10,000 sekolah, maka ada 120,000 buah kelas. Ini bermakna, ada 120,000 orang yang akan dapat nombor satu, kan? Dan ada 120,000 mak dan 120,000 bapak juga la yang anaknya dapat nombor satu. Okeh, kita tolak la sikit. Katakan secara purata satu femli ada 3 orang anak yang ketiga-tiga nya dapat nombor satu, maka, ada 40,000 pasang parents la yang happy, suka, gumbira, ceria dan lain lain pada tengah2 bulan november 2008 nih. Tu baru sekolah rendah, tak masuk sekolah menengah lagi. Tapi bila dah masuk menengah ni takde lah happy nyer macam sekolah rendah. Paling happy pon time pmr ngan spm je lah. Tak masuk lagi sekolah taska, pasti, pra, tadika al iman, al amin, al aiman, al danish, al daniel dan segala al lagi tuh. Nak aku kira lagi ker? Purata calon spm setiap tahun ialah 400k ++ bla bla bla. Erkkk dah la tuh. Eh, tak abis lagi. Sebenarnya aku nak highlight kan reaksi spontan SY. Dia kan selalu spontan je, lebih2 lagi kalo bab poligami nih. Tapi aku tak berapa ingat la camne ayat dia, cuma aku ingat point yang nak disampaikan jek. Lebih kurang maksudnya gini, pempuan tu hepi kan anak dia 'dapat' nombor satu. Macamana pulak kalo bapak anak tu 'dapat' nombor 2 ke 3 ker. Erkkk paham ker?

Lalat


Pernah dengar tak orang cakap, time musim haji, lalat akan banyak? Sape yang cakap ek? Orang tua ker? Sekarang belum musim haji. Baru musim pegi haji. Kat opis aku ni, lalat berada di mana2. Kat batang idung aku pon kekadang dia hinggap. Geram jek. Ngengada macam kucing!

Kalo ikot teori aku, disokong oleh kenyataan dari kedai perabot berhampiran, lalat ni akan banyak biler time ayam ditangkap. Ermmm memang banyak lori ayam yang aku nampak atas jalan akhir2 ni. Ari Isnin lepas, aku terpaksa follow satu lori ayam yang besar. Heee menjejeh2 air dari lori tuh. Terpaksa aku follow dari jauh. Nak potong pon tak sempat sebab aku duk jejauh, baru nak potong, dah datang kete dari depan. Sampai opis, huh! Wangi sungguh bau kete aku. Ada la sikit percikan air tu kat bumper depan. Takleh elak lor. Tapi memang kat belakang opis ni ada reban ayam pon. Kebun sayo pon ada. Pagi2 haruuum je kat sini. Senoneng kepala ku.

Kalo ikot teori orang tua2 seperti di atas, memang la time raya aji kan orang korban lembu, kambing, ayam. Time melapah tu kan banyak lalat kan. So, memang logik la.

Satu lagi teori, mungkin pakcik2 yang nak gi haji, sebelum pegi tu dia jual ayam dia wat belanja kat sana, tu yang lalat banyak tuh. Yang pasti, teori lalat dan ayam tu aku rasa relevan la.

Thursday, 13 November 2008

Rahasia Bulan Kelahiran & Batik Lagi

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan. (boleh la, nak kata betul sangat tu idak ler)

* Mudah ditawan kerana sikap baik. (errr tak paham la lalalala...)
* Berperangai lemah lembut. (or lembik? tah ler. tak berapa tepat)
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. (sangat tepattt)
* Idea yang terlalu banyak di kepala. (sangat tepattt)
* Bersikap sensitif. (gembeng pon iyer jugak)
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). (sama la kat atas tuh, banyak idea, banyak la pikir sampai berkerut2 dahi)
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. (last minute person, betol betol)
* Bersikap suka menangguh-nangguh. (penambah perisa kpd previous point)
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. (betul, tokei kedai lampu pon cakap cenggini hihihi)
* Cepat marah & cepat sejuk. (betolll sangat)
* Suka bercakap & berdebat. (dengan suami ku salu la. ngan owang lain sangat jarang sebab tak koserrr)
* Suka buat lawak & bergurau. (sda)
* Otaknya cerdas berangan-angan. (zas! tepat di batang hidung)
* Mudah berkawan & pandai berkawan. (sangat tidak tepat.sipi pon jauh sekali)
* Orang yang sangat tertib. (errr ye kot. atau kata lain yg lebih tepat teliti)
* Pandai mempamerkan sikap. (nope. next)
* Mudah kecil hati. (sensitif la ni...)
* Mudah kena selsema. (betul sangat. kena berhati2 ketika meneguk air soya bean dan air berais. terlebih speed, esok merasa lah selesema)
* Suka berkemas. (suka tapi ikut mood)
* Cepat rasa bosan. (boleh la dikatakan...)
* Sikap terlalu memilih & cerewet. (sama la ngan kat atas tuh. huh!)
* Kurang mempamerkan perasaan. (sama je point nih ngan kat atas tuh)
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. (oh, luka di tangan nampak berdarah, luka di hati, sampai biler2 pon takkan sembuh lorrr)
* Suka pada barang yang berjenama. (suka tak semestinya nak. tak mampu lorrr)
* Mudah menjadi eksekutif. (sukati jek point nih. jangan percaya)
* Kedegilan yang tidak terkawal. (wahahahaha abang, sila komen!)
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan (teramat sangat la tepat sekali. kalo menembak tu kira tepat kat jantung la)

Dah, abes.

Hari ni hari khamis, so, aku pakai baju batik. Ari nih pakai baju kaler turqoise. Baju ni hadiah hantaran kawen. Beli kat pasar payang. Biler aku tengok lengan baju nih, ermmm bagus baju ni. Tak berbulu pon. Baju2 yang baru2 ni cepat nor berbulu. Sekali dua pakai dah berbulu. Baju nih tak berbulu langsung. Tergesel tempat kesat pon takde kesan. Hmmm kena berhati2 beli batik pasnih. pastikan kualiti!

Mixed

Jom tengok apa yang dimasak oleh puan asiah malam tadik

Walla! Tomyam ayam penuh seperiok.


Sape nak makan banyak2 nih? Adik2 ipar ku ada di rumah sejak kemarin. Saje datang membuang karen. Hangin tul aku pagi tadik. Dua hari berturut2 pintu rumah tak berkunci. Pintu sliding, grill dan solex, tak kunci. Sibbaik kejiranan ku ini masih suci dari kes jenayah rompak. Elok je kuar malam naik motor dengan takde lesen nya, pastu balik, masuk rumah tak kunci plak. Nak kena panggg agak nyer. Jalan parit raje ni tak sama ngan jalan kampung semenchu okeh... Setakat ni sorang tu jek yang belum eksiden motor dengan hebatnya. Tunggu masa je tu. Apa2 jadik, jawab ler ngan ibu mu okeh? Heee geram betul!Salu kan kalo ada adik ipo pempuan kat rumah, patut nyer aku tinggalkan jek lauk dalam fridge, pandai2 la ko masak kan. Tapi tidak bagi diriku. Memasak sendiri telah diharamkan dirumahku. Sebelum pindah aritu, adik ipo ku itu telah membuat onar di dapur. Panaskan kuali, kendian tinggalkan. Sebagai tulah, aku banned dia dari menyentuh tombol dapur aku. Dia lagi lah suka, takyah masak kan. Kalo dah pemalas tuh, sanggup tak makan daripada memasakkan. Sukati ko lah. Nanti ko kawin la ngan orang kaya yang boleh sediakan bibik. Ehehehe abis jatuh saham ko aku kutuk2 kat sini keskeskes.

Biler tengok keliling rumah aku, macam tak caya je. Rupanya tinggal meja makan jek yang aku lum ada. Meja kat dapo tu ada la, tapi muat untuk pat orang jek.
Tapi lum ada keperluan mendesak untuk aku mengadakan meja makan yang lebih beso. Raya tahun depan je lah aku beli ek. Kalo takat nak menyesakkan ruang, baik tak payah. Buat sakit pinggang je aku nak menunduk2 menyapu bawa meja tu karang. Plan nak cat tu pun pon rasa macam tak jadik jek. Sebabnya, kalo cat sekarang, mesti lah lambat lagi baru nak cat semula kan. Kurang 3 tahun lagi ke kan. Baik aku hold dulu, dan cat dekat2 nak raya tahun depan. Haaa baru best biler ada sesuatu yang baru menjelang hari raya kan.

Dalam pada tu, semalam abang cite, dia tengok mhi harituh, ada topik pasal hutang credit card. Ada sorang caller ni tanya panel tuh, dia nak beli meja makan. Rege 3k. Sekarang dia ada 1.5k. Maknanya tak cukup lagi 1.5k. Kalo nak cukup tu, kena la tunggu 2-3 bulan baru bleh dapat meja tuh kan. So, dia ingat nak guna credit card. Camne tuh?

Dengan muka selamba (abang la cakap), panel tu cakap, adakah dia ada terima surat doktor yang menyatakan, kalo dia tak beli meja tuh, akan memudaratkan diri dia? Adakah kalo takde meja tuh, pinggang dia patah? Huhuhu sadis je mendengar nyer kan. Apalah sangat 2-3 bulan tu kan. Sabo je lah. Bagi kes aku, meja kat dapo tu dah ada. Tak perlu la beli meja lain buat masa nih. Aku bukan nya nak beli hutang pon. Cuma, duit yang ada tu, elok la disimpan untuk perkara lain. Gi cuti2 langkawi ke kan. Ekekekek

Hari nih result upsr diumumkan. Ada yang mintak hadiah PS2, PSP, henpon, tv, redio, katil, kitchen cabinet, kereta honda civic, eh sape yang mintak hadiah nih? Anak ke mak? Hihihi saje je aku wat intro. Lagi nak nostalgia kan. Sebenonya aku nak cite pasal ganjaran. Syok nyer jadik budak zaman sekarang yang memiliki parent dari zaman aku dan 10-15 tahun sebelum tuh. Sebabnya, orang zaman dulu dah melalui susah payah untuk mencapai kejayaan seperti hari ini. Pergh! Ayat macam pejuang kemerdekaan la pulak. Jadi, ibu bapa hari ni menyedari, dulu kiter tak dapat, sekarang kiter bagi la kat anak2 kiter. Perasaan memberi tu mungkin seperti kiter yang dapat. Ye ker? Gitu lah kot. Bukan mak pak kiter dulu tak sayang kiter. Cuma derang tak mampu aje. Takleh salahkan derang la. Kerana tak dapat dulu lah, kiter berusaha keras untuk menjadi orang seperti hari ini. Aku (kalau boleh aku nak tulis ’kiter’, tapi rasanya lain orang, lain cerita) belajar bersungguh2 dulu sebab nak keluar dari kesusahan hidup dulu. Bukan sebab ganjaran. Bukan sebab nak naik pentas time hari ucapan dan penyampaian hadiah ( yang biasanya ucapan lebih panjang dari penyampaian hadiah). Bukan sebab dijanjikan basikal kalo dapat nombor satu. Tapi kerana takmo rasa susah. Lagi. Dalam pikiran masa tu, kalo pandai, leh masuk univesti. Pastu dapat keje best, gaji banyak. Best nyer. Masa tu tak pikir pun masalah pengangguran hehehe. Tak pikir pon great salary comes with great responsibility uhuksss.

Masa upsr, aku tak de dapat apa2 ganjaran sebab aku tak dapat 4A. Hahaha. Tapi kalo dapat 4A pon, rasanya tak dapat apa2 jugak kot. Alah, setakat upsr tu, apa lah sangat. Macam pekse pertengahan penggal jek. Huhuhu sedapkan ati ek. Time pmr, pon aku tak dapat 8A. Hahaha. Memang aku tak pandai sangat pon. Jadi, memang la takde saper nak kasik ko RM800 kan. Tapi masa abang tp tanya result aku, aku saje jelah ngengada mintak seploh hengget untuk satu A. Hihihi boleh la, lepas la buat beli baju raya. Tapi aku tak mintak sebelum pekse tau. Maknanya bukan aku berusaha kerana nak mendapat ganjaran tu. Hehehe lagi nak cover. Tapi sebelum tu aku cakap la, pmr ni ada 8 subjek, maknanya kalo sumer A, dia kena kasik RM80 la kan. Giler ko po main mintak gitu2 je. Buatnya dia tengah sengkek giler ker, tak pasal2 kena keje cuci pinggan lak nak kasik kat aku yang tiba2 je mintak tu kan. Time spm lak, langsung aku tak mintak apa2 kat sesiapa. Aku ingat, cukup la kalo sesiapa tu tolong masukkan aku ke univesti. Bayokan yuran ke, kasik duit belanja ke. Dan masuk lah aku ke institut teknologi mara yang sangat menolong melayu ituh. Sebagai ganjaran atas berjaya masuk itm, abang tp belikan aku kalkulator saintifik casio. Hehehe. Sampai sekarang aku masih menggunakan nyer lagi tau. Isy, takde pulak dalam laci nih. Kat rumah kot. Aritu aku bawak balik sebab nak kira duit. Banyak sangat duit sampai kena guna kalkulator saintifik tau. Abes, nak kira seploh kuasa pat kan. Hihihi sorry sorry jangan percaya sangat.

Nampak tak benda tergantung yang melintang kat tengah2 tuh? Itu lah dacing. Diperbuat daripada tudung saji dan dibalut dengan kain biru. Kreatif kan kempen pru12 nih?

Wednesday, 12 November 2008

SMS Tertua

Sape ada simpan sms lama2? Cuba bukak inbox korang dan tengok sms paling lama. Biler? Semalam? Minggu lepas? Bulan Lepas? Tahun lepas? Abad lepas? Hehehe not applicable to sesiapa yang hilang henpon semalam la kan. Atau yang suka tukar2 nombor.

As for me, sms tertua dalam simcard aku ialah pada 12.12.2004. Ya, hampir 4 tahun yang lalu. Ni buktinya.

Abaikan henfon ku yang cikai itu ya!

SMS ni aku tak delete kerana ianya mengandungi ayat2 cinta. Hihihi perasan!

... telah kusiapkan satu daerah paling indah...

Ekekek kantoi jiwang! Alerrr sape tak jiwang, lagi 2 minggu nak kawen maaa...

Hangin dan SPM


Tah kenapa lah agaknya, arini pengajar2 lelaki ni ala2 meroyan plak. Ekekek. Memula kb aku ngamuk sebab semalam budak2 cabut depan mata dia. Pastu, time perhimpunan student plak, sorang lagik pengajar tarik masuk budak tak masuk perhimpunan. Pas abis perhimpunan, lama gak la budak kena clorox. Isy, bukan budak lagi. Dah layak jadik bapak budak dah, masing2 >20 tahun. Ingat pempuan je ada hangin pms nih hihihi.

E eh... budak form 5 dah start spm ek semalam. Peperiksaan paling besar dalam sistem pendidikan mesia la kot spm ni kan. Dengan spm ni la kiter masuk univesti kan. Ecehhh nak tukar mode nostalgia lah nih. Sumer orang ada kenangan ngan spm ni kan. Aritu kat radio sinar pon ada topik kenangan spm @ mce. Bagi aku, kenangan spm yang paling tak dapat dilupakan ialah semasa paper english.

Aku punya english memang la tahap so so jek. Rasanya kalo aku terer english, mesti aku dah pergi lebih jauh. Tapi, oleh kerana tak, maka ala2 tak berapa nak pergi la. Baru nak pergi la senang cite. Masa tahun 1996, english tripple 1 nine masih terasing dari paper spm. Sekarang dah combine kan? Tah, gitu lah yang aku dengar. Maka, paper 1119 ni awal 2 hari dari hari sebenar spm mula. Masa paper ni lagi, aku dah mula pening2 time jawab tuh. Tah, rasa macam loya je nak menjawab. Susah giler aku rasa nak membuat karangan tuh. Dengan soalan comprehension nyer yang tahap bahasanya agak bombastik pada aku (orang lain tak de la heran kan). Adoyaiii... sakit kepala aku menjawab nya. Result 1119 ku hanyalah 8 ye tuan puan. Jadi, boleh bayangkan la tahap cikai nyer aku nyer english kan.

Kendian time english spm plak, sekali lagi aku dilanda fenin. Paper lain ok lah pulak? Lebih2 lagi paper akaun. Bersemangat giler. Masa paper karangan, fenin aku makin meningkat. Sampai tahap pitam tau. Sampai aku angkat tangan, nak pegi toilet. Nak berjalan ke toilet tu pon aku dah terhoyong hayang. Pengawas tu tak teman kan pon. Ces! Sampai toilet, wek wek wek angin sumer kuar. Huhuhu begitu hebat penangan paper english tu ek. Sape la yang buat soalan tuh. Memang terer la. Itu lah pengalaman spm aku.

Zaman aku belum ada sistem terbuka. Maknanya masih guna agregat dan pangkat lah. Kalo agregat bawah 21 eh pangkat 1? Aku pon dah luper. Cara kira agregat,

Bahasa Melayu (tahun biler dia tukar bahse mesia balik ek?)
2 subjek teras
2 subjek elektif
1 mana2 subjek teras atau elektif

Masa tu, takde lah target 10A1 ni sangat. Kalo dapat agregat bawah 10 tu pon dah kira hebat. Agregat 6 plak kira terhebat lah time tuh. Aku ambik 10 subjek. BM, BI, PI, Sejarah, Maths, Fizik, Kimia, Bio, Add Maths dan PA. Dalam banyak2 ni, yang aku target 1 ialah BM, PI, Maths dan PA. Subjek sains tu kalo dapat A pon dah kira terer la bagi aku. Sejarah, aku ada sejarah hitam dengannya, tapi aku rasa macam boleh jawab jek. Add maths pulak ok ok jek. Trial dapat 11 jek. Tapi aku yakin, kalo spm betul mesti dapat lagi baik punya.

Sepanjang menunggu result, aku keje kilang. Mula2 dengar result kuar bulan 2. Tapi tak kuar2 pon. Akhirnya dia kuar 31hb Mac 1997. Besdei mil. Masa ambik result tuh, orang pejabat yang kasik. Memula dia tanya, agak2 berapa? Aku cakap, 10 kot. Psssssst sebenarnya aku dah ternampak yang sebenar, tapi saje takmo cakap. Takkan nak cakap apa yang aku nampak tu. Buatnya salah, tak ke malu? Bila dia bagi jek, aku terus kuar. Terus nak bagitau abang. Takmo orang lain tau dulu. Ngada!

Pastu baru lah episod beli borang upu dan uitm. Dulu uitm nyer borang asing. Biler dapat offer, utm ngan uitm, aku pilih uitm. Takpe lah aku ambik diploma jek. Bukan sebab result spm aku kureng ke haper. Rasanya kalo aku mintak gi obersi pon boleh, tapi aku yang tak nak. Sebab utama ialah duit. Yuran utm time tuh 1.6k. Yuran uitm baru pat ratus lebih. Memula kak uni nak bayarkan yuran utm tuh, tapi saper nak kasik duit belanja nanti? Nak makan aper? Kalo masuk uitm, duit gaji aku keje kilang pon dah bleh cover. Makan pon free. Takat belanja lelain tu tak kisah la sangat. Yang penting makan jek. Buku teks pon aku tak pernah beli tau. Harapkan nota gi kelas aje. Tu pasal aku tak suka ponteng. Nanti tertinggal, dahhh susah. Sem 3 baru aku dapat pinjaman ypj yang ciput tuh. Satu sem 500 jek tau. Nak banding ngan ptptpu yang 2500 tu, amat lah jauh. Time tu ptptpu tak kasik budak diploma lagik. Kesian aku. Hikhikhik. Biler hujung sem, tepon abang tp, mintak belikan tiket nak balik kampung ekekekek. Sengkek giler.

Ermmm syukur lah, abis diploma, aku berpeluang sambung degree terus. Tu pon ita yang sponsor aku selama 1 semester sebelum dapat ptptpu. Time lum ada yang dapat advance 1.5k tuh. Tunggu 1 sem baru dapat. Memula abah dah nak jual dah saham kpf dier. Tapi ita cakap nak sponsor, tak jadik lah. Ehehehe kalo aku jadik kakak agaknya, sanggup ke aku nak sponsor adik aku cenggitu ek? Isy isy isy teruk tul aku ni. Berkira sungguh. Eh, aku memang kakak la. Aku ada adik apa. Tapi errr kkk...

Mujur lah aku tak mintak gi obersi. Sebab tahun 1997 kan ekonomi meleset, sumer kawan2 aku yang kat ppp (sekarang intec) terpaksa masuk local. Kesian derang. Setiap perkara berlaku, ada hikmahnya...

Gitu la. Kalo dah nostalgia tu kan, tajuk ke mana, nostalgia ke mana. Hehehe layannn...


Tuesday, 11 November 2008

Tolong! Aku Kelaparan!!!

Huaaa!!! Tiada siapa yang boleh disalahkan melainkan diri sendiri. Tapi ada la juga sikit2 salah abang. Nak jugak tu salah kan dia. Abes, nak salahkan saper lagi? Takkan makcik tukang kantin sekolah kebangsaan pintas puding plak? Hehehe.

Jumaat lepas aku beli peanut butter. Kengkonon macam sedap la. Dan dah lama giler tak makan benda alah tu. Ada la dalam 20 tahun kot. Huhuhu percaya lah. Tapi memang lama giler la. Tahap tak boleh ingat. Hari Sabtu plak aku masak sup ayam. Siap suh abang beli roti nak cicah ngan sup nih.

So, pagi tadik, aku pon menyapu mentega kacang itu ke atas roti. 2 keping aku bungkus dalam plastik, bawak gi keje. 2 keping lagi untuk suami ku itu. Sampai opis, lapo plak. Salu takde la lapo kan. Dah ada bekal, harus la perut ni pon otomatik lapo. Ngap ngap ngap, makan roti berpeanut butter. Tak sedap pong. Tinggalkan separuh. Sambung nanti. Masuk kelas. Kasik kuiz. Biasa ler. Kalo takde idea nak ngajo, kasik je kuiz. Berguna juga untuk pelajar. Takkan kiter je nak perah2 otak nak mengajo. Student lagi lah kena perah otak derang tuh kan.

Waktu rehat kul 9.30, naik bilik, sambung makan roti tadik. Tabiat aku, kalo dah tak larat nak makan, samada dah kekenyangan amat atau makanan tak sedap tapi terpaksa makan, aku akan makan bersulamkan air. Selain nak tolak makanan tuh masuk, ia juga sebagai isyarat nak bitau aku dah tak larat nak makan laaaaaa. Waktu biasa aku akan elak makan bersulam air neh. Tak baik untuk kesihatan anda okeh?

Abes roti 2 keping, aku turun balik ke kelas. Adesss... asal berdiri jek rasa nak pitam. Sekali, dua kali. Masuk kali ketiga, errr awak nak tanya datang ke depan la ek. Bebudak ni mula la. Ada apa2 ke cik. Banyak la ko punya apa2. Aku baru jek abes piyed. Eh, apa kene mengena nyer ngan roti? Sebenarnya aku tak suka makan roti. Sebabnya, roti kan ada bau yang menyesakkan hidung. Oh, cerewet nyer. Tah lah. Aku rasa aku habuk roti tu dah masuk dalam hidung aku, lalu menyebabkan oksigen tak lancar pergi ke otak ku, lantas menyebabkan aku nak pitam. Ada ke gitu?

Jadi, siapa yang salah? Kenapa aku kelaparan? Sebab bila pening, otomatik aku tak lalu nak makan. Jadi, aku tak lunch la tadik. Aduiii lapaq nyaaaaaa.


Word of Honour

Hari apa tah arituh, aku tertengok movie kat holmak. Best citer tuh. Tajuk nyer word of honor. Cite pasal ex-tentera amerika time perang vietnam dulu. Kalo dulu ada cite NAM tour of duty ek? Aku pon tak pernah tengok. Cuma tau jek. Tapi cite yang aku tengok ni kira beberapa tahun kemudian lah. Derang dah pencen. Cite nyer lebih kurang cenggini.

Ada sorang leftenan ngan 5 ke 6 orang anak buah ni. Ada sorang ni cedera, so derang bawak ke spital antarabangsa. Time kat situ, tah cemana, aku pon tak paham sangat, lalu leftenan ni menembak sorang kawan nih. Kendian jadi huru hara dan ramai la yang mati kat spital tuh. Pendek cite, kira kes pembunuhan beramai2 lah nih. Errr sorry ar, aku tak geti cite. Aku ringkas kan jek lah. Selepas tuh, leftenan ngan kengkawan nih dah berjanji (word of honor ni datang dari perjanjian nih la kot) untuk menutup mulut memasing. Eh, sebelum tuh derang bakar spital nih tau. Tapi pada masa tu ada sorang sister ni terselamat (sebenonya diselamatkan).

Beberapa tahun kemudian, leftenan ni dipanggil semula kerana kerajaan membuka fail itu semula. Kiranya macam tentera nak saman dia kerana menjatuhkan imej tentera la. Kot gitu lah ikot kefahaman aku. Memula dia jumpa geng dia lah, tanya, nak wat camno neh? Kawan2 dia sumer dah takut la. Kan kiter dah janji kan. So, dia pon pergi dan mencarik loyar. Loyar ni direkmen oleh seseorang, aku pon tak ingat saper. Oh haaa direkmen oleh bos tempat dia keje sebab dia kata, dia nak resign, takut dia menjadi liabiliti kepada kompeni tuh. Dipendekkan cerita, kalo dia masuk mahkamah tersebut, hukuman mungkin penjara. Oleh kerana dia ada bini dan anak, dia pikir la cemana nak elak dari hukuman, kalo sabit la kan. Makanya, tah cemana, aku tak geti la undang2 nih, dia tarik diri dari mahkamah berkenaan, tapi dia nak dibicarakan dalam mahkamah tentera. Kiranya, dia kena masuk tentera balik la. Tapi dengan syarat, dia nak kawan2 dia dapat imuniti. Kira dia nak menjalankan tanggungjawab sosial lah, takmo kawan2 dia terlibat.

So, dia pon masuk tentera dan didakwa dalam mahkamah tentera sajer. Rupanya, time derang tembak2 kat spital tuh, ada 2 orang geng yang kira tak geng la. Derang ni kira masuk kategori saksi pendakwa la. Time trial ni banyak la flash back waktu kejadian dan background saksi2 tersebut. Kira nya derang sebenarnya nak balas dendam la kat leftenan nih. Pastu, tah cemana datang pulak sister tadik. Dia pun cite lah kejadian sebenarnya, bagaimana dia diselamatkan oleh leftenan tuh sebelum spital tu dibako. Huhahuha, akhirnya dia didapati bersalah kerana menembak kawan dia dan pembunuhan beramai2 itu, dan hukumannya ialah ditarik bayaran gaji, atau bahasa lainnya, dipecat dari tentera. Memang dia masuk tentera balik tuh untuk kes tu saje pon. Ropanya kawan yang kena tembak tu ada kroni ar. Tu pasal kes tu dibuka semula kot. Errr mesti tak best baca sinopsis aku ek? Lantak ler... Aku memang tak geti cite. Pasni nak try tengok holmak lagi, kot2 ada ulangan. Tak pon baca estrogaid jek. Senang cerita.

Dah, tu jek. Babai!

Monday, 10 November 2008

Makan Banyak Sikit

Kan Jumaat lepas aku makan tengahari rasamas ngan kengkawan kan. Pagi tu sarapan kuetiau goreng ngan ayam goreng. Pastu, belah petang nyer aku kuar dating ngan abang plak lepas keje. Janji jumpa kat johni's terus. Sampai2 jek, eh eh saing plak. Sedang elok je timing nyer. Kami pon makan. Huhuhu ni yang buat teringin nak makan steamboat buffet kat bbb nih. Leh makan seberapa banyak yang kiter suka dan selama mana yang kiter suka. Dan yang penting bleh makan apa gaya yang kiter suka. Bengkek je aku rasa biler makan sambil diperatikan. Huhuhu.


Sudikah Kau Berkawan Denganku?

Benda ni bukan auto kan. Kalo takmo tengok, takde sape paksa tengok. Aku letak kat sini supaya senang aku nak layannn...

Memula nyanyi angau2 dulu. Andekhi anjani si lalala...
44">

Oh my darling i love you


Ko tunang ngan sohabat ku. Hukhukhuk


Sudikah kau berkawan dengan ku?


Ko kena kawin pada hari yang sama aku kawen. Kalo tak, aku akan bagtau sumer owang pasal kiter nih (versi tak clear. ada yang terang tapi tak abes)


Huaaa sedey!!!

Friday, 7 November 2008

Jalan2 Jumaat

Tengahari tadik, buat pertama kalinyer aku keluar berjalan2 ngan kengkawan opis . Selalunya, atau boleh dikatakan 99% dari hari Jumaat dalam masa 6 bulan aku kat sini diisi dengan tido di bawah meja. Ada lah jugak aku tak tido, sebaliknya aku melayan blogging.

Kami kuar 12.30pm. Sangat berdisiplin tau. Apa tak nyer. Kuar sekali ngan KJ dan ex-KB tuh. Kami kuar berempat, naik kete KJ. Kami terus tuju BPMall. Lalu bukit perdana. Owh! Mula la tu nak nostalgia tuh. Syahdu je tadi lalu tempat tuh. Sampai sana, terus park kat basement, kendian terus gi makan. Aku makan ayam percik rasamas. Makan yang set ngan fries, ngan roti bawang puteh yang panjang dan aku tak larat makan ngan coleslow. Kenyang gilos rasanya. Tapi sedap sangat. Tak pernah lagi makan kat situ ngan abang. Salu lalu pintu belakang dia je kalo nak masuk atau kuar bpmall tuh. Pernah makan sekali kat jasko tebrau city.

Lepas makan kami gi jenjalan. Ada promotion kete honnda. Derang ajak test drive next week, leh dapat free gift. Menarik tuh. Aku suka jer test drive nih. Nak beli lum tentu, so test jek la. Tengok rege sivik, yang 1.8 tuh kira affordable jek. 2.0 pon kira masuk akal lagik. Mula la ni berangan.

Kendian gi tengok laptop soni. Alahai, dah berbelah bagi lak antara soni ngan del. Masaklah sekarang, del punyer aku lum tengok ngan mata kepala sendirik lagi. Pastu baca kat site dia, ada beberapa komen negatif gak pasal del tu. Keypad panas la, kaler kat site ngan real nyer tak sama lah. Soni pon ada yang komen takleh pakai software pirate la, nanti dia salu hang. Karang last2 aku beli eser je kang. Hihihi. Dengarnya tosyiba pon ada kuar yang kaler kali tuh. Aku ni judge the laptop by its kaver je kan? Tapi orang cakap tosyiba nyer kaler kali luar dalam, tak macam del, belah luar je kaler kali, dalam kaler silver jek. Soni pon luar dalam. Tapi 3-3 ni kira performance ok sebenonya. Kalo dah gitu, kiter tengok rupa la pulak kan. Setakat nih dah kenan soni vrn cr-353 tuh. Owh! Sungguh menawan qolbu. Nak kaler pink ke gold?

Eh, dah melalut berangan plak. Pas tengok laptop, kami tengok cadar laks. Kan semalam baru cakap. Pasifik masih sale laaa. Best best best...

Jap gi nak gi bp lagi. Kali ni dating ngan abang laks. Jom johny's!

Berita Terlatest

Nenonenoneno raje petera diarah bebas ai es e oleh mahkamah tinggi. Tak sia2 abang zahid/zaid (?) resign.

* baru ni la nak tengok wiki apa ke bendenyer habis kapus tuh. Oooooooooo

Sepakat Membawa Berkat

Suami ku itu sangat suka wat seprais. Pastu buat2 terkejut ala2 dia pon turut seprais. Nyampah. Tengok jelah gambo kat bawah nih. Bila zaman tah aku setuju nak pasang awning secara berjemaah ngan jiran sebelah nih tah. Memang lah ianya lebih cantik kalau dijamakkan ngan rumah sebelah tuh. Tapi kannn... takde dalam bajet lorrr. Huaaa takleh lah sopping2 cenggini.

Jiran punya tuh dah siap pasang minggu kenduri kami lagi. Dia pasang kat belakang umah sekali.

Tetiba balik pd aritu tengok dah ada.

Think positive je lah. Dia takut aku kena hujan biler bukak pintu pagar tu kot. Bole laaa... Sayang jugak dia kat is3 dia yang kuat merajuk dan garang nih ek. Hikhikhik