Wednesday, 20 July 2011

Tips Umrah Siri 1

Hari ini aku nak bercerita sikit tentang perkara2 yang berlaku sebelum, semasa dan selepas aku pergi mengerjakan umrah. Ni bukan perkara pelik atau watsoever la. Mungkin boleh dikatakan sebagai panduan bagi bakal2 tetamu Allah swt. Tak nak jadikan panduan pun takpe kot. Sekadar pengetahuan je kot.

1. Sebelum mengerjakan umrah, sebaik2nya tuntutlah ilmu dulu. At least ilmu tentang umrah ni. Memang, kita pernah belajar masa sekolah. Tapi tu dulu, lebih 10 tahun nan silam. Kalau pun masih hapal rukun2, wajib2 dan sebagainya, tetapi kalau masih belum dipraktikkan, sudah tentu agak sukar untuk difahami. Ada orang, bila membaca buku panduan yang diberi, dah rasa cukup, faham. Memang lah nampak senang je umrah ni. Aku pun berfikir sedemikian pada mulanya. Berapa lah sangat rukunnya kan. Tidak lah sampai kena tahu jenis2 umrah macam jenis2 haji tu kan. Tapi sebenarnya belajar dengan guru adalah lebih baik.

Macam aku (bukan lah nak suruh korang mencontohi aku, tapi dah blog aku, takkan aku nak kasi contoh orang lain pulak, kan?), kami sempat pergi kursus umrah sebanyak 4 kali (encik hairul 5 kali) termasuk kursus haji pun kami redah. Pihak andalus1a ada membuat kursus umrah ni setiap hari ahad sepanjang tahun. Katanya derang cuti time hari raya je. Punya lah banyak kan? Lebih 50 kali la setahun aku rasa. Dan kursus ni tidak bersiri seperti kursus haji di mana setiap minggu diulang benda yang sama. Ofkos la takkan sama sebijik sebijon walau pun penceramahnya sama. Cumanya, kalau kiter pergi setiap minggu berturut2 selama 4 minggu, kita akan dengar ceramah dari penceramah yang berbeza sebab derang ada 4 orang kot penceramah tetap yang rotate. Ceramah2 ni ada di setiap cawangan.

Macam aku (lagi), kursus pertama yang aku pergi tu, penceramahnya banyak memberi fadhilat, kebaikan, dalil dan ala2 motivasi ar gitu. Kira bila dengar tu, terasa begitu berkobar2 dan tak sabar sangat nak pergi. Di samping itu, beliau juga menerangkan tentang rukun dan wajib umrah. Sebenarnya setiap kali kursus memang mesti ada penerangan rukun dan wajib ni sebab kan tetaip minggu orang berbeza yang datang. Pergi sekali je pun boleh (memang kebanyakan orang pegi sekali je). Ustaz ni memang kurang bercerita tentang pengalaman mengerjakan umrah. Tapi aku rasa elok juga, aku mulakan dengan motivasi dulu.

Minggu kedua pula, penceramahnya orang peghak (kebetulan pulak malam sebelum tu aku pergi dengar ceramah ustaz kaz1m) berdarah jermen. Mak dia anak mami, pak dia jermen. Yang bestnya, ustaz ni baru minggu lepasnya balik dari umrah. So, memang banyak lah cerita pengalaman yang dia sampaikan. Best. Tak sabarnya nak pergi.

Minggu ketiga pula, penceramahnya ialah abang kepada suami penpol aku hahaha paham tak? Alaaa kan aku ada citer pasal penpol aku yang kawen ngan ustaz hanaf1ah ahli falak tu kan. Eh, ahli falak tu aku tak pernah citer kot. So, penceramah ni ialah abang kepada ustaz hanaf1ah itu. Beliau ni pulak kira balance. Teori ada, pengalaman pun ada.

Dan yang keempat pulak, aku tak pergi kursus andalus1a, sebaliknya aku mengikuti kursus haji di semencu. Tapi, takde rezeki pulak. Kebetulan derang baru je habis tajuk umrah minggu lepasnya. Minggu tu dah masuk bab haji. Bersiri kan. So, pening2 kepala la aku nak memahamkan haji kiran, tamattuk dan ifrad yang disampaikan oleh ustaz yang asik tanya, 'betul ke tak betul?' Dalam kepala aku cuma terfikir, macamana lah mak ngan abah nak faham dan ingat benda2 ni semua? Faham pun tidak, lagi nak mengingat. Tapi ada yang best. Best bab makan ler hihihi. Kat sini kami makan nasi lemak dalam dulang. Sedap pulak bila dimakan beramai2 dengan makcik2. Oh, kursus andalus1a pun ada makan. Tapi makan dalam polisterin la. Sedap jugak hehe. Benda free memang sedap hihi. Free je kursus nya. Minggu pertama tu makan nasi lemak (sedap!), minggu kedua meehun dan minggu ketiga mee. Tapi kalau kita nak pergi ngan travel ejen lain, tetiba pegi kursus free (baca : kursus+makan) ngan andalus1a, rasa bersalah lah pulak kan. Oh, tapi kursus haji tu berbayar. Bukan la berbayar sebenarnya. Dia ala2 sumbangan la gitu. Biasa derang bagi rm3 je. Malu la pulak nak makan free kan.

2. Kalau anda orang bp dan akan pergi dengan andalus1a, ada baiknya anda daftar kat jb jek. Ejen bp ni agak lembs la. Ala2 batu dengan pahat jua. Sekali diketuk, sekali pergi. Kalau nak cerita memang banyak lah. Tapi, itu je lah aku nak cakap. baik terus ke ofis derang. Nyusah je pakai ejen ni. Aku rasa ejen ni relevan bagi orang2 kampung yang takde access ke ofis derang je. Sekurang2nya kurang sikit dosa. Dia sorang je pulak tu ejen kat bp ni. Takde pilihan lor. Tambahan lagi, kalau register kat ofis jb, dapat beg besar. Kalau kat kl atau ejen (ejen akan registerkan kat kl) cuma dapat beg kecik je. Rege sama pulak tu.

Okeh, bersambung lenkali.


0 komen: