Monday, 4 July 2011

Umrah Jun 2011 : Kisah dan Foto Rawak


Selepas umrah terakhir yang dipimpin oleh mutawwif (ketiga), kami bebas melakukan apa yang diingini. Bila dicongak2, nampaknya kena buat 1hari 1umrah 1malaysia (hehehe) lah kalau nak cukupkan 7 kali. So, Hari ahad atau lebih dikenali sebagai hari jadi aku, kami melakukan umrah keempat pula. Memang aku dah plan nak buat umrah pada hari jadi ni. Boleh lah buat kenangan kan. Tahun depan, tiba besdei aku, mesti teringat, kan? So, kami pun pergi ke tanaim untuk berniat. Kali ni kami pergi berdua je. Turun bilik jam 6.30 pagi dan cuba mencari transport. Kami naik van 9 orang rasanya. Orang melayu semua, tapi dari hotel berlainan. Semasa di masjid tanaim, aku macam terperasan seseorang yang aku kenali, tapi tak berani lak nak tegur. Biarlah.

Selesai melakukan umrah, kami pun balik bilik. Biasanya kami ke masjid sejam sebelum masuk waktu. Waktu maghrib je tak balik. Kalau balik time tengahari tu, memang la kena bergegas2. Panas nya berbahang. Paling tinggi suhu yang sempat kami tengok ialah 48 degree celcius. Serupa macam aku bukak oven yang tengah bakar kek dan habanya menampar ke muka. Cumanya kali ni bukan muka je, keliling badan pun terkena habanya. Gitu. Eh, ni aku bukan menakut2kan tau. Ustaz memang ada pesan, jangan cerita keburukan semasa di sana. Tapi aku rasa ini bukan lah keburukan. Cuma aku menggambarkan situasi di sana. Lagi pun orang ramai pun tau. Sekejap je pun nak sampai ke bilik tu. Masuk bilik, terus lah on ekon. Takpun bukak ekon siap2 hahaha. Macamana lah tak demam ek?

Ekceli ada kekdah kedua, terutama bagi yang jenis puteri lilin tak tahan panas. Keluar je masjid tu, gi lah singgah soping2 kat safwah tu hihihi. Komfem sejuk. Pastu, dah agak2 badan dapat menyerap kesejukan tu, baru lah berjalan balik. Haaa masa tu tak rasa sangat panasnya. Hehehe tu teori aku je.

Keesokkan harinya, kami pun pergi ke tanaim lagi untuk buat umrah kelima. Kali ni kami pergi petang selepas asar. Aku ada baca la blogger ni citer, dia rasa dia prefer buat umrah selepas asar. Memula aku tak berapa yakin dengan statement dia ni sebab aku rasa waktu pagi pon ok. Tapi, demi pengalaman, kami pun try pegi selepas asar. Apa yang istimewanya agaknya ya?

Kali ni kami tak pergi berdua. Tetapi bersembilan. Kami berjanji dengan kawan segroup untuk pergi bersama. Naik van jugak, tapi kali ni van buruk tadak ekon. Semalam pon van buruk jugak, tapi ada gak ekon. Selepas berniat, kami kembali ke masjid dan diturunkan di bahagian belakang (area rumah kelahiran nabi). Sepatutnya dengan bayaran sebegitu, kami dihantar di bahagian hadapan (pintu 1), tapi masing2 pun ala2 redho je dan turun, kami pun ikut turun. Memang agak jauh la. Kena buat 1 kali perjalanan saie lah juga. Beberapa hari selepas tu kami ada terjumpa kawan segroup yang duduk hotel lain. Dia cakap, kalau van nak turunkan kat situ, cakap je, la la la king abdul aziz. Nanti dia tau lah kita maksudkan kita takmo turun situ. Kita nak diturunkan kat pintu king abdul aziz tuh. Sebenarnya derang sengaja je takmo hantar kat pintu depan sebab jalan nak ke situ sesak. Kalau kat belakang tu dekat je. Tapi, kita lah yang kena berjalan jauh nak pergi ke kaabah.

Umrah kali ni dapat kami siapkan betul2 ketika azan maghrib dilaungkan. Sedang elok je. Tapi tak sempat lah nak solat di masjid. So, kami solat di bukit marwah je lah.

Seterusnya, kami melakukan umrah keenam pada hari selasa. Mulanya kami berjanji dengan geng yang sama dengan samalam. Sekali, sorang je yang nak ikut. So, kami naik teksi lah. Nak tunggu van penuh, jenuh jugak. So, merasa lah pelbagai jenis kenderaan di sana. Oh, lupa lak nak cakap pasal umrah selepas asar. Rupa2nya memang betul kata blogger tu. Sebab, bila kita sampai semula ke masjid untuk melakukan tawaf, matahari dah jatuh, sekaligus kawasan tawaf tu menjadi redup. So, memang selesa lah. Dan bila kita nak saie pulak, dah nak masuk maghrib. So, memang sejuk lah. Kalau compare dengan selepas subuh lak? Waktu pagi agak panas. Lagi pun bila kita selesai umrah tu, dah nak tengahari. So, nak balik bilik semula memang lah panas. Ok, aku pun recommend waktu selepas asar sebagai waktu terbaik untuk melakukan umrah hehehe. Tiru.

Umrah terakhir pula kami lakukan pada hari rabu. Mengikut plannya, kami akan dibawa ziarah pilihan ke hudaibiyah pada hari ini. So, boleh juga miqat di sana untuk melakukan umrah ni. Tapi, berdasarkan pengalaman umrah kedua yang dilakukan selepas ziarah, aku macam tak yakin je nak buat umrah selepas berpenat2an. Hahaha fobia kah? Oh, tak. Lagi pun aku nak kejarkan masa. Sebab tarikh peod dah dekat.

So, kami nekad melakukan umrah sendiri di sebelah pagi. Ziarah tu dibuat sebelah petang, selepas zuhur. Mulanya kami berpakat untuk pergi beramai2. Tapi, kami turun lambat. So, derang dah pergi dulu. Kami pun pergi lah mencari van. Sedang cuba mencukupkan korum, kami ternampak 3 orang bermuka melayu sedang mencari transport jugak. Aku pun suh la encik hairul tegur, kot2 derang nak share. Alhamdulillah, mereka setuju. Dan kami pun dapat naik van. Kalau tak salah ala2 kia carnival gitu. Selesa lah sikit. Rupa2nya orang berwajah melayu tu ialah orang singapore. Salah seorang daripadanya bercakap dengan sangat lah soft. Sopan nya lah pakcik ni. Dalam berbasa basi (encik hairul la), rupanya ibu pakcik ni pun asal dari batupahat. Jalan Omar.

Kami selesai melakukan saie lebih kurang jam 10.30 pagi. Aku pun tanya kat encik hairul, bila dia nak bawak aku mencium hajar aswad (HA)? So, dan2 tu jugak dibawa nya aku. Kalau berjaya dia nak belanja aiskrim katanya. Sampai dekat HA, aku cuba kekdah redah je. Ikut tengah. Lama2 aku peratikan, rupanya belah kanan memang untuk orang pempuan, sementara belah kiri untuk orang lelaki. Dan tengah2 ialah laluan mereka keluar. So, memang lah aku tak dapat nak masuk. Kemudian aku ikut teori profkamil. Ikut depan polis. Aku memang la tak larat nak menolak2 orang. Aku ringankan je badan, biar orang tolak. Kecuali kalau orang pegang aku, baru lah aku menepis. Dah dekat tu, ada pulak sorang makcik ni tersekat kat depan aku. Orang belakang dah jerit2 suh makcik ni pegi cium HA tu, tapi dia macam dah lemas ke haper tah dan takmo. Last2 ada orang lelaki ni tarik dia kuar. Dengan aku2 sekali terkeluar hahaha.

Kali ketiga encik hairul pulak cuba pimpin aku. Tapi memang tak boleh la nak pimpin2 ni. Lagi pun polis tu marah kalo orang lelaki ada kat belah kanan. Kekdah pimpinan adalah tidak sesuai ok. Dalam pada berasak2 tu, memang betul lah, ada orang yang mengambil upah memimpin kiter ke sana. Macam aku ada 2-3 kali gak, pempuan ind0n ni ajak. Tapi aku tau dah, nanti kena bayar. Biarlah aku berusaha sendiri.

Hari2 sebelum ni, ada lah akak ni cerita dia dah dapat cium HA. Itu pun sampai tergeliat bahu sebab ada orang tarik tangan dia masa dia terjatuh. Siap kena injek lagi. Pastu derang pesan, pakai tudung yang ketat2 sikit. Karang tertanggal, sunat tak dapat, aurat pula terbuka. Kawan aku pun ada cerita kes kawan dia tertanggal telekung time tu. So, kekdah yang aku gunakan ialah aku pakai beg sandang tu secara menyilang dan ketapkan buckle di pinggang. Kira aku tindih telekung dengan beg tu lah. Tapi aku tersilap sikit. Sepatutnya beg tu duduk kat tepi atau belakang. Ni aku taruk kat depan. Merasalah sakit perut aku sebab beg tu menekan perut. Dah lah dekat nak peod.

Ok, sambung balik misi mencium HA. Selepas itu, aku macam dah putus asa dah. Tapi encik hairul suh aku cuba lagi ikut depan polis. Aku pun rasa kekdah tu berkesan, cuma tadi ada makcik tersekat, tu yang aku gagal tu. Dan bila aku berada betul2 di sebelah HA, ada seorang lelaki. Dan bila dia keluar je, terus lah aku pergi ke depan HA. Fuh! Sampai jugak. Tapi... belum berjaya lagi. Bila aku cuba nak mencium HA je, eh eh alamak stokin licin. Lalu aku pun menggelungsur jatuh. Camana ek rupa aku jatuh. Umpamanya macam tersembam tapi secara perlahan2 la. Jatuh ke depan sebab masa nak cium tu aku tunduk dan ke depan.

Dalam hati aku masa tu dah terbayang aku akan dipijak2 oleh orang ramai. Tapi aku gagahkan diri, berpaut pada entah, macam kain kaabah kot dan berdiri semula. Subhanallah... masa aku berdiri tu, takde pon orang yang cuba berebut dengan aku ke apa. Kira nya macam suasana ketika itu seperti 'PAUSE'. Dan selepas aku berjaya mencium HA (sedikit je, bahagian tepi sebab tak berapa sampai), baru lah aku terdengar semula suara orang. Dan aku pun keluar ikut tengah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah itu je yang aku sebut semasa nak keluar tu.

Selepas itu, kami pun balik. Selepas zuhur, kami terus ke safwah tower. Dari hari pertama lagi dah plan nak makan kat d'saji. At least sekali. So, ini je lah masa yang ada. Kononnya nak try nasi mandy. Sekali tengok regenya, umak aih. Kita makan nasi beriani je lah ya. 25 riyal satu. Share berdua pun tak terhabis. Beli nasi tu kat kedai lain. Kami beli air je kat d'saji. Teh tarik satu!

Dan ini pula gambar2 secara rawak (malas nak alih2).

Cawan2 air zam2

Usai umrah kelima

Pintu masuk kegemaran aku. Dan aku selalu duduk di tempat yang sama di dalam masjid.

Rak kasut kesukaan encik hairul. Degil lagi. Orang suh bawak uncang tu waktu solat, letak kat tepi ke, depan ke, takmo. Sudahnya, hilang lagi 1 kasut kat sini. Sekali pakej dengan uncang.

Sebelum solat

Maqam ibrahim

Pintu kaabah

Masjid tanaim

Banyak teksi dan van. Haram haram haram (maknanya nak pegi masjidilharam la)

Wilcha. Bersusun wilcha di sini

Maghrib di bukit marwah

Hilang kasut lagi. Mujur pakai stokin. Tak lah panas sangat tapak kaki tu

Beriani kambing dan teh tarik

Saf belakang

Tahallul




Zam2 tower

Malam

Semasa hari pertama di makkah, selepas asar, aku ikut encik hairul tawaf sunat. Kemudian kami cuba masuk ke kawasan hijir ismail. Ramainya lah orang berebut nak masuk ke dalam tu. Yang mengongoi di dinding kaabah pun tak kurang jugak. Isy, aku ni hati kering kah? Sebelum masuk tu ada polis jaga. Sebelah sini masuk, sebelah sana keluar. Akhirnya dapat jugak kami masuk dan solat di bawah pancur emas. Tak boleh lama kat situ sebab sesak amat. Lagi pun polis tu jaga kuar masuk je. Nak lama ke sekejap ke, ikut suka korang lah (kata polis tu agaknya hihi).

Lepas tu, terserempak pula dengan kawan segroup lalu terus mengajak mereka jalan2 sekitar masjidilharam.

Tawaf sunat


Dari tingkat 2. Selepas asar




Kawasan solat tingkat 2


Pandangan dari sudut berbeza

Membuat kajian trafik di depan hajar aswad

Pintu king abdul aziz

Karpet di masjidilharam

Lampu chandilier. Ada 2 saiz. Besar dan kecil. Sekali pandang memang tak perasan.

Kebab ayam

Sempat makan aiskrim sebelum demam

Nasi mandy kot. Ni makan kat dewan makan. Sedap!

LUNA! Aku minum susu kau! Erk


Ok, itu je. Next, hudaibiyah.

0 komen: