Friday 26 June 2015

Cuti-Cuti Jepun Edisi Tokyo : Fuji-san, Tokyo Camii



Bismillahirrahmanirahim...

Hari ini 9 Ramadhan. Barulah ada masa nak update. Semoga dapat publish hari ni jugak.

Kejadian pergi tokyo ni berlaku pada 24 - 26 April yang lalu. Pergh! Dah tulis tarikh ni baru rasa lama giler dah. Terpaksa pergi time weekend sebab encik suami tersangat lah sibuknya sekarang ni. Masa tu sebelum golden week. Minggu yang cuti panjang sebab cuti umum berturut2 (renkyuu). Memang dah plan nak jenjalan sebelum atau selepas cuti tu sebab tak sanggup nak menghadapi jam. Tapi akhirnya kami pergi sebelum cuti sebab selepas cuti tu aku dah nak test lesen memandu.

Tapi berbelah bahagi jugak nak pergi time tu sebab beberapa hari sebelum tu aku terbaca berita pasal ikan paus mendarat di pantai ibaraki, dekat2 tempat tsunami dulu. Dan diberitakan sebelum tsunami tu dulu pun ada paus mendarat. Orang cakap derang kan sense menggunakan sonar frequency kan. So, derang dapat mengesan la gegaran2 awal kat dalam laut tu. Dan memang betul pun, baru2 ni memang berlaku gempa di tengah laut dekat area tu.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 8.45 pagi jumaat 24hb tu. Memula dah kira dah, kalau bertolak pukul 8, sempat nak jumaat kat tokyo. Tapi biasa lah, gedebak gedebuk gedebek segala bagai, delay lah jugak akhirnya. Sebelum pergi, sebelah malam aku dah siap masak bento dah. Frozen kan siap2.

Perjalanan ke tokyo ni lebih kurang macam pergi fuji-san itu hari. Cumanya kali ni boleh nampak fuji-san depan mata dari highway shin-tomei. Tergezut aku bila tiba2 dia muncul sedebuk depan mata hahaha. Kiranya highway ni mengelilingi 45 darjah gunung tu lah. Okeh, jom tengok fuji-san.

Satu di antara berpuluh2 tunnel yang terpkasa dilalui. Suka tengok pokok tepi2 tu. macam bulu ayam. Rupanya pokok buluh.

Besarnya! Reaksi pertama aku masa nampak fuji-san depan2 macam ni. Ye lah, aku bayangkan akan nampak sayup2 di kejauhan gitu. Rupaya seketul camni.

Tapi kopiah dia dah tak berapa nak ada. Cepat sangat panas.

Yang ni dah bukak tingkap. Tadi tu ada cermin, tu yang kelam jek. Ni dia dah duduk kat sebelah kiri. Nampak ada bukit kecik belah kanan tu.


Yang ni dah tak nampak bukit kecik tu, kan? Sebab dia dah duduk kat depan.

Nice!!! Cuma tak jumpa r&r yang boleh nampak gunung ni. So, tak dapat lah bergambar dengannya. Ke R&R tu bukan kat highway ni, kot?




The Summit. batu pahat?

Tengah2 jalan, kami ada berhenti makan sekejap. Masuk je area tokyo, tak nampak banyak beza pun environment dengan nagoya. Kecuali 2 benda kot. Satu banyak bangunan tinggi2. Dua manusia tersangat lah ramainya. Patutlah aku dengar jumlah manusia kat tokyo ni je dah lebih dari keseluruhan rakyat malaysia. 30 juta kot. Ke hulu ke hilir. Entah apa yang dibuat tah huhuhu.

Mula2 sekali kami pergi ke masjid tokyo @ masjid turki @ tokyo camii yang terletak di shibuya. Masjid ni terletak di celah2 bangunan, area perumahan. Dari jauh boleh nampak kubahnya yang bercirikan turki. Bila dekat tak nampak la.

Orang kata ada tempat parking kat belakang masjid ni. Tapi masa kami sampai tu orang baru habis solat jumaat dan ada orang jual kebab dan aiskrim turki kat tempat parking tu. Banyak kete park kat tepi jalan. Maybe memang dibenarkan untuk solat jumaat je kot. Tapi masa kami nak pergi nampak kertas saman kat satu kereta tu. Mungkin sebab dia lama sangat. Lebih dari masa yang dibenarkan. Dan kami parking sat kat lawson (lupa kombini apa). Sebelum pergi dapat notis kat cermin, 'time off' katanya hahaha.

Okeh, tengok pulak interior masjid ni. Beberapa minggu sebelum tu, aku ternampak ustaz yang ceramah pasal al-fateh kat opis aku dulu tu, post gambar2 dia dan family dia di tokyo, termasuklah masjid ni. Tu yang tambah teruja aku nak pergi tu.

Masjid ni ada 3 level. Basement tempat ambik wudhuk dan toilet. Tingkat 1 ada ruang seminar. Masa aku pergi tu ada promosi barangan turki ke apa tah. Jumpa beberapa orang mesia jugak.

Ruangan solat dia kat tingkat atas. Kecik je, macam saiz surau. Tapi, decoration dia tersangat lah cantiknya. Suka nya!!!

Cantikkkk, kan??? 

Memang takde orang sebab baru lepas jumaat, kan. Ada la beberapa pelancong macam kami.



Kubah dia pun cantik sangat!

Nampak tak couple kat penjuru kiri tu? Aku bajet derang muallaf dan baru kawen kot. Lama derang duduk kat situ.

Mimbar pencetus ummah. Eh?

Mihrab2 cinta. Eh eh?

Oh, kubah dia pun macam kebanyakan masjid turki, banyak kubah kecik2 camni.


Sepatutnya tak dibenarkan pakai seluar huhuhu. 


Di luar pintu masuk ruangan solat.




Tempat parking yang jadi tempat berniaga dan makan.

Tak dapat nampak kubah :(


Ni kat tingkat 1, ada tempat menunggu.


Ini pintu masuk utama.


Sejarah masjid ini dicatatkan di sini.

Bendera jepon dan turki.

Ok, bersambung lagi seketika nanti. Selepas ini, kami pergi ke tokyo tower sebelum check in hotel. Jumpa lagi!



Tuesday 23 June 2015

Chulippu 2015


Amekaw! Ni bukan tertinggal shinkansen lagi dah. Tahap flight airasia-x ke chubu yang dah tak wujud lagi dah ni. Nyaris nak masuk muzium punya cerita. Agak frust la jugak bila hati meronta2 nak cerita tapi tak berkesempatan. Dah tahap layak melakukan blog revive dah lagaknya. Aritu kata nak update sebelum puasa kan. Sekali last minute baru decide nak buat baju raya kami berdua sedondon kaler tetttt. Tapi takpe lah kan. Sekarang pun bukan zaman blog pun lagi. Takde lagi dah orang tertunggu2. Ada, ada. Takde, takde. Janji balik mesia sok aku ada banyak kenangan2 semua ni dalam sebuah blog. Isy, mesti rindu nanti, kan? Ye lah, diam tak diam kami dah masuk separuh masa kedua dah. Bulan 6 ni kira dah genap setahun 9 bulan kami kat sini. Ada lagi setahun 9 bulan. Cepat betul masa berlalu. Ok, mari pendekkan cerita kepada cerita bunga.

Selepas teroverdosed dengan bunga sakura bulan 4 aritu, aku dah tak berapa berkobar2 nak menengok bunga sangat. Bunga tulip ni pun teragak2 nak pergi ke tidak. Last2 pergi lah jugak. Sama tempat macam tahun lepas, di kiso sansen. Ada je tempat lain yang ada pameran bunga tulip ni, tapi berbayar. Terima kasih je lah.

Tulip tahun ini agak kurang memberangsangkan. Beberapa hari sebelum pegi ke kiso sansen ni, hujan turun sekali sekala. Sekejap sejuk sekejap panas. Agaknya sebab itulah perkembangan bunga2 ni tidak seragam. Ada yang belum keluar putik langsung, ada yang baru keluar putik, ada yang baru kembang, ada yang dah kembang mekar dan ada pula yang dah kiok. Contohnya kat tapak yang aku tangkap gambar banner di atas tahun lepas, bunga semua dah layu. Sedih. Maka tak dapat lah wat posing cenggitu lagi dah.

Kat pintu masuk pulak, tak meriah pun. Tahun lepas kemain meriah dengan tulip merah putihnya. Tahun ni, tengok la sendiri ni.


Cenggini je kat entrance dia.

Tang ni masih sama.


Gigih mengambil gambo tower tu.


Pastu kat area luar ni pun tak banyak tulip.


Amende tah ni.

Tapi orang tetap ramai.










Bento nasi lemak lagi.

Tapi formation bunga ni lain la dari tahun lepas. 

































Macam bunga tipu kat studio pulak.















































Sekian sahaja buat kali ini... sila datang lagi.