Saturday 31 March 2012

Circular Sudah Keluar Tapi Matriks Tak Keluar Pun? *Update! - JGMM* Terbitan





Sebagai seorang penyenam, aku nak mulakan entry ini dengan lompat bintang, 2 dalam kiraan 3. Ok, takde kena mengena. Eh, siapa kata aku punya aktiviti jogging dah lebur? Siapa??? Hello! Aku masih berjogging at least seminggu sekali ok. Itu pun sebab sekarang musim cuaca tak menentu. Selalu hujan petang. Hujan di opis aku, panas di stadium. Panas berdenting di opis aku, sampai di stadium hujan lebat. Tu yang kadang2 tetiap ari aku lalu yuthm tapi tak jogging (hujan) atau aku tak lalu yuthm dan tak jogging jua (dah lalu depan rumah, lagi baik balik terus). Tu lah sebabnya. Ini bukan alasan hehe.

Caner? Puas hati dengan pekeliling yang baru semalam disign oleh kppa* ituh? Jadi? Apakah kesimpulannya?

JADUAL COKLAT + UNGU!

Sila lihat gaji permulaan jadual coklat ini

Sila lihat gaji permulaan jadual ungu ini pula

Sama, bukan?


Ini contoh pengiraan. Ini bermakna, derang mengira secara setangga ke setangga dan just tambah je kgt untuk kenaikan tahun ini.

Opsss yang ni nampak sikit. Tengok, tahun depan punya kenaikan pun dia main tambah je kgt. Matriks apa derang guna nih?


Akak malas je nak cakap. Akak dah agak dah, mesti derang tak terfikir punya teori jadual biru akak tu. Cer tengok jadual biru akak ni sat.

Lihat! Gaji permulaan ini sama dengan jadual coklat dan purple. Kan? Actually, ini lah gaji orang yang baru dilantik.

Kalau kita pikir logik ar kan. Macam yang akak cakap aritu. Kalau kgt adalah 225 (ini adalah komfem), dan gaji permulaan adalah seperti yang dirujuk, tangga gaji kedua adalah seperti di atas. Lihat lagi! Tangga kedua jadual ungu dan jadual biru adalah sama! Tapi? Ya, tangga gaji ketiga adalah berbeza. Di mana jadual ungu menunjukkan perbezaan sebanyak rm103.78 untuk setiap tangga gaji dari t3 dan ke atas, manakala jadual biru memberikan perbezaan sebanyak rm225.

PERBEZAAN = KGT.

Sepatutnya lah kan. Tapi? Lu pikir lah sendiri.

Jadi, ini juga membuktikan, apa yang berada di sebalik semua lampiran yang dikeluarkan itu ialah...

JADUAL UNGU!

Dan, kalau ikut logik juga, kalau kgt takde sen, macamana sen gaji maksimum boleh tak sama dengan sen gaji minimum? Ini menunjukkan bahawa mereka cuma berjaya mengeluarkan jadual coklat dalam pekeliling ini. Sebab itulah agaknya, derang tak tunjukkan jadual gaji seperti jadual berwarna warni ku ini. Sebab ia tak tercapai dek akal mu. Atau, mereka sengaja takmo kiter tau.

Spekulasinya...

Kalau kiter semua tengok matriks gaji sebenar, tentulah sekelip mata sahaja kiter boleh nampak perbezaan seperti di jadual ungu. Sebab itu dia namakan jadualgajiminimummaksimum. Yang tengah2 tu takde. Nada. Tricky ek? Tengah2 tu sebenarnya jadual ungu!

Dan kiter sebagai rakyat jelata adalah menerima sahaja dengan ucapan syukur... Alhamdulillah. Maka, berani ke nak argue? Kang dikata pula tak bersyukur, kan.

Tapi aku, bukanlah sebegitu. Ini lah masanya kiter semua menggunakan ilmu matematik arithmetik dan kuadratik yang kiter pelajari di tingkatan 1 itu. Kalau tidak, sia2 je lah kan. Eh, dan ilmu matematik matriks jua. Kalau korang berani, korang terjah lah AG hehehe. Aku berani kat sini je huhuhu.

Fuh! Akhirnya berjaya juga aku membuat matriks ni. Simple jer sebenarnya. Yang paling jelas, mereka yang berada di T1 lah orang yang sepatutnya pengsan bangun balik. Masih seperti sbpa, junior lagi untung sebenarnya. Derang tak perlu berakit2 ke hulu, tapi terus je berenang2 ke tepian. Laluan derang lebih pantas. Yang warna peach tu sama dengan jadual ungu. Jangan compare, nanti kecewa hahaha...

Lampiran untuk orang2 di sekeliling ku...


GRED N


GRED DS

GRED DG

Thursday 29 March 2012

Pr0jek Akhir

Minggu lepas ialah musim finalproject presentation. Aku supervise 1 group jek. Teringat pulak pasal finalproject aku masa diploma. Aku tak nak citer pasal projek degree sebab aku rasa projek degree aku agak berjaya kot huhuhu. Yang tak berapa nak successnya time diploma. Kesian aku.

Projek ni dibuat pada part 6. Biasanya satu group 3 orang. Awal semester, kami kena bentuk kumpulan. Dulu mana lah aku ada tepon nak contact kawan2 ni. Ada takde, nak jumpa, kat school, je lah. Kawan2 baik aku kebanyakannya dah duduk luar. Aku je yang tegar merayu duduk asrama, walau pun setinggan berdaftar huhuhu. Kami bertiga. So, aku ingat, bila buat projek ni, kami akan jadi satu group la kot, kan.

Tapi, bila aku jumpa kawan2 aku, derang dah pun bentuk kumpulan bertiga. Sedih. Aku nak selit kawan2 yang lain pun semua dah penuh. Kejamnya dunia! (perasaan masa tu la). Kebetulan pulak, time tu juga aku mengalami kehilangan purse. Hilang arah sekejap.

Last2 aku terjumpa 2 orang budak lelaki ni. Sumpah, aku tak kenal! Nama pun tak tau. Tak pernah sekelas kot. Rasanya dia budak power atau instrument. Aku kan electronics. Tapi, entah macamana, aku boleh terjoin pulak derang berdua, jadi satu group. Pelik, kan? Tak kenal haper, tetiba je. Cuma yang sedapkan ati sikit ialah, salah seorang dari budak tu ialah budak sekampung encik suami (takde kaitan pun) merangkap abang kepada kawan sekelas kami (dia tua setahun) masa form 4. Sayugia diingatkan, aku form 4 kat sekolah tu sebulan je kot. Jadi, kawan sekelas tu pun aku tak berapa nak kenal sangat. Pendek kata, derang adalah stranger la. Tak mampu aku nak fikir apa yang akan berlaku selepas itu. Sedih.

Seperti yang aku kata tadi, aku takde telefon dan cara aku nak contact derang hanyalah melalui kawan lelaki yang lain. Kalau nasib baik, dapat lah aku jumpa derang, gitu. Dari mencari projek apa nak buat, cari supervisor, sehinggalah membuat proposal, semua aku yang buat sendiri. Bukan setakat itu, projek itu sendiri pun aku buat sensorang. Mujur ada encik suami yang budak sekolah vokay dan tau selok belok jalan pasar. Nak buat litar pcb pun aku belajar dari encik suami. Masa belajar mana ada ajar buat benda tu semua. Pandai2 ko lah. Jadi, banyak lah benda yang aku belajar dari projek tersebut, sebenarnya.

Bila dah nak present projek tersebut, aku cuma suruh derang buat casing untuk litar tu. Oh, projek aku tu simple je hihihi. Aku buat led lip lap dengan bunyi ala2 R2D2 starwars gitu. Lip lap tu follow bunyi tu la. Alaaa macam kat radio kete tu. Hahaha Apa r2d2 tu pun aku tak tau, suka suki je buat projek bunyik dia. Ekceli buku yang aku jumpa litar tu yang cakap cenggitu huhuhu.

Beberapa hari sebelum present, aku jumpa derang dan kami test la litar tersebut. Led tu lip lap, tapi bunyi tu tak berapa macam nak bunyik r2d2 pun. Eh, macamana bunyik r2d2 tu sebenarnya? hahaha... Dan yang aku kecewa sangat ialah, aku ingat, bila aku suh buat casing tu, dia buat lah guna benda yang keras ke, macam acrylic sheet tu ker. Ini, tah, dia guna kotak kasut ke haper tah. Bayangkan, macamana kalau aku suruh buat bentuk r2d2 tu? Pengsan!

Tiba hari presentation, panel kami adalah monsters. Kenangan pahit, mimpi ngeri jadi kenyataan, segala yang terburuk lah. Dah tentu aku sorang je yang tahu pasal litar tu, so aku sorang je lah yang bercakap dan menjawab. Aku ingat, lulus pun dah kira bagus dah. Tak sanggup aku nak ingat.

Bila sekarang ni aku pulak yang jadi penyelia projek budak, aku faham sangat bila derang tak sehaluan dalam kumpulan. Bila kiter sorang buat, kawan kiter tengok je. Bila group member bukan geng bas sekolah kiter. At least tempat aku ni kecik, tetiap ari jumpa. Kalau macam aku yang 'nak jumpa kalau ada jodoh jer', caner???

Dan bila buat projek degree, aku buat software jer. Bayangkan, dari aku tak tau sepatah haram, dengar pun tak pernah, Visualbasic dan MSAccess, tetiba aku boleh buat sebuah sistem. Tak tau lah kat mana kaitannya dengan apa yang aku belajar selama ni. Langsung takde kena mengena. Tapi bila mengenangkan projek diploma, dengar starwars pun aku fobia.

Haih...

Wednesday 28 March 2012

Last Day @ Kuale


Hari ahad, check out jam 11.30 dan terus ke kk. Sebelum makan, nak rasa naik atas jambatan. Ke sayong, area pembuatan labu. Datang sini terus teringat dokumentari pasal pembuatan labu sayong ni kat tv masa kecik2 dulu. Yang aku ingat dia bentuk kan, pastu buat corak2 kat badan dia, kendian dibakar. Pastu dimasukkan dalam sekam padi untuk digilap kot. Ingat tak? Dulu masa kecik2 jugak, kat rumah aku ada sebijik labu sayong ni. Tah, saper yang beli ek?

Jambatan yang merentangi sungai kangsar (ke perak?). Menghubungkan bandar kk dengan kampung sayong.

Pintu masuk ke sayong. Ada replika labu sayong yang ganal amat. Dah macam kerajaan langit ayahpin pulak hihi.

Dah beli labu, terus pergi makan. Makan kat sebelah arenasquare tu jek. Dengar kata gulai tempoyak patin juga popular di kk ni. Cer try cer try...

Ok ok saja. Ikan dia keras. Selalu kan area dagu dia kan banyak minyak dan lembut (fevret ku). Ni keras takde rasa pun. Kuciwa.

Hari ni takde temujanji. Maka aku lepak je di tepi sungai sambil menjahit. Sedang aku leka menjahit, datang sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki. Anak lelaki tu memakai baju asrama. Aku ingat dia ikut rombongan ke jommasuku nih. Rupa2nya dia nak balik asrama. Kan hari tu hari terakhir cuti sekolah? Ada perasaan terharu bila melihat mereka. Aku tak tau anak dia sekolah kat mana (aku assume mckk sebab nampak macam budak for 2/3 gitu), tapi mak bapak dia datang ke kk tu semata2 untuk menghantar anak mereka dengan menaiki pengangkutan awam. Aku agak keretapi. Sebabnya gini. Masa tu jam 1 tengahari dan mereka belum solat lagi. Derang ada berbincang, nak solat di mana? Last2 si isteri decide untuk solat di stesen. Boleh tak aku assume stesen tu ialah stesen ketapi? Sebab kalau stesen bas salu orang sebut bus stand. Ke aku je yang sebut bus stand? hihihi.

Itu satu yang buat aku terharu. Ye lah. Zaman sekarang ni masih ada orang yang tiada kereta tetapi sanggup menghantar anak mereka balik asrama. Isy, rasa nak nangis pulak.

Lepas tu, derang makan. Si ibu membawa bekal dari rumah. Bayangkan, dari rumah bawa bekal, naik keretapi, sampai di kk duduk di bawah wakaf tepi sungai dan makan bekal tersebut. Tak rasa nak nangis ke? Kalau melawat anak tu lain kot. Ni mereka sama2 dari rumah. Sebabnya anak dia bawa beg pakaian. Oh, tapi ayah dia speaking london tau.

Sambil makan derang berbual2 (aku terpaksa dengar ok, bukan sengaja pasang telinga. dah, derang duduk kat belakang aku je). Si ayah cakap, nanti kiter bank in duit untuk si polan (alaaa aku lupa la nama anak dia). Tak boleh ada banyak duit in hand. Habis makan, si anak cakap, nanti sebelum pergi stesen... Si ibu tanya, nak apa? Ermmm nanti lah, kata si anak. Takpe, nanti cakap yea, kata si mak. Yang aku tertarik, cara mak dia cakap ngan anak dia, sangat lah lembut. Ekceli dia panggil anak dia dengan nama penuh, so aku memang tahu nama anak dia (masa tu).

Lepas makan, mak dia tanya, anak dia nak apa sebelum pergi stesen. Anak dia cakap, sebelum kita pergi stesen, kita minum cendol boleh tak? Dan mak dia dengan nada terkejut, oh, si polan dah pandai minum cendol? Aku rasa maksud dia, mungkin anak dia baru je masuk asrama di kk ni dan dalam tempoh itu dia dah pandai minum cendol yang glemer di sini. Masa tu lah aku tau nama anak dia. Isy, terngiang2 aku perbualan mereka. Insaf sekejap.

Selain tu, aku terdengar juga perbualan mereka tentang jommasuku. Rasanya derang tak tau ada program tu kat situ. Bila tengok ramai orang berjalan membawa beg jommasuku, derang tertanya2, apa yang ada di situ. Pastu si ibu kata, nanti kita jalan2 kat situ. Sebelum tu kita beli kacang rebus dulu. Tapi, kan anak dia bawak beg pakaian kan? Mesti berat nak bawa beg berjalan2. Tapi derang pergi juga.

Tak lama lepas derang pergi, aku pun masuk ke arena. Sejuk sikit. Dengan selambanya, aku menjahit kat dalam tu huhuhu. Lantak ler.

Maklumat mengenai ptptpu.

Objektif ptptpu. Sayang, ptptpu ni lambat. Aku lah salah seorang pelajar yang gagal masuk u atas sebab2 kewangan. Dulu itm tak kira u la.

Booth kawan yang aku jumpa di masjid.

Tepat jam 4 petang, aku terus ke kereta. Semata2 nak dengar radio suriafm, carta apatah. Sebab artis undangan dia ialah bet0 hehehe. Pandai HO mengajuk gaya cakap si bet0. Sanggup tu berpanas. Sekejap hidup enjin, sekejap mati kan. Pukul 5 lebih baru encik suami selesai kerja.

Oh, sebelum tu, tiba2 ada kejutan. Tengah aku berada di kereta, tetiba lalu lah seorang lelaki yang aku macam kenal. Macam si ayah tadi? Tapi mana si ibu dan si anak? Laju menonong je? Tak lama tu, si ibu dan si anak pun lalu. Oh, betul lah. Derang kata tadi tiket derang pukul 4 lebih. Nak pegi stesen la tu kot. Kat mana tah stesen tu. Haih... terharu rasa.

Habis urusan di kk, kami solat dulu di masjid ridzuaniah. Besar sikit masjid nih. Kemudian, kami pun pulang. Singgah maghrib di hentian tapah. sedang menunggu giliran solat, terdengar 2 petikan ayat...

1. alamak, ramai nya orang...
2. alhamdulillah... ramai ya, orang solat kat sini...

Dari situ, kami teruskan perjalanan. Masuk sekejap di nilai untuk makan. Sanggup tu kuar tol, semata2 nak makan benda ni.
Perahu karam. Sedap sangat! Giler ah, makan tengah2 malam (kul 10 lebih).

Akhirnya, kami sampai di rumah jam 2 pagi. Huarghhh besok kerja... tapi takde kelas pagi :)

Tamatlah kisah perjalanan singkat kami ke kuale kangsor. Macam2 ada...

Tuesday 27 March 2012

From Tepeng With Love...


Selesai tugas hari pertama, kami terus ke taiping. Rindu pula dengan tasik taiping. Seperti kunjungan yang lepas, ada 5 pasang perantin sedang dok tergolek2 berposing.

Pemandangan pokok besar di tepi jalan ni lah yang aku rindu.

Mesti best kalau dapat panjat pokok ni ek? Duduk kat tengah2 jalan tu huhuhu.

Tenang...

Mencari damai kunun.

Sila fokus pada pokok yang cantik itu.

Kalau aku kena pindah ke taiping ni, mesti best petang2 lepak kat sini.


Rasa macam nak terjun je dalam tasik tu bila tengok gambar ni.

Cantik nya pokok itu. Subhanallah...

1.

2.

Encik!

Uik, encik! Tengok lah sini.



Ok, dah tak tau nak tulis caption apa.



Refleksi

Mirror

Lagi










Lepas puas bergambar2, kami ke tesko. Takde cari mende pun. Balik tu mandi dan keluar makan lagi. Kami makan mee udang lagi. Encik suami lah, kunun semalam dia tak makan mee udang, so arini nak makan la. Tiba di sana, ternampak artis. Hilal Azman yang jadi bapak rogol anak dalam citer soffiya tu. Eee jahat! Dia makan dengan krew penggambaran kot. Ramai jek.

Kali ni aku order yang biasa je. Kang gatal badan aku makan udang banyak2. Biasa2 pun banyak jugak udangnya.

Oh, lupa nak cakap. Kalau pergi cawangan kat kl tu regenya mahal singgit je dari rege kat sini. Tak rugi pun.

Ini encik suami punya. Ok, pasnih 3 bulan takyah makan udang.


Ok, dah puas makan mee udang. Balik ni boleh jogging seploh km.