Malam sebelum perhimpunan yang najib umum batal sbipa aritu, aku tengok program soal-jawab kat tivi3. Orang yang disoaljawab itu ialah pakomar kiter tu. Jadi, bila mendengar je pengumuman batal itu besoknya tu, aku beranggapan bahawa pembatalan itu tidak lebih hanyalah untuk menutup mulut pakomar kiter tu, buat sementara waktu ni. Kalau tidak, macam2 la lagi yang dia punya demand, kan. Dan memang betul. 2-3 hari selepas tu, settle segala masalah enciknajib kiter tu, kan?(qpax tak kacau la buat masa ni, tapi still kena menjawab kat parlim3n)
Memang lah kebanyakan penjawatawam telah pun berpuas hati dengan apa yang diumumkan, walau pun semuanya masih dalam kesamaran. Tapi jauh di sudut hati orang2 yang macam aku ni, masih ada rasa pelik, heran, ajaib wal musykil. Ah, lantak pi lah.
Kenapa aku beranggapan sedemikian? Sebab apa yang dibincangkan dalam program soaljawab itu langsung takdak kena mengena dengan apa yang diumumkan itu. Jelas di situ bahawa, pakomar, jawatankuasa apakebendatah yang ditubuhkan untuk berbincang itu dan enciknajib kiter itu adalah 2 entiti yang berbeza. Eceh! Maksud aku pakomar + jawatankuasa (bergabung) vs enciknajib kiter. Ok, biar aku jelaskan apa yang aku maksudkan.
Pertamanya, pada malam itu, pakomar adalah tidak tahu apa yang bakal diumumkan oleh enciknajib kiter. Dia masih berpegang pada apa yang berlaku dalam jawatankuasa itu.
Kedua, bila ditanya, adakah pakomar sudah melihat cahaya di hujung terowong setakat beberapa kali perbincangan dengan jawatankuasa? Pakomar cakap, belum nampak lagi.
Ketiga, bila ditanya tentang perkembangan perbincangan itu setakat ini, pak omar cakap, setakat ini derang baru sahaja habis membentangkan paperwork masing2. Derang di sini ialah persatuan2/kesatuan2 seperti jurutera, pensyarah2 universiti, guru, pulis, tentera dll. Kiranya baru je bentang proposal la. Bincang pun belum, inikan pula nak jumpa rumusan dan keputusan.
Keempat, apa yang diumumkan itu takde kena mengena langsung dengan 5 tuntutan qpax. Macam tiba2 je. Tapi ye lah, sbipa pun dah batal, nak kena mengena apa nya lagi. Teruskan jelah hidup seperti biasa.
Kelima, pakomar kata, sebelum bajet, takde pun perbincangan antara gomen dan qpax tentang sbipa. Tapi kemarin pulak, enciknajib kata derang dah berbincang 13 kali pasal nak merangka sbipa itu.
Keenam, gaya penginterview program tu bertanya dan terkejut macam dia tak tau apa2 pasal isu sbipa ni hihihi.
Yang kelakar nya masa pakomar cerita pasal pertama kali dia melihat lampiran Si iaitu semasa meeting pertama jawatankuasa. Kelakar tengok reaksi dia hikhikhik.
Dalam program itu juga, datuk interviewer tu ada tanya, kalau boleh bagi bayang2 la berapa gaji kumpulanpremier dan jusa2 serta turus2 yang pakomar tengok tu, tapi pakomar tak cakap. Cuma ada sekali tu dia tercakap, contoh gaji sebelum tu 6k, kemudian naik kepada 12k, kiter paham2 je lah kan. Sengaja ke terlepas cakap tu ek?
Kesimpulannya aku tengok program tu sambil gelak2 sebab tengok interviewer tu macam eager nak tau tapi pakomar tak bagitau pun. Dan dengar cara pakomar tu cakap, lajunyer... Dia nak sebut yangamatberhormatperdanamenteri, tapi dengar yangberhormatmenteri jek. Dan dia banyak cakap ini, ini... (tetiba penutup komen pakomar ngan interviewer pulak ek hehe).
0 komen:
Post a Comment