Thursday 30 April 2009

3 Tajuk Kecil

Betul Ke Sayang?

Cepat2 suami ku beli simkad selepas aku tetiba naik hantu kelmarin. Kena gertak baru nak buat. Kalau tak, dia buat dek jek. Sayang sangat ngan nombor telefon tuh mengalahkan sayang bini. Wek! Bukan sayang sebenarnya. Tukar nombor akan menyusahkan banyak pihak selain diri sendiri. Bila tukar nombor, secara otomatik tergalas satu tanggungjawab untuk memberitahu semua orang tentang nombor baru. Alahhh telco ada servis percuma untuk tu laaa. Tapi tak tau lak cemana kekdahnya. Elehhh... macam lah orang nak sangat nombor baru tuh.

Pastu, bisnes kad pon nak kena tukar. Nak tampal nombor baru? Weiii jatuh la standard. Macam la opis ko sengkek sangat. Kata wat re-branding. Kalau takmo guna duit rakyat, meh aku tempah kan. Aku guna duit sendiri. Pon duit rakyat yang digunakan untuk bayar gaji aku huhuhu.

Tapi, cemana pulak ngan urusan2 rasmi yang selama nih refer pada bisnes kad? Eh, nombor opis pon dah tukar gak, kan? Elok lah tu, tukar bisnes kad terus. Rumit gak tuh. Kenapa la derang tukar nombor opis tu sebelum minah tu dapat, kan? Kak ita cakap semalam, takyah pikir asiaaa. Selagi laki ko tak kuar malam merewang2, ko takyah la risau. Eh, tapi memang suami ku kuar malam ler. Ada futsal inter jabatan katanya. Betul eh? Pandai tuuu. Aku nak ikut, bleh dia cakap, "tapi jangan nyesal kalau balik kul 11-12 nanti." Terus aku tak jadik ikut. Baik aku tido kroh kroh kroh...

Pantang

Sesekali aku terlanggar pantang jugak. Aku dah berjanji untuk tidak menulis di blog ini perkara2 yang aku 'akan' buat pada masa hadapan. Ini kerana aku ingin menjaga privacy kami berdua. Tapi, sesekali aku tertulis jugak. Contohnya, macam, aku nak balik kampung jap lagi atau pon nak masak asam pedas terubuk malam ni. Ala... setakat masak tu takyah la nak privacy2 bagai. Anyway, lain kali aku akan lebih berhati2.

Jalur Kuning Atas Jalan

Korang salu tak lalu kat jalur2 kuning atas jalan? Salu kan? Alerrr takkan korang tak pernah lalu depan sekolah, depan spital. Benda tu salu ada kat tempat2 tu. Korang perasan tak, semakin jauh korang lalu benda tu, semakin laju juga bunyik nyer. Kan? Kan? Adusss kenapa la aku tak terpikir. Selama ni, jenuh aku pikir, kenapa bunyik nyer semakin laju. Salah satu yang aku pikir ialah, semakin kita jauh, semakin kita tak jejak di lantai jalan, sebaliknya macam terapung la. Seterusnya menyebabkan pemanduan kiter semakin laju sekaligus mengakibatkan bunyik tu makin laju. Kira macam teori biler kiter bawak kete laju2 time hujan, tayar kiter tak jejak jalan la.

Selain tu, aku juga berfikir, agaknya makin hujung, jalur2 lagi rapat kot. Huiii puas lah aku pikir. Sehinggalah aku menyuarakan persoalan tersebut kepada suami ku pada suatu hari. Dan aku mendapat jawapan yang sangat tepat dan aku juga sangat bangga kerana mempunyai seorang suami yang genius. Hehehe padahal benda tu sumer orang tau, kecuali aku kot huhuhu. Jawapan nya ialah... hihihi malunya akuuu. Rasa nak terjun ikut tingkap kete je time tuh. Rasa je lah. Ikut rasa binasa, kan. Ok, kalau jawapan ni sama ngan korang, aku kasik tabik spring ar kat korang jugak hahaha.

Bunyi yang laju itu datang dari tayar depan dan belakang, sebab tu dia jadik laju. masa mula2 tu tayar depan yang lalu jalur tu, sebab tu bunyik tu slow. Bila tayar belakang plak lalu, jadik bunyi tayar depan bertindih dengan bunyik tayar belakang lalu menghasilkan lebih kekerapan kepada bunyik tersebut. Tu pasal la kiter dengar dia laju.

Tapi suami ku tak jawab cenggini la. Dia cuma cakap, 'tayar depan belakang' jek. Owh! Terus aku tangkap maksud dia. Sibbaik aku tanya kat suamiku.

90:10 Principle

Perhatian! Tak paksa korang baca sebab agak panjang entry nih. Almaklum lah, copy paste jek.

Discover 90:10 principle (or at least, the way u react to situations)

What is this Principle?
10% of life is made up of what happens to u – destiny
90% of life is decided by how you react – incident

What does this mean?
We really have NO control over 10% of what happens to us.

Such: -
- We cannot stop the car from breaking down
- The plane will be late arriving which throws our whole schedule off
- A driver may cut us off in the traffic

We have no control over this 10%. The other 90% is different. You determine the other 90%. How? It’s by your reaction. You cannot control a red light, however you can control your reaction. Do not let people fool you. You can control how you react. Let use an example.

You are having breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You have no control over what has just happened. What happens next will be determined by how you react.

You curse! You harshly scold your daughter for knocking your coffee over. She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your wife and criticize her for placing the cup to close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storms upstairs and change your shirt. Back downstairs, you find your daughter has been to busy crying to finish her breakfast and getting ready to go to school. She misses the bus.

Your spouse must leave immediately for work. You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late your drive 120km/hr in a 70km/h speed limit zone. After 15mins delay and throwing hundred ringgit traffic fine away, you arrive at school. Your daughter runs into the building without saying goodbye.

After arriving at the office 20mins late, you realize you forgot your briefcase. Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to coming home. When you arrive home, you find a small wedge in your relationship with your wife and daughter. Why? Because of how you reacted in the morning.

Why did you have a bad day?
- Did the coffee cause it?
- Did your daughter cause it?
- Did the policeman cause it?
- Did you cause it?

The answer is YOU. You had no control over what happened with the coffee. How you reacted in those 5 seconds is what cause your bad day.

Hence is what would have and should have happened. Coffee splashes over you and your daughter is about to cry. You gently say “ it’s ok honey, you just need to be more careful next time”. Grabbing a towel you go upstairs and change your shirt. You grab your briefcase and you come down in time to look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves. You arrive 5 minutes early and cheerfully greet your staff.

Notice the different?

2 different scenarios – both started the same & both ended in different ways. Why? Because of how you reacted. You really have no control over 10% of what happens in your life. The other 90% was determined by your reaction.

Here are some ways to apply the 90:10 principle.

If someone says something negative about you, do not be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You do not have to let the negative comments affect you. React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction result in losing a friend, being fired or getting stressed out.

How do you react if someone cut you off in the traffic?
- Do you lose your temper and pound on your steering wheel?
- Do you curse?
- Do you raise your finger?
- Does your blood pressure sky rocket?

If you were to react with of the above, on second thought, who cares if you arrive 10 seconds later at work? Why let the cars ruin your drive?

Remember the 90:10 principle and don’t worry about it.

You are told you lost your job. WHY lose sleep and get irritated? It will work out. Use your worrying energy and time to find a new job.

You get hurt when your partner walked out from you. WHY lose appetite and make enemy with others? Turn your anger to be a power to motivate you to find someone new.

The plane is late. It is going to mangle your schedule for the day. WHY take out your frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on. Use your time to study, read or get to know the other passenger and have a chat. WHY stress out? Stress will make things worse. Million of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and headaches.

It only takes willpower to give our selves permission to make the experience. Absolutely everything we do, give, say or even think, it’s like a boomerang. It will come back to us. If we want to receive, we need to learn to give first, maybe we will end with our hand empty but our heart will be filled with love and those who love live have that feeling marked in their hearts.

I Risk My Life

Semalam aku mengambil risiko balik melalui jalan parit karjo. Sebabnya, aku suspect minah tu akan tunggu aku kat mana2 jalan balik aku yang biasa. Tapi, biler dipikirkan balik, kalu dia tunggu pon, apa dia boleh buat? Langgar kete aku? Block aku kat depan? Buat2 kete rosak dan aku turun membantu? Hehehe budus la pulak. Kalau dia langgar, aku langgar dia balik. Kalau dia block kat depan, aku undur je lah. Takkan dia ada escort nak block depan belakang pulak kan? Kalau kete dia rosak, apa aku kisah? Ok, ari ni balik cam biasa je lah. Buang masa je aku menggadai nyawa melintas jalan kluang tuh semalam. Tengok! Aku dah terpengaruh dah. Dusy! kat diri sendiri.

Setakat ni aku yakin dia takkan berani datang ke rumah. Tapi, kalau dah gila tu kan, apa2 pon terjadi. Jadi, sebagai persediaan, aku dah ada plan baekkkkk punya.

Sekali baca komen2 korang, aku terasa macam korang ingat minah tu ialah ex-girlfriend suami ku. Suami ku, boleh tolong jawab tak? Ye lah, kalau ikut pendapat aku, minah tu sebenarnya hanyalah nyamuk di tengah malam. Datang geget kat tangan ko, atau berdesing kat telinga ko, tapi ko tengah nyenyak tido. So, nak picit ke nak tampar ke, memang susah nak kena. Kalau kebetulan kena pon, adoiyaiii sakit pipi ku ditampar oleh diri sendiri. Lebih kurang gitu lah.

Jadi, aku nak highlight kat sini bahawa aku tak pernah berniat nak berjumpa ngan minah tu, 4, 6, 8 atau berapa2 pon bijik mata. Sebabnya,

i) aku tak nak/perlu tau perasaan suami ku kepada dia and vice versa.

ii) aku tak nak dia hepi sakan dan rasa menang sebab berjaya memujuk aku berjumpa dia

iii) seperti yang sedia maklum, aku tak nak hilang pertimbangan sebab apa yang dalam kepala aku sekarang ni, kalau aku jumpa dia kat mana2 pon, memang aku dusy dusy sedas dua kan dia. Jangan tak cayer... aku garang tau. Ingat tu. Hihihi. Eh, aku serius nih.

iv) takde benda yang nak diselesaikan antara aku dengan dia. Nak kata ada hutang, memang la dia hutang separuh bulan deposit sewa rumah, tapi aku dah tak halal kan, dan dia pon buat dek jek. Lagi pon niat dia nak jumpa tu bukan nak bayar hutang pon, sebaliknya nak kena kan aku. Hello, jangan pandang gua sebelah mata beb. Aku ni pendiam, tapi sekali aku bercakap, sendiri mau ingat la. Jangan kata aku tak ingat kan.

v) Aku tak nak ingat muka dia. Sebab nya, aku memang tak kenal dia dan dia pon tak kenal aku. Kiranya kalau jumpa tengah jalan memang tak tau la kecuali aku bersama ngan suami dan kereta lah kot.

Kesimpulannya, errr entah, takde kesimpulan kot. Tapi aku ada berita baik. Suami ku sudah membeli sim kad baru semalam. Balik2 je dari jb semalam, terus dia suh aku bukak pek selkom biru tuh. Hehehe dia suka sangat ngan nombor belakang yang sama ngan nombor kod telco. Kena lah mencari serata kedai. Sibbaik jumpa kat kedai dekat2 sini jugak dan rege pon rege biasa jek. Kalau nombor yang lagi cantik kan mahal sket. Malam ni kiter pulun antar sms nombor baru ek bang?

Maka, satu beban dah terlepas, cuma part telefon opis, tu yang susah tuh. Aku pulak, risau kan orang opis aku terbagi nombor henpon aku kat dia pulak. Dah nampak gaya2 dia suka menyiasat ni kan, jadi, memang tak mustahil la kan. Naik segan plak aku nak buat pengumuman kat kengkawan opis ni supaya mengprivate and confidentialkan nombor henpon aku. Macam ngengada la pulak.

Okies, see u!


Wednesday 29 April 2009

Susah nyerrr Suami ku Tall, Dark and Hensem...


Hahaha sila muntah warna pelangi. Baru sekejap tadi ada call lagi. Kebetulan aku yang angkat. Actually telefon di share bersama 12 orang yang lain, so nak tak nak terpaksa angkat la kan. Sekali, rupanya2 betina tuh lagi. Hangin tak? Pastu aku terus letak dan call operator. Aku tanya kat dia, siapa orang yang call aku tadi? Dia cakap orang dari parit raja. Pastu aku pesan kat operator, pasni kalau ada orang call nak sambung kat aku, tanya siapa dan dari mana. Kalau bukan dari kementerian or jabatan or orang dalam2 ni, jangan sambung kan. Sebab, kalau kawan2 mesti call henfon kan. Silap haribulan tu beb. Isy, rasa tak best pulak terpaksa demanding cenggitu.

Tapi, selepas tu dia call lagik. Kot2 dia dah dapat direct line kot. Cis!!! Kali pertama aku biarkan tak angkat. Kali kedua aku angkat, kot2 la kan betul orang lain carik orang lain ke kan. Aku angkat tu, aku diam je, pastu dia yang cakap, saya nak jumpa awak la asia... Aku terus letak. Alamak... takut dia dah ada kat depan jek nak terjah aku. Jadik drama la pulak kang. Alahaiii... ni lah masaklah nyer dapat suami yang baik hati, peramah dan hensem.

Malam tadik, tengah lipat2 kain, tetiba tah cemana aku kerasukan. Pelik betul. Tapi aku sedar, cuma, entah, tak tau nak cakap cemana. Boleh aku tetiba marah2 abang sebab layan betina tu telefon. Aku rasa macam abang pun bersalah jugak sebab jawab call dia kat ofis. Pastu marah2 sebab tak tukar nombor telefon sampai sekarang, selepas hampir 2 tahun kes ini berlaku. Kira macam orang kena rasuk la pulak gayanya. Teruk kan? Takkan kena mandrem pulak aku nih? Memang malam tadik aku terskip mengaji pon. Tu pasal roh aku kurang kenyang tu kot hihihi. Tapi kalau rasukan mesti kiter tak sedar diri, kan? Tu maknanya memang diri aku la tuh. Sendiri yang tak kuat semangat. Cemana aku tak hangin, tiap2 malam betina tu sms, bawak anak gi gunting rambut la, rindu sampai nak demam la. Kalau korang, apa korang rasa? Aku ni dah lah jenis tak berapa sabar. Dan sabar sabar pon, sampai masa meletup jugak. Haihhh...

p/s dia call lagi, aku suh kak ita angkat. memang bangang. ada ke terus cakap, saya nak jumpa awak. pastu tanya aku balik kul baper la, aku kat mana la. weiiiiii ni ofis gomen ler budusssssssssss... salam pon tak bagi, tetiba je. memang dasar betina la kau. kak ita pon takut hihihi...

p/s 2 siapa boleh bagi cadangan bentuk tindakan yang sesuai di lakukan?

p/s 3 ehhh berapa kali dia nak call daaa. ni call lagi, cakap ngan kak ita. siasat lagi aku rehat kul baper la, balik kul baper la. terasa macam artis glemer la pulak, peminat fanatik sibuk nak jumpa uhuksss.

opssss sorry kerana bahasa ku agak kasar.

Hospital Roh dan Pi Ti Kay Improvement

Pagi ni ada assembly. Dah 3 kali kot aku tak pegi sebab derang salu buat ari jumaat, dan ari jumaat aku ada kelas kul 8am. Akibatnya, aku tak berapa kenal orang2 baru dan tak tau la pulak saper yang berpindah.

Kali ni public speaking disampaikan oleh kb pembuatan. Dia citer pasal manusia, iaitu terdiri daripada 2 unsur; jasad dan roh. Ok lah, boleh tahan la isi dia. Ada citer pasal kejadian jasad dan roh, makanan jasad dan roh serta ubat jasad dan roh.

Antara penjelasan beliau, jasad manusia dicipta di dunia. Dan kejadiannya melibatkan semua unsur2 dunia seperti matahari, bulan, udara, awan, bintang, air tanah dan sebagainya. Dari unsur2 itu lah hidupnya tumbuh2an dan haiwan yang menjadi makanan manusia, seterusnya menjadikan manusia itu hidup dan beranak pinak. Oleh kerana jasad ini diciptakan di dunia, makanan untuk jasad juga adalah dari unsur2 dunia lah juga seperti nasi beriani, sayur kailan ikan masin, kambing bakar, ikan terubuk goreng dan lain2.

Sementara roh pulak diciptakan di langit ke 7. Eh, ingat tak lagi saripah zarina yang langit ke 7 tuh? Kan ke dalam lagu tu dia ingat lelaki itu cam auta jer, cemana nak buat mahligai di langit ke 7, kan? Padahal, mamat tu sebenarnya nak cakap, kalau kau jadi isteri aku, aku akan didik kau menjadi isteri solehah sehingga kau akan dimasukkan ke syurga dan di situ lah mahligai itu akan terbina. Ewah... ok sambung balik. Oleh kerana tempat kejadiannya berbeza, maka makanan nyer juga tentulah berbeza. Analogi yang diberi, roh itu umpama kuda dan jasad itu penunggang kuda. Kalau mereka datang umah kiter, mesti kiter bawak masuk penunggang kuda tu ke dalam rumah dan jamu ngan ayam percik, ice lemon tea dan sebagainya kan? Kuda tu pulak, kiter tarik masuk kandang kuda, kasik makan rumput kering. Kira kiter lebih mementingkan jasad jer kan? Kira tu dah terbalik la. Sepatutnya, kuda tu yang lebih kita utamakan. Dalam konteks ni, roh yang lebih penting di beri perhatian.

Seperti jasad, makanan roh mestilah dari unsur yang datang dari tempat ia diciptakan, iaitu langit. Makanan itu ialah perintah2 Allah swt, al Quran, zikir dan sebagainya. Kerana itu, makanan jasad tidak perlu lah over2. Panglima di zaman nabi pun boleh hidup dalam 7 peperangan hanya dengan memakan belalang. Kuat ker? Ada tenaga ker? Mereka boleh menang perang kerana roh mereka kuat. Sebab itu kiter disuruh berpuasa untuk mengimbangi makanan jasad yang terover2 selama ini dengan menambahkan makanan roh pula. Tu pon tak terimbang kot. Buka poser makan banyak jugak. Oh, insaf sekejap. So, korang dah makan belom?

Part ubat tu pulak, dia citer pasal hospital jasad dan hospital roh. Kalau jasad sakit, kiter masuk spital, disuntik dengan vaksin or watsoeber dan diberi makan ubat pil2 segala. Tapi, kalau roh kiter sakit, kiter masuk spital jugak, tetapi spital roh, iaitu masjid or surau. Di situ kiter akan disuntik dengan dakwah dan diubati dengan zikrullah. Insya Allah, sihat semula.

Eh, banyak la lagi yang dia cakap, aku pon dah tak ingat.

Selesai assembly tuh, ada taklimat pasal improvement pitikay. Kira sedang elok la aku dengar tu sebab aku belum pernah ambik exam kan. Kesimpulan yang boleh aku dapat ialah, sebelum nak ambik exam tu, pikir la 888x okeh? Selagi ko rasa tak sedia, takyah ler apply. Bukan setakat exam, siap dengan public speaking, group discussion and presentation, segala bagai lah lagi. Alamat lambat ler aku naik pangkat hukhukhuk. Ni kiupek la punya keje nih. Nak mansuh pitikay sangat, makin susah jadinya. Ada pro and cons jugak lah. Dulu, slogannya, Now, every body can nak pangkat. Sekarang, lu pikir la sendiri!

Tuesday 28 April 2009

Sabtu Ahad Bersambung Lagi

Dah sampai mana tah cerita aku semalam. Tiba2 je masuk citer makan daging saudara sendiri. Astaghfirullahal'azim.

Memula kan kami gi embank. Kendian singgah card sale kat stor jalan rogayah. Mak aihhh... ni nak buat sale ke nak buat kek? Ekon rosak la pulak. Rasanya tu pun salah satu punca aku pening selain sebab makan kambing tuh. Oksigen tak masuk otak beb. Tapi sempat la rembat barang2 yang murah sedikit seperti obat gigi darli. Mebelin ngan loreal ada less 25% tuuu. Tapi apakan daya, takde mende yang aku nak beli. Takkan nak beli lipstik semata2 kerana harganya murah, sedangkan lipstik yang dibeli 2 tahun lalu pon tinggal lebih dari separuh. Malas arrr nak berlipstik2 nih. Menipiskan lapisan bibir je biler dah terkopek2 bibir tu karang.

Oleh kerana stor tu panas, kami pon blah awal. Kendian pegi bank islam pulak. Dah 3 bulan bill cc kami tak sampai. Bayar tetiap bulan pon main congak guna resit2 jek. Tu pon kekadang kompius berapa aribulan derang tutup akaun. Bayar je la lebih kurang. Lepas tu singgah petronas plak, nak kuarkan duit. Aiyak? Kenapa mebengkad aku tak diterima? Tak best arrr. Tinggal 50 hengget je dalam purse. Camner nak soping moping? Ermmm tapi bagus jugak. Boleh pow duit suami muahahaha. Best2.

Selepas itu, kami pegi square1. Try cucuk duit lagi kat k4, tapi 2-2 atm pon tak terima. Lepas solat singgah kedai buku. Beli impiana cam biasa. Dah berapa bulan aku beli tapi tak baca. Takde masa lorrr. Aritu masa mc kengkonon nak baca, sekali takde mood plak. Nampak sangat hobi bukan membaca hihihi. Kalu hobi mesti tak tunggu mood pon mesti buat. Eh, ye ker? Lantak ler.

Pastu masuk semua kereta yang dipamerkan. Baru ku tahu, rupanya inova tu lebih tinggi dari ah. Ingat tinggi dia sama jek. Masuk paksen, terbeli kemeja aku ngan cuffling dan tie. Eh, bukan kafling tu yang sepit kat tie tu ker? Ker betul kafling yang butang kat tangan kemeja tu? Apa2 lah. Yang penting abang beli benda yang macam butang kat tangan tuh.

Abis pusing2 kat situ, pergi bpmol pulak. Rindu betul ngan pasifik hihihi. Over betul. Rasa macam dah lama tak masuk situ. Ada sale jugak kat situ. Pasifik ni tak pernah tak sale agaknya. Macam sogo jugak. Manjang oh sale!

Ehhh cop! Sebelum gi situ kami gi pasar malam dulu lorrr. Cam biasa, beli kebab ngan tahu panas. Beli air tahu jugak, tapi baru semalam terjumpa dalam kete. Dah basi dah. Rugi nyerrr.

Kat pasifik pulak, tak naik atas. Kalau naik, harus ler ada jer yang terbeli. Bukan tak suka, cuma waktu tu dah dekat kul 7pm. So, masuk supermarket jek. Setiap kali gi sini mesti tengok rege dainamo, comfert ngan shokubusuk. Dainamo tu dah lama tak dapat rege bawah 20. Tinggal 2 botol jek kat rumah. Mana taknya, yang 3kg pon dah rm18++. Comfert pulak dah ada 5-6 botol dalam simpanan. Aku ni, asal rege bawah rm5 je, mesti aku sambar 2. Mana tak banyak. Pastu tengok shokubusuk pulak. Yahooo!!! Aku sangat suka! Ada pek berkembar, rege rm14.50, tetapi dijual pada harga rm11.80 sahaja! Ini bermakna, satu pek berharga rm5.90. Mana nak dapat rege tuh? Maidin pon paling murah rm5.50. Tu pon dulu, tah tahun berapa tah. Yang tambah best lagi, dia takde limit untuk sefemli. Boleh beli seberapa banyak yang kiter suka. Haiyaaa... kecoh betul aku nih. Orang lain tak rasa apa2 pon. Ah, lantak la korang tak heran ke haper. Aku memang pengguna tetap shokubusuk active blue sejak 5-6 tahun yang lalu. Buih nyer yang banyak dengan bau yang harum semerbak, membuatkan aku ingin mandi berkali2 sehari. Wah! Dah macam duta shokubusuk nih. Ok ok berapa yang aku beli? Alaaa setengah dozen je. Banyak gilak. Alerrr memang aku dah suspen sebab stok tinggal sebungkus jek. Kalau habis dan waktu tu rege dia rm8.60, ada korang nak belikan? Eh, kenapa aku emo tak pepasal nih? Balik tu tengok katalog k4, rege dia rm11.79. Kurang 1 sen jek. Tapi, cuba ko bayang kan 1 sen tu umpama sebutir peluh petani, eh, sebutir peluru yang membunuh rakyat palestin. Tergamak kah dikau? Cehhh... kemain lagi nasihat orang, padahal dah bising2 dah rugi 3 sen huhuhu. Takpe, niat je nak beli kat k4, tapi tak beli pon. Ok lah tuh.

Dah... pastu kami pon balik. Malam, layan af jek. Kenapa la aku boleh tak ingat pasal air tahu tu, padahal aku makan tahu panas tu malam tu jugak. Dusy! kat diri sendiri.

Esok nyer ari ahad, pepagi abang gi gotong royong. Minggu ni aku malas. Jadi, aku tak vakum dan mop rumah. Best kan? Sesuka hati je nak malas2. Sebab aku malas ialah kerana dari jumaat malam, sabtu malam, membawak ke ahad pagi, keje aku ialah mengiron bajuuu jek. Semua baju aku iron. Sebulan ler aku takyah iron lagi dah. Tapi baju abang tahan 2 1/2 minggu jek. Saper suh tak banyak baju.

Tengahari, pon aku malas. Pendek kata, minggu ni aku malas melampau lah kan. Masak pon malas. So, kami pergi makan nasik ayam. Dah terlanjur dekat ngan seri paya, kami pergi je lah melawat baby zarafi kat sana. Sekejap je kat umah dia. Balik tu singgah petrolnas nak cucuk duit. E'eh, boleh pulak. Suka ati dia je nak rejek2 kad aku semalam. Tutup akaun kang (ni tak mungkin kot sebab lagi menyusahkan aku ada lah huhuhu).

Petang tu, tah cemana sorang mamat nih tetiba datang, bukak pintu pagar dan terjah suami ku. E'eh? Siap ajak masuk lagi? Saper nih? Alerrr mamat promote water filter. Apa da... dia jual yang ada 5 filter, rumah aku nyer 7 filter, camno? Aku paling menyampah saleman terjah2 camni. Pastu, kuar rumah boleh dia tak tutup balik pintu pagar? Pasni kena mangga pintu tu siang2 pon. Bahaya. Macam perompak je kekdahnya.


Ngengada Betul


Masa zaman aku keje makan tido makan tido dua tahun dulu, ikan terubuk adalah wajib dibeli setiap minggu. Paling aku suka, masak asam pedas. Kekadang goreng. Hehehe sebenarnya tak geti masak lain, sebab tu masak asam pedas je memanjang.

Sejak zaman bekerja tetap dan berpencen ni pulok, sekali je aku pernah beli ikan tuh. Kekdahnya, kan ke makan ikan tu kena teliti. Banyak tulang2 halus. Kalau aku masak waktu malam, makan kul 8pm, kol bape nak abis makan? Paling cepat kul 9.30. Kalo dah abis makan kul 9.30pm, kul bape nasik nak turun? Kol baper plak nak titon? Ceh... alasan malas masak ler tuh.

Ari ahad lepas aku tertengok program warung kiter. Alaaa yang setiap jumaat kul 7.30pm kat estroprima tuuu. Kali ni azrul tuh gi penang. Tetiba dia gi makan ikan terubuk goreng kat tanjung bungah, eh, ke balik pulau? Yang penting bekas tempat yang kena tsunami la. Restoran lidiyana ke gitu lah nama kedai makan tuh. Nampak sedap betul ikan terubuk goreng tuh. Siap sumbat sambal lagi tuh. Tu yang terpengaruh tuh.


So, semalam aku suh abang gi pasar sebelum gi keje. Alerrr... memang kat pasar je ada jual ikan tuh. Mini2 market mana ada jual. Balik keje semalam, aku pon terus ler bukak esbok. Owh! Hampa nya hati ku. Bayang ikan pon aku tak nampak. Ropanya ikan itu tidak tertangkap semalam. Haiyaaa duk dalam tukun ke haper ko ni ha? Oleh kerana takde ikan terubuk, aku pon tak jadik lah masak. Huaaaaaa merajuk la kononnya. Ngengada.



Pagi tadi abang pegi pasar lagi. Yeay! Ada ikan terubuk! Best nyer... balik ni nak masak asam pedas terubuk. Nyum nyum...

p/s saper pandai wat kuah asam yang mabeles, please help me!

Monday 27 April 2009

Kini Dibuka

Pada hari jumaat yang lepas, paksen di square 1 telah pon dibuka dengan rasminya. Ini bermakna, kami di bp ni ada satu lagi pilihan tempat untuk membeli sebelum membelah.

Waktu rehat yang panjang itu, aku telah membuat keputusan untuk keluar berjalan2. Sesuatu yang sangat jarang berlaku. Tetapi, kerana server down dan duduk di opis tanpa membuat apa2 adalah boring, maka aku pon keluar. Memula ingat nak kuar sensorang jer. Bleh gi bank sekali. Sekali, sesampai di bawah, nampak kawan tengah menunggu seseorang.

"Huiii, tunggu apa tu???"

"Pn. S*. Nak pegi paksen."

"Ehhh nak ikot nak ikot."

Dan kami pon pergi bertiga.

Sampai sana, banyak kereta. Promosi kereta Hornda ada, toyolta ada, nisan ada, produa ada, proton ezora pon ada. Masuk dalam paksen, wah, henbeg je dah satu level. Aras 2 ladies, aras 3 gents, aras 4 kekanak dan barang rumah. Tak lama kat situ, kami pon balik. Hek'eleh... sekejap je dah balik. Bos aku tu nak anto anak gi sekolah ugama. Anak nya dah fobia mak dia lambat, padahal ari jumaat masuk kul 2.30. Kul 1.45 lagi dia dah pegi sekolah. Dia nak jadi orang pertama yang masuk kelas. Bagus lah tu kan?

Lepas anto anak tu, kami jalan lagi. Pegi makan kat beriani power. Dah lama gilos tak pegi. Last rasanya masa abang kuar wad lepas eksiden dulu. Tak berapa sedap la. Mungkin betul juga teori yang mengata kan, biler tokei kedai tu dah meninggal dan diganti dengan warisnya, power rasa makanan pon akan berkurangan. Tapi, dah takde gomen tax lagi. Yang tu bagus. Selesai makan, kami pon balik. Tepat2 kul 2.45pm.

Hari sabtu, kuar lagi. Kali ni dengan niat nak membeli belah. Kuar awal, kul 12.15pm. Pegi makan dulu. Semalam makan beriani sensorang. Harus lah orang tu jeles kan. Hari ni, makan lagi sekali. Tapi tempat fevret kami lah. Nyum nyum. Tapi kepala pening mungkin kerana kolesterol tinggi.

Lepas makan, pegi bank. Sejak bulan 2 arituh, suami ku membayar penuh kereta iswara fil. Itu adalah balasan kerana menggalakkan adik beliau bekerja dengan pendapatan yang kecil. Secara keseluruhan, suami mebayar rm1150 sebulan untuk kereta sahaja. Bulan depan, road tax dan insurans pula tamat. Juga memerlukan suami memperbaharuinya kerana adik beliau sudah tidak mampu lagi.

Oh, apa yang berlaku kepada adik ipar itu? Terlupa plak nak cite perkembangan selepas mogok berakhir. Semenjak bekerja di tempat yang sama dengan suami (keje pon nak sama2, wek!), bil itu tinggal bersama kawan2 bujang, sementara isteri nya tinggal di rumah sepupu lelaki suami beserta isteri dan seorang anak nya di kulai. Setiap minggu, bil akan pulang ke rumah mereka dan menjadi keluarga bahagia di sana. Bahagia kerana isterinya telah mengandung sejak itu huhuhu. Tidak pernah sekali pon mereka datang lagi ke rumah kami walau pon isteri nya ada datang ke bp sekali sekala. Saya tak kecil hati.

Semalam, kami bertemu mereka di kedai makan. Suami isteri dan ulin. Rupa2nya, isterinya telah mendapat kerja sebagai guru sandaran di sri gading bermula hari ini. Mereka baru balik dari kampung dan kulai serta baru lepas mengangkut barang aka berpindah. Dan mereka tidak singgah di rumah kami. Saya tak kecil hati walau pon saya yang kena pergi kepada mereka untuk menyalami mereka. Kenapa saya nak kecil hati? Kan saya 'adik' mereka?

Ok, berbalik kepada kisah hari sabtu. Eh, lapo pulak. Nak gi carik nasik jap lah. See you!

Thursday 23 April 2009

Kepenatan 4

Tak habis2 lagi ek. Sebenarnya dah abis dah kepenatan aku. Harap2 takde lagi lah kes camnih. Ada takpe, tapi bukan dalam waktu terdekat. Nama pon keje kan. Tapi, yang best nyer, aku dah tak terasa nak ambik cuti la pulak sebab dah cukup ngan mc 2 ari tuh. Boleh la kompol cuti book off bebanyak hehehe.

Hari Jumaat lepas, lepas jumaat, kawan dah calling2. "Ko tunggu kat lobi, jap gi kiter bertolak," katanya. Masa tu kul 2.30pm. Aku pon kelam kelibut lah turun, pindahkan kete ke port yang redup sket. Haiyaaa, cakap macam suh cepat. Sekali kul 3 baru dia muncul. Naik van pejabat. Aku, mus, lidi dan errr saper ke nama dia tah. Aku sorang jer pempuan. Lantak ler.

Ni first time aku naik van nih. Buruk giler siot. Tapi ekon kuat. Bagus. Memula singgah rumah kawan yang tak tau nama tuh. Pastu singgah kedai sukan kat bus stand. Pastu baru jalan. Dia lalu jalan parit sulong. Mak aihhh... jalan tu memang dah sedia melambung2, ada plak construction. Van pulak dah nak peroi. Melompat2 macam kuda la aku kat belakang tuh.

Pastu dia lalu jalan pagoh pulak. Ikot celah panchor, bukit gambir, tiba2 tembus kat ilp ledang kat sagil. Dari situ masuk jalan bekoh pulak. Mak oiii... ni bukan naik kuda lagi. Dah macam lembu elsalvador (ye ke ni, aku main hentam jek) pulak. Driver nyer tu dah ler pemilik kete drift, so pepaham je lah. Sumer dia main redah jek. Tak kira lopak ke, lekuk ke. Tembus pulak kat simpang bekoh, kendian dah sampai selandar. Register huhahuha, aku terus masuk bilik dan mandi.

Dah wangi, aku turun makan pulak. Dah lama tak makan nasik kawah camnih. Abis makan, budak2 pon sampai. Terus bawak derang masuk bilik masing2.

Malam, aku gi taklimat. Jauh siot. Terpaksa jalan kaki. Balik pon jalan kaki jugak. Berpeluh2. Suhu kat sana memang panas berdenting. Balik tu aku mandi lagi. Tak pedulik demam ke batuk ke, janji dapat tido dengan selesa. Tido malam pon panas. Tak rasa pon kipas tuh.

Esok pepagi aku ikut zira gi sarap kat luar. Kendian terus ikut dia gi sekolah integrasi sebab husband dia main bola kat sana. Tengahari baru balik. Sebelum makan, yam pulak baru sampai. Baru lah aku ada geng yang bukan manager team.

Lepas zuhur kami tido dalam kepanasan. Lepas asar pergi dewan pulak. Yam masuk acara dart. Tak pernah umur main dart. Pukul 5pm nak lawan, kul 4.45pm baru pertama kali pegang jarum (jarum ke?) tuh. Pastu baru tau cemana cara permainannya. Derang main count down terus. Dari point 501. Aku pon baru tau jugak. Best jugak. Siap dah berangan balik ni nak beli papan dart tu letak kat opis. Game tu kalah mati. Lawan ngan mersing. Kalah. Suspen gak main dart nih. Mencabar minda jugak.

Belah malam pulak, gi tengok badminton. Bersengkang mata la jugak nak menghabiskan tuh. Balik terus tido.

Esok pepagi gi tengok bola jaring. Dapat nombor 3 jek. Tengahari tido lagi. Lebih kurang kul 2pm, abang pun sampai. Ajak gi tengok badminton. Yeay! Badminton masuk final. Tapi takleh tengok sebab malam ni nak gi boling kat mahkota pered. Abis badminton, lepak2 tepi padang. Pukul 5.30pm, aku mandi siap2 nak ke melaka pulak.

Sampai melaka dah kul 7pm. Jenjalan kat pc fair, terbeli lah fm modulator. Doploh hengget jek. Dah lama nak beli tak terbeli2. Yang best nyer, modem usb celkom cuma rm188 sahaja! Tanpa kontrak lagi. Tapi aku tak beli pon hahaha. Lepas isyak baru gi boling. Kami main 2 frame. Adus, sakit tangan ku. Team edtec dapat nombor 2. Hehehe takde la terer sangat derang main. Aku pon boleh dapat cenggitu huhuhu. Kul 11pm, abang pon balik. Aku balik ngan kete zira. Sempit la jugak. Derang singgah makan la pulak. Ngantuk gilos. Sampai tu, terus kebabom.

Kalau nak tau, aku batuk sepanjang kat sana. Tido plak 3 orang atas 2 katil single. Aku tido tengah2 plak tuh. Lantak korang lah. Saper suh takmo kasik aku tido tepi. Kung2 je lah memalam.

Esok nyer pulak, dah ari isnin. Perasmian penutupan kul 10am. So, lepas subuh, kami sambung tido lagi. Tau2 budak yang kejut, "Puan, puan, bangun." Cis! Memalukan.

Time penutup tu pulak, panas lagi berdenting. Kami menang 2 emas dan banyak gangsa. Emas untuk acara badminton dan pingpong. Pingpong ni memang ada otai sorang. Selagi dia tak pencen, selagi tu lah dia je yang menang. Selesai semua lebih kurang kul 12pm. Huhahuha, lepas zuhur baru gerak balik. Kali ni takmo naik van dah. Aku tumpang yam.

Tiba kat muor, bertembung ngan van. Hihihi memula derang tak perasan kami. Biler dah perasan, ajak ngeteh pulak. Aku ajak gi bus stand. Kengkonon nak makan mee bandung abang sayang. Alerrr kedai baru bukak, tak siap lagi mee bandung nyer. Makan kedai sebelah punya, tak sedap langsung. Pastu terus balik. Sampai edtec dah kul 5.30pm. Serupa je balik keje macam biasa. Sampai rumah dah 6.15pm. Lepak gilosss. Esok gi keje macam biasa dan mendapat panggilan hangat wakakaka. Sekian sahaja.

p/s taip ni lagi penat dari penat pegi melaka tu lor...

Hikmah

Mesti orang cakap, kebetulan jer... Tapi aku nak jugak katakan, kebetulan2 pon, ada kaitan jugak.

Pagi ni aku pegi keje macam biasa. Sampai je tempat kerja, seperti biasa, aku akan park kat depan admin untuk punch, kemudian baru aku park kat belakang bengkel pulak. Tapi tadi, lepas aku tarik je hand brake, terus aku terkejut beruk. Opocot! Bukan laaa. Bukan aku terbawak seekor beruk dalam kete. Dan aku tak terkejut gaya opocot pon. Terkejut jenis, Hah? Alamak! Gitu lah.

Macamana aku tak terkejut. Kalau aritu, time abang takde, aku tertinggal laptop kan. Tapi kali ni, abang ada, siap babai2 lagi, boleh aku gi keje sehelai sepinggang jek? Boleh? Tak boleh kan? Tapi itu lah hakikatnya.

Panik aku sekejap. Mesti abang masuk rumah terkujat2 tengok beg2 aku kat depan pintu. Nak call, henfon pon takde. tak terpikir langsung nak guna phone opis. Yang aku pikir, nak balik rumah semula.

So, lepas tulis nama kat buku kedatangan, aku pon pecut balik. Pastu baru terpikir, alerrr aku takyah tulis tadi pon takpe. Sat gi punch je lah. Kalau merah, bagitau kj sebab musababnya, settle. Tapi takpe lah. Pecut je lah. Jalan tengah clear plak tuh. Ramai orang masuk keje kul 8 agaknya.

Dari jauh dah nampak kancil baru keluar rumah. Huhahuha, rupanya abang ingat nak anto beg aku. Dan rupanya, beg aku bukannya tertinggal depan pintu, sebaliknya abang tersalah masuk kete. Dia gi masukkan dalam kancil pulok. Dia pon baru perasan time nak kuar rumah tadik. Lorrrrrrrrrrrrr.

Apa hikmahnya? Sebenarnya abang takde nombor telefon ofis aku. Kononnya tadi tu dia nak tengok kat bunting open day la, nak call aku. Nampak tak? Kalau mak cik tu tak call aku, kami tak terpikir pun nak tengok nombor telefon opis aku kat bunting tuh. Walau pon bunting tu dah makan tuan, tapi masih ada hikmah disebaliknya. Eh, tapi abang tak jadik pon telefon aku. Cuma, dia dapat la idea nak menelefon ke opis aku kan?

So, dah alang2 balik tu, kami gi lah sarap dulu kat depan ito. Sedap gak roti kat situ. Moral of the story, lain kali gi keje, dalam kete tengok kiri ok? Kenapa aku tak terpikir nak tengok seat sebelah tuh sepanjang perjalanan tuh ek? Padahal aku dah terpikir, sampai2 ni nak bukak laptop pastu nak potostet assignment bebudak. Time tertinggal laptop arituh pon sama. Dah sampai, tarik hand brake, nak ambik badge dalam handbag, baru perasan. Satu lagi, pasnih kena biasakan start kete, bawak masuk beg siap2 dalam kete. Huih!

Boleh Pulak?

Lorrr... boleh pulak. Tak sangka la pulak, kerana entry aku, orang yang komen plak yang berasap. Macam gajah dengan gajah bergaduh, sang kancil tersepit di tengah2. Gajah2 tu kami dan makcik gedik tu lah. Saper kancil berdua tu ek? Apa apa pong, nak jadi blogger kena berani. Berani buat berani tanggung. Harap2 semua nya selesai di sini sahaja. Sebagai tuan rumah, aku ingin meminta maaf. I'm sorry (buat gaya amir raja lawak ek).

Wednesday 22 April 2009

Apa Lagi Yang Berlaku Semalam?

Giler ar! Takde maknanya kalau nak tukar nombor henfon pon. Selain nombor ofis aku, dia juga telah berjaya menjejak nombor telefon ofis suami ku! Tidak!!! Takkan telefon ofis pon nak kena tukar jugak kan? Ko ingat opis abah ko?

Semalam, selepas telefon aku, dia call abang kat opis. Dia dah tau, kalo call henfon samada tak angkat, atau angkat dan letak mic kat speaker radio pastu bukak channel tamil. Kalo telefon ofis memang kena angkat kan. Tapi kami dah tau, kalau telefon ofis dia akan senyap dulu. Bila kiter dah cakap hello banyak2 kali, baru dia cakap. Dia nak komfem dulu la tu. So, dah tau lah. Kalau sonyap yo tu, minah tu lah.

Nak tau apa dia cakap time telefon abang semalam?

"Ada apa2 tak?"

Apa? Ko ingat kami dah berperang besar ker? Budus.

Aku cuma cakap kat abang, "Kalau abang tipu dalam 'semua' ni (gelfren tu sebenarnya orang lain or memang dia betul2 layan mrs G tuh), tahniah! Memang lakonan mu berjaya beb." Sebabnya, aku memang percaya bulat2 bahawa pempuan tu adalah mrs G dan gelfren lain itu tidak wujud.

Dannnnnnnnnnnn lakonan mrs G itu jugak sungguh mantap siot. Kalau pon tak sampai tahap era fajira, at least aku langsung tak expect bahawa pempuan itu adalah dia dan dia berjaya membuat aku menangis buat sekian kali nya. Dah kali ke berapa tah dia berjaya membuat kami 'berperang dingin'. Yang tinggal sekarang hanya lah kepercayaan antara kami berdua. Kalau ini pun hilang,...

p/s aku ingat 'gelfren' abang tu bisness apa la. kalau best, bleh gak tompang kikis rete ker... ropanya bisness pisang salai ngan tapai jek. patut ler bisness 'at home' jek.

Tuesday 21 April 2009

Suami Curang vs Desperate Houswives vs BackHoe

Hari ni aku pergi kerja semula. Penat sungguh sejak dua menjak nih. Cerita pasal Kepenatan 4 pasnih ek. Kali ni aku nak citer pasal tajuk di atas.

Pagi ni aku ada kelas dari kul 8am sampai kul 1pm. 9.30am salu ada break. Sedang aku men'tune' otak aku kepada mode 'cikgu', kedengaran deringan telefon pejabat, kira2 20 kaki dari meja aku. Macam biasa, oleh kerana telefon tu jauh, takde lah aku nak mengangkatnya. Setelah diangkat oleh seseorang, rupa2nya panggilan tu untuk aku. Aku agak, mesti orang 'atas' la ni. Kalo orang bengkel atau kengkawan, mesti tefon henfon kan.

Aku pon pegi la menjawab. Tetiba, terputus plak. Aku letak dan tunggu sekejap. Bunyik lagi. Aku angkat. Senyap. Letak lagi dan tunggu lagi. E'eh, lama la pulak. Aku pon blah. Baru nak duduk, dia bunyik lagi. Aku angkat lagi. Putus pulak. Ehhh cop cop cop tipu jek. Ada orang bercakap sebenarnya. Mana lah aku tau, panggilan itu akan mengubah hidup aku selama2nya. Pergh!

Mrs G (g for gedik) : Tak berapa nak dengar la.
Me : Hellooo.
Mrs G : Ni cik asiah aspan ker?
Me : Ya, saya. Siapa nih?
Mrs G : Cik asiah ada masa tak? Saya nak cakap sikit.
Me : Cakap je lah.
Mrs G : Cik asiah ni isteri hairul kan?
Me : (time ni satu badan aku dah menggigil dah. ni komfem gelfren laki aku nih). Awak ni siapa? Nak apa?
Mrs G : Saya ni kawan ngan hairul.
Me : Siapa nih?
Mrs G : Saya kawan dia. Kami selalu berjumpa. Dia pun dah pernah datang rumah saya. Mesti dia tak pernah beritahu kan?
Me : Awak ni siapa? Dari mana? Siapa nama? Kerja kat mana? (soalan ni ditanya berasingan, tapi dah lupa sebab mental block dah time tuh)
Mrs G : Saya 'at home'. Tak kerja kat mana2, bisnes.
Me : Siapa nama... Awak dah kacau saya kat ofis ni, nak apa?
Mrs G : Saya kalau boleh tak nak lah hairul main kan perasaan saya. (macam biasa dengar ayat nih). Awak nasihat kan lah dia. Apa yang dia nak dengan saya. Dia kan dah kawin. (murni sungguh hati wanita ini). Dia jumpa saya pun awak tak tau kan. Saya cakap kat dia, kalau boleh nak jumpa awak. Kita boleh selesaikan. (macam pernah dengar jugak ayat nih, tapi, tak perasan sebab, again, mental block)
Me : Ok lah, dah lah. Bye.

Aku terus letak telefon. Tangan dah gigil. Air mata dah menderu2. Malu lagi, ramai opismate plak tuh. Aku terus duduk kat kerusi aku. Nak buat apa nih? Telefon abang. Ah! Henfon tertinggal pulak. Suh operator sambungkan lah.

Abang, henfon ayang tertinggal ek?
A'ah, abang bawak gi nih.
Tolong antar bleh tak? Sekarang eh? (sebenarnya takde henfon pon takpe)
Ok.

Setengah jam menunggu, bermacam2 persoalan muncul.

Saper ek pempuan tuh? Student abang ker? Abang pernah citer kawan dia muda2 lagi dah kawin 2. Kawin ngan student plak tuh. Abang nak kawin ke ngan pempuan tuh? Isy, tak rela i. Baik ler aku menjanda daripada hidup bermadu. Tapi, abang ada duit ke nak kawin lain? Selalu gaji cukup2 jek. Tapi, pempuan tu kata dia bisnes, mesti banyak duit. Mesti tak kisah punya.

Kenapa aku tak perasan 'perubahan' abang? Memang ler tiap2 ari dia balik keje lambat. Tapi aritu tiap2 malam abang kuar, gi futsal katanya. Takkan gi dating bleh kaki terseliuh. Tapi, takleh caya jugak. Pastu, tiap malam jumaat mesti gi kenduri yasin (ni memang ada surat jemputan. alibi bleh tanya jejiran). Haiii... kalau dah curiga tuh, macam2 difikirkan.

Lagi, bila masa abang jumpa, siap gi rumah? Rumah apa? Rumah kuarge ke rumah bujang? Abang dah jumpa femli ke? Nak ajak kawin ke? Takkan lah sebegitu advance? Tah2 abang dah cakap ngan pil time derang gi KT arituh. Tah2 pil dah setuju. Wah! Jauh sungguh fikiran aku merewang.

Abang sampai kul 10am. Aku turun, masuk kancil, terus meraung.

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! (agaknya apa yang dia pikir ek?)

Tadi ada orang telefon.

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Dia cakap gelfren abang.

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

(Agak2, apa jawapan dia?)

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Lorrr... komfem la makcik tuh. Mana ada gelfren2. Aritu dia ada call gak, ajak kawin la bla bla bla bla

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Betul?

Betul.

Sumpah? (first time aku guna perkataan nih. ingat nak sambung, lillahi? wabillahi?)

Sumpah.

Ok, dah. Ayang ada kelas nih. Malu ar nak gi kelas (mata merah hidung merah).

Pagi ini, aku rasa ada sebuah backhoe telah cuba merobohkan sebuah masjid yang dibina sehari sebelum tsunami. Sanggup dia bersusah2 mencari nombor telefon edtec ni dan mencari aku. Agaknya dia nampak kat bunting or banner open day arituh kot. Kan banyak gak derang gantung kat parit raja tuh. Giler desperate ar makcik gedik tuh. Huh!

p/s Kena tukar nombor telefon jugak la...

Tuesday 14 April 2009

Kepenatan 3

Opsss! Saper kater kepenatan aku berakhir di situ? Semalam aku berjalan lagi. Kali ni pergi ke melaka pulak. Ada open da jugak. Tapi disertai dengan jtm robot challenge sekali. Bahagian aku ada antar 1 team. Nak jugak aku tengok apa yang derang buat sampai tak tido bermalam2 dan tak masuk kelas tuh.

Kami pergi satu bas. 20 orang budak aku, 20 lagi budak ie. Pengajar yang ikut, aku, kak marina dan aisyah. Sebab sumer pempuan, tu yang aku ikut tuh. Sampai sana, betul2 menteri sampai. terus masuk dewan perasmian. Wah! Gimik bunga api meletup2 lagi. Hehehe tapi takleh lawan gimik kami ari sabtu lepas. Rahsia.

Lepas rasmi, terus bermula pertandingan peringkat kumpulan. Kira liga lah nih. Asik tak lepas je naik kargo tuh, cemana nak ketuk gong? Huhahuha, kami balik sebelum abis perlawanan. Tapi team ie dapat masuk ke peringkat seterusnya hari nih. So, kiter doakan saje lah.

Time balik tu, hujan pulak. Bebudak pulak lum makan. Dusy dusy. Derang ni betul la macam budak2. Hehe memang budak pun. Tak geti nak cari makan sendiri. So, terpaksa lah bas berenti makan. Tak nak pulak makan kat rnr. Sudahnya, bas masuk bandar melaka dan berenti kat dataran pahlawan. Kami pon makan la sekali kat bazaar depan muzium samudera tuh. Sempat lah jugak masuk plaza apa ke namanya kat dataran pahlawan tuh.

Abis makan, bas nak lalu jalan dalam jek. Adoi laaaaaaaaa. Aku dah penat gilos nih. Berenti lagi kat masjid depan sekolah tengku mahkota ke haper nama nya tah. Sampai opis dah kul 9pm. Sampai rumah lebih kurang 9.45pm, isi minyak dulu.

Malam tadi, dalam tido, dah terasa2 tekak perit. Bangun pagi terus minum air asam. Dah kurang peritnya, tapi sekarang dah mula demam. Aku ni kalau demam sensorang, mula lah nak nangis je. Macam sebatang kara gitu. Huhuhu over betul. Esok mc kot. Babai.

p/s kepenatan 4 : weekend nih sambung jalan lagi. kali ni, selandar melaka pulak. Adoiiiii!!!!!

Kepenatan 2

Hari rabu, cuti plak. Syukur Alhamdulillah. Sempat ler nak meluruskan kaki jap. Sarapan pon sate lebih malam tadik. Dah kul 2pm, lapar balik. Tak larat nak masak. So, kami keluar lah ke bp. Lagi pon, nak gi opis jap, ada benda tinggal. Seperti biasa, makan kat bukit pasir. Jumpa plak ngan bos dan kawan yang gi kl semalam. Derang pon makan kat situ lepas soping hamper. Selesai makan, terus gi opis dan balik.

Hari khamis, meeting lagi. Semalam tu meeting peringkat penganjur, kali ni peringkat kami plak. Banyak perubahan di saat akhir. Sampai ke petang aku duk kat pusat sumber.

Jumaat pagi, kerja2 sebenar dah berjalan. Kulu kilir sampai rehat panjang ari jumaat pon leh terlupa. Petang lepas opis, aku ikut kawan balik umah dia. Kuarters dalam tuh je. Seprais! Rumah dia ialah rumah yayu dulu hihihi.

Lepas isyak, pegi pusat sumber lagi. Malam ni baru bos besar datang. Baru balik dari kursus katanya. Aku kasik draf kata aluan kat dia. Memang tu pon tujuan aku stay back tuh. Lantak ler dia nak edit ke hape kan. Aku pon berharap dia ubah banyak2. Malu arrr ayat aku tah paper tah. Settle semua kul 11pm baru aku balik. Letey nyer...

Esok pepagi kul 7 aku dah kuar. Kemain awal lagi. Kalau lah aku leh komited sebegitu pada rumahtangga. Ewahhh.

Dan hari sabtu berjalan dengan lancar walau pon timbalan menteri merajuk takmo rasmikan selepas tidak di lantik semula ke dalam kabinet dapor najib. Last2, yb adun je lah rasmikan. Boleh la, daripada takde kan. Masalah jugak biler kiter dah jemput orang yang di bawah, kalo tak jadik, takleh jadikan orang di atas sebagai bidan terjun. Hmmm wrong time la pulak kan. Apa2 pun, segalanya sudah selesai. Dan aku balik ke rumah pada jam 5pm walau pon banyak benda nak dikemas. Aku dah nak pengsan. Chairman lagi lah, terus mc semalam.

Tapiiii kepenatan ku tak habis di situ. Sampai rumah, femli in law dah sampai. I'm sori! Tak dapat nak layan. Sibbaik derang dah bawak lauk siap2. Tinggal panaskan jek.

Hari ahad adalah hari ganti tido sedunia. Derang bertolak lebih kurang kul 11am. Aku bangun kul baper? Teka lah sendiri. Agak2 sempat aku tengok meehun goreng dah siap masak dan makan, ngan ayam dan sotong dah siap disiang. Ewah... suami ku tinggalkan aku ngan stok ayam dan sotong lagi. Stok petrol lupa plak ek.

Lepas brunch, aku pon kemas rumah. Vakum dan mop. Larat lagi tuh. Selesai tuh, aku layan tv sampai tertido. Sedar2, dah petang hikhikhik. Aku di sorga kah?

Malam baru lah aku mengiron baju sambil layan abpbh. Ikut kan ati, takmo aku iron baju suami ku. Sebabnya, dia bleh shut down laptop yang aku simpan stok blog nak baca kat rumah? Heee nak ngamuk je. Alerrr kan aku takde broadband, waima streamyx kat rumah. So, kalau tak sempat baca kat opis aku, klik je sumer, kendian terus tutup. Balik rumah leh sambung baca. Dah cenggini, terus takde mood. Sebab tu aku tertido petang tuh. Huhuhu alasan. Tapi aku iron lah jugak. Kata dah banyak dosa ngan suami kan hihi.

Kepenatan 1

Dalam dunia ni, perkara last minute adalah biasa. Saper yang tak pernah wat assignment last minute time belajar dulu. Tah2 hantar pon lepas due date kan. Sama lah juga ngan pekerjaan. Nama pon manusia. Bos ke, ceo ke, mereka tu sumer kan manusia. Cuma tinggal, manusia biasa ke, luar biasa je.

Perkara seperti di banner bagwah tu dijangkakan akan berlangsung pada bulan mei ini. Memang kami dah buat meeting awal pon. Tapi, tiba2, 3 minggu sebelum minggu lepas, baru lah diberitahu bahawa ianya akan diawalkan sebulan. Bermakna, lagi 3 minggu. Dan, menambahkan kesulitan, ianya akan berlangsung dengan kerjasama 6 pihak. Rasanya, kalau buat sendiri2, takde la terlalu sukar. Masing2 pulak ada yang nak lebih menonjol sebab dia wat paper work. Ada yang nak diberi kelebihan kerana mengeluarkan lebih bajet lebih besar. Macam2.

Bermula dari situ, aku mula kulu kilir. EsYu lah katakan. Kekadang, kelas pon bleh tuang sebab kena gi meeting. Takpe, kj aku pon yang jadi chairman nyer. Ehhh aku bukan mengampu ok. Memang dia yang suruh.

Hari Isnin lepas balik dari kampung minggu lepas, pepagi lagi bos dah ajak gi meeting. Adoi laaa. Aku bukan tak nak pegi, tapi aku penat lorrr. Kengkonon lepas urut bleh rasa lega. Rupanya sebagai persediaan untuk di drill lagi.

Oleh kerana meeting di damansara, kami terpaksa bertolak petang nih. So, tengahari tuh aku balik rumah kemas2 baju. Siap suh abang balik sekejap untuk hi hi bye bye. Petang tu, lepas opis, tunggu sorang lagi plak bersiap. Kul 6pm baru kami bergerak. Oh! Aku tak suka duduk seat belakang sebuah kereta. Sebab takleh nak adjust darjah kecondongan. Akibatnya, aku pening sepanjang perjalanan. AH jugak yang best hihi. Sampai kl lebih kurang jam 9pm. Melojing di rumah kakak bos kat jalan kelang lama. Lepas angkut beg, terus turun bawah, carik makan. sibbaik sedap. Aku order mee goreng basah. Banyak giler. Tapi, aku makan sampai licin. Dah bais makan, baru nyesal, eh, perut dah penuh, takleh nak jalan.

Naik rumah semula, layan tuan rumah. Eh, tuan rumah layan la. Peramah betul akak tuh. Sampai aku dah tarik selimut pon dia bercakap lagi. Biasa la tu kot. Aku je yang rasa dia peramah sebab aku tak.

Besok pagi2, kul 6 lagi dah bangun. Kengkonon taknak harung jem. Tapi, kul 7 lebih gak baru gerak. Memula anto akak tu dulu kat tnb. Sibbaik tau jalan short cut. Tiba2 je keluar dekat2 angkasapuri, tempat ila duduk time praktikal arituh. Jalan ok je, tak jem pon.

Lepas anto, kuar jalan bangsar. Setahu aku pusat bandar damansara nih dekat2 simpang bangsar yang turun bukit tuh. Tapi, abang bos plak tunjuk jalan duta. Dia ingat kat koompleks kerajaan jaaln duta sana. Sudahnya, kami masuk mahameru dankuar kat jalan damansara. Lalu depan rumah orang la pulak. Sibbaik banyak kereta, bleh follow.

Kuar2, terus jumpa stesen minyak. Dekat2 ngan ptptpu. Aku hapal jalan ptptpu tuh. Dulu, asal lambat masuk duit, situ lah yang kami serbu. Ehhh bukan lambat sikit, dah nak abis semester tau. Hihihi brutal jek. Sekali tiba time nak bayar, senyap jek. Ehhh tak tak. Aku bayar ok.

Pastu, kami terus menuju ke bangunan melengkung. Setahu aku dulu kat situ lah kementerian pendidikan. Dah sampai situ, terlajak exit plak. Nampak ramai orang nak masuk parking, kami pon ngikut jek. Terjumpa plak universiti eh, lupa plak uni apa. Tengok lain macam jek, kami kuar balik. Ok, tu salah aku. Sibbaik tak kena bayo sebab tak sempat pon ambik kad parking tuh. Kuar balik, kami terus ke bukit damansara. Adoiyaiii ni dah ke mana2 plak tah. Ooo sinilah kot rumah anwar ek. Sampai kat lot perniagaan, kami berenti. Orang yang dicari tak angkat call plak. Bleh? Dia call balik guna phone opis. Hampagas tul. Kedekut.

So, kami patah balik dan berjumpa ngan exit pusat bandar damansara. Aku membayangkan pusat bandar tu macam tempat tadi tu lah, yang ada lot2 perniagaan kan. Rupanya ia terletak di celah2 bangunan kerajaan tersebut. Macam2 ada di situ. Kira macam pusat bandar la jugak hihihi.

Dah sampai, cari parking. Pusing punya pusing, rupanya parking visitor terletak di kasta terbawah bangunan tersebut. Pas park, kami gi makan dulu. Baru je kami bukak bungkusan nasik lemak mamak tuh, mamat tadi call, sarapan ada kat atas ek. Cis cis lambat sesaat. Kendian kami pon naik. Sedang2 elok je on time.

Selesai meeting, ada keje plak. Tunggu lah sekejap kat sana. Lagi pon lunch disediakan. Awal lagi. Lebih kurang kul 2pm, kami pon beransur pulang. Nak terus balik ker? Sorang ni harap je orang kl, tapi jalan kl pon tak hapal. Dah sampai situ, memang elok la kan, jajahan takluk aku kan. Nak gi ikea tak? Saya tau jalan. Jommm terus.

Sampai ikea, terus jenjalan showroom. Rugi plak buang masa kat situ. Patut terus je ke market hall ek? Brung breng brung brang, kul 4.30pm baru lah kami keluar. Ooo kalo beli barang, parking free. Ingat tuh. Banyak gak bos aku memborong. Almaklum lah... nak masuk rumah baru. Setaman ngan kak yus tau.

Dari situ, kami straight ke nkve dan elite. Selamat jalan kuala lumpur. Sampai opis kul 9.30pm dan sampai rumah kul 10pm. Alamak, terlajak plak ke parit kemang. Kalau malam aku tak kisah lalu parit karjo tuh. Ok je nak lintas. Sibbaik esok cuti besdei sultan. Huh!

Mertua vs Menantu

Saper tengok citer nih angkat tangan. Saya! Saya! Saya! Minggu ni finale kan? Tak sabar nak tengok. Ni aku nak citer pasal aku la, bukan pasal drama tuh. Aku rasa cam nak demam, tapi buku klinik takde plak, kena la tunggu ah balik. Adoiiiiiii tak nak demam laaaaa...

Tinggalkan aku sensorang kat rumah, tu dah satu kesalahan. Ditinggalkan pulak dengan kete kancil yang takde minyak, dah kesalahan kedua. Ditambahkan lagi dengan lampu belakang belah kanan yang tak menyala, dah salah nombor 3. Cemana aku tak merajuk? Oh tidak, aku tak merajuk pon, cuma cari topik nak blogging.

Ok, aku over. Sedey la wei, kiter kat sini gi keje pepenat, dia bleh makan angin pree lagi. Ni bukan cite pasal dubai lor. Citer tu dah tamat dan aku sudah kembali normal (sebelum nih tak dapat terima hakikat suami ku balik dengan beberapa ketul fm dan keychain sahaja huhuhu).

Citer pasal makan angin free ni aku tak kisah sangat, sebab aku sendiri yang takmo ikut. Cemana nak mintak cuti tanpa pengganti? Ok, keje aku memang poyo. Nak cuti, kena cari pengganti kelas. Nyampah. Tapi alasan tak dapat cuti tu sebenarnya hanyalah untuk mengaburi pihak lawan sahaja. Eh, bukan lawan la. Pihak tertentu. Memang patut pon aku ambik cuti selepas 3 minggu berturut2 aku keje macam nak pengsan. Ni dah rasa dedor dedor dah nih. Tekak dah perit. Kj aku takde la kejam beno sampai tak mo approve cuti. Selalu pon aku cuti dulu baru dia approve. Cuma nya, aku ada sebab lain untuk tidak turut serta.

Time abang tanya aku, boleh ambik cuti tak 13 ngan 14 haribulan nih, aku ya kan ajer. Kalau tak dapat pon, dia bleh pegi sensorang kan. Tetapi, biler balik kampung last week, si suami itu mengajak ibu bapa dan adik beradik beliau untuk menyertai rombongan tersebut, aku dah pon menetapkan pendirian. Tak nak ikottt!!!

Ehhh aku takde gaduh2 ngan femli in law lah. Ok jek sebenarnya. Cumanya, aku rela mengundur diri, daripada memakan hati dikemudian hari. Orang nak jenjalan hepi2. Dah lah aku ni susah nak sorok muka kalau dah muncung tuh. Lebih baik aku tak tahu, daripada memburukkan keadaan. Aku mengambil iktibar dari trip kami ke sabak bernam arituh. Harap2 suami ku faham. Aku tau dia kenal aku.

Alerrr... aku ni bukan boleh derang lebih2 nih. Sebagai contoh, kalau kami berdua pegi taman tamadun islam misalnya, aku akan cakap, mahal nyerrr bayaran masuk diaaa. Seploh hengget sorang? Deiii seploh hengget pon berkira ker? Bukan gitu, maksudnya, aku memang takkan belanja kat tempat2 yang aku rasa tak berbaloi cenggitu walau pon aku tau dia baru dapat claim yang sepatutnya dibuat loteng bilik tengah ituh kuikuikui. Apa kata, kalo aku ikut nanti, derang sumer beramai2 nak masuk gak? Kalau aku sorang, bleh la aku psycho dia soal pembaziran bla bla bla kan. Kalau dah reramai, tambah plak pil lagi, isy isy isy elok lah aku tak ikut. Lagi pulak, aku kan jenis cheap skate punyer orang kan. Kalo jenjalan mesti carik hotel memurah punyer. Takkan bawak mak pak nak kasi duk bilik takde tingkap yang macam tempat berom*n kan? Banyak lagi contoh sebenarnya, tapi, takmo lah aku membuka pekung di dada terlebih2 sangat kan hihihi.

Yang penting sekarang, korang nak pegi mana pon, pegi lah, janji aku tak nampak dan tak tau. Bior lah dia nak berenjoy2an dengan mak pak dia. Dulu kan abis belajar, suami ku terus kompol duit nak kawin kan. Tak sempat nak merasa jenjalan2 gitu ngan femli. Lagi pon, aku dah puas gi kt tuh. Apa je yang ada pon. Balik2 pasar payang, keropok losong, masjid kristal. Lain la kalo kb ke, penang ke, langkawi ke, london paris new york ke kan hikhikhik. Takpe, bulan depan kiter gi lagi ek. Harap2 aku dah sihat.

Ok tak alasan aku nih? Sibbaik ada alasan ’cuti’ tuh, takde lah nampak menantu hantu sangat ek? Hihihi...

p/s eh, trailer arituh pon aku tak abis cover lagi ek? pasni nak cite pasal kepenatan ku.

Saturday 11 April 2009

Jemput Datang Ek Uolsss...

*Sticky Mode*

Friday 10 April 2009

Lupa Plak

Lupa plak aku. Ari Jumaat tu kan aku balik kampung bersebab kan. Petang jumaat tuh, kami pergi pejabat at5. Dah lama nak mulakan, tapi tak mula2. Cemana nak kayer, kan? So, ini lah masa nya. Memula gi tanya2 kekdah nyer jek. Kendian pegi meibenk. Jangan tak tau, kampung aku ada meibenk tau. Satu2 nyer kampung yang ada meibenk dalam area tuh. Kedai sebelah bank tu kitorang panggil, kedai sebelah bank. Senang. Ko potostet kat maner? Kedai sebelah bank. Gitu lah.

Kebetulan pulak pegawai at5 tadik cakap dia leh uruskan sekali untuk suami ku, walau pon kampung kami lelain. Lagi pon kena hantar ke kl jugak. So, kami masukkan duit asing2. Aku nyer masuk akaun femli pak sepan, abang punyer masuk akaun femli pak asim. Rupanya, walaupon kiter guna nama sendiri sebagai pemilik sijil, tapi jumlah pelaburan dikira mengikut femli. Satu femli maksimum 250k sahaja. So, kalo adik beradik sikit tu, bleh la beli banyak2, tapi kalau femli ramai, sorang sikit je lah. Sebelum yang ramai tu ambik bahagian, baik aku start dulu hihihi.

Alaaa takde lah besar sangat dividen dia. Tahun lepas 'baru' 16%. Mana nak lawan bank rakyat kan. Sekarang ekonomi merudum, tak tau lah. Biarkan lah duit tu bekerja untuk kiter. Good luck! Tiba2.

Pegawai tu ada cakap gak, kat kampung aku, dah ramai yang dah penuh, bermakna 250k sefemli. Kayo2 gak orang kampung aku ek?

Apa Berlaku Minggu Lepas?

Yu, ni bantal untuk nyusukan adik nurin hihihi

Sungguh lah lama tak dapat update. Korang tengok je lah entry kat atas tuh. Faham2 sendiri lah ek.


Jom kiter flash back cerita balik kampong arituh. Aku ni kan jenis si tanggang kan. Susah beno nak ajak abang balik kampung. Most of the time, abang yang ajak, dan aku mengikut. Aku ni bukan apa, kan aku pernah cakap, aku tak suka balik weekend sebab sekejap sangat. Tak sempat nak balik 2-2 rumah. Memang lah sempat, cuma sekejap2 la. Tak suker ok. Yang komfem nyer, umah mil la yang lebih lama. Umah aku mesti 2-3 jam je, buat ada2. Lagi aku tak suker. Kalau nak balik, at least cuti 3 hari. Samada ambik cuti, atau pon, cuti umum yang panjang. Saper kata kawin dekat2 ni best?


Ok, berbalik ke tajuk aku mengajak balik kampung tadi, ni lagi satu kes ngengada. Kalau aku yang ajak, mesti lah aku nak balik umah aku lebih kan. Balik bulan lepas pon tak tido umah aku. Apa kes aku nak ajak balik, tapi balik umah mil? Huh!


Oleh kerana aku dah ambik cuti ari jumaat, so, khamis malam jumaat tu takde lah aku kelam kabut nak bergerak. Rilek dulu. Pepagi jumaat tu, aku bangun macam nak gi keje. Wah! Keajaiban dunia nombor 8 tuh. Memula gi opis abang dulu. Semangat betul. Almaklum, bab claim meng claim ni jangan malas hihihi.


Lepas tu, kami singgah sarap kat kompleks. Dah tak meriah dah tempat tu sejak pasar baru dah bukak. Kedai lontong pon tutup. So, makan roti je lah. Selesai makan, terus lah balik kampung. Best nyerrr balik kota pada hari jumaat. Macam2 urusan rasmi boleh dilakukan. Memula singgah bank islam. Kebetulan bank islam tu dah pindah kat tempat baru, selepas banjir arituh. Sebelah bank tu, ada mahkamah syariah. Isy, dah ler kami parking depan mahkamah tuh, ari jumaat plak. Macam ada kes jek. Selisih!


Selesai kat situ, gi meibenk ngan tabung haji. Alerrr ramai plak orang kat tabung. Lain kali je lah. Pastu pergi kipmart plak. Kan aku dah jatuh cinta ngan kipmart kan. Pusing punya pusing, akhirnya terbeli penutup kukus ngan ketam. Best2.


Sampai semenchu lebih kurang kul 1pm. Abang terus gi jumaat, aku plak ermmm wat pe ek? Lupa dah. Buat dek je kot. Malam baru masak lemak ketam. Sedap nyerrr...


Sabtu pagi, mil pegi mengaji cam arituh. Kali ni dah janji, suh dia tunggu kat masjid lepas abis ngaji nanti. Lepas masak lunch, kami beramai2 mengosongkan rumah dan pergi kota. Lagi. Sampai kat masjid, non ado mak umi nyer. Mana plak pegi nyer? Try carik kat taxi stand, pusing 2-3 kali, pon takde. Last2 tinggalkan adik2 kat bandar, kami pegi masjid semula. Komfem takde. Patah balik ke bandar, derang jumpa mak kat kedai kemboja. Pergh! Kedai kain tu beb. Silap haribulan memang melayang ler seratus dua ni kang. Mentara mil soping ngan geng2 nyer, aku pon soping jugak ler. Takkan nak tengok je kain tu melayang2 ditiup angin kan hihihi. Tapi kali ni dapat mengontrol napsu. Beli selai jek. Banyak dah baju raya aku.


Selesai memborong kain, kami pon balik. Singgah beli putu bambu ngan air tebu kat simpang trafik lite. Sampai rumah, terus panaskan balik lauk dan makan. Malam lepas maghrib, kami pegi mengurut. Kami tu pegi je, tapi yang diurut aku sorang jek. Best nyer. Eh, cop cop. Aku urut tu ari jumaat malam sabtu lah. Hahaha salah plak.

Petang sabtu tu sebenarnya kami gi umah kak long, pasangkan printer yang kami belikan kat kota pagi tuh. Lama la pulak menginstall driver dia. Apa tak nya, pc kak long tu banyak digunakan untuk tulisan arabic, so tah kat mana dia setting default ke haper, kuar arahan nak install tu dalam bahasa arab. Ambik ko! Sibbaik ada la perkataan2 cam na’am, la dll lagi yang biasa jumpa. Kot la ada junjumatun ke, raksun ke, ainun ke, paham la jugak kan. Sibbaik window print tu sumer kuar english cam biasa. Tapi kalo nak guna scanner or photo copy, memang kuar arab. Sudahnya, guna sebagai printer jer lah, mentara nak belajar bahse arab tu huhuhu.


Ingat lepas siap pasang printer tu nak terus gi tanjung balau. Tengok jam dah kul 6.20pm. Congak2 lebih kurang, pergi lah jugak. Nak pegi biler lagi? Malam ni nak balik at5 plak. Sampai2 sana, kena parking jauh lah jugak. Lerrrrrrrr ingat perasmian tu pagi tadi, rupanya malam nih. Actually ada water festival kat situ. Tengku Yem yang nak rasmikan malam nih. Sampai2 tu je, terus jenjalan kat tapak jualan. Tak jadik nak berkelah sambil makan pelam. Ada plak tempat pemeriksaan kesihatan. Kami pon try lah. Feh! Lega. Sihat walafiat. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! Berat aku 42.4kg okeh. Gemokkkkkkkk!!! Yang best tu, aku telah mencapai bmi ideal! 18-25 kan ideal kan. Aku nyer 18 hihihi. Kerrr scale tu rosak ek? Tak pernah aku seberat itu. Tapi memang la suar jeans aku dah ketat sket. Betul lah tu. Tekanan darah dan gula sumer ok.

Time ni dah nak balik. TMJ ni cargas tul. Ari isnin lepas dia gi rasmi ilp mersing. Ari ni rasmi pesta air plak

Zoom Malaysia, banyak lagi untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. pas nih azalina dah tak pegang tourism, tak tau la apa jadik ngan tanjung balau ngan desaru nih

Pastu kami pon balik dengan laju. Sibbaik sampai rumah sebelum kul 8pm. Sebenarnya ada konsert lepas perasmian tuh. Ada mawi, senario, kak melah (alerrr ruginya tak pegi), sape lagi ek? Lupa plak. (Mala gi ngan adik ngan akim ngan wana). Lepas mandi dan solat, kami terus balik at5. Sampai rumah2 tepat2 af nak start. Konon nak seprais, merasalah takde lauk. Mak masakkan telur dadar. Aku baru je goreng telur dadar kat umah mil tengahari tadi. Tapi, telur dadar mak memang sedap. Banyak gak aku makan. Aku cakap kat abang, jarang benar aku makan masakan mil. Salu nya aku masak, atau biras2, kakak2 atau adik2 ipar yang masak. Tak ke tak best tuh? Balik at5 baru bleh makan masakan orang tua.


Sambil makan sambil dengar2 af. Tak tengok time aishah ngan qhaud. Tapi time qhaud ulang tu tengok la. Baru lepas perform dah lupa lirik. Apa da. Konon suh dia ulang tu untuk kasik undi. Tah2 makin orang tak undi. Yang tak best nyer, dua-dua gegirl dah kuar. Baru lepas kena puji, dah kena balik kampong tanam jagung. Camno?


Esok pagi plak, mak goreng mihun putih ngan wat jemput2 panas. Tengok rupa macam bukan jejemput, tapi rasa macam jejemput. Rupanya panjang dan kurus. Macam ontok2 sikit rupanya, tapi lebih kurus. Lembut macam keropok lekor. Cicah plak ngan sambal segera made by mak siti. Dah lama tak makan sambal cenggitu.


Lepas sarap, along ngan mala ajak gi papan timur. Nak jumpa nenek. Dengar nyer, dia ni pendamping. First time aku dengar perkataan pendamping ni digunakan ke atas seorang nenek. Kalo lagu cinta ada lah kot. Citer nyer lagi, nenek ni boleh tau apa dalam hati kiter. Dah... tak pepasal takleh berkata2 dalam hati. Baca selawat je lah sepanjang berada di rumah beliau. Kot2 dia tau aku kata langsir dia cantik hihihi. Along nak ambik air untuk sakit kaki dia. Katanya dia ada arthritis, dah ok, sekali dia pi minum madu apa tah ada habatusauda bagai, berlawan plak ngan ubat spital. Tu yang jadik sakit datang semula tuh. Sekali pikir macam ngeri plak mintak2 air nih. Tapi bila difikirkan balik, orang salu gi darussyifak tu, mintak air jugak. Ok kot.


Sampai kat sana, ada 2 customer jek. Sebelum sampai tu singgah kedai depan smbm, beli air mineral. Tunggu la sekejap. Tiba turn kami, ek eleh... nenek ke nih? Muda belia je aku nengok. Huhahuha, dia suh datang time 2nd day period. Nak tengok telor sape yang pecah (?) Pastu dia baca2 air sket dan memberi sedikit hasil telekan beliau. Ooo ok. Lenkali datang lagi ek. Wah! Macam2 berlaku dalam 3 hari. Jumpa nenek, tukang urut, pesta air.

Tengahari mak masak nasik ayam. Best2. Lepas makan dan zuhur, kami pon balik. Gi semenchu dulu, ambik sapit. Bengang betul la. Asik nak kena anto balik jek. Bukan nak naik bas. Jauh tau tak nak pusing pontian tuh. Orang dah penat nak keje esok. Dusy!


Eh, penat lah nak cite. Sampai rumah kul 7.30pm. Sekian dulu.



Thursday 2 April 2009

Foto - Foto Sahaja

Sorry! Aku nak balik kampung. Jap gi nak bertolak. Ni kat opis abang, update antivirus plus update blog sekali. Saje ambik cuti untuk menjadi kaya sedikit hihihi. Ada misi kat kampung. Kepada yang berjaya dalam peraduan, saya akan umumkan pemenang pada minggu depan ya. Tata!


Inilah rupa steamer pau pesta. Sejak aku post pasal pau pesta tu, banyak plak gerai baru yang aku jumpa. Selama ni tak nampak pon.

Papan iklan dia. Nampak benda ni, cecepat bagi signal okeh?


Giler ah! Minggu lepas, keje aku asik mandang kiri kanan jalan je, mencarik pokok nih. Nah! Banyak gambar dia aku ambik.

Lagi

Lagi. Ni tak nampak sangat sebab dia berderet dan ambik dari dekat

Eh, ni yang pokok besar belakang tu tau, bukan yang depan
Actually ada banyak lagi tapi ni je yang berjaya di upload oleh suamiku.
p/s alamak! gambar pau dah terdelete. tapi tak penting ar. gambar pau je pon.

Wednesday 1 April 2009

11,111 hits

This is STICKY! Entry baru di bawah entry ini ya. Dah 11k tuh. Mungkin hari ini atau esok ya.

Diam tak diam, bising tak bising, counter kat tepi tu dah cecah 10k, kan? Kalau tengok pada komen, macam aku sorang je yang baca entry dalam blog nih hihihi. Mungkin orang tak tau nak komen apa kat entry aku.

Satu, mungkin perkara tu uncommentable (ada ke perkataan nih?). Dua, ala... dia ni tak pernah pon komen kat blog aku, kosserrr ar nak komen kat blog dia plak. Tiga, takut ar nak komen sebab takut dia terasa dan kecik ati. Sebabnya, entry dia nih sungguh tak bagus, tak senonoh dan kutukable (faham kan?) lah. Contoh macam entry mogok tu la. Tah pape la minah ni. Dan keempat, ni memang sebab kenapa aku tak komen kat blog orang iaitu, apa nak komen ek? So, oleh kerana sikap ini, aku tak kisah pon korang tak komen pape. Cukup la korang tolong klik eklan nuffnang tuh jek hehehe. I terharu tau.

Tapi aku tau, ada orang yang komen kat blog orang untuk mendapat balasan. Tapi aku tak begitu. Aku komen kerana terpanggil untuk komen. Ikut isu. Kalau rasa tak de komen, amat jarang sekali aku tinggal jejak.

(Aku juga ada masalah menjawab komen orang. Bukan takde masa atau takde kesempatan. Entry panjang2 bleh tulis, komen pendek pon takleh nak balas. Sebenarnya, aku pon tak tau nak jawab apa. Ayat penyata plak tuh. Sebab tu kekadang aku tak balas atau lambat balas.)

Cukup lah kalau aku tau korang rajin klik blog ni melalui fidjit yang kengkadang mengarut2 tuh. Okeh? Jangan kecik ati tau kalau aku tak komen blog korang. Yang pasti, aku akan baca setiap entry yang korang update, sepertimana tertera kat sebelah tuh. Siap refresh tetiap 5 minit tau.

Okeh, bersempena dengan pengakuan ikhlas ini, aku dengan berbesar hatinya nak menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap hits ke 11,111 di blog ini. Sonang yo. Print screen dan tepek kat paint, save dan email ke ayunasia@yahoo.com. Sorang je ek. Hadiahnya, ermmm apa ek, kena kasik hadiah dalam bentuk material, baru orang excited, kan? Hadiah misteri la ek? Paling lekeh pon, fridge magnet dubai jek la. Plus lain2. Sekali dalam 5 tahun nih. Alaaa lambat lagi. Kurang2 2-3 bulan nak cecah 11k tuh. So, harap bersabar.