This is STICKY! Entry baru di bawah entry ini ya. Dah 11k tuh. Mungkin hari ini atau esok ya.
Diam tak diam, bising tak bising, counter kat tepi tu dah cecah 10k, kan? Kalau tengok pada komen, macam aku sorang je yang baca entry dalam blog nih hihihi. Mungkin orang tak tau nak komen apa kat entry aku.
Satu, mungkin perkara tu uncommentable (ada ke perkataan nih?). Dua, ala... dia ni tak pernah pon komen kat blog aku, kosserrr ar nak komen kat blog dia plak. Tiga, takut ar nak komen sebab takut dia terasa dan kecik ati. Sebabnya, entry dia nih sungguh tak bagus, tak senonoh dan kutukable (faham kan?) lah. Contoh macam entry mogok tu la. Tah pape la minah ni. Dan keempat, ni memang sebab kenapa aku tak komen kat blog orang iaitu, apa nak komen ek? So, oleh kerana sikap ini, aku tak kisah pon korang tak komen pape. Cukup la korang tolong klik eklan nuffnang tuh jek hehehe. I terharu tau.
Tapi aku tau, ada orang yang komen kat blog orang untuk mendapat balasan. Tapi aku tak begitu. Aku komen kerana terpanggil untuk komen. Ikut isu. Kalau rasa tak de komen, amat jarang sekali aku tinggal jejak.
(Aku juga ada masalah menjawab komen orang. Bukan takde masa atau takde kesempatan. Entry panjang2 bleh tulis, komen pendek pon takleh nak balas. Sebenarnya, aku pon tak tau nak jawab apa. Ayat penyata plak tuh. Sebab tu kekadang aku tak balas atau lambat balas.)
Cukup lah kalau aku tau korang rajin klik blog ni melalui fidjit yang kengkadang mengarut2 tuh. Okeh? Jangan kecik ati tau kalau aku tak komen blog korang. Yang pasti, aku akan baca setiap entry yang korang update, sepertimana tertera kat sebelah tuh. Siap refresh tetiap 5 minit tau.
Okeh, bersempena dengan pengakuan ikhlas ini, aku dengan berbesar hatinya nak menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap hits ke 11,111 di blog ini. Sonang yo. Print screen dan tepek kat paint, save dan email ke ayunasia@yahoo.com. Sorang je ek. Hadiahnya, ermmm apa ek, kena kasik hadiah dalam bentuk material, baru orang excited, kan? Hadiah misteri la ek? Paling lekeh pon, fridge magnet dubai jek la. Plus lain2. Sekali dalam 5 tahun nih. Alaaa lambat lagi. Kurang2 2-3 bulan nak cecah 11k tuh. So, harap bersabar.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment