Pagi ni ada assembly. Dah 3 kali kot aku tak pegi sebab derang salu buat ari jumaat, dan ari jumaat aku ada kelas kul 8am. Akibatnya, aku tak berapa kenal orang2 baru dan tak tau la pulak saper yang berpindah.
Kali ni public speaking disampaikan oleh kb pembuatan. Dia citer pasal manusia, iaitu terdiri daripada 2 unsur; jasad dan roh. Ok lah, boleh tahan la isi dia. Ada citer pasal kejadian jasad dan roh, makanan jasad dan roh serta ubat jasad dan roh.
Antara penjelasan beliau, jasad manusia dicipta di dunia. Dan kejadiannya melibatkan semua unsur2 dunia seperti matahari, bulan, udara, awan, bintang, air tanah dan sebagainya. Dari unsur2 itu lah hidupnya tumbuh2an dan haiwan yang menjadi makanan manusia, seterusnya menjadikan manusia itu hidup dan beranak pinak. Oleh kerana jasad ini diciptakan di dunia, makanan untuk jasad juga adalah dari unsur2 dunia lah juga seperti nasi beriani, sayur kailan ikan masin, kambing bakar, ikan terubuk goreng dan lain2.
Sementara roh pulak diciptakan di langit ke 7. Eh, ingat tak lagi saripah zarina yang langit ke 7 tuh? Kan ke dalam lagu tu dia ingat lelaki itu cam auta jer, cemana nak buat mahligai di langit ke 7, kan? Padahal, mamat tu sebenarnya nak cakap, kalau kau jadi isteri aku, aku akan didik kau menjadi isteri solehah sehingga kau akan dimasukkan ke syurga dan di situ lah mahligai itu akan terbina. Ewah... ok sambung balik. Oleh kerana tempat kejadiannya berbeza, maka makanan nyer juga tentulah berbeza. Analogi yang diberi, roh itu umpama kuda dan jasad itu penunggang kuda. Kalau mereka datang umah kiter, mesti kiter bawak masuk penunggang kuda tu ke dalam rumah dan jamu ngan ayam percik, ice lemon tea dan sebagainya kan? Kuda tu pulak, kiter tarik masuk kandang kuda, kasik makan rumput kering. Kira kiter lebih mementingkan jasad jer kan? Kira tu dah terbalik la. Sepatutnya, kuda tu yang lebih kita utamakan. Dalam konteks ni, roh yang lebih penting di beri perhatian.
Seperti jasad, makanan roh mestilah dari unsur yang datang dari tempat ia diciptakan, iaitu langit. Makanan itu ialah perintah2 Allah swt, al Quran, zikir dan sebagainya. Kerana itu, makanan jasad tidak perlu lah over2. Panglima di zaman nabi pun boleh hidup dalam 7 peperangan hanya dengan memakan belalang. Kuat ker? Ada tenaga ker? Mereka boleh menang perang kerana roh mereka kuat. Sebab itu kiter disuruh berpuasa untuk mengimbangi makanan jasad yang terover2 selama ini dengan menambahkan makanan roh pula. Tu pon tak terimbang kot. Buka poser makan banyak jugak. Oh, insaf sekejap. So, korang dah makan belom?
Part ubat tu pulak, dia citer pasal hospital jasad dan hospital roh. Kalau jasad sakit, kiter masuk spital, disuntik dengan vaksin or watsoeber dan diberi makan ubat pil2 segala. Tapi, kalau roh kiter sakit, kiter masuk spital jugak, tetapi spital roh, iaitu masjid or surau. Di situ kiter akan disuntik dengan dakwah dan diubati dengan zikrullah. Insya Allah, sihat semula.
Eh, banyak la lagi yang dia cakap, aku pon dah tak ingat.
Selesai assembly tuh, ada taklimat pasal improvement pitikay. Kira sedang elok la aku dengar tu sebab aku belum pernah ambik exam kan. Kesimpulan yang boleh aku dapat ialah, sebelum nak ambik exam tu, pikir la 888x okeh? Selagi ko rasa tak sedia, takyah ler apply. Bukan setakat exam, siap dengan public speaking, group discussion and presentation, segala bagai lah lagi. Alamat lambat ler aku naik pangkat hukhukhuk. Ni kiupek la punya keje nih. Nak mansuh pitikay sangat, makin susah jadinya. Ada pro and cons jugak lah. Dulu, slogannya, Now, every body can nak pangkat. Sekarang, lu pikir la sendiri!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment