Semalam aku mengambil risiko balik melalui jalan parit karjo. Sebabnya, aku suspect minah tu akan tunggu aku kat mana2 jalan balik aku yang biasa. Tapi, biler dipikirkan balik, kalu dia tunggu pon, apa dia boleh buat? Langgar kete aku? Block aku kat depan? Buat2 kete rosak dan aku turun membantu? Hehehe budus la pulak. Kalau dia langgar, aku langgar dia balik. Kalau dia block kat depan, aku undur je lah. Takkan dia ada escort nak block depan belakang pulak kan? Kalau kete dia rosak, apa aku kisah? Ok, ari ni balik cam biasa je lah. Buang masa je aku menggadai nyawa melintas jalan kluang tuh semalam. Tengok! Aku dah terpengaruh dah. Dusy! kat diri sendiri.
Setakat ni aku yakin dia takkan berani datang ke rumah. Tapi, kalau dah gila tu kan, apa2 pon terjadi. Jadi, sebagai persediaan, aku dah ada plan baekkkkk punya.
Sekali baca komen2 korang, aku terasa macam korang ingat minah tu ialah ex-girlfriend suami ku. Suami ku, boleh tolong jawab tak? Ye lah, kalau ikut pendapat aku, minah tu sebenarnya hanyalah nyamuk di tengah malam. Datang geget kat tangan ko, atau berdesing kat telinga ko, tapi ko tengah nyenyak tido. So, nak picit ke nak tampar ke, memang susah nak kena. Kalau kebetulan kena pon, adoiyaiii sakit pipi ku ditampar oleh diri sendiri. Lebih kurang gitu lah.
Jadi, aku nak highlight kat sini bahawa aku tak pernah berniat nak berjumpa ngan minah tu, 4, 6, 8 atau berapa2 pon bijik mata. Sebabnya,
i) aku tak nak/perlu tau perasaan suami ku kepada dia and vice versa.
ii) aku tak nak dia hepi sakan dan rasa menang sebab berjaya memujuk aku berjumpa dia
iii) seperti yang sedia maklum, aku tak nak hilang pertimbangan sebab apa yang dalam kepala aku sekarang ni, kalau aku jumpa dia kat mana2 pon, memang aku dusy dusy sedas dua kan dia. Jangan tak cayer... aku garang tau. Ingat tu. Hihihi. Eh, aku serius nih.
iv) takde benda yang nak diselesaikan antara aku dengan dia. Nak kata ada hutang, memang la dia hutang separuh bulan deposit sewa rumah, tapi aku dah tak halal kan, dan dia pon buat dek jek. Lagi pon niat dia nak jumpa tu bukan nak bayar hutang pon, sebaliknya nak kena kan aku. Hello, jangan pandang gua sebelah mata beb. Aku ni pendiam, tapi sekali aku bercakap, sendiri mau ingat la. Jangan kata aku tak ingat kan.
v) Aku tak nak ingat muka dia. Sebab nya, aku memang tak kenal dia dan dia pon tak kenal aku. Kiranya kalau jumpa tengah jalan memang tak tau la kecuali aku bersama ngan suami dan kereta lah kot.
Kesimpulannya, errr entah, takde kesimpulan kot. Tapi aku ada berita baik. Suami ku sudah membeli sim kad baru semalam. Balik2 je dari jb semalam, terus dia suh aku bukak pek selkom biru tuh. Hehehe dia suka sangat ngan nombor belakang yang sama ngan nombor kod telco. Kena lah mencari serata kedai. Sibbaik jumpa kat kedai dekat2 sini jugak dan rege pon rege biasa jek. Kalau nombor yang lagi cantik kan mahal sket. Malam ni kiter pulun antar sms nombor baru ek bang?
Maka, satu beban dah terlepas, cuma part telefon opis, tu yang susah tuh. Aku pulak, risau kan orang opis aku terbagi nombor henpon aku kat dia pulak. Dah nampak gaya2 dia suka menyiasat ni kan, jadi, memang tak mustahil la kan. Naik segan plak aku nak buat pengumuman kat kengkawan opis ni supaya mengprivate and confidentialkan nombor henpon aku. Macam ngengada la pulak.
Okies, see u!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment