Pada hari jumaat yang lepas, paksen di square 1 telah pon dibuka dengan rasminya. Ini bermakna, kami di bp ni ada satu lagi pilihan tempat untuk membeli sebelum membelah.
Waktu rehat yang panjang itu, aku telah membuat keputusan untuk keluar berjalan2. Sesuatu yang sangat jarang berlaku. Tetapi, kerana server down dan duduk di opis tanpa membuat apa2 adalah boring, maka aku pon keluar. Memula ingat nak kuar sensorang jer. Bleh gi bank sekali. Sekali, sesampai di bawah, nampak kawan tengah menunggu seseorang.
"Huiii, tunggu apa tu???"
"Pn. S*. Nak pegi paksen."
"Ehhh nak ikot nak ikot."
Dan kami pon pergi bertiga.
Sampai sana, banyak kereta. Promosi kereta Hornda ada, toyolta ada, nisan ada, produa ada, proton ezora pon ada. Masuk dalam paksen, wah, henbeg je dah satu level. Aras 2 ladies, aras 3 gents, aras 4 kekanak dan barang rumah. Tak lama kat situ, kami pon balik. Hek'eleh... sekejap je dah balik. Bos aku tu nak anto anak gi sekolah ugama. Anak nya dah fobia mak dia lambat, padahal ari jumaat masuk kul 2.30. Kul 1.45 lagi dia dah pegi sekolah. Dia nak jadi orang pertama yang masuk kelas. Bagus lah tu kan?
Lepas anto anak tu, kami jalan lagi. Pegi makan kat beriani power. Dah lama gilos tak pegi. Last rasanya masa abang kuar wad lepas eksiden dulu. Tak berapa sedap la. Mungkin betul juga teori yang mengata kan, biler tokei kedai tu dah meninggal dan diganti dengan warisnya, power rasa makanan pon akan berkurangan. Tapi, dah takde gomen tax lagi. Yang tu bagus. Selesai makan, kami pon balik. Tepat2 kul 2.45pm.
Hari sabtu, kuar lagi. Kali ni dengan niat nak membeli belah. Kuar awal, kul 12.15pm. Pegi makan dulu. Semalam makan beriani sensorang. Harus lah orang tu jeles kan. Hari ni, makan lagi sekali. Tapi tempat fevret kami lah. Nyum nyum. Tapi kepala pening mungkin kerana kolesterol tinggi.
Lepas makan, pegi bank. Sejak bulan 2 arituh, suami ku membayar penuh kereta iswara fil. Itu adalah balasan kerana menggalakkan adik beliau bekerja dengan pendapatan yang kecil. Secara keseluruhan, suami mebayar rm1150 sebulan untuk kereta sahaja. Bulan depan, road tax dan insurans pula tamat. Juga memerlukan suami memperbaharuinya kerana adik beliau sudah tidak mampu lagi.
Oh, apa yang berlaku kepada adik ipar itu? Terlupa plak nak cite perkembangan selepas mogok berakhir. Semenjak bekerja di tempat yang sama dengan suami (keje pon nak sama2, wek!), bil itu tinggal bersama kawan2 bujang, sementara isteri nya tinggal di rumah sepupu lelaki suami beserta isteri dan seorang anak nya di kulai. Setiap minggu, bil akan pulang ke rumah mereka dan menjadi keluarga bahagia di sana. Bahagia kerana isterinya telah mengandung sejak itu huhuhu. Tidak pernah sekali pon mereka datang lagi ke rumah kami walau pon isteri nya ada datang ke bp sekali sekala. Saya tak kecil hati.
Semalam, kami bertemu mereka di kedai makan. Suami isteri dan ulin. Rupa2nya, isterinya telah mendapat kerja sebagai guru sandaran di sri gading bermula hari ini. Mereka baru balik dari kampung dan kulai serta baru lepas mengangkut barang aka berpindah. Dan mereka tidak singgah di rumah kami. Saya tak kecil hati walau pon saya yang kena pergi kepada mereka untuk menyalami mereka. Kenapa saya nak kecil hati? Kan saya 'adik' mereka?
Ok, berbalik kepada kisah hari sabtu. Eh, lapo pulak. Nak gi carik nasik jap lah. See you!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment