Dah sampai mana tah cerita aku semalam. Tiba2 je masuk citer makan daging saudara sendiri. Astaghfirullahal'azim.
Memula kan kami gi embank. Kendian singgah card sale kat stor jalan rogayah. Mak aihhh... ni nak buat sale ke nak buat kek? Ekon rosak la pulak. Rasanya tu pun salah satu punca aku pening selain sebab makan kambing tuh. Oksigen tak masuk otak beb. Tapi sempat la rembat barang2 yang murah sedikit seperti obat gigi darli. Mebelin ngan loreal ada less 25% tuuu. Tapi apakan daya, takde mende yang aku nak beli. Takkan nak beli lipstik semata2 kerana harganya murah, sedangkan lipstik yang dibeli 2 tahun lalu pon tinggal lebih dari separuh. Malas arrr nak berlipstik2 nih. Menipiskan lapisan bibir je biler dah terkopek2 bibir tu karang.
Oleh kerana stor tu panas, kami pon blah awal. Kendian pegi bank islam pulak. Dah 3 bulan bill cc kami tak sampai. Bayar tetiap bulan pon main congak guna resit2 jek. Tu pon kekadang kompius berapa aribulan derang tutup akaun. Bayar je la lebih kurang. Lepas tu singgah petronas plak, nak kuarkan duit. Aiyak? Kenapa mebengkad aku tak diterima? Tak best arrr. Tinggal 50 hengget je dalam purse. Camner nak soping moping? Ermmm tapi bagus jugak. Boleh pow duit suami muahahaha. Best2.
Selepas itu, kami pegi square1. Try cucuk duit lagi kat k4, tapi 2-2 atm pon tak terima. Lepas solat singgah kedai buku. Beli impiana cam biasa. Dah berapa bulan aku beli tapi tak baca. Takde masa lorrr. Aritu masa mc kengkonon nak baca, sekali takde mood plak. Nampak sangat hobi bukan membaca hihihi. Kalu hobi mesti tak tunggu mood pon mesti buat. Eh, ye ker? Lantak ler.
Pastu masuk semua kereta yang dipamerkan. Baru ku tahu, rupanya inova tu lebih tinggi dari ah. Ingat tinggi dia sama jek. Masuk paksen, terbeli kemeja aku ngan cuffling dan tie. Eh, bukan kafling tu yang sepit kat tie tu ker? Ker betul kafling yang butang kat tangan kemeja tu? Apa2 lah. Yang penting abang beli benda yang macam butang kat tangan tuh.
Abis pusing2 kat situ, pergi bpmol pulak. Rindu betul ngan pasifik hihihi. Over betul. Rasa macam dah lama tak masuk situ. Ada sale jugak kat situ. Pasifik ni tak pernah tak sale agaknya. Macam sogo jugak. Manjang oh sale!
Ehhh cop! Sebelum gi situ kami gi pasar malam dulu lorrr. Cam biasa, beli kebab ngan tahu panas. Beli air tahu jugak, tapi baru semalam terjumpa dalam kete. Dah basi dah. Rugi nyerrr.
Kat pasifik pulak, tak naik atas. Kalau naik, harus ler ada jer yang terbeli. Bukan tak suka, cuma waktu tu dah dekat kul 7pm. So, masuk supermarket jek. Setiap kali gi sini mesti tengok rege dainamo, comfert ngan shokubusuk. Dainamo tu dah lama tak dapat rege bawah 20. Tinggal 2 botol jek kat rumah. Mana taknya, yang 3kg pon dah rm18++. Comfert pulak dah ada 5-6 botol dalam simpanan. Aku ni, asal rege bawah rm5 je, mesti aku sambar 2. Mana tak banyak. Pastu tengok shokubusuk pulak. Yahooo!!! Aku sangat suka! Ada pek berkembar, rege rm14.50, tetapi dijual pada harga rm11.80 sahaja! Ini bermakna, satu pek berharga rm5.90. Mana nak dapat rege tuh? Maidin pon paling murah rm5.50. Tu pon dulu, tah tahun berapa tah. Yang tambah best lagi, dia takde limit untuk sefemli. Boleh beli seberapa banyak yang kiter suka. Haiyaaa... kecoh betul aku nih. Orang lain tak rasa apa2 pon. Ah, lantak la korang tak heran ke haper. Aku memang pengguna tetap shokubusuk active blue sejak 5-6 tahun yang lalu. Buih nyer yang banyak dengan bau yang harum semerbak, membuatkan aku ingin mandi berkali2 sehari. Wah! Dah macam duta shokubusuk nih. Ok ok berapa yang aku beli? Alaaa setengah dozen je. Banyak gilak. Alerrr memang aku dah suspen sebab stok tinggal sebungkus jek. Kalau habis dan waktu tu rege dia rm8.60, ada korang nak belikan? Eh, kenapa aku emo tak pepasal nih? Balik tu tengok katalog k4, rege dia rm11.79. Kurang 1 sen jek. Tapi, cuba ko bayang kan 1 sen tu umpama sebutir peluh petani, eh, sebutir peluru yang membunuh rakyat palestin. Tergamak kah dikau? Cehhh... kemain lagi nasihat orang, padahal dah bising2 dah rugi 3 sen huhuhu. Takpe, niat je nak beli kat k4, tapi tak beli pon. Ok lah tuh.
Dah... pastu kami pon balik. Malam, layan af jek. Kenapa la aku boleh tak ingat pasal air tahu tu, padahal aku makan tahu panas tu malam tu jugak. Dusy! kat diri sendiri.
Esok nyer ari ahad, pepagi abang gi gotong royong. Minggu ni aku malas. Jadi, aku tak vakum dan mop rumah. Best kan? Sesuka hati je nak malas2. Sebab aku malas ialah kerana dari jumaat malam, sabtu malam, membawak ke ahad pagi, keje aku ialah mengiron bajuuu jek. Semua baju aku iron. Sebulan ler aku takyah iron lagi dah. Tapi baju abang tahan 2 1/2 minggu jek. Saper suh tak banyak baju.
Tengahari, pon aku malas. Pendek kata, minggu ni aku malas melampau lah kan. Masak pon malas. So, kami pergi makan nasik ayam. Dah terlanjur dekat ngan seri paya, kami pergi je lah melawat baby zarafi kat sana. Sekejap je kat umah dia. Balik tu singgah petrolnas nak cucuk duit. E'eh, boleh pulak. Suka ati dia je nak rejek2 kad aku semalam. Tutup akaun kang (ni tak mungkin kot sebab lagi menyusahkan aku ada lah huhuhu).
Petang tu, tah cemana sorang mamat nih tetiba datang, bukak pintu pagar dan terjah suami ku. E'eh? Siap ajak masuk lagi? Saper nih? Alerrr mamat promote water filter. Apa da... dia jual yang ada 5 filter, rumah aku nyer 7 filter, camno? Aku paling menyampah saleman terjah2 camni. Pastu, kuar rumah boleh dia tak tutup balik pintu pagar? Pasni kena mangga pintu tu siang2 pon. Bahaya. Macam perompak je kekdahnya.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment