Giler ar! Takde maknanya kalau nak tukar nombor henfon pon. Selain nombor ofis aku, dia juga telah berjaya menjejak nombor telefon ofis suami ku! Tidak!!! Takkan telefon ofis pon nak kena tukar jugak kan? Ko ingat opis abah ko?
Semalam, selepas telefon aku, dia call abang kat opis. Dia dah tau, kalo call henfon samada tak angkat, atau angkat dan letak mic kat speaker radio pastu bukak channel tamil. Kalo telefon ofis memang kena angkat kan. Tapi kami dah tau, kalau telefon ofis dia akan senyap dulu. Bila kiter dah cakap hello banyak2 kali, baru dia cakap. Dia nak komfem dulu la tu. So, dah tau lah. Kalau sonyap yo tu, minah tu lah.
Nak tau apa dia cakap time telefon abang semalam?
"Ada apa2 tak?"
Apa? Ko ingat kami dah berperang besar ker? Budus.
Aku cuma cakap kat abang, "Kalau abang tipu dalam 'semua' ni (gelfren tu sebenarnya orang lain or memang dia betul2 layan mrs G tuh), tahniah! Memang lakonan mu berjaya beb." Sebabnya, aku memang percaya bulat2 bahawa pempuan tu adalah mrs G dan gelfren lain itu tidak wujud.
Dannnnnnnnnnnn lakonan mrs G itu jugak sungguh mantap siot. Kalau pon tak sampai tahap era fajira, at least aku langsung tak expect bahawa pempuan itu adalah dia dan dia berjaya membuat aku menangis buat sekian kali nya. Dah kali ke berapa tah dia berjaya membuat kami 'berperang dingin'. Yang tinggal sekarang hanya lah kepercayaan antara kami berdua. Kalau ini pun hilang,...
p/s aku ingat 'gelfren' abang tu bisness apa la. kalau best, bleh gak tompang kikis rete ker... ropanya bisness pisang salai ngan tapai jek. patut ler bisness 'at home' jek.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment