BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 30 July 2010

Kikis





Isy, encik hairul cakap, aku ada banyak sifat mazmumah kooo. Sadis, kan? Terasa diri begitu kurang nilai murni. Namun begitu, dalam banyak2 sifat mazmumah dalam diriku, terselit juga secebis sifat mahmudah.

Aku ni, walau pun mata duitan dan memegang prinsip duitmu duitku jua, namun, aku tiada bakat sebagai pisau cukur. Sebabnya, pisau cukur ni species perabis duit punya orang. Sedangkan aku, adalah mata duitan. Dan bukan materialistik. Sibbaik aku tak memiliki kedua2nya serentak. Mungkin sebab bahagian duit itu belum mencapai tahap yang memuaskan hati, jadi, tidak lah aku materialistik kot.

Dan dalam duitmu duitku jua itu pun, bukan lah bermakna aku menggunakan duitmu itu untuk berbelanja dan berfoya2. Sebaliknya, aku mengaplikasikan konsep duitmu itu seperti mana aku menguruskan duitku jua. Ini bermakna, aku lebih rela tidak berharta, daripada tidak berduit. Duit untuk beli harta? Tidak, sehingga duit itu banyak (dalam erti kata cukup). Kalau tak panjang umur dan tak sempat membeli harta itu? Memang bukan rezeki aku lah tu.

Dan aku selalu mengingatkan pemegang duitmu itu supaya menabung. Apa2 hal, simpan dulu baru agihkan untuk membayar hutang atau dibelanjakan. Kalau nak harap duit lebih sebelum gaji berikutnya, memang tak de lah kan. Orang kata, sementara tengah ada tu kan. Dah abis, nak cakap apa lagi.

Tapi, memang takde makna lah aku ingatkan ke, bebel ke haper. Katanya, rezeki kita ni sebenarnya bukan milik kita seorang, tetapi juga untuk orang lain. Emak bapak, adik beradik, kaum kerabat. Betullah tu. Tapi, kena lah fikir diri sendiri jugak. Dan aku.

Aku ni pulak, bukannya geti nak meminta. Itu hari, dia kata nak belikan hadiah besdei. Aku tanya, nak belikan apa? Apa2 la. Gelang ke, rantai ke. Uihhh sepatutnya aku gembira lah kan? Tapi, sikit pun tidak. Sedangkan aku beli gelang tahun 2005 je pun dan rm600, inikan pulak rantai pada tahun 2010. Walau pun dia pakai duit dia, tapi, duitmu duitku jua.

Pastu dia kata nak beli oven. Aku dah bayangkan oven yang built in tu. Dah survey2, tengok rege, rm1.6k. Ok lah tu. Pastu pegi k4, nampak oven yang biasa (yang macam microwave oven rupanya), kapasiti pun besar, regenya rm300 lebih kurang. Kira kalau nak panggang ayam turki pun boleh muat la. Kalau pikirkan cantik dan bergaya, aku nak yang built in. Kalau tengah insaf sedar diri, aku rasa baik yang 3 ratus tu je. Jimat banyak, kan?

Yang ini kapasiti nya 56 liter ke atas
Yang ini 42 liter

Tapi, bila fikir balik dari sudut negatif, kalau aku tak guna duit laki aku, besok2 dia agih2kan kat sanak saudara kaum kerabat dia, aku gak yang makan hati. Sekarang ni, bukan lah persoalan keperluan atau kehendak. Bukan juga persoalan priority. Persoalannya, aku nak perabis duit dia, atau pun tidak. Huh! Keliru. Terus hilang sifat mahmudahku.




Hub vs Switch

Pagi tadi dengar kat sinar, emosi seorang suami beristeri dua yang isteri keduanya mula demand, tak mahu berkongsi kasih sayang suami. Kononnya dia sayangkan si suami 100%, sedangkan suaminya 50-50 sahaja. Terus aku teringatkan fungsi hub dan switch dalam sistem rangkaian.

Kedua-dua hub dan switch mempunyai fungsi yang sama, tetapi kalau kelajuan penghantaran data itu adalah 100Mbps, bagi hub, kelajuan setiap node akan dibahagikan bergantung kepada jumlah node. Sedangkan switch tetap mengekalkan kelajuan 100Mbps bagi setiap node tanpa mengira berapa pun node/port nya.

Moral of the story, para suami patut mencontohi ciri switch ini, bukan sahaja kepada isteri2 mereka (if applicable), tetapi kalau pun tidak beristeri2, patut juga diaplikasikan kepada isteri, anak2, ibu bapa dan saudara.

Thursday, 29 July 2010

Kombinasi Pelbagai Genre

Panjang cerita nih. Tak kuasa aku nak pecah2 kan entry. Sama je trafik aku, pecah ke tak pecah.

Aku rasa tajuk aku tu macam berada pada kelas nya yang tersendiri je hihi. Silap lah kalau ada yang menyangka aku akan mengulas tentang lagu atau pun filem. Kerana kali ini aku ingin memuatkan berbagai-bagai cerita dia dalam satu entry bagi menunjukkan bahawa kehidupanku jua penuh dengan warna warni dan tidak sunyi. Ya, kalau ada yang menyangka hidupku sunyi tanpa hiruk pikuk tawa dan tangis, anda silap besar kerana aku memang suka suasana sunyi. Lagi pula, definisi sunyi bagi aku ialah suasana yang senyap selepas berlakunya suasana hingar. Contohnya, tivi3 buat program j0mheboh di danga bay pada hari sabtu dan ahad, kemudian isnin nya kita pergi balik ke tapak itu, memang lah akan terasa sunyi. Tapi kalau tiada langsung j0mheboh itu, suasana di situ biasa saja sebenarnya. Atau pun, student baru naik dari cuti semester, ada orang cakap, "Kenapa ek, sunyi je rasa. Padahal budak2 dah balik. Jawapannya, "Abis, aritu bising grong greng grong greng derang buat projek kat bilik fab tu. Ni, derang belum mula lagi. Sebab tu sunyi." Ok, tidak payah bagi contoh ketiga, dah faham kot, kan? Jadi, aku tak pernah rasa sunyi lagi. Nak bising sangat, aku masuk je bilik jahit dan tekan mesin tu. Bising lah juga.

Minggu lepas aku terlalu kat tempat ini. Sebelah kedai lama ali asam pedas. Terus teringatkan geng bas skolah.


Bulan lepas, aku ambik tempahan jahitan dari kawan. Bulan ini, dari kakak ku pula. Sekali pakej dengan tudung Asiani. Kebetulan itu ari aku ngan yayu beli kain lycra ni sama pulak dengan baju kakak ku itu. Memang rezeki dia lah. Dua bulan dapat 2 order jek? Macam ni 10 tahun belum tentu balik modal aku beli si putih.

Upah jahit + tudung + poslaju = rm45 sahaja

Aku dah ada 3 pokok limau. Limau purut, limau sambal/kasturi dan limau madu. Yang ini limau sambal. Masa aku beli pokok ni, ada 3 bijik limau. Tapi, lepas tanam, aku lupa nak petik. Terus layu di hujung mekar begitu saja. Minggu lepas aku tengok balik, ada putik2 yang baru. Tak padan comel ek pokok nih. Ada la dalam 6 biji kot. Masalah tanaman limau di rumah aku ni ialah ulat bulu. Kena tengok tetiap ari untuk memastikan takde ulat bulu. Kalau limau purut tu, dah 5 kali kot daun dia tumbuh digigit, tumbuh digigit dek ulat bulu. Tak tau nak buat cemana. Konon nak mengamalkan pertanian sihat tanpa racun perosak.


Ok, habis dah cerita takde motif. Sekarang aku nak cerita pasal hari jumaat lepas.

Jumaat itu, sebelum balik kampung, singgah p.o. untuk mengepos baju kakak ku itu tadi. Lepas tu, singgah mebeng pulak. Lepas tu, singgah makan nasi ayam pulak. Lepas tu dah tak singgah2 lagi dah. Eh, singgah masjid buk!t t0ngkat untuk solat jumaat. Pastu dah sampai kota, singgah pejabat at5. Eh, tu kira singgah ke? Boleh la sebab matlamatnya nak balik semenchu terus kan? Biasa lah encik hairul tu. Hujan rahmat ler kalau dia nak balik at5 dulu.


Sampai di pejabat itu, terus berjumpa dengan akak yang uruskan kpf. Terus dia cakap...

Ooo anak cik sepan kan? Aritu sijil suami awak yang hilang tu dah jumpa dah. Kami jumpa kat atas meja tu (depan dia). Tapi saya tak boleh la kasi sijil tu sebab saya dah hantar report hilang ke ibu pejabat. Nanti derang hantar sijil yang baru.

Lorrr gitu ke cerita nya? Derang ni memang tau. Suka2 ati dia je letak sijil tu sepah2. Boleh dia cakap aritu dah kasik kat mak siti. Takkan mak siti nak songlap sijil menantu dia pulak kan? Bukan boleh buat apa pon. Sampai pak asim pon datang pejabat at5 nak menyiasat. Tapi, keh keh keh nak gelak dulu. Takde la banyak mana. Lima ratus je. Macam la ko melabur seploh ribu huhuhu. Pulak tu, hilang sijil je, bukan hilang duit. Kecoh betul. Tapi, tetap lah duit kan.

Pastu aku pun hulur slip mebeng yang baru aku bank in pagi tadi. Ek elehhh salah la pulak encik hairul isi borang tu. Dusy dusy dusy! Padahal dah 2-3 kali dah buat benda ni. Pon boleh salah jugak. Tak pepasal kena sound ngan akak tu. Tu lah, saper suh bank in kat paghit ghaje. Kat kampung sendiri pon ada mebeng. Tambah pula, kalau buat kat sini mesti teller tu akan reject kalo salah isi. Jadi, untuk mengelak daripada perkara ini berulang, biar aku tunjukkan cara2nya.


Yang salah ialah bahagian nama, dan nombor ic tu. Sepatutnya kat keterangan urusniaga tu tulis nama. Kat sebelah no rujukan tu no ahli dan kat bawah no rujukan tu taruk no ic. Dan biasanya apa yang kita tulis kat keterangan urusniaga dan bawah nombor rujukan tu akan diprint di atas. Walau bagaimana pun, ini semua bukan lah masalah besar kerana semestinya lah kpf tu ada sistem database yang siap dengan semua data2 tersebut. Akak tu mengikut prosedur sahaja. Lesai kat situ, terus balik semencu. Tanggang sungguh la kan? Dah tinggal sepelaung je nak sampai rumah pon tak singgah. Isy isy isy anak saper lah yang king control tu, kan?

Sampai semencu, terus pergi pejabat semencu pulak. Ooo memang patut la ko dapat anugerah keceriaan kampung. Pejabat pun mengamalkan 5 S. Kemas je. Tengok pejabat eto5 tadi, tunggang langgang. Bila encik hairul hulur slip bank dia pulak, sekali lagi, kena sound. Salah ni, ko pegi bank mana nih? Lenkali kalau tak tau, tanya. Kena sedas. Ooo ko lah anak asim yang pegi buat kat eto5 tu ek? Yang sijil ilang tu? Eto5 memang, suka hilang2kan sijil. Acik dulu pun keje kat eto5. Ko tak kenal? Kena lagi sedas. Moral of the story, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Sampai2 je rumah, mak takde. Yang ada hanyalah 2 orang petani anggur dan sorang anak buah. Mentara mak tak balik lagi dari ngaji, kitorang kuar balik, konon nak cari durian di desaru. Pernah ko dengar desaru adalah pusat penjualan durian? Tak pernah dengar, kan? Memang lah tak pernah sebab memang takde pun dusun durian kat situ. Jadi, dengan hanya berpegang kepada prinsip, 'sepanjang jalan dari kota tadi, takde pon nampak durian kat tepi jalan kecuali kat pasak yang jauhnya 30km itu', kami redah je lah. Kot2 ada rezeki.

Memula masuk kat tempat ni. Isy isy isy kat luar pagar dia ada 5-6 pokok rambutan yang rendang2 sedang berbuah masak dengan lebatnya. Ni kalau ko baring atas tanah sambil kopek rambutan atas dahan lagi pon boleh nih. Melayut2 buah nya. Tapi, takde apa2 pon kat sini sebenarnya.

Nggak ngertik aku sama dia punya konsep. Kita boleh masuk dusun ni dengan bayaran rm18, tapi cuma boleh makan buah yang dah disediakan dalam paket sahaja. Apa baranggg... Orang nak makan buah, bukan rasa buah. Ko kalau takat harapkan pelancong asing yang tak pernah tengok durian, memang tak ke mana la bisnes ko nih. Patut lah tak maju mana. Pastu, kat kedai dia jual buah potong dengan souvenir. Itu kat tepi jalan pon banyak jual la. Huh! Tak puas ati betul. *Padahal aku tak masuk pun hihi.

Dari situ, kami masuk ke desaru. Sebenarnya aku balik kampung ni sempena family day aku yang akan diadakan di desaru esoknya. Tu diaaa. Lagi tahap tinggi punya tanggang nih. Kalau takde family day ni tak balik la ek? Tak jugak. Memang nak balik aritu, tapi dah kebetulan ada family day, kira sekali jalan la kan. Kata harga minyak dah naik kan. Eh, betul, kan? Minyak r0n97 kekal rm2.10 kan? Ke sebelum ni rm2.05?

Abis pusing desaru dan b.p, kami terus ke pengerang pulak. Mak aiii kemain jauh lagi. Macam pergi kota la pulak. Sampai tertido2 la nak sampai tu. Makin jauh rasa semakin jauh nak sampai. Caner tuh? Akhirnya, sampai juga kami di sungai rengit. Fuh! Sibbaik nampak satu gerai menjual durian di simpang itu. Oleh kerana dah komfem ada, saje lah kami jalan terus ke tanjung pengelih. Ni kira kali kedua la aku jejakkan kaki ke penghujung dunia itu.

Haaa kalau saper2 yang tak tau, sungai rengit ni tak sama dengan rengit ya. Rengit tu kat batu pahat. Sungai rengit ni kat kota tinggi. Tak tau lah kat mana kaitannya.


Tengok tu, vandalisme. Tempat tu 20km je, tapi dibantainya 200km. Kalo 200km bleh sampai pulau jawa kot. Tapi berenang la.

Ok, dah sampai. Tapi, dah tutup. Tak dapat la berjalan di atas jeti.

Tak tau lah ni fakta ke auta sebab aku pun tak tau aku dengar cerita ni kat mana atau dari siapa. Katanya, tempat ini ialah ermmm ala2 kubu ke haper gitu lah. Kan masa jep0n nak menyerang tanah melayu dulu, derang dengar2 jep0n nak masuk dari singap0re. Tu yang derang buat kubu ni. Yang dua batu ni umpama tempat mengintai gitu. Sudahnya, jep0n masuk dari k0ta baru la pulak. Tu yang ala2 tak glemer tempat nih. Tapi, aku rasa2, macam aku mereka2 je cerita nih? Entah lah. Ke aku dapat dalam mimpi?

Sebelum sampai ke tanjung tu, kiter akan bertemu dengan kampung ini.

Balik tu, kami beli durian. Tapi, terasa hampa di situ kerana bila ditanya, "Durian mana nih?" Jawapannya, "Durian batu pahat. Sunga! suluh." Mak aiii sabo je aku. Kalau kat opis aku ni, kira depan rumah la tempat tu, tapi beli punya lah jauh.

Sampai rumah dah nak maghrib. Pas maghrib terus makan durian. Waaa walau pun durian kampung je, tapi semuanya sedap2. Malah, ada sebijik tu, manisnya macam ditaruk gula pula.

Besok pagi, mil pergi uthm*, ada seminar apa tah, berkaitan ngaji2 nih. Bunyi macam dekat belakang rumah je kan uthm* tu? Pagi tu baru lah kami mengait rambutan. Punya lah banyak kami ambik. Adalah dalam 3 bakul petak tu. Eh, tak banyak ek? Banyak la tu. Tujuannya ialah nak bawak ke family day aku. Adehhh aku ni kan macam malu je. Macam segan je nak bawak2 rambutan ni. Nanti mesti orang akan tertanya2, siapa yang bawak nih? Pastu terpacul nama aku dan aku adalah tidak suka publisiti murahan hahaha. Tapi, dah encik hairul tu beria2, aku serah kat dia je lah untuk mempresentkan rambutan tu di hadapan khalayak nanti. Aku sorok2 je nanti. Tah pape pe'el.

Yang banyaknya, kat hujung2. Yang bawah2 dah abis sebelum masak lagi.

Kekwa ke nih?

Saya suka! Sambil kutip, sambil makan.

Ok, ini adalah lakonan semula

Tengahari tu kami masak cecepat. Pukul 12 aku dah jeling2 si suami. Biler nak balik at5 nih? Kul 3 dah nak check in. Pung pang pung pang pukul 2.30pm baru kami keluar rumah. Sampai kat depan, nampak bas @tec. Tengok tu, derang dah sampai dah.

Sampai rumah, tengok2, kete takde. Huh! Lega. Abah je yang ada, tengah tido. Aku kejut abah, terus dia cakap, "Ni nak bawak aku pegi kenduri ker?" Aik? Abah ni ngigau ke haper? Rupanya tak. Sebenarnya dari semalam lagi abah dah tertunggu2 sesiapa yang balik untuk membawa dia pergi ke rumah mak busu. Mak busu buat kenduri hol. Sedih la pulak ek? Lorrr naper tak cakap? Tah2 abah nampak kami pergi pejabat semalam ek? Isy isy isy durhaka betul. Ini semua salah encik hairul.

Memula kami pun dah plan nak hantar abah, tengah malam nanti jemput balik. Tetapi, selepas direcall, abah cakap, kenduri tu 23hb. Dan 23hb ialah semalam. Jadi, tak jadik lah pulak. Tak lama pun aku balik uhuk uhuk. Lebih kurang abis ulangan imam muder, kami pun beransur. Kurang asam betul.

Rambutan di rumah ku. Rendang sahaja

Tetiba rasa kiut pulak peti surat tu duduk kat situ


Sampai2 je di sana, terus check in. Kelihatan ramai yang datang dengan kereta sendiri.

Suka tiles dinding dia. Rustik.

Pemandangan dari bilik kami. Tingkat 4 ialah untuk pasangan pengantin baru, seperti kami hehe

Dah lepak2 kejap, turun minum petang.


Ubi rebus dengan sambal tumis pedas giler

Dan tepung pelita serta tewelayu yang takde bentuk. Ada ke tepung pelita tu bahagian bawahnya dia buat pakai agar2? Pastu takde sengkuang pon. Kadang2 aku pelik dengan orang yang tak pandai memasak, tapi boleh berniaga masakan. Usaha la sikit weh.

Kenapa aku berlakon begitu

Sebab ini hihihi. Betul2 kena hempap kelapa baru padan muka.

Dan encik hairul berendam seketika. Takut aku tengok pantai dia. Curam betul. Memang takde orang mandi pon. Budak2 semua mandi kolam je.

Lepas maghrib, kami bersiap2 pula untuk bbq dinner. Memula makan nasi, kemudian baru derang bbq kambing. Dan berakhir dengan cicah roti ngan sup kambing. Yang bestnya, bbq dan sup itu dibuat oleh orang kafe kami. I loike!

Tak tau pun aturcaranya, so, lenjan je pakai apa2 pon.

Sambil2 tu, ada acara2 untuk kanak2 seperti karaoke, pakaian beragam serta wajah seiras dengan ibu bapa. Untuk dewasa pula ada acara tiup belon dan musical chair. Diselang seli pula dengan cabutan bertuah yang semua pon bertuah.


Sekali lagi, dapat gelas pulak. Law of attraction kategori peralatan untuk minum huhuhu.

Pukul 11pm, selesai acara, aku pun naik bilik. Tengah malam, ada pertandingan memancing pantai untuk lelaki. Bukan bidang kami.

Esok pepagi, dengan gigihnya aku beraerobik. Lepas sarapan baru sukaneka bermula.

Posing2 di bawah pokok yang banyak tebuan

Mencik! Dapat baju saiz M. Apakah dosa ku???

Dimulakan dengan acara kanak2, berebut gula2 dan jajan.


Mak pak yang over

Ni acara isi air dalam botol

Dengan menggunakan span. Zaman aku dulu pakai sudu, kan? Dan botol tu guna botol oren.







Laut tanpa pulau



Kelarai2 anyaman

Bye! See you c u...

Dan kami, balik semula ke semencu.


Oh, lupa aku nak cerita. Itu ari, masa aku pegi kl yang terakhir tu, pada satu petang, mil, sil dan bil telah ditimpa kemalangan. Dan ia berlaku di jalan ini, iaitu jalan masuk ke semencu. Seperti yang sedia maklum, jalan semencu ni dah ditar baru sepenuhnya. Jadi, memang ceria lah kalau lalu jalan nih. Tapi, berhamipran dengan simpang ke kilang sawit, telah berlaku jejehan minyak kot dan menyebabkan jalan itu licin, terutamanya ketiak cuaca hujan. Jadi, pada petang itu, kereta yang dipandu oleh bil untuk membawa mil ke kenduri hol neneknya di kulai telah pun hilang kawalan di jalan lurus itu lalu tergolek terbalik. Mujur lah tiada kecederaan yang serius. Dan selepas kejadian itu, aku ada terbca di fb bahawa ada kejadian lori tergolek juga di kawasan itu. Dan kini, langkah memasang perabot jalan raya telah dilakukan. Pandu perlahan. 30km/j plizzz. Awas yea kawan2. Kini, anda jangan terlalu ceria hihihi.

Tengok kaler jalan tu pun dah tau, yang belah sana tu gelap sikit. Kesan minyak. Line pun dah hilang.


Balik, kami singgah kota. Memula ingat nak beli pokok bunga, tapi tak jumpa yang berkenan. Oh, kota dah ada mekdi la.

Ada persembahan dari kumpulan lela. Macam hantu dah mamat. Macam tak kena dengan konsep selamatkan palestin jek?

Akhir sekali, singgah kluang, bayar cc. Kenapa dengan gambar ni. Raket tu. Besarrr punya.

Tamat. Berkecamuk kepala aku membacanya. Malas aku nak edit2 dah. Lantak ler.