BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 23 July 2010

Bubur Ayamku Syurgaku ???


Rasa tak syok pulak bila tengok orang lain puasa di saat2 akhir ni. Aku pulak, nak niat puasa pun teragak2. Sebelum ni, biasa jugak aku puasa ganti, separuh awal, separuh last minute. Tahun ni, aku dah siap ganti masa bulan raya dulu lagi. Konon nanti dah bulan rejab syaaban, boleh la kerek2 dengan korang. Sebaliknya, aku pulak yang jadi malas nak puasa sekarang nih. Walau pun korang puasa ganti, yang pentingnya ialah momentum tu dah ada. Abis ganti besok, next week dah boleh puasa sunat sebagai persediaan menyambut ramadhan. Tapi aku, guna alasan, 'i'm on medication' untuk tidak puasa. Rasanya, tahun depan kena tinggalkan barang sehari dua untuk diganti disaat akhir kot ek? Tapi, tu kalau panjang umur, dapat jumpa saat akhir tu. Kalau tak, tak pepasal berhutang pulak, kan? Isy, tak jadi ler. Ok, mesti pegang pada prinsip, ganti puasa awal. Karang, nak kejarkan yang sunat (daripada momentum puasa ganti), yang wajib pula keciciran. Nanti macamana nak pegi kedaiku syurgaku nih? Hehehe tiba2 je masuk dalam tajuk.

Ekceli kedai ni ialah kedai bubur ayam yang selalu aku pergi tu, cumanya, kali ni dia dah offer minuman sekali. Sebelum ni dia jual bubur je, minuman order kat kedai sebelah. Dan baru2 ini, dia dah upgrade pemandangan di kedai ini dengan signboard2 yang menginsafkan ini. Insaf la bagi aku sebab terasa la macam dia nak cakap, ko ni pemalas betul masak kat rumah ek, sampai kedai aku pun ko buat macam rumah ko jugak. Camana la aku tak tukar tema rumah ku syurga ku kepada kedai ku syurga ku? Tapi, aku rasa dia maksudkan diri dia sendiri kot. Aku je yang sensitif tak tentu pasal.

Kedai ini juga sangat berterus terang. Walau pun kedudukannya agak terpinggir, tetapi mereka berusaha untuk menonjolkan imej kedai ini sebagai, very convenient, seperti dengan menyediakan surau yang bertanda 'surau awam' dan sign2board seperti di atas dan di bawah ini. Lets cekidaut apa lagi yang ingin diluahkan oleh tokei kedai ini kepada pelanggannya dan sesiapa yang lalu-lalang di hadapan kedai ini.

Oh, ada juga 'rumahku syurgaku'. Tapi tu dah biasa sangat. Yang papan merah tu yang menarik. 'hai... orang jauh di mata dekat di hati belilah satu untuk dijadikan kenangan.' Kenangan hapernya kalau dah masuk perut tu, kan? Ohhh dia maksudkan bekas tu kot boleh dijadikan kenangan sebab bila kiter beli bubur ni tapau, dia isi dalam bekas macam tahu panas tu, tapi besar.

Hah! Siap masjid pun ado. Insaf, kan?

Abeh penuh gerai dia dengan signboard saja. Kerrr dia sengaja nak cover apa yang berlaku di belakang kedai eh?

Haaa yang ni memang dah lama ada. Sejak awal2 lagi. Tapi, macam tak nampak, kan? Meh aku fokuskan. Eh, sebelum tu, tengok, banyak telur masin, kan?

'Terasa nak makan bubur saya? sms *DAHULU kot* 013 7676237*' kot, tak nampak la pulak. Cer la call hihi.

Yang berkerumun tu kedai baru. Bila budak ito ada, penuh la tempat tu sebab dia jual nasik kerabu. Aku belum terbuka hati lagi nak makan nasik kerabu.



0 komen: