Monday 19 July 2010

Di Mana Ada Aku, Di Situ Ada Hamper


Muka aku ni dah ada cop hamper kot. Sejak masuk sini, asal budak baru masuk je, aku jadi ajk yang buat hamper. Asalnya, ajk yang buat keje ni ialah ajk LDK*. Tapi, bila aku pegang ajk jamuan, dia pindahkan keje tu ke ajk jamuan. Semester lepas pulak, aku jadi ajk LDK*, pun dia pindahkan keje buat hamper kat ajk aku. Semester ni? Aku ajk jamuan balik dan... isi lah tempat kosong ni sendiri. Walau bagaimana pun, aku suka la jugak buat keje ni hihi. Seronok la jugak. Sambil2 buat hamper, sambil2 main congkak.

Sebab apa aku kata main congkak? Sejak beberapa sem yang lalu, kami dah tukar kekdah membuat hamper nih. Memang ada lagi hamper biasa tu, tapi tu untuk aktiviti sukan je. Untuk aktiviti LDK* yang 'semua orang memang akan dapat hamper', kami bagi jajan dalam tapewer cenggini. Kiranya, takde la derang rebut2 jajan tu kan. Di samping boleh la guna tapewer tu untuk masak megi di kemudian hari. Tak pun, buat tapau ration kat dewan makan sebab puasa nak buka kat bilik. Teringat masuk dok asrama semejay dulu. "Tolong ambikkan ration aku..." kata seorang senior kepada junior. Huh!

Semester ni, ada 118 orang student baru. Jadi, kami beli 118 biji tapewer. Ada la, saiz yang berbeza, ikut kedudukan markah. Tapi, kebanyakan isinya hampir sama.

Tengok tu, kami masukkan gegula, dan coklet macam bermain congkak.

Cumanya, congkaknya versi giant la kot. Ada 118 lubang hihi.

Sekian.

0 komen: