Wednesday, 21 July 2010

Sabtu Yang Dingin




Bilakah kali terakhir aku pergi ke pasar? Jap, nak recall. Isy, lama sangat la, sampai takleh retrieve dari hard disc dah. Punya lah lama sampai gerai2 di pasar tu dah hampir bungkus semuanya pun aku tak tau. Tapi aku tau lah, bumbung dia dah rebeh sikit2 tu.

Walau bagaimana pun, tidak lah bererti aku dah lama tak masak. Ehhh ckt tu bukan aku ke yang masak? Bila? Bulan lepas kot. Mana nak datangnya ckt kalau takde aktiviti ke kedai membeli udang kan... Ye lah... selalu aku beli ikan kat ain ebergrin je. Abis, pasarnya bukak pagi. Pukul 6 petang apa yang ada? Ok, bukan salah aku, salah majlis perbandaran bp.

Hari sabtu lepas, aku dikejutkan oleh panggilan hangit dari opismate aku. Tanya nombor faks opis. Ces! Langsung takleh tido balik. Lalu, aku pon pergi ke pasar.

Alahaiii... adik ipo aku ni kan, kalau datang sensorang, aku ok lagi. Ini, suka bebeno dibawaknya kawannya sekali. Kawannya tu pulak, datang kemain sopan lagi, bertudung litup. Masuk2 je rumah, langsung terbang tudung nya. Tak ke itu menyumbang kepada dosa kering kepada suami ku?

Okeh, memandangkan ada tetamu di rumah, haruslah aku menyeru ruh rajin ke dalam badan ku ini. Sibbaik buka jin yang masuk huhu.

Sebelum sampai pasar, kami singgah sarpan dulu. Aku, order roti telur sementara encik hairul order roti sardin. Nyaman je suasana ketika itu. Duduk di tepi sungai, makan roti telu+sardin, menghirup teh o panas sambil membaca surat khabar flyer pasifik, ekonsave dan k4 yang baru dicampak ke dalam rumah ku pagi tadi.

Sesampainya kami di pasar, aiyok? Mana semua ikan2 ayam2 sayur2 dan daging? Yang ada cuma 1 gerai ayam, 1 gerai sayur dan 1 gerai ikan. Apakah mereka mengamalkan konsep 1 melesia?

Jadi, tak jadi lah aku nak membeli belah ikan. Baik la pegi ain ebergrin aje. Ada, kedai ikan yang agak popular bernama ikan bagus dan lubuk ikan, tapi, jauh sikit. Tak kuasa la aku. Bukan nak beli banyak pun.

Selesai membeli, singgah sebentar di kedai ini. Ada la dekat setahun aku tak masuk sini. Bukan lah nak beli e'apa. Cuci2 mata jer. Sanggup tu, pegi jejauh beli pinggan.


Dalam pada takde benda nak dibeli tu, terbeli la jugak beberapa item. Teruskan membaca artikel ini... untuk mengetahui item2 tersebut.

Nampak je sikit, tapi berat ya ampun! Tu yang aku malas nak beli seramik nih. Nak basuh pun boleh sengal2 tangan aku.

Dah macam model jamban* pulak aku rasa.

Balik rumah, terus aku masak benda ni. Lengkong! Ni semua pengaruh flyer k4 yang tengah promosi bahan2 untuk membuat kuih hari raya. Eh, aku tengah bersemangat nak buat kuih raya nih. Dah list down beberapa jenis, seperti:

Lengkong kering
Biskut mazola
Kuih goyang
Kuih siput

Hahaha semuanya jenis leceh yang kena sehari suntuk membuat baru dapat setengah balang. Lengkong tu lagi lah, kena tunggu 10 hari kot baru leh siap. Tu pun kalau panas, tak hujan di tengahari. Walau bagaimana pun, yang penting, niat dulu hehe. Di samping kena siapkan baju cecepat.


Siap sudah lengkong ku. Tapi, kurang manis. Takpe menyahut seruan kerajaan.

Dah siap masak, baru boleh tengok hasil tangkapan di kedai pinggan tadi.


Pinggan. Kalau tak kerana 3 kuntum bunga itu, takde lah aku membeli pinggan ini. Ku rasa comel. Pat hengget doploh sen je sekeping.

Mangkuk bubur. Tige hengget sebijik.

Penaik semangat ku, bekas adunan. Mesti best buat kek pasnih. Hopefully.

Ini tajuk bekas adunan itu.



2 komen:

kakLuna said...

professional gitu.

nnt ada law of attraction bila ko guna pinggan mangkuk tu especially mangkuk adunan, ko punya kek ala2 professional chef yg buat.

AyunasiA said...

gitu kata ko... pastu aku pun feeling2 profesional beli oven ala chef jugak. asalkan aku tak jadi gumuk sudah...