Friday 28 October 2016

Reviw Geli2 Gegar Vaganza 2016 - Minggu Kedua : Memori Berkasih


Aku rasa bila tengok ulangan video yang didownload bunyi nya jadi lebih baik kot. Sebab time aku tengok live malam tu macam tak berapa nak sedap je derang nyanyi. Sekali tengok ulangan semua sedap2 la pulak. Sama jugak macam minggu lepas. Aku rasa macam ellymazlein ada terkucil masa sebut 'kan' mula tu. Tapi bila tengok ulangan takde pulak. Derang dah filter kot ek? Tak kisah lah tu.

Okeh, minggu kedua ni kebanyakan peserta dapat lagu yang agak sesuai dengan suara masing2. Tapi cabarannya ialah lagu2nya agak sukar nak disampaikan. Tapi lagi, kebanyakannya dapat menyampaikan dengan baik. Kiranya konsert kedua ni pun agak best la keseluruhannya. Semoga aku dapat memberi keadilan terhadap semua peserta dalam review minggu ini hehe.

Azharina - Sinaran

Para juri agak gemar akan persembahan beliau ini. Tapi bagi aku biasa2 jer. Lagu ni zaman aku sekolah rendah kot. Macam takde nostalgia sangat dengan lagu ni. Kalau lagu2 dari album lagenda memang banyak kenangan sebab masa tu abah ada beli album lagenda tu kat kedai sarikat. Naik lunyai cover kaset tu kami dok baca lirik. Agaknya sebab tu lah kot aku suka lagu2 lama kot. Macam aritu lagu2 zaleha hamid ngan abdullah chik. Ni lagu sheila majid dari album lagenda pulak.

Seperkara lagi, lama2 aku makin menyampah pulak ngan dia ni hahaha. Selalu sangat buat muka blur. Mula2 masa diumumkan masuk gv3. Pastu minggu ni bila diumumkan vokal paling menyengat pun buat muka blur. Memang blur ke ek?

Shidi Data - Meneka Dalam Kesamaran

Aku sampai sekarang takleh bezakan suara ibnor reza, shidee ngan zamree. Macam sama je semua. Ni kalau tak sebut penyanyi lagu ni ialah ibnor reza, aku ingan shidee atau zamree. Mungkin kena dengar selalu lagu2 derang kot baru lah boleh kenal pasti. Tapi apa2 pun, aku suka suara spesis2 cenggini. Dalam.

Lagu ni takde apa2 kenangan dalam hidup aku. Tapi persembahan shidi bagi aku agak best. Sedap je kedengarannya. Cuma dato' Arahmanhassan kata ok, biasa2 jer. Kesian heols tau.

Razis Ismail - Bunga Pujaan

Telah terbukti yang beliau ini agak lemah pada low note. Part tinggi2 ok je kan? Tiba low note habis gigil2. Sayangnya... Lagu ni best. Tapi memang jarang pun lagu jamal abdillah yang tak best kan. Bila dah best, susah pulak nak dinyanyikan.

Zur Eda - Berpaut Di Dahan Cinta

Lagu ni diterbitkan pada tahun 1988. Dayangku Intan ni rasanya antara artis yang pernah datang ke kampung eto5 ku masa funfair zaman aku kecik2 dulu. Entah masa tu arwah mak ada lagi ke tak eh? Dah takde lah kot. Tapi lagu ni takde la kenangan atau kena mengena dengan aku. Sekadar pernah dengar je. Tapi kalau dayangku intan tu sendiri, memang ada kena mengena dengan aku. Giler takde kena mengena? Cuba bacakan perbualan kami sebentar tadi...

Abang tau lagu ni lagu sape?

Ntah, sape?

Dia ni lah yang ayang pangkah time pru dulu hehehe.

Sape?

😤  (Ok, mesti beliau pangkah abam azalina ni)

Ya, beliau adalah calon parlimen kami pada pru13 hehe. Alah, biarlah aku nak undi dayangku intan. Aku lagi malu kalau aku undi azallina kot hahaha.

Mengenai persembahan zur eda, erm... nak kena cakap ke? Walau pun encik juri sangat menyukai persembahan beliau, tapi aku tetap tak suka. Biarlah cecepat beliau ni tersingkir. Malas nya nak mengulas persembahan beliau.

Rem - Suratan Atau Kebetulan

Lagu sedap tapi ala2 tak sampai je rem ni nyanyi. Mendatar jer. Lagu ni sejenis lagu evergreen. Mula2 dengar je pun dah macam something wrong, tengah2 boleh tersasul pulak. Hujung2 baru nak masuk gear, lagu dah habis. Kadang2 aku pelik dengan penyanyi yang tak boleh nyanyi lagu berlenggok2. Kata penyanyi, kan? Aku rasa bila derang dah belajar pelbagai teknik vokal, makin susah kot derang nak menyampaikan sesuatu lagu. Aku perasan benda ni sejak zaman AF lagi. Sesetengah nya lah. Ntah apa yang cuba aku sampaikan ni tah. Pendek kata, persembahan rem tak best.

Intan Sarafina - Pudar

Lagu rancak pun tetap tak boleh bergerak. Aku rasa macam mamai baru bangun tido. Dengar bunyi muzik yang laju tapi pergerakan objek adalah perlahan haha. Tapi aku suka lagu ni. Ingat lagi masa mila nyanyi lagu ni dalam af dulu. Walau pun intan ada membuat adlib di sesetengah tempat, tapi tak menyerlahkan apa2. So so je lah.

Ameng Spring - Epilog Cinta Dari Bromley

Ok! Tak tau nak cakap apa. Ok je persembahan beliau. Tapi takde lah wow sangat. Ameng ni macam play safe la minggu ni.

Nora - Setelah Aku Kau Miliki

Tak best! Walau pun juri kata bagus, tapi bagi aku tak best pun. Eh, sukati lah, review aku kan? Malas nak elaborate lebih lanjut.

Zarul Umbrella - Untukmu Selamanya

Memula aku ingat lagu ni acong dah pernah nyanyi lagu ni tahun lepas. Rupanya tahun lepas tu lagu dalam gerimis. Lagu visa jugak. Lebih kurang sama je bunyi nya. Tiba2 aku dah kompius, cerita yang aku ceritakan dalam entry tahun lepas pasal lagu dalam gerimis tu sebenarnya betul ke pasal lagu tu? Atau sebenarnya lagu untukmu selamanya ni? Rasa macam lagu ni lah pulak huhuhu. Tak kisah la tu.

Rupa2nya zarul ni memiliki suara yang bersih ek? Tak serak, tak nyaring, tapi terang benderang, jelas dan nyata umpama izhar halqi gitu hihi. Kalau hasrat beliau nak sampai high note tu, kiranya tercapai lah di situ. Erkkk aku nak masuk #teamzarul jugak boleh tak? hehehe...

Elly Mazlein - Berpisah Jua

Ok, dah tau dah lagu sabarlah hati tu ada dalam drama pergilah air mata. Tak perasan ini lagu elly sebab selain lagu tu, semua lagu dalam drama tu ialah lagu tokti. Jerat percintaan, biarlah rahsia, wanita. Tiba2 lagu ni pun kedengaran macam lagu tokti jugak. Lega dah habis drama tu. RTM ni bagusnya, dia ambik jugak drama2 adaptasi novel ni, tapi bukan sejenis yang bongok2 tu. Cuma yang malasnya layan drama rtm ni, asik la tertunda. Sikit2 live bola la, live konsert diraja la, live itu live ini. Sampai kan pernah tahun lepas aku layan drama masihkah ada kasih, tengah2 tiba2 senyap sunyi. Aku ingat orang yang upload tu yang lupa nak upload. Tapi tiba2 ada balik. Selepas sebulan ke dua bulan tah. Rupanya dia stopkan tayangan sepanjang bulan puasa. Sampai nak habis raya kot baru bersambung balik. Boleh je nak tengok live streaming kat myklik tu, tapi masa asik tak kena je. Aku rasa macam lagi best download jer daripada tengok live. Tv3 pun ada je live tv kat internet, tapi malas pulak aku nak follow mengikut masa tertentu. Elok yang download ni, bila2 ras nak tengok, boleh tengok. Pergilah air mata tu pun punya lama nak tayang, dari izreen tu tak pakai tudung, sampai dah bertudung. Weekend pulak tu. Lagi lah berjanggut nak habis. Eh, dah keluar tajuk pulak.

Okeh, lagu berpisah jua ni dari album puncak kasih yang keluar tahun 1997. Tak tau kenapa aku tak berapa suka lagu puncak kasih. Kenapa ek? Mungkin sebab masa tu tokti baru muncul dan minat ku sedang beralih arah. Asalnya aku minat ziana zain ni. Sampai masa ajl 1996 yang tokti menang jerat percintaan tu pun aku masih sokong kemelut di muara kasih yang menang. Sejak itu lah kot.

Persembahan elly dengan lagu berpisah jua ni agak baik sebenarnya. Cuma, tidak lah sebaik nana putus terpaksa. Mungkin setaraf nana madah berhelah kot? Memang kedengaran high note beliau agak flat. Macam dengar lan kristal nyanyi memori berkasih gitu. Sampai tapi tak tercapai kekdahnya.

G-mie Screen - Januari

G-mie ni macam acong la last year. Macam tak percaya, tapi percaya lah. Gitu. Masa keluar lagu to'ki pun aku dah boleh agak lagu tu untuk g-mie. Sebab suara dia jenis nyaring2 gitu kan. Sesuai dengan lagu camtu. Lagu januari ni popular sekitar tahun 2003. Takde apa2 kenangan kot ngan lagu ni. Cuma kalau dengar lagu ni, mesti ingat lagu jika melly goeslaw. Ntah, zaman2 tu jugak kot. Overall, persembahan g-mie ok-ok saja.

Siti Sarah - Teratai Layu Di Tasik Madu

Suker3!

Lagu teratai ni popular sekitar tahun 1993, masa aku form 2. Ingat lagi zaman dia baru kembali ke pangkuan keluarga selepas kes si tanggang. Bila sarah dapat lagu balada cenggini, memang takyah risau sangat lah. Mesti best punya. Lagu2 popular dia pun banyak yang jenis2 camni. Dan ternyata, persembahan pada malam itu sangat2 best! Tak kedengaran fauziahlatif langsung. Pastu dah hujung2 baru keluar gaya mendepangkan tangan tu hihi.

Dan konsert minggu kedua berakhir dengan penyingkiran abam razis ismail Alaaa... tak sempat nak dengar beliau menyanyikan lagu2 pelbagai genre. Tapi takpe lah. Memang selayaknya la.

Thursday 27 October 2016

Jalan-Jalan Petik Epal Edisi Dating


Pada hari Ahad yang lepas, 23 Oktober 2016, kami telah pergi ke Takayama untuk aktiviti memetik epal. Yeay! Best nya. Dah lama sangat sejak kali pertama dan terakhir aku pergi petik epal ikut trip kelas nihongo dulu. Dah 3 tahun kot. Selama ni memang ada terfikir nak pergi, tapi kalau pergi tempat yang sama dulu tu macam jauh la pulak. Pastu rasanya tempat tu ada time restruction, sama macam petik stroberi. Kalau 30 minit je, sempat makan berapa biji je kan? Jadi ku pendam je lah hasrat di hati tu.

Tapi sejak musim anggur yang baru ni, tetiba aku rasa macam nak pergi petik epal pulak. Masa kawan2 pergi petik anggur tahun ni aku tak ikut. Ada dua sebab. Satu, aku rasa tak berbaloi jumlah anggur yang dimakan dengan harganya. Rasanya 2 gugus je kot yang mampu aku makan. Satu lagi sebab aku tak berapa gemar rasa buah anggur jepun ni. Dia tak sama ngan anggur australia yang biasa kita makan kat mesia tu. Kalau anggur australia dia agak rangup, sebaliknya anggur jepun ni agak lembik dan rasa macam buah plum. Tah, macam tak kena dengan tekak aku.

Tapi kalau epal, aku suka semua epal kat jepun ni. Sebab semuanya rangup2! Macam epal fuji tu lah. Tak macam epal washington yang macam kapas tu. Kalau kat mesia pun, selain epal fuji, aku hanya beli epal hijau dan epal afrika ke hape tah yang kecik tu. Tu pun rangup jugak.

Mula2 aku dah kaji dah ladang epal yang femes terletak di Nagano. Tempat yang aku pergi dulu tu namanya Iida, dalam area Nagano lah juga. Ada ladang lain yang takde time limit, tapi jauhnya mak oi! Dekat 5 jam perjalanan tu. Dah macam pergi tokyo jek. Pukul berapa pulak la nak bertolak dari rumah kan. Nak kena bermalam la pulak kang. Tu tak kira minyak dan tol nya lagi. Tolnya aku dah tengok, 5000 yen lebih sehala. Humangaih... memang tak berbaloi. Melainkan kalau nak jenjalan sekali kat belah sana. Boleh la singgah Matsumoto castle on the way tu. Pastu? Isy, malas pulak nak jenjalan cari pasal cenggitu. 

Kemudian aku terjumpa ladang lain belah2 sini. Belah2 sini tu maksudnya sekitar Gifu. Walau pun jauh lah jugak, tapi tidak lah sejauh nagano tu tadi. Belek punya belek, akhirnya jumpa yang boleh makan sampai kembung iaitu di Takayama. Satu lagi ciri2 yang menyebabkan aku memilih ladang ini ialah kita boleh terjah je takyah reserve2 bagai. Sesuai lah dengar situasi kami yang belum tau lagi bila nak pergi. Asal jumpa je masa lapang, kita pergi. Gitu. Sementara tu aku ada suruh ajak kawan2 jugak. The more the merrier kekdahnya. Tapi derang tak ikut pun sebab ada hal lain. 

Tiba2 pagi Ahad tu, masa bangun subuh lebih kurang pukul 4.45am, aku terbaca text dari encik suami. 

Ok, kita pi petik epal esok pagi..siapkan bekal kalau sempat..atau pi beli roti kat valor.. 

Bunyi text nya. Waktu 2.48am. Sibbaik lah aku tergerak hati nak baca mesej kat LINE tu. Kalau tidak, alamat tak jadi lah pergi memetik epal sebab dah tentu2 lah aku akan membuta sampai ke siang. Akibat membaca mesej tersebut, susah lah pulak mata ni nak lelap semula. Nak bawak bekal apa? Pukul berapa nak kena bangun? Dah lah aku baru je tido dalam pukul 2 pagi tu. Lalu aku pun mengunci jam pada pukul 8 pagi. Bangun2, terus aku goreng nugget dan panaskan kuih frozen. Takyah bawak makanan berat2. Nanti nak tak dapat makan epal banyak2. Lebih kurang pukul 9 pagi, kami pun bergerak.

Takayama ni dekat dengan Shirakawago yang rumah bumbung 3 segi tu. Lebih kurang 3 jam perjalanan.

Cuaca sangat cerah di Nagoya. Tapi ramalan cuaca kata Takayama mendung. Alaaa... tak dapat gambar epal dengan langit biru.



Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya Tokai-Hokuriku, terdapat banyak kerja2 pembinaan highway di sebelah kiri dan kanan jalan. Highway ni memang asalnya 2 lorong je. Mungkin sebab jalan ni merentasi gunung-ganang dan jurang yang dalam, maka derang bina 2 lorong je awal2 dulu. Sekarang ni dia nak tambah jadi 4 lorong. Kira dia buat sebatang lagi highway yang selari dengan highway sedia ada. Yang salute nya, pembinaan tu berlangsung sepanjang jalan lebih 50km tau. Bukannya dia buat sikit2. Sekali jalan terus. Nanti siap pun serentak agaknya. Tapi gayat jugak aku tengok banyak kren besar dan tinggi terpacak kat tepi jurang tu. Ni baru betul namanya 'high'way kan.

Oleh kerana banyak gunung ganang, maka banyak lah terowong yang perlu di tebuk. Mesti teknologi terowong derang power giler ek? Kat sini je ada berpuluh2 terowong. 

Ada yang dah siap.

Ada yang tengah buat.


Pokok2 di tepi jalan dah mula bertukar warna. Tapi belum sepenuhnya la.

Selepas Hirugano Kogen (tempat kami pernah terkandas dalam salji dulu), pembinaan bersambung di sebelah kanan pula.

Dah sampai di Modani Farm lebih kurang pukul 12.30pm. Tadi singgah makan kat R&R Nagarawa. Tak sabar nya nak makan epal!

Register dulu. Bayaran 820 yen seorang.

Ok, pilih port yang boleh nampak background epal.

Kan senang, boleh capai je.


Epal pertama ku. 

Rasanya ada 4 jenis epal yang aku makan hari tu. Masa trip dulu tu rasanya aku makan jenis epal fuji kot. Warnanya pun tak merah sangat. Yang ini, yang merah ada, yang pudar2 pun ada. Memang bulan 10 ni paling banyak variety pun. Yang merah pekat ni jenis red gold kot. Bulan 11 kang baru ada epal fuji ngan shinano gold yang kaler kuning tu. Aku sukaaa shinano gold. Masam2 sikit, tapi tak semasam epal hijau. Kira ni epal hijau versi jepun ar kot.

Pejam mata pun pejam lah. yang penting epal tu merah nya mak ngah! Tapi tips yang aku baca, walau pun merah, pilih yang bontotnya kaler kuning. Tu baru betul2 manis. Tapi semua pun bontot kuning. Takyah pilih2 la kan.

Rambang mata tak tau nak petik yang mana satu. Semua pun elok.

Suka gambar ni.

Yang ni jenis kaler agak pale. Ingat belum masak lagi. Sekali makan, eh manis jer.


Best tak? Sebenarnya saje nak bagi pengalaman petik epal ni kat encik suami. Beliau kan belum pernah lagi. 






Bontot kuning.



Geramnya!





Tangga pun disediakan. 




Orang lagi tinggi dari buah epal.


Nak bergambar celah buah epal jugak.

Teknik penyamaran di situ.






Semorang dah balik, kami tak balik2. Perut belum 'jejak' lagi. 

Sedahan epal.

Antara 2 variasi.



Pemenang pohon terbaik pilihan diri sendiri hehe. Tah, rasa pokok ni paling cantik.



Patut lah tak nampak epal melacak kat tanah. Rupanya dia dah campak ke luar pagar awal2. Sayang nya...

Macam kebun rambutan jugak.





Bentuk Y.

Candid makan epal.

Awning dah tajam tak?

Encik suami dah surrender. Bukan setakat se'eh, tak tahan sejuk jugak. 11 degree kot!



"Tahun depan time kite petik rambutan mesti teringat peristiwa petik epal ni kan bang?" kataku.











Mini epal pun ada. Tak sempat makan sebab dah tak muat perut.


Buah yang ke 7 ke 8 tah. Jumpa jenis ni dah last2. Lain sikit rasa dia, tapi aku suka. Sedap!


Lebih kurang pukul 3 petang, kami pun balik. Sempat tapau 4 biji untuk kawan2 hihi. Susah kot nak pilih yang siap bertangkai berdaun. Tah pape.

Singgah R&R Hirugano Kogen. Tak sempat nak pergi ke ski resort tu nak tengok pokok kochia ni. Sibbaik ada beberapa ketul ditanam dalam pasu. Jadik lah. Dari sini boleh nampak laluan untuk snowboarding kat atas gunung belakang tu.
Dari situ, kami terus ke Gifu, nak singgah solat maghrib kat masjid Gifu. Kemudian makan gusto dan balik. Sempat lah sampai rumah sebelum konsert gv start hehe.