BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 29 October 2011

Nasi Kerabu


Satu lagi benda yang selama 30 tahun aku pertahankan keegoan ialah makan nasi kerabu. Bila orang offer nasi kerabu mesti aku tolak dengan alasan takut la nasi dia kaler biru. Lagi pun aku tengok dia banyak sayur2 mentah. Boleh masuk ke dalam tekak aku?


Sehingga lah pada tahun lepas, kafe tempat kerja aku ada menjual nasi kerabu waktu sarapan. Memula tu aku tak pernah beli jugak. Tapi pada suatu hari, lepas assembly kot, kitorang makan beramai2 dan ramai yang beli nasi kerabu tu. Demi sikap sporting dan tak mahu kelihatan sumbang, aku pun beli nasi kerabu juga.

Nasi kerabu tu lauk ayam goreng. Kecik cinonet je ayam yang dia kasi. Nasi tu pun rm2 je kot? Lupa. Dan bila aku makan je nasi kerabu itu, owh, sedap ya? Yang paling best tang budu dia tu. Oh, sedap ya budu? Dan sejak itu, aku akan makan nasi kerabu setiap kali dia ada jual. Tapi kini, orang yang buat nasi kerabu tu dah berenti. So, takde lah lagi kat kafe aku. Selain nasi kerabu dia pandai buat nasi dagang juga.

Bila dah takde kat opis, aku pun mula mencari di luar. Mana lagi? Pasar malam! Mula2 aku beli kat pasar malam pesta. Kebetulan aku berada di track yang betul. Sedap nasi kerabu dia. Sejak bulan puasa pulak, aku dah kemaruk nasi kerabu. Kadang2 berturut hari aku berbuka nasi kerabu. Tapi setakat ni nasi kerabu akak pasar malam pesta jugak yang paling sedap.

Rugi jek aku tak makan nasi kerabu selama 30 tahun, kan?

Ni lah nasi kerabu akak tu. Sedap la daging dia!

Friday, 28 October 2011

Ahlan Wa Sahlan


Hari ni student cakap, aku macam orang arab hahaha. Tah pape. Tapi sebabnya memang jelas. Aku pakai jubah yang dibeli di makkah. Dari belakang dah macam mak arab la sikit2. Punya lah lama beli, baru hari ni nak pakai. Bukan apa. Jubah arab ni semua besar gedobos. Panjangnya ok, tapi tang bahu nya tu, memang gedoboh. Jadi, ambik masa sikit la nak pakai. Kena repair dulu. Aku memang tak sabar sikit bab alter2 baju ni. Kalau tengah menjahit pun, kalau tersalah ke haper, aku boleh tinggalkan dan2 tu jugak. Leceh kot. Dan pada hari cuti dipavali aritu, aku tergerak ati lak nak repair. Tergerak ati tu sebab tengok program berkaitan haji kat tivi.

Tu jer. Eh, ada gambar.

Makanan di pagi dipavali, lontong daging (lauk daging rendang).

Lontong campur (ada daging, sotong, paru, ati dll.)

Orang arab ituh.

Tukar Angin

Memang aku dah lama sedar yang aku perlu menukar angin sikit. Maksudnya keluar dari daerah bp ni lah. Tapi aku ada kekangan cuti yang tinggal sikit. Rasanya aku lah yang paling jarang cuti. Tapi aku dah cuti panjang bulan 6 aritu kan. So, kena lah berjimat dengan cuti yang ada. Simpan untuk pergi berjalan2 hujung tahun nanti. Tak plan pun lagi nak ke mana. Ia boleh jadi tiba2. Tapi, nak menunggu ke hujung tahun tu... berjanggut ok. Ni baru nak masuk bulan 11. Hujung tahun tu lagi 2 bulan. Aku dah rasa sosak napas menghirup udara yang sama je setiap hari.

Tiba hari jumaat lepas, derang suh aku pergi buat soklan kat banting. Aritu dah buat, tapi ni yang tertinggal. Kalau aritu derang buat selama seminggu, untuk kes aku ni, kena buat dalam masa 2 hari sahaja. Hebat, kan?

Jadi, ceritanya ialah tentang pemergian aku ke banting tu lah. Aku bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi hari isnin. Cargas tu. Kalau pasal keje, sanggup aje bersengkang mata. Pukul 6 pagi, aku berenti solat di rnr ayer keroh.

Sampai di banting, aku terngiang2 suara si ayu. Dia kata, nanti jumpa satu traffic light, jangan belok ke kanan. Terus je selekoh ke kiri. Sebelum tu katanya terus je jangan belok. Tiba kat satu traffic light ni, aku pun terus menyusur ke kiri lah, seperti yang diperkatakan tu. Takde pon signboard? Tiba2 ada simpang 3 pulak. Tengok batu jalan kata, m0rib 6km. Ni mesti dah sesat nih. Derang kata tempat tu 4km je dari pekan. Aku pun patah lah balik dan call member. Lorrr mana ada belok2 susur ke kiri ke haper. Dari nilai tu memang straight je takde belok2 langsung. Tiba kat traffic light yang aku belok kiri tadi tu, aku dah kompius, ni ke simpang tu tadi? Aku pun belok kanan. Sekali tengok, eh, ni macam dah patah balik ke nilai pulak. Sebab aku nampak thest0re. U-turn pulak. Ooo patut belok kiri tadi. Fuh! Sampai jugak.

Sampai2 je, terus makan. Tak tau lah faktor psikologi ke haper. Tapi aku rasa semua makanan kat sana sedap2 belaka. Ikan fresh dan masakannya enak. Sebab ramai orang cakap makanan kat sana sedap. So, aku dah set dalam kepala, makanan kat sana sedap. Tu yang jadi sedap. Tapi memang sedap lah!

Hari pertama berlalu pantas. Sebelum pukul 7 malam, urusetia tanya nak balik pukul berapa. Sebab ramai orang dah balik. Laaa bukan dalam surat kata sampai pukul 10 malam ke? So, dia suh balik pukul 7 malam. Sebelum balik, makan malam dulu. Terus aku pi cari hotel. Orang kata h0tel garden yang paling sinonim dengan jabatan kitorang. Aku pun pegi lah ke situ. Masa datang pagi tadi dah nampak signboard dia. Sampai2, terus check in. Murah jek. RM68. Ada free wifi. Tapi aku dah ngantuk. Pukul 9 malam dah titon.

Besoknya aku pergi pukul 8 lebih. Sampai tengahari, tak siap2 lagi. Bila dah siap, tup tup black out pulak. Dah lah aku bukak betri. Sibbaik dah save. Kalau tak pun, kan ada recovery. Jadi, terpaksalah tunggu ada karen semula. Sejam lebih la jugak. Pukul 3 kot baru ada karen semula. Dan aku pun terus print dan submit. Derang check2 dan aku pun boleh balik. Yeay!

Yeay! di situ ditujukan kepada nilai3 ya hehehe. Tak tau nak cari apa, tapi suka je nak pegi nilai3 tu. So, lepas solat, aku pun terus ke nilai3. Terus pergi ke kedai t0ng hin, kedai fevret aku. Kedai ni ada 3 cawangan. Terbaru aku tengok kat area 7e. Lepas kat situ, aku pusing area kedai lama. Ni kira blok2 terawal nilai3 la. Pusing punya pusing, ronda punya ronda, akhirnya aku bertemu dengan satu kedai yang kena dengan jiwa aku. Kedai kain. Tak tau la aku ni mengamalkan diskriminasi ke haper. Tapi aku memang tak suka kedai orang2 paki/bangla ke tak tau la bangsa apa tah tu. Pulak tu kan tak ramai orang hari2 biasa. Bila aku masuk kedai tu, dia follow je. Takut pulak aku. Ye lah. Kalau dikidnapnya aku, takde saper tau, kan? Paranoid.

Di kedai yang best tu, tokeinya ciner. Dan dia punya explanation pasal kain tu membuatkan aku rasa macam seorang fashion designer pulak hahaha. Beriya2 dia cakap pasal warna, corak, tekstur dan sebagainya. Dan aku tengok kain2 dia banyak yang up to date. Tapi bukan cotton la. Aku kan anti cotton. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku pernah tengok kawan aku pakai dan baju tu melekat2 kat badan kot. Yang penting aku takkan beli kain cotton. Tak kira la cotton jepon ke, omputih ke, saya boikot kain cotton! Selepas mendengar sesi penerangan, masa untuk membuat pilihan. Banyak sangat yang dia tunjuk. Naik rambang dah mata aku. Akhirnya aku shortlist kan 2 pilihan. Ikutkan berkenan, macam yang pepel biji kundang (tak abis2 lagik). Tapi dia rekmen yang pepel lembut. Yang ini lagi sesuai dengan aku katanya. Caner? Takyah jawab. Jawapan yang pasti, aku beli 2-2 hahaha. Susah2 je nak pikir. Tak kosser.

Yang jadi masalahnya, aku tak bawa banyak duit. Jadi, cuma dapat beli 2 pasang tu jek. Mujur jugak aku tak bawak duit. Kalau bawak, harus berpasang2 jadinya. Keluar dari kedai tu aku meronda kedai tudung. Ceh! Patut lah murah. Ada yang awning jahitan berkedut, kain nipis, jahitan tepi tak semenggah dll. Bila aku keluar je dari kedai tudung tu, suasana menjadi gelap. Tak, aku tak pengsan. Langit yang gelap. Aku pun cecepat berjalan balik ke kereta. Jauhnya! Tak sampai berapa langkah, burrr terus hujan selebat2 tidak. Cepat lah pulak perubahan cuaca nih. Baru sekejap tadi aku keluar kedai kain tu panas terik. Tak sampai 10 minit dah hujan lebat. Tapi, aku berpegang kepada prinsip, hujan air, tak terbakar pun. Maka, aku pun redah je lah. Masuk kete dan terus jalan.

Dengar kat radio kata jalan sesak kat exit seremban. Maka aku pun berenti di rnr seremban untuk berkameh dan solat maghrib. Karang nak terkucil time jam kat somban tu kang, satu hal pulak. Seterusnya, aku pun terus balik ke rumah. Sampai rumah kul 9.30 malam. Penat, tapi rasa segar kerana ada udara banting dalam badan.

Minggu depan keluar lagi. Suka, tapi tak suka.

Thursday, 27 October 2011

Kegagalan Dalam Kejayaan



Cubaan untuk bangun pepagi pada hari sabtu lepas telah membuahkan hasil yang manis2 buah. Begini tentatifnya...

8.30 am : Mandi2 dan bersiap untuk sarapan. Bukan menyiapkan sarapan ya. Aku pergi sarapan kat kedai.

9.00 am : Sarapan roti telur dan teh tarik di depan uthm. Sedap! Sedap sebab kuah dia sedap, atau pun sedap sebab makan pagi2 hihihi. Ekceli aku suka suasana pagi hari cuti camtu. Tapi kesukaan terhadap tido lebih dari itu kot huhuhu.

9.45 am : Bergerak ke pekan Seng'garang untuk menghadiri pasar pagi hehe. Selalu kalau pegi keje hari sabtu, selalu lalu je. Ni kira 1st time lah. Kalau kat PR ni hari isnin ngan khamis. Memang tak dapat pergi lah. Isy, dah lama giler aku tak pergi pasar tani / carb00t sale kat shah alam. Dah lama tak ke kl pun iya jugak. Ada lagi tak laksa sedap tu ek? Bila kah agaknya aku akan ke sana tah.

11.30 am : Selepas berlaku beberapa kemusnahan di pasar pagi, kami terus ke pasar bp pulak. Bukan nak pergi pasar sebenarnya, tetapi nak ke pasar karat. Ada benda yang dicari. Tapi tak jumpa. Kemudian kami singgah minum di restoran berhampiran. Oh, aku tengah sedih ni. Sejak demam yang lepas, aku tak boleh minum ais atau makanan dingin. Walau sedikit pun. Nanti tekak ku bengkak atau sakit atau batuk. Naper eh? Apakah ada kerosakan pada sistem respiratory ku? Takut nyer... Bosan dah aku asik minum sirap, teh o, limau suam jek. Ok, dah terkeluar tajuk.

12.30 pm : Balik semula ke PR. Sampai di uthm, dah masuk waktu zuhur. Terus singgah masjid baru derang. Ekceli hari jumaat tu baru first time dibuka untuk solat jumaat. Kira aku rasmikan jugak lah masjid ni. Wahhh besar lah masjid ni. Tempat pompuan di tingkat atas. Ada tempat wudhuk sekali kat atas. Tapi, paip dia duduk bawah tembok. Kena cangkung time berwudhuk. Kalau berdiri, muka boleh melekap kat tembok tu. Dan bila bangun dari cangkung, ada juga possibility untuk terantuk kat tembok tu. Sila berhati2.

Jalan menuju kejayaan.

Macammm... masjid negara kot? (tang tangga tu je la)

Turqoise kot kaler kubah dia.


Tempat pijak.

Ruang solat wanita. Aku ambik gambo depan je sebab belakang tu ramai orang. Ramai jugak hari sabtu pun. Student part time kot.

Kubahnya.

Ruang solat utama. Memang luas.

Kabinet2 putih. Batu kot. Tak ingat.




Macam tak siap lagi je menara dia ni. Tak sabar2 nak bukak. Minggu ni kan konvo. Nak menunjuk la tu (yang ko dengki kenapa?). Pesta konvo pon dibuat dekat ngan masjid ni.

Seperkara lagi. Berapa kah umur kanak2 mumayiz? Kalau tengok dalam kes syariah di malaysia, katanya budak lelaki 7 tahun, budak perempuan 9 tahun. Yang aku tak puas ati tu, ada orang pompuan ni suka2 je bawak anak lelaki dia ke kawasan solat perempuan. Aku tengok saiz, dah macam 8-9 tahun. Paling kecik pun 7 tahun. Kan dah menyusahkan kita ni nak bukak pakai telekung kat situ? Sekian tazkirah ustazah tak terpilih.

Selepas solat, kami balik ke rumah.

Oh, kat depan masjid ni juga sedang dibina kolam renang. Nanti aku nak belajar berenang pulak la. Berani ker???

4.00 pm : Bersiap2 untuk keluar lagi ke bp. Pergi makan di beriani mat b0nd (dulu nya dikenali sebagai beriani super). Kemudian terus ke k4. Jenguk primam0da sekejap. Ok, komfem bukan citarasa aku.

Terus pakai baju yang dibeli di pasar lambak tadi.

6.00 pm : Pergi ke kedai kain bintangemas dekat bus stand. Kemudian terus ke pasar malam. Beli nasi kerabu dan kebab serta air tahu. Dekat 2 bulan budak air tahu tu tak berniaga. Air tahu dia memang kena dengan selera tekak aku. Nampak kat tong air dia, slip bayaran sewa tapak pasar malam. Ohhh sewa pasar malam tu rm210 sebulan ek. Tapi dia bayar rm1k. Mungkin sekali untuk 4-5 bulan kot.

7.00 pm : Singgah di bpmol pula. Ramai nya orang... Macam raya ciner pun iyer jugak. Tak macam nak dipavali pon.

9.00 pm : Balik sempat tengok mastercheff separuh.

Penat.

Kejayaan : Menghadiri banyak tempat dengan pelbagai aktiviti.

Kegagalan : Duit abesss.

Mari lihat kemusnahan yang berlaku dalam sehari gara2 ingin bangun pagi sangat :

Pasar pagi seng'garang - tudungs rm50, t-shirt rm25, kain pasang rm60 = RM135

Kedai kain bintang emas - kain pasansg rm39x2 = rm78

BPMol - perfume rm245, seluar jeans rm40, t-shirts rm70 = rm355

Jumlah keseluruhan = rm568

Ini adalah tidak patut berlaku! Ni baru satu hari. Kalau sebulan atau 4 kali weekend? Eh, tapi takkan beli perfume tiap2 minggu kot. Ehhh ni tak jumpa henbeg ngan kasut lagi. Aritu gi jb pun berlaku banyak kemusnahan. Takmo kuar mana2 lah minggu ni. Protes! (Tapi minggu depan nak balik kampung pulak...)

Tapi aku think positive. Walau pun duit mengalir keluar, sebagai ganti, aku dapat banyak baju dan tudung baru. Rezeki jugak tu.

Tuesday, 25 October 2011

Aku dan Stilett0s



Aku ni, dalam pada ketot2 pun, masih ada hati nak kelihatan tinggi tau. Sebab itu aku ada 2-3 pasang kasut tumit tinggi. Dulu aku terpikir2 juga, apa bezanya kasut tumit tinggi (high heel) dengan stilett0? Ke stilett0 tu nama perancis bagi kasut tumit tinggi? Ni gara2 filem semerahcintastilett0 lah ni. Pastu aku pun gugel lah. Ooo stiletto ni asal usulnya macam errr pisau ke pedang panjang ke haper tah (lebih kurang gitu lah, malas nak gugel wiki tu balik). Dia tajam hujungnya. Jadi, dalam konteks kasut nih, stilett0s tu kiranya sebuah kasut yang bertumit tinggi dan runcing bawahnya.

Pastu jenis2 stilett0s ni pun ada macam2. Ada yang dipanggil peep-toe, pump, platform dan beberapa lagi. Sekarang ni aku kalau pergi window shopping, aku mesti masuk kedai kasut. Bukan nak beli pun. Dah, kalau yang sampai 6-7 inchi tinggi tu, aku pun takut nak pakai. Tapi aku suka tengok. Lagi pun aku tak berapa tahan pakai kasut sebegitu. Baru jalan sikit dah lenguh. Pernah aku cuba jalan kat shopping complex pakai heels, tapi tak sampai sejam aku dah cabut tukar kasut. Jadi, aku akan pakai kasut ni ke tempat keje je lah. Kelllasss kan aku? Tapi aku pakai bila hari2 takde kelas (sem ni hari khamis) je lah.

Aku ada masaelah bila pakai heels. Satu, kaki aku tak sama besar. Aku rasa kaki kiri aku kecik sikit. So, bila berjalan tu, dia suka terlepas belah kiri. Selain tu, faktor stokin juga turut menyumbang kepada ketanggalan tu. Dia licin. Kalau tak pakai stokin ok, sebab kan kat kaki kita melekit dan kasut tu boleh melekat kat kaki.

Masaelah kedua ialah susah nak cari saiz. Kadang2 saiz 4 pun masih longgar. Bukan heels je. Kasut flat pun aku pakai longgar dan dia tak melekat. Dah, itu je saiz terkecil yang ada. Jarang ada kasut dewasa saiz 3.

Aku juga pernah trauma memakai kasut bertutup penuh. Masa lepas spm dulu, aku ada beli sepasang kasut ni. Kasut raya. Lebih kurang kasut hitam kat gambar bawah ni, cuma tak tinggi la. Dalam 1 inchi kot. Dan aku telah memakai kasut tu semasa berjalan2 raya. Sayugia diingatkan, dulu aku jenjalan naik bas ok. Balik tu, belakang kaki aku melecet teruk. Sakit seh... Tak cukup dengan itu, ibu jari aku juga lebam lalu menyebabkan kuku ku rosak dan sakit. Sibbaik dia tak tanggal terus. Lama la jugak nak menghabiskan kuku yang rosak tu. Sejak tu kuku ibu jari aku tak pernah elok. Baru je dalam tahun ni kot dia elok sikit. Dah macam aduan kisah benar dalam majalah pulak ayat aku ni.

Sekarang, aku dah pakai stokin. So, takde masalah melecet lagi. Tapi, licin. Namun itu tidak menghalang aku untuk melaram kasut ini bersama baju batik sutera. Kebetulan ari khamis kan. Hari2 lain aku pakai kasut flat je.

Aku pernah tengok kat tv, whi, syaripahsyawati tu cakap, kasut tumit tinggi ni boleh menjadikan kita ada power. Berautoriti. Macam bos2, sesuai memakai kasut tumit tinggi. Kalau dia pakai flat, dia tak macam bos. Gitu la lebih kurang.

Jadi, mari lihat 3 pasang kasut saya buat masa ini.

Inilah kasut pertama ku. Aku beli ia kat samit. Masa tu ada kedai tu nak tutup, so dia buat clearance sale.

Aku suka detail jahitan pada kasut ni.

Tingginya lebih kurang 3 inchi kot.

Bila pakai kasut ni aku rasa macam PiTD hahaha.

Kasut kedua ni aku beli di suteramol skudai. Dia ala2 ganas sikit.

Aku suka sebab dia ada platform. Terasa tinggi.

Tinggi lebih kurang 3/4 inchi kot.

Tingginya awak!

Ni bukan kasut, tetapi sandal.

Aku akan pakai sandal ni beberapa hari sebelum memakai kasut2 di atas sebagai latihan. Dia macam latihan untuk kaki aku menyesuaikan diri dengan ketinggian. Boleh? Siap prektis lagik.

Kasut ni aku beli di jb. Tapi kat bpmol pon ada cawangan kedai kasut tu. Tak lama selepas aku beli kasut ni, tak sempat pakai pun lagi, aku pergi ke bpmol dan nyaris terbeli kasut ni sekali lagi. Aku ingat2 lupa. Sibbaik tak jadi beli. Kalau tidak, aku ada 2 lah kasut ni. Nampak sangat citarasa aku bersifat konsisten, selain unik hehe.

Bila aku pakai sandal ni, takde saper perasan atau tegur, tapi bila aku pakai kasut tumit tinggi, semua orang pandang dan tegur.

Dan ini kasut terbaru yang aku beli di jb jugak. Sekali lagi aku suka detail jahitan dia tu, dan hujungnya yang terbuka (peep-toe).


Ini yang paling tinggi.


Dan aku memakainya pada hari khamis lepas. Ni kira gambar hari khamis lepas la hehe.

Sekian.

Thursday, 20 October 2011

Kumpul Balik

Raya dah habis? Siapa kata? Bulan depan raya haji ok. Tapi baju raya aritu pun tak abis pakai lagi. Ada 4 pasang, sayang nak pakai. Boleh? Takpe lah. Boleh buat baju raya aji. Tapi jugak. Weekend lepas aku sudah menjalankan operasi mengumpul kain pasang semula, yeay! Tak banyak. Baru 3 pasang. Ketiga2nya bernada merah-pink. Sker sker!

Weekend lepas juga merupakan hari menggosok baju sedunia. Dari sabtu malam ahad sampai lah ke ahad malam isnin, keje aku menggooosok je. Ala... sambil2 layan cerekarama, mariamariana dan vokal. Dah siap gosok, alamak! Tak muat dah lemari ku. 2-2 lemari dah penuh. Aiyak! Lalu aku pun mengira lah berapa pasang agaknya baju aku yang sampai tak muat lemari tu? Selepas ditolak baju2 yang aku rasa dah tak in-trend dan berbulu, keputusannya ialah 54 pasang! Fuh! Kalau sebulan keje 20 hari, sampai tahun depan ar aku takyah gosok baju, kan?

54 pasang ni ialah baju2 sejak aku mula bekerja semula. Kiranya, 4 tahun la kan. Purata sebulan satu lah kot. Kadang2 masa beli nampak macam cantik. Atau pun dah tau tak berapa cantik, tapi pekedai tu yang cucuk, dah siap nanti cantik... Dan bila tengah menjahit tu aku rasa tak lawa, alamat 2-3 kali pakai terus aku simpan. Sebab pe'el aku, kalau dah beli satu, aku mesti nak beli lagi satu. Tu yang selalu baju kedua tu tak menepati citarasa sangat. Tah pape. Ok, itu je nak citer.

Sedondon dengan kete.

Aku suka la baju ni sebab takyah gosok.

Cahaya Dalam Kegelapan Subuh


Isu solusi 36 telah memberi tamparan hebat ke muka ku. Pang! Adui! Padan muka.

Tajuk besar dia ialah seperti tajuk di atas tu. Masa beli tu aku tidaklah terfikir yang dia nak menyindir aku huhuhu. Bila dah baca, terus aku rasa macam weekend nanti nak bangun pukul 6 pagi pastu tak tido balik. Gitu. Impress tak? Tapi tu 'rasa macam' je lah. Ye ke tidak berlaku tu, kena tunggu lah weekend sebenar. Boleh la dibuat untuk seminggu dua ni kot (jika keazaman kuat).

Tapi aku rasa isu ni dibangkitkan bertitik tolak dari segmen soal jawab dalam beberapa isu yang lepas. Ada orang ni tanya, apa hukum bangun tido balik lepas subuh. Masa tu ustaz tu takde lah nyatakan hukumnya macam wajib haram makruh ke haper, tapi dia bagi hujah dengan nas2 pasal kebaikan2 memulakan hari awal ni. Dan masa tu aku adalah tak rasa apa2. Macam, oh, bukan tak boleh, cuma tak elok je kot hehe (interpret mengikut kesesuaian dan kesukaan sendiri jek).

Pastu dalam isu 36 ni dia kupas kaw2 punya pasal subuh. Aku rasa dalam setiap artikel yang aku baca, mesti ada tulis hadis yang sama. Betapa hadis itu lah hujah paling kuat untuk menegaskan kepentingan bangun awal2 pagi nih. Adeh... macam mana nih? Mestikah aku berubah? Aku rasa bangun solat tahajud pon lagi mudah kot daripada bangun awal pagi. Sebab lepas tu boleh tido balik huhuhu. Jadi, mari membantu saya dengan memberi motivasi pagi.

1. Bila sesekali bangun awal, aku rasa hari tu akan jadi sangat panjang. Macam2 boleh buat dalam masa sehari. Boleh pergi pasar, memasak, membasuh, mengemas, berkebun, tengok matahari naik di tepi pantai parit, bersenam, angkat berat, berenang, berlari, pergi kl balik hari dan sebagainya. Eh, macam best je pegi melaka weekend nih. Tiba2.

2. Aturan tido lebih baik. Bila tido lambat, bangun lambat, hari ahad nanti susah nak tido. Lalu mengakibatkan pagi isnin tu kepala ku pusing. Sampai hari rabu baru pulih semula. Mesti sistem biologi aku pun pening, kan? Tapi aku dah prektis ni lama. Sepatutnya dia dah biasa hihihi. Tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk tido lambat dan bangun lambat lagi pada weekend berikutnya hahaha. Sebab tau tengahari boleh tido untuk cover balik ngehngehngeh. Tak motivated langsung!

3. Murah rezeki. Menurut hadis, Allah swt menabur rezekiNya dari terbit fajar hingga gelincir matahari. Owh! Ini fakta yang tidak boleh dipertikaikan.

Ok, dah takleh pikir sebab terlupa bawak solusi tu hari ni. Takde rujukan. Mungkin ini boleh dijadikan azam tahun baru? Ada sebulan lagi untuk membuat persediaan. Semoga berjaya! (beriya je ko...)

Tuesday, 18 October 2011

Belanjakawan 2012 Dari Perspektif Seorang PiLV hehehe



Bila? Bila? Bila? Bila aku nak perasan jadi pakar ekonomi dan membuat ulasan belanjakawan 2012? Sekarang boleh? Dipersilakan. (tak paham motif ayat sebegini)

Dalam banyak2 sektor yang dibentangkan tempohari, aku hanya akan menyentuh bab yang aku terlibat secara langsung sahaja. Iaitu penjawatawam. Eh, aku bukanlah faham sangat, tapi peduli haper aku.

1. SkimBaruPerkhidmatanAwam

Ok, aku mula bekerja pada era ssm. 2002 kot kan? (pekelilingjpa november 2002) Tapi aku mula kerja pada januari 2003. Tapi pernah lah aku pergi taklimat penerangan tentang ssm tuh. Tapi lagi, aku tak ambik port sangat sebab masa tu aku hanya lah pekerja sambilan sepenuh masa. Tak dapat apa2 pun dari skim tersebut. Tapi, selepas aku bertukar kepada kontrak, baru lah aku dapat menikmati ganjaran2 seperti penjawatawam yang lain. Dan bila aku masuk bekerja ke post sekarang, betul2 pada masa semakan gaji, julai 2007. Sempat lah aku merasa gaji lama selama sebulan seminggu. Jadi, boleh lah disimpulkan di sini bahawa skim perkhidmatan ni setakat ini diubah setiap 10 tahun. Ssb dulu pun tahun 1991 kot. So, pasnih kena lah tunggu lagi seploh tahun untuk perubahan skim lagi.

Jadi, dalam sbpa* ni nanti, akan ada beberapa elemen...

a. Exit p0licy untuk menterminatekan kerja seseorang penjawatawam yang tidak perform dan seseorang yang nak menterminatekan dirinya sendiri. Mungkin akan ada ganjaran seperti pencen mengikut tempoh perkhidmatannya. Kot, itu lah yang aku dengar2.

b. Skim gaji sebaris. Takde lagi menegak p1 p2 p3. Maka, gaji maksimum katanya akan meningkat. Kebaikannya, nanti takde lah yang muda belia lagi tapi gaji dah langgar dinding. Eh, tapi perasan tak? Dia kalau nak bagi contoh, mesti kasi contoh skim cikgu ek? Ok.

c. Spesel untuk cikgu cikgi, kenaikan pangkat time-based disingkatkan. Sebelum ni 41 ke 44 10 tahun, nanti jadi 8 tahun jek. 44 ke 48 pulak, dari 20 tahun menjadi 16 tahun jek. Kira 8 tahun kemudian la. Kenapa cikgu je ada skim spesel eh? Sebab ramai sangat? Apa jadi dengan diri ku? Tak, skim aku lebih mudah. Macam sekarang, 4 5 tahun je pun dah boleh naik. Janji lulus ptk. Tapi, kenapa aku tak naik2 lagi? Sikitttttttt lagi. Insya Allah.

d. Kenaikan gaji tahunan disemak. Sekarang ni, aku nyer kenaikan setiap tahun tak sampai pun seratus. Kalau betul lah khabar angin yang aku lihat ni, boleh tahan jugak kenaikannya.


Ada orang cakap, dia akan terbalik. Kan selalunya gred kecik dapat lagi banyak. Tak logik! Kalau tetiap tahun naik rm320, cukup 5 tahun, gaji gred 1 dah sama ngan gaji aku huhuhu. Jadi aku rasa range yang diberi ni memang sesuai. Kalau lain pun, beza sikit jek. Sementara itu, faedah kenaikan gaji pula akan diberi antara 7-13%. Haaa ni baru sesuai gred rendah diberi persen yang besar. Tapi harapnya tidak lah menjadi seperti sekarang di mana gaji skim pnp lebih rendah atau sama dengan sokongan 2. Tapi nampak gaya macam akan jadi begitu juga. Cuma perbezaan tu tidak lah ketara macam sekarang. Yang sekarang kan sokongan 1 naik 35% dan sokongan 2 naik 25%. Banyak gila! Sedangkan pnp naik 15% jek. Yang paling terasa gred terendah dalam pnp aka gred 41 lah. Even gred 44 pun sama gaji ngan gred 36. Kalau kat uni tu, gred 45 (yang ada master) tu sama lah gaji ngan gred 36 (yang ada diploma) kat sini. Malah gred 36 punya gaji pokok lagi tinggi dari gred 45. Gred 45 tu lebih kat elaun rumah je pun. Bila bonus, dia kasi gaji pokok je. Di situ terserlah ketidak adilan. Ye lah, orang yang sebaya, habis diploma terus keje gred 29. Kawan buat/sambung degree setahun dua kemudian masuk gred 41. 5 tahun kemudian, yang 29 dapat naik 36 sementara yang 41, 2 tahun berikutnya naik 44. Dan gaji mereka adalah sama. Apa beza diploma dan degree, kan? Nak kata seniority, beza setahun dua je. Tapi itu lah hakikatnya. Terima je lah. Kita tak rugi, cuma tak untung. Nama je gah 'pr0fesi0nal dan pengurusan' :P

Pencen juga ada kenaikan tahunan sebanyak 2%. Sesuai lah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun kan.

2. Sambung master dan phd part time free? Besttt. Aku memang nak sambung master, tapi ada 2 kekangan iaitu yuran (bukan takde duit, cuma sayang duit huhuhu) dan masa. Aku rasa aku tak cukup semangat nak mengorbankan hari cuti sabtu ahad untuk pergi ke sekolah. Bila nak rehat??? Tapi kalau ada geng aku sanggup. Untuk skim cikgu pulak, bleh sambung degree free.

3. Umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun. Oh tidak! Yang 58 tahun pun aku tak ambil, inikan pula 60 tahun. Memang tidak akan lah. Tapi mesti orang2 baru wajib ambik kan? Syukur aku masuk awal. Itu pun kalau boleh nak pencen 55 cam orang dulu2.

Yang lain2 tu dah keluar tajuk penjawatawam. Aku takmo citer kat sini. Eh, lupa lak pasal b0nus lagi setengah menjadikan b0nus tahun ini sebulan, yeay! Nak buat apa ek ngan duit b0nus tuh?

Opsss ada lagi tapi bukan berkaitan penjawatawam, tetapi masih berkaitan dengan aku iaitu f3lda gl0bal v3nture akan disenaraikan di papan bursamesia. Aku memang tak paham apa2 pasal pasaran saham ni. Cuma aku takut gak lah kot2 ia akan menjejaskan pelaburan aku. Ye lah kan. Pasaran saham di bursa ni ada risiko tersendiri. Dah lah aku siap buat loan potong gaji tiap bulan weh. Aku baru ingat nak 'mintak' derang bayarkan installment kete idaman aku uhukuhuk. Karang aku kena bayar sendiri pulak. Dan berkenaan pokok durian bergegar (buah nya runtuh hihi) tu, aku pun tak dapat nak bayangkan. Dia kata keruntuhan itu akan berlaku sebelum penyenaraian iaitu sebelum tengah tahun depan. Tapi katanya tu untuk penerockers, bukan pemegang saham kot. Tapi kalau dapat best jugak. Cuma yang aku risau, nanti pelaburan tu akan jadi macam syarikat2 lain di papan bursa iaitu keuntungan didapati bila kita jual saham time harga tinggi. Satu keje pulak nak berjual beli pulak. Aku suka pelaburan yang dividen hujung2 tahun ni. Memang lah untungnya tak banyak, tapi takyah pikir. Apa2 pun biarlah segala yang baik2 sahaja.

Sekian.

p/s rupa2nya teks ucapan tu dia tulis untuk memudahkan pembacaan ek. contoh untuk duit dia tulis 24 ringgit 50 sen, 3 bilion ringgit dll. kalau dia tulis nombor, maunya bila dia tulis 3,000,000,000 najib kena berenti kira kosong dulu.

Monday, 17 October 2011

Akak Melah



Aku suka lagu2 kak melah. Siap beli vcd karaoke dia lagi. Lagu yang paling aku suka ialah diam2 jatuh chenta. Tapi, ada beberapa lagu yang aku tak pernah dengar dalam vcd tu. Tapi selepas aku beli cd ini pula, semua lagu aku dah hapal. Bila bukak vcd karaoke tu balik, boleh la nyanyi dengan selamba lagu2 yang aku tak pernah dengar dulu tu. Dan dengan tak semena2, aku terminat lagu madah dan kerenah. Mari dengarkan bersama2. Ini lah lagu yang aku nyanyikan sekuat hati bila mengantuk ketika memandu pulang dari kerja.


Senarai lagu.

Ada 24 buah lagu. Ekceli dia ada album kompilasi 20 lagu yang ada lagu baru maharaja. Tapi ni universal ngan musicvalley buat kompilasi ni pulak. Dia ada banyak artis, cover kaler coklat gini. Rasanya kat musicvalley je ada jual. Lenkali aku nak beli ukays punya pulak.

Dulukan kumpulan xpdc ada lagu c.i.n.t.a kan. Kak melah pun ada lagu mengeja ok. S.a.y.a.n.g. Bergema2 lagu tu. Sekarang ni satu cd ada dalam kancil, satu lagi dalam ah. Tapi aku suka yang dalam ah sebab ada lagu diam2 jatuh cinta dan lagu madah dan kerenah tu.

Masa kecik2, aku pernah lah main mekap2. Along yang mekap kan kitorang. Dan bila aku tengok kat cermin, spontan aku berkata, 'macam ramlah ram.' ???