Tuesday, 11 October 2011

MRSL : Selepas 2 Tahun

Hujung minggu yang lalu, ku isi dengan bersiar2 di j0h0r bahru. Tah pape aku ni. Kata nak berehat2, tapi boleh jugak berjalan2. Sebenarnya aku dah boring tetiap minggu asik pegi bpmol, k4, samit. Entah2, bukan aku je, orang kedai tu pun boring tengok aku yang masuk kedai dia tapi tak beli apa2pon, tiap2 minggu. Jadi, untuk memberi peluang kepada mereka menambah stok2 baru, aku tak pergi lah ke situ pada minggu lepas. Dah, balik2 stok yang sama jugak yang aku tengok, memang la aku tak beli. Aku tahu tau, yang mana stok baru, yang mana stok lama. Ok, dah melalut.

Jadi kami pergi ke jb sebelum tengahari. Perkara pertama yang hendak dilakukan ialah makan.

MRSL atau mee rebus stulang laut adalah makanan yang mesti aku makan kalau pergi ke jb. Sejarah nya bermula apabila encik suami bersekolah di sekolah vokay. Menurut beliau dulu, situ lah port mereka apabila melakukan aktiviti terbang di waktu malam. Entah, beliau maksudkan diri beliau sendiri atau kawan2nya, entah.

Jadi, selepas tamat persekolahan, beliau pun memperkenalkan aku kepada mrsl ini. Kedai asalnya terletak di stulang laut, di sapa angin selat tebrau, mengadap kota singa. Pas tak lama tu, bangunan kat kedai tu dijadikan kampus oum. Kedai tu stay lagi kat situ. Dah makin besar.

Tiba2, pada tahun 2010 kot, ketika kunjungan rasmi aku ke sana, kedai itu sudah lenyap. Ilek. Mana dia pergi??? Pernah aku search sebelum ni, tapi ala2 blur. Macam dengar orang cakap dah pindah ke larkin, tapi di mana? Akhirnya, barulah ku tahu. Ia sudah berpindah ke plaza larkin. Kat mana tu?

Dan hari sabtu lepas, kami pun on gps dan mencari plaza larkin. Hehehe macam lah jauh sangat sampai nak pakai gps bagai. Pusing punya pusing, belok punya belok, dengan bantuan papan tanda yang baik, kami pun sampai ke situ. Tengok2? Laaa... kat belakang bus stand larkin je ponnn. Adoiyai nyer pun. Rasa nak lempang je.

Rupanya plaza larkin ni ialah bangunan d'mara. Dalam tu ada pejabat mara dan kedai2 macam aked mara tu lah. Dan di depannya ada medan selera bernama selera j0h0r. Best! Segala makanan johor ada di situ. (tapi aku tak makan lagi lah semuanya).

Depan dia je pasar awam dan bus stand larkin. Jalan kaki pun boleh (dari bus stand la, bukan dari rumah aku).

Aku pun terus menuju ke kedai mrsl. Oh, L dia macam dah takde. Tak muat signboard agaknya.


Dan kami makan mee rebus lah, apa lagi. Ni encik suami punya. Special.

Ada udang dan cendawan goreng tepung serta telur rebus sebelah. Key ingredient dia ialah kuih ala2 tempeyek tu.

Ni aku punya. Biasa. Takde udang, takde cendawan. Ada telur rebus sebelah jek.


Di depan gerai itu pula, terdapat gerai kacang p00l haji. Lenkali datang aku nak try ni pulak. Kalau bulan puasa, biasa ada orang jual kacang p00l ni kat bazaar. Tapi, aku pun tak pernah rasa hehe.

Ada rojak yang tengok je pun dah macam sedap.

Yang ni pulak gerai hujung. Sebelahnya ada asam pedas. Mungkin ownernya ialah penyanyi lagu 'cincin emas dikembalikan, ku letak di tapak tangan' tu.

Selepas makan, kami ke persada. Biasa lah, h0mefair. Kebetulan sebenarnya. Tak plan pun nak pegi.

Sudah tu, kami pergi ke jasko tebrau pula. Eh, sebelum tu kami ke ctsquare dulu. Terbeli lah kasut seketul.

Kat jasko lama la jugak. Sampai maghrib. Lepas maghrib, kami ke pandan. Petang tu dah pegi, tapi kedai tak bukak. Dia happening malam rupanya. Tapi upt0wn tu ditutup untuk renovation kot. Bulan 12 ke 1 tah, baru bukak balik.

Sebelum balik, kami singgah makan pula di restoran z.z. Alaaa yang aritu aku makan mee rebus tulang tu. Tapi encik suami je yang makan. Aku diet. Ceh!

Sedap. Rasanya dah macam mrsl jugak. Oh, rasanya aku suka mrsl berbanding haji wahid sebab rasa mrsl lebih simple.


Kemudian, kami pun pulang. Menyesal pulak aku makan mrsl tadi sepinggan je. Tak puas makan. Aku macam dah tak geti nak tulis pasal aktiviti harian macam ni. Lebih mudah menulis benda2 general rasanya.

Oh, untuk tidak nampak ketinggalan, aku akan membuat sedikit analisis mengenai belanjakawan 2012. Bila, tak tau lah.



2 komen:

Asmida said...

waaaah.... kat sini ke MRSL tu pindah.. puas aku dan laki aku mencari kat mana agaknya dia pindah... itu juga our faberet food..(mee rebus)... memang sedap.. dulu kalau ada kelas tak pernah miss mee rebus nie..... TQ bagi info.. aku suke bab jalan2 cari makan nie..... entry yg sangat2 berguna utk aku.... :D

AyunasiA said...

as: tau, ko ada ckp dlm blog ko hehe.