Monday, 17 October 2011

Alat Permainan Baru



Rasanya takde lah lama sangat aku pakai vacuum cleaner tuh. 2007 kot aku beli. Baru 4 tahun. Tapi, motornya dah semput lah pulak. Panas sikit je, dia mati. Sama ar macam blender pun kan. Blender aku tu dah berapa kali berenti tiba2. Tapi bila dah sejuk dia ok balik. Agaknya bukan faktor masa yang menyebabkan ia rosak. Sebaliknya faktor kekerapan penggunaan. Nampak sangat aku rajin kemas rumah, kan? hihihi.

Oleh kerana aku dah manja dengan vc, dah tak geti guna penyapu (penat ok nak sapu rambut gugur) dan keberadaan karpet yang tidak memungkinkan penggunaan penyapu, maka terpaksalah aku beli yang baru. Huh! Duit lagi. Sibbaik murah. Tapi aku suka sebenarnya sebab dapat vc baru. Bukan yang lama tak best. Best sangat sebab ia pink karer hehe. Tapi, tiba2 aku rasa menyesal pulak sebab dulu2 aku beli barang yang baik2. Tak geti nak rosak la pulak. Ye lah... barang elektrik kan makin lama makin hebat. Time beli dulu zaman skrin rata 29 inci. Sekarang dah zaman led. Lcd pun aku tak sempat beli, dah kuar led. Mesin basuh dulu 6-7 kilo dah cukup best, sekarang 13-15kg pun ada. Siap boleh cuci kucing dalam lagi (ada ke?). Peti ais dulu 2 pintu, sekarang 4-5 pintu pun boleh tempah custom made (sekali lagi, ada ke?). Kan best kalau dapat ganti semua dengan yang baru, ek? Kena buat rumah lagi kot, baru boleh dapat yang latest2 nih.

Dipendekkan cerita, masa kat homefair tu kami survey la vc. Ooo sekarang dah ada yang bagless. Boleh buang habuk, cuci bekasnya. Tapi, seperti biasa, kami adalah bercitarasa unik. Walau pun mereka kata vc mereka paling hebat dan berkuasa tinggi, tapi soalan suction power berapa pon derang takleh jawab. Caner? Apa guna input power yang tinggi yang membawa kepada bil api yang tinggi, kalau kuasa menyedutnya kureng? Ada yang ok, bagless, tapi, takleh adjust kekuatannya. Ada yang ada adjust, bagless, power tinggi, tapi ada kaler biru tua je. Buruk ar. Akhirnya kami tak beli kat homefair pun, walau pun rege lagi murah. Beli kat jasko je. Dapat reward point. Beli yang ada beg jugak sebab fikir,

'Orang kat homefair tadi cakap, kalau pakai beg, lama2 model tu dijumudkan, dah tak jual begnya. so, beli lah yang bagless'

Dan aku fikir,

'Alah, tak sempat model tu nak jumud, dah rosak kot vc nih. Beli lagi yang baru pastu. Buktinya, yang pink tu, baru je aku beli begnya, tak sempat abis, dah rosak. Pastu, bukan tetiap kali guna nak kena tukar beg. Kekadang setahun pun tak penuh2 (hehe sebab kadang aku kuarkan balik sampah dalam beg tu, buang dalam tong sampah :P)'


Model c0c0l0 ni ada beberapa kaler. Pink, oren, hijau, merah. Aku ingat sama, rupanya lain kaler lain model. Ada yang tak boleh adjust, ada yang takde airdust catcher. Yang oren ni complete package. Suction powernya 400W. Kira besar bagi kategori compact. Yang penting ia ringan dan batangnya plastik. Boleh juga digunakan sebagai blower. Dan yang paling penting sekali, ia comel.

Comel tak vc baru saya? Comel kan kan kan?



6 komen:

ayzaqaysukashah... said...

si tikus merah...ghajin sangat

Irfa said...

lawa la vacuum ko..mmg tensen kalau rambut gugur..geli je tgk lantai berselirat dgn rambut

AyunasiA said...

ayu, apa tikus merah tu? tak paham kot.

AyunasiA said...

irfa, paling tensen time mengemop ada rambut. grrrrrr

Alub said...

vc tu kot tikus merah?hahaha aku tlg merungkaikan persoalan ko

AyunasiA said...

alub: tapi kenapa merah? masih tak jelas.