Friday, 24 June 2011

Umrah Jun 2011 : Masjid Nabawi ~ Raudhah ~ Maqam



Seterusnya aku dah tak tulis ikut kronologi ek. Ikut sedap rasa je.

Hari pertama di madinah, pukul 8 pagi lagi kami dah disuruh turun untuk ziarah dalam. Dalam ni bermaksud dalam masjid nabawi. Apa yang nak diziarahi di masjid ini? Maqam Rasulullah, perkuburan Baqi' dan Raudhah.

Tapi, kami turun terlambat sikit dan mutawwif dah pergi. Ada la 4-5 orang lagi yang sama nasib, tapi derang cakap derang dah masuk Raudhah pepagi tadi lepas subuh. Ketua rombongan kami suh kami pergi sendiri. Pandai2 la. WTFunny?

Lalu kami pun melakukan ziarah dalam sendiri. Tiba di masjid, kami ternampak group mana tah sedang berjalan menuju ke satu arah. Kami pun follow. Fuh! Bertembung pula dengan group kami (pempuan je) yang meninggalkan kami tadi. Derang dah lepas ke perkuburan Baqi' dan maqam nabi. Ekceli derang tak masuk pun. Just kat luar je. Lagi pun pompuan takleh masuk ke kedua2 tempat tu. Sibbaik la ada sorang je kawan je yang kirim salam. Aku dah la lemah nak menyampaikan salam ni. So, aku beri salam dari luar je lah. Orang laki senang. Bila2 masa je boleh pegi sana.

Pastu kami dibawa ke Raudhah. Bukan dibawa la. Sebab mutawwif tu lelaki. Dia cuma tunjukkan pintu abi talib yang menghala ke Raudhah. Orang laki senang, masuk je dalam masjid, jumpa la Raudhah tu.

Kendian aku pun masuk. Kena berkumpul dulu ikut 'bahasa'. Bahasa Malayu katanya. Sementara tu aku solat hajat dulu. Mohon dipermudahkan. Ye lah, orang kata macam susah nak masuk Raudhah tu kan. Abis je aku berhajat, terus disuruh masuk. Belum masuk dalam Raudhah lagi. Berkumpul lagi. Lebih kurang 10 minit, tiba giliran kami masuk. Eh, senang la pulak. Mak aih... kena menyerbu ke? Aku rilek je lenggang kangkung. Tau2 polis tu dah cakap, solat ibu solat ibu, sini Raudhah. Aku tengok bawah, a'ah la. Dah sampai karpet hijau. Aku pun terus la solat 2 rakaat kat situ. Takde la kena berebut2 ke haper sebab yang derang rebut kan tu aku rasa barisan depan. Entah, nak dekat dengan maqam ke haper tah. Dah selesai tu, aku terus keluar. Nangis tak? Tak. Tapi air mata jatuh sendiri.

Gambar2 di bawah ni kebanyakannya encik hairul yang tangkap. Pompuan memang susah nak bawak kemre. Rasionalnya (ni pandangan aku je), aurat pompuan di sana adalah vary. Lain mazhab lain pembawaannya. So, kena lah derang jaga. Aku pun mulanya lepas jugak bawa kemre. Tapi last2 kantoi jugak hahaha. Ibu, haram haram. Adoiyai... lawak pun ada. Tak pasal2 kena patah balik hantar kemre. Sibbaik tak jauh sangat. Derang memang ada masa2nya begitu strict. Ada masa dia selak2 lebih kurang jek.

Aku pun tak sempat menyaksikan sesi mengepak dan menguncup benda alah ni. Tapi aku pernah nampak derang bersihkan bumbung ni. Bila dia cuci, airnya akan jatuh ke dalam tiang. Ada salur la kot.


Errr nanti aku dah tanya encik hairul baru aku cerita kat mana tempat2 ni. Tak dapat bayang.

Haaa yang ada kepungan putih (kiri gambar) tu la area Raudhah orang pompuan. 2 tiang je. Tengok orang laki, depan polis pon tak kisah ambik gambo.


Ni kot tiang aisyah. Aku yang paksa dia cari tiang2 ni. Orang kata tempat2 yang mustajab doa. Katanya.


Yang ni kot maqam Rasulullah dan 2 sahabat. Kiri sekali maqam Rasulullah.

Yang tengah maqam saidina abu bakar.




Pintu salam (babussalam). Area orang lelaki.


Hari isnin tu kami puasa. Hari tu jugak kami pergi ziarah luar. Tak merasa makan kurma percuma di ladang kurma. Petang nya aku berbuka di luar masjid. Aku tak tau kenapa orang2 paki+india suka sangat solat di luar ni. Panas lak tu. Kat dalam ada ekon. Aku kalau masuk mesti duduk dekat2 tiang sebab ekon kuar ikut situ hehe. Masa menunggu waktu berbuka tu aku duduk sebelah makcik paki ni. Dia offer jajan potato chips. Aku lak bawak pisang sebijik je. Lepas buka lebih kurang, cecepat aku masuk dalam. Tapi dah penuh. Dapat solat maghrib pun dekat2 dengan tong air zam2 je.

Gaya orang berbuka.


Orang lelaki ada makanan disediakan. Kata encik hairul, bila dibuat cenggini, orang yang tak puasa akan rasa semacam. Segan2.

Makanan berbuka encik hairul kot. Kami ada bawa kurma sendiri. Kan siangnya kami pergi ziarah. So, dah beli la kurma ajwa yang diwar2kan tu. Memang sedap kurma ajwa ni. Tak manis sangat.


Deretan al-Quran. Ada 2 orang kawan aku kirim wakafkan al-Quran. Tapi kami tak dapat pergi ke kilangnya. Kat luar masjid memang banyak orang jual al-Quran, tapi tak semua boleh masuk dalam masjid. Kalau dapat masuk pun, sekejap je. Bila derang check dan bukan cetakan kilang tersebut, derang akan keluarkan dan hantar ke masjid2 lain. Kalau beli kat kedai atau tepi jalan, rm50 boleh dapat 2-3 naskah al-Quran. Tapi kami kirim kat mutawwif untuk belikan yang ori punya, 40 riyal senaskah. So, untuk kawan yang kirim tu, aku cuma dapat beli sorang 1 naskah je la (kalau convert pun 40 riyal lebih kurang rm50). At least kita yakin naskah tu takkan dikeluarkan dari masjid nabawi/haram sebab dia ada front and back cover yang menunjukkan ia cetakan kilang sebenar. Kalau yang kat kedai tu takde cover tu.

Rak kasut pun nak ambik gambo.

Dalam banyak2 tiang yang dikatakan tempat mustajab untuk berdoa, ada satu tiang yang tak ramai yang orang tau. Tapi bukan tiang yang mustajab berdoa la.

Inilah dia. Tiang Asiah. Takde kena mengena dengan firaun. Cuma ini tiang di mana aku selalu menunggu encik hairul setiap kali lepas solat hehehe. Ekceli kami dah bertukar 3-4 lokasi menunggu. Last2 tiang ni yang paling ideal. Betul2 kat depan pintu masuk lelaki. Kalau kat pintu masuk pempuan ada satu kawasan menunggu. Tiap kali lepas solat, mesti penuh tempat tu dengan orang lelaki yang memanjangkan leher mencari femli masing2.

Tak sempat menerai kehepsi kat sini sebab sibuk demam. Hari yang aku masuk Raudhah tu, petang nya aku ikut member ke perkuburan baqi'. Balik dari situ, kami pusing satu masjid, ikut jalan lain. Jauh tu... Sampai2 je kat bilik, terus aku togok air sejuk. Padan lah muka. Dan2 terus sakit tekak. Sejak itu, segalanya tinggal sejarah. Aku tak sihat sepanjang berada di sana. Malam selepas aku puasa tu, aku demam. Huuu... Besok nya kami dah nak berangkat ke Makkah. So, encik hairul mengemas la beg sensorang. Mujur besok tu dah kebah. Cuma selesema pula mula menggila.


Ni kot mehrab nabi (yang asal). Bahagian lelaki memang aku tak dapat nak imagine.

Encik hairul di maqam nabi.

Encik hairul mengalami kehilangan selipar sebanyak 2 kali. Satu di madinah, satu di mekah. Kira 2-2 selipar mesia hilang lah. Tah mana pulak gambonya. Dah terdelete kot. Kang aku guna laptop kang aku taruk gambo beliau berkaki ayam balik dari masjid. Tu lah. Degil sangat. Aku buatkan 2 uncang kasut untuk dia, tapi tak mau guna. Geram betul.

Tu lah uncang yang aku buat (kaler ceklat krim tu). Tapi 2-2 pun hilang kat mekah. Satu hilang sebab tercicir, satu hilang bersama selipar. Tinggal uncang aku je yang selamat dibawa pulang.

Errr aku baru upload gambar2 di bawah, so ia mungkin tunggang langgang. Tak kosser aku nak edit2 dah. Tapi masih relevan dengan tajuk.

Kami dapat bilik dengan 4 biji katil. Satu hari satu katil hihi. Tak tak, kiter combine kan dia menjadi king kong size bed.

Betul la orang cakap, hotel madinah is better than makkah. Tapi masjidilharam is much much better than masjid nabawi kan....

Belian pertama ku. Air mineral. Bila dah jumpa air zam2, bercinta nak abiskan air ni. Last2 abis jugak time kat epot time nak balik. Oh, masa balik takde masalah bawa liquid bersama2. Time kat klia, pencuci muka aku yang tinggal nyawa2 ikan pon dia buang. Cis!

Bumbung yang bergerak. Ni je lah sekali aku dapat bawak kemre. pastu dah kantoi.

Remember masjid jertih? Kat sini pon ada belang2. Tapi yang aku maksudkan dulu tu masjid di cordoba.

Ambik gambo pon takut2 hihihi.



Aku bersama uncang pink. Memula aku bawak beg telekung bandung. Tapi selepas polis tu cakap aku orang ind0n, terus aku tukar beg lain. Oh, tapi selain ind0n, aku juga disangka orang filipin. Errr ada iras2 marimar kah?

Rujukan kami di madinah.

Hah jumpa pon gambo ni.

Orang hilang kasut.

Ni platform tempat azan rasanya. Area orang lelaki.


Sempadan Raudhah. Karpet hijau.




Tong air zam2.

Semua sejuk kecuali yang bertanda not cold. Sehari je aku dapat merasa yang sejuk uhuk uhuk uhuk.

Satu yang istimewa bila minum air kat sini, kita takkan rasa nak terkencing. Semua diserap badan kot. Panas sangat.

Suasana waktu malam.



Next, sekitar ziarah luar madinah. Tak banyak gambo sangat sebab aku keletihan puasa.

0 komen: