Aku saje je takmo kepoh2 pasal projek loteng aku ni. Takut tak jadi seperti yang aku harapkan, aku gak yang kecewa berganda. Kecewa pertama, sebab tak jadi seperti yang diharapkan. Kecewa ganda dua pulak, dah tentu lah sumer orang tau aku beriyo yo kan. Secara otomatik aku akan malu la ngan korang. Jadi, kuputuskan, biarlah rahsia, pada waktu itu. Sekarang dah siap, so, takde rahsia2 dah. Lagi nak kepochi kan ada. Macam aku sorang je ada loteng dalam dunia ni hihihi. Ah, pedulik. Jeles la tuh.
Kalo sesiapa tak tau lagi, rumah kami ni sebenarnya ada 4 bilik. Tapi, masa dalam pembinaan tu, kami suh derang pecahkan dinding bilik ke-4 tu dan naikkan dinding untuk dijadikan bilik stor. Jadi, takde la bilik ke-4 tu, diganti dengan ruang dapur yang lebih luas. Masa tu juga kami dah plan nak buat loteng ni, cuma tak tau bila nak buat tu. Tengok keadaan. Jadi oleh kerana kami dah tengok situasi sesak yang berlaku bila ramaiiiiiiii femli datang, maka, ini lah masa yang sesuai untuk projek nih. Dah tu, jeles ar tengok rumah orang ada meja makan marble huhuhu. Nak jugak!!! So, pasni, boleh la kompol duit untuk beli meja makan pulak. Macam la rajin sangat masak ek? Apa kena mengena loteng ngan meja makan marble? Ye lahhh aku nak letak meja tu kat ruang tengah tu la. Sekarang ni orang datang salu tido kat situ. Now dah boleh transfer ke loteng tu lah pulak. Ok tak, kak ani? Ada kang anak2 dia terjun dari atas tu kang. Dah la bujang2 tu kemain lagi ligatnya kehkehkeh.
Ok, gambar ni takde apa2 pon nak ditunjukkan. Just nak buat comparison sebelum, semasa dan selepas projek tu siap. Ni gambar sebelum berlaku apa2.
Ni lagi lah tak nampak apa2 kan? Actually ni gambar selepas kami kosongkan bilik tengah tu. Masa ni kami dah booking tukang. Standby je biler2 masa dia nak datang. Ya, tukang yang sama ngan kawan taman wira tu lah.
Ok, kejadian pecah rumah ini berlaku pada suatu hari. Dan selepas kerja ini dilakukan, wak joe tak datang2 selama seminggu. Grrrrrrr... dia ada projek lain. Gini la orang melayu. Aku anggap kerja ni sebagai 'booking' la. Kira kami terpaksa menunggu lah jugak dia buat, walo pon lambat. Putus harapan la kalo nak terminate dia waktu nih.
Memula dia tak kasik bukak kipas tu sebab dia nak guna. Panas lor bilik tu. Tapi sekarang kan musim hujan. Takde lah panas sangat kan. The next day tu dia suh bukak. Mengganggu keje ler kipas tu dok kat situ. Lagipon, abis ler kipas aku dilitupi debu. Huuuuuu sabooo lagi.
3 komen:
aku ada loteng yg dah terbengkalai 6 thn lamanya....hanya tinggal tangga shj tetapi xder sape nak layan loteng tu...sudahnyer...jadi tempat kumpul habuk....ada gak ati nak siapkan...namun....Mr B aku tu wat dek jer!! huhu *yana*
Wah...saya dah lama idam buat loteng...harap cerita detail sikit senang jadikan panduan nanti...tq
yana: dah siap tangga je ke, tinggal pasang tangga?
hanisumayyah: tunggu
Post a Comment