Biasa kan? Orang cari gelfren atau boifren, mesti nak yang cantik2, kacak2 aje. Kalau blind date pon, biler jumpa tu tengok ala2 tak berapa nak cantik atau kacak jek, terus buat2 tukar nombor tepon atau tukar nickname. Lumrah manusia, suka yang indah2 ajer. Oh, semua ciptaan Allah swt tu indah. Manusia yang lemah, menilai dari mata.
Tapi jodoh, bukan kita yang tentukan. Kadang bercinta dengan awek sikit punya cun ker, tiba2 kawin, biasa2 aje. Tu bab sebelum kawin. Bila dah kawin, tak bahagia, tak serasi, cerai berai pulak. Kawin la ngan pempuan paling cantik dalam dunia pon, ratu dunia, ratu alam semesta, ratu perlancongan ker, gadis fotogenik dewi remaja ke, gadis muka depan majalah dara ker, kalau jodoh tak panjang, tetap lah akan berpisah.
Rupa yang cantik bukan jaminan kebahagiaan. Ada orang lebih serasi dengan orang kurang cantik. Ada yang dah kawin isteri cantik, masih tak cukup, tetap cari yang lain di luar atau di dalam rumah sendiri. Kekadang terfikir, macam kes artis2 tu, derang kan cantik2 belaka. Tapi kenapa susah menemui kebahagiaan dalam rumahtangga? Orang cantik pon tak bahagia ek? Tapi kenapa orang masih mencari yang cantik2? Adakah kita dilahirkan dengan pemikiran dan naluri bahawa yang cantik adalah yang terbaik? Atau didikan kita yang menjadikan kita begitu?
Pernah juga kita dengar, bila orang tu tengok orang kurang lawa tu berkahwin, dikatakan, laaa kawin jugak dia tu ek. Ada gak orang nak kat dia. Padahal orang tak tau, walo pon rupanya kurang, tak memenuhi ciri cantik, dia ada 3 ciri2 yang lain iaitu, beragama, berharta, keturunan yang baik2. Selain hebat di dapur seperti zaharah anak cik maimon hahaha. Teringat pulak pasal lagu zaharah anak cik maimon tu. Salu aku dengar on the way gi keje je. Sekali aritu, terdengar pulak time dalam kete ngan encik hairul anak cik asim. Mengekek2 gelak. Comel jek lagu tu. Ok, serius balik.
Ada, ramai juga yang cantik dan bahagia. Ada juga yang kurang cantik tapi tak bahagia. Kerana itu, jodoh dan kebahagiaan bukan terletak di tangan dan mata manusia. Jangan pula salahkan takdir kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Tiada manusia yang sempurna. Pandanglah dari mata hati.
Thursday, 12 November 2009
Cantik dan Kacak
Hasil karya AyunasiA pada 10:08 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
salam kenal...
Wajah cantik tu mungkin satu bonus pada seseorang tetapi wajah tak cantik pulak tak semestinya menjadi faktor tidak boleh bahagia, pokok pangkalnya bahagia tu terletak pada hati, bukan apda wajah....iyer kan...
Salam ayunasia...lama akak tak singgah...
Sebenarnya kebahgiaan bukan terletak pada cantiknya rupa...dan kecantikan bagi seseorang tu subjektif...macam2 jenis cantik...terpulanglah pada individu itu untuk menilainya...
Kebahgiaan dan keharmonian rumahtanggan bergantung pada keserasian...dan bagaimana masing2 mengemudi bahtera itu...
hani : susah juga kalau orang cantikkkkk je bahagia, kan? apa cer kiter yg tak cantik ni, kan? tapi semua orang berlumba2 nak cantik ek? oh, nak kasik bonus la pasangan tu huhuhu. janji tak selekeh sudah...
kak anie: tq kak, sudi singgah lagi.
betul tu. lagi pon, kasih sayang tak diturunkan kepada manusia yang cantik jelita dan kacak tampan sahaja. yang penting hati...
Post a Comment