Apa nak buat bila orang nak pinjam duit kiter untuk bayar ah long atau bayar bank sebab rumah nak kena lelong? (siap boleh tukar kes pulak ekekek)
a. tengok la saper yang pinjam tu, adik badik ke sedara mara ke, kawan2 ke, sedara jauh ker.
b. bagi je lah. lagi pon dah janji nak pulang lagi 3 bulan.
c. nak bagi, tapi duit ada dalam asb. kalau kuarkan sekarang, rugi la sikit. dividen dah nak kira hujung tahun nih. kalo nak jugak, dengan syarat, bayar sekali dividen dan bonus yang terlepas itu. bukan interest yea...
d. nahi nahi nahi!!! betul ke dia boleh bayar lagi 3 bulan tu? katner dia dapat duit? pinjam orang lain pulak? bila kitaran gali tutup gali tutup tu akan berakhir?
e. boleh bagi, tapi bak sini ermmm geran tanah wat cagaran dan kiter wat agreement siap mati setem bagai.
f. boleh bagi. hari ni hari dia kannn.
g. nahi nahi nahi! susah nak percaya orang walo pon sedara sendiri. apatah lagi bukan sedara, kan? eh, sedara ke bukan ek?
h. boleh bagi, sebab dia pon ada kerja tetap bergaji besar. cuma bulan lepas dia baru je beli laptop baru rege rm5k untuk anak dia masuk sekolah emaresem. tu menunjukkan dia banyak duit, tapi bulan ni je tak cukup kot.
Hahahaha banyak nyer option kihkihkih. Itu menunjukkan keadaan serba salah dan kebingungan hehe.
Thursday, 19 November 2009
Gali Lubang Tutup Lubang
Hasil karya AyunasiA pada 10:22 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
aktuali dividen =
faedah/interest. cuma sebutan nya ada sedikit melayu. jadi, bile sebut faedah.. still riba', ye tak?
yg ada dibenarkan dlm Islam disebut dgn pemberian ikhlas sbg "hadiah". itu je!
err.. brp ASB bagi dividen tahun ni?
bukan dividen tu yg nak dihighlightkan kat sini, sebaliknya tentang pinjamkan duit pd saudara bukan sedarah daging.
sila baca dengan tonasi yang betul berdasarkan tanda bacaan yang diberi kerana lain tonasi, lain maksudnya. :)
disebutkan juga, dividen asb hujung tahun. sekarang belum hujung tahun.
Post a Comment