Monday 26 November 2007

Wira Malaya ku

Syian dier… aku tak sabar tunggu setiap kali dia menang. Dia akan bertepuk sebelah tangan. Sebelah lagi guna raket dan terus pergi kepada coach dan memeluknya. Macam anak dan bapak. Aku suka tengok saat2 begitu. Sejak ermmm 2 atau 3 tahun yang lepas. Aku sangat suka saat dia kalahkan Lin Dan pada Terbuka Mesia tahun lepas. So sweet! Walaupun Mew Choo kalahkan No. 1 Dunia semalam, ianya tak semanis kemenangan dia kepada Lin Dan itu. Masa 2002, aku minat giler kat Hafiz Hashim. Dah lah hensem, juara All England plak tuh (2003). Tapi dia tak consistent. Sekejap je terer nya. Pastu dah senyap. Tau2 dah kawin. Ada la sekali dia menang beberapa minggu lepas, tapi dah tak heran dah. Sekarang nih, aku minat dia pulak. Kali ni bukan sebab dia hensem. Comel la dia! Tapi sebab dia terer, yeay!

Tapi semalam, dia tewas. Ini bukan pertama kali dia kalah. Dah banyak kali. Tengah tahun ni je, dah berkali-kali dia kalah. Tak masuk final pon dah banyak kali. Tengah tahun ni memang zaman gelap dia. Kalo tak silap, masa tu ada krisis kat bam dan coach dia ditukar sape tah. Tak lama, krisis pon selesai, dan dia kembali kepada coach asal. Akhir2 ni baru lah dia bangkit semula. Tu pon sejak open2 yang berturut2 nih. Next week Hong Kong Open plak.

Apa yang aku sedih sangat, bukan lah sebab dia kalah kepada Chun Lai. Dah selalu sangat dia kalah ngan mamat hensem tonjang nih. Tapi semalam, dia banyak dikecewakan oleh penjaga garisan dan umpire. Sampai satu masa tu, dia dah campak raket dan buat gaya, Owh! Tidak! gitu. Dah gaduh2 ngan umpire dah. 4 kali dia dibuli. Syian dier. Kalau ikut kan, sebelum kejadian pertama tuh, mata derang boleh dikatakan selang seli gitu. Maknanya dua2 ada peluang seimbang. Tak ler ketinggalan jauh. Biler jadik gitu, bukan sahaja dia terpaksa memberi mata kepada lawan, tetapi juga mental dia dah tak stabil. Nampak sangat dia dah hilang fokus. Aku lak yang macam nak nangis. Syian dia. Sabo ye Lee Chong Wei...

Friday 23 November 2007

Sabarlah

Lepas baca entry2 kakak2 ini, ini dan ini, aku rasa terpanggil untuk tompang sekaki sket. Walau pun masing2 punya cerita dan latar belakang berbeza, tapi kami ada satu persamaan yang tak payah lah aku terangkan berulang kali kat sini.

Ini pendirian aku. Pendirian aku tetap sama. Cuba bayangkan anda tak bekerja tetapi mempunyai anak yang ramai. Atau anda bekerja, tapi gaji cukup makan dan anak ramai. Atau apa pun pendapatan anda, yang penting anak ramai. Ok, tak yah ramai pon takpe, anak sorang pon cukup lah. Apa perasaan anda bile dengar kawan anda atau sesape la yang anda kenal atau tak kenal yang takde anak, baru beli kete? Katakan dia baru beli Honda Civic la (aku nak kete ni laaa!!!). Apa reaksi anda? Adakah anda cakap begini:

- Alhamdulillah... murah rezeki dia. best nyer, dia beli kete baru, bleh aku tumpang sekaki dua (bagusnya kawan ni... jeles pon tidak)
- ermmm kete baru? boleh la... anak takde, duit tak tau nak buat apa. tengok la nanti dah ada anak, ikat perut ler nak bayo kete tu nanti. tah2 tolak kedai 2nd hand je
- alahai... bile la aku nak merasa naik kete tu. tu baru naik, beli apatah lagi.
- eleh... aku pun bleh beli cam dia gak, lagi beso pon mampu (apa tunggu lagi? pi lah order cepat? tak cukup duit down payment ke?)
- eee nape dia beli kete beso2 gitu? bukan nak bawak sesape pon? duk berdua je pon nak beli kete beso2 (nak tompang ke?)

Aku tau, ada yang memberi reaksi pertama tuh. Tapi... mesti ada yang lain, tak ramai, sorang dua, yang bereaksi no 2-5 tu kan? Apa relevannya ngan aku? Yang confirm, reaksi no 2 tu la yang paling ramai kan? Huhuhu. Aku tak salahkan derang. Manusia memang begitu. Tapi yang pentng, biarkan lah reaksi tu berlaku secara monolog sahaja. Atau dengan kata lain, simpan je lah dalam ati, takyah diluahkan, especially depan kawan tu.

Apa natijahnya bile anda cakap depan kawan tu? Adakah kawan anda akan jual balik kete dia yang baru dia beli tu? Atau dia akan bagi kete tu kat anda? Huhuhu. Atau dia akan mintak anda sambung bayo kete dia? Atau dia akan balik rumah 'buat' banyak kali sampai berjaya? (apa kaitannya ek?) Atau dia akan bagi duit dia yang lebih banyak tu untuk beli susu, baju dan mainan anak anda? Atau dia akan tukar kete dia ngan motor anda (maklum ler, naik 2 orang, motor pon ok) Atau dia terus cadang nak ambik salah sorang anak anda sebagai anak angkat? Atau dia terus gi jabatan kebajikan, mohon anak angkat? Anda tau apa kawan anda tu buat???

Paling teruk pon, ngadu kat laki dia, nangis sikit2. Apa sebenarnya yang anda nak dari kata2 anda itu, selain dari menyindir dia semata2? Owh! Dah jauh melalut dah aku ni. Apa sebenonya nak aku sampaikan ek? Mungkin aku agak emosional arini gara2 PMS (yang juga bermakna masih belum 'ada' lagi ok... kena bagitau tiap bulan, kalo tak asik tanyaaa je). Tapi yang penting aku nak bagitau, aku redha dengan apa yang aku ada sekarang. Even bila aku menulis entry sebelum ni pon, aku rasa ada yang jeles sikit, tapi bukan aku nak menunjuk2. Itu rezeki aku. Kalau orang lain tulis cite pasal anak (atau ganti namanya, rezeki) dalam entry, aku plak cite pasal rezeki aku. Orang tulis anak dah pandai senyum, merangkak, berlari, menari, menyanyi, menulis nama sendiri, membaca, mengira, melukis dll. Aku tulis, aku dapat keje, aku dah beli kete, aku baru duit claim 'tut' ribu riban (tak ramai tau... rahsia), aku shopping ngan abang, aku beli 'tut', aku beli 'tut' (projek bersama Yayu,hihihi pon takleh tulis kat sini dulu). Hah! Itu cerita aku. Anda bahagia dengan anak2 anda yang comel dan cerdik kan? Aku bahagia dengan uang yang turun dari langit mencurah2 harharhar. Aku mata duitan? Rezeki dah datang, takkan nak tolak? Kalau aku tolak, sama lah juga kalau anda gugurkan kandungan anda. Bukan ke sama jugak? Cuma kalau aku tolak rezeki, rasanya tak berdosa kan? (tolong betulkan ye ustaz) Duit tak bawak ke mati, tapi anak boleh doakan kite bile dah mati. Tapi kalau duit tu diguna ke jalan yang betul, ada juga saham di akhirat nanti, Insya Allah. Apa, ingat aku shopping je kerja nya??? Beso periuk, beso gak la keraknya. Ok tak gitu? Allah belum nak beri, tentu Dia tahu sebabnya.

To abang : Ayang tau abang kecewa bile ayang basuh telekung. Belum ada rezeki.

Thursday 22 November 2007

Syukur...

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan. Masa mula2 masuk kerja aritu, hati rasa nak protes je. Ke hulu ke hilir, abis masa tengah jalan, penat. Yang bagi sedap ati, hanya lah duit claim yang dijanjikan. Tapi, adakah duit boleh mengembalikan masa yang hilang itu? Ecececeh, mentang2 tengah baca novel, ayat pon ala2 novel gitu.

Tapi selepas 5 bulan berlalu (tinggal sebulan lebih je kat sini, yeay!), macam2 telah berubah. Selalu kite cakap, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tapi dalam kes aku, rasanya, aku tak rancang apa2, tapi Allah yang nak rancangkan macam2 untuk aku. Syukur sesangat.

Pada awal pemergian aku ke sini lagi, kami diuji dengan kisah accident abang. Masa tu aku dah sedar, betapa telitinya rancangan Allah dalam hidup kami. Walau pun diberi sakit, banyak hikmah yang kami dapat dari kejadian tu. Rezeki pon makin murah. Mula2, kami beli AH. Tak dinafikan, kejadian tu menjadi pemangkin utama keputusan kami tu. Lepas cuti sebulan, abang diberi cuti sebulan lagi. Syukur jugak la kan... dapat rehat lebih panjang. Ada banyak lagi lah rezeki yang golek2 datang selepas tu, tak sangka2 plak tu. Alhamdulillah.

Masuk bulan puasa, abang ditugaskan mengajar di CIA*T. Sampai sakit2 pinggang aku mengekor abang tiap minggu. Tapi berbaloi jugak la ganjarannya ngan kepenatan tuh. Masa tu abang cakap, yang penting nama abang dah ada dalam list FPTek, insya Allah akan datang derang akan panggil lagi. Beberapa minggu lepas, kawan abang offer ngajar student degree kat sana gak, tapi abang terpaksa tolak sebab ada kursus P&P tengah bulan 12 ni (syarat nak confirm tau kursus nih).

Tapi, kalau dah rezeki kita, tak kan nak tolak plak kan. Minggu ni, FPTek offer lak ngajar student master cam arituh. Ngehehehe abang ni, asik bagi berita baikkkkkk je. Tu yang ayang sayang sangat tuh. Macam tau2 je (memang la Allah Maha Mengetahui, kan?) aku akan berada di CIA*T selama 3 bulan. Sedang elok la kalau abang yang datang sana. Takyah aku penat2 drive balik BP, yeay! So, gitu lah lebih kurang rancangan Allah yang akan cuba kami kendali kan sebaiknya. Ada hikmahnya kita masih berdua bang...

Wednesday 21 November 2007

Planning or Dreaming?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nyampah tul bila orang buat test, budak meniru terang-terangan. Takat sok sek sok sek aku bleh buat tak dengar. Takat intai2, aku boleh buat2 tak nampak. Ni kalau dah bawak kuar nota, buat lapik kertas jawapan, dah terang lagi bersuluh la kan. Lantas aku terus merampas kertas jawapan itu budak dan dan dan... Apa aku nak buat pasni ek? Hihihi lum pikir lagi.

Lama sungguh la aku tak update. Orang yang letak link aku kat blog derang pon mesti bengang dan dah pasang niat nak delete blog aku dari link derang ek? Tak kisah lah... takde sape yang untung atau rugi.

Sebenonya aku ada satu projek besar akhir2 ni. Since lum confirm lagi, aku takmo lah kepoh2 kat sini dulu. Karang macam2 orang kutuk bile tak jadik. Eh eh, takde la best sangat projek tu, tapi very significant la dengan aku dan abang hehehe. Nanti dah confirm, aku cite kan la.

Aku tengah merancang untuk cuti2 mesia pada hujung tahun nih. Tu pun rasanya ramai yang merancang benda yang sama bersempena dengan cuti yang agak panjang bermula dari raya aji lagi. Cuti panjang, tapi kalau apply cuti, 6 ari je. Selebihnya cuti umum dan hujung minggu. Kebetulan cuti aku memang ngam2 tinggal 6 ari. Tahun depan la aku start kumpul2 cuti tahun ni, sebab dari bulan Januari sampai Jun, aku tak bleh cuti! Huaaa... sampai muntah ler nak mengabiskan cuti tu karang. Jadi, baik aku plan untuk mengumpul masa tuh.

Berbalik kepada rancangan cuti2 mesia tu, aku masih tak decide nak gi mana. Mana ek? Tahun lepas aku dah pulun pusing satu semenanjung mesia, tapi sekejap2. Kali ni nak gi satu tempat je. Yang dalam kepala; Cameron (takde mende sgt, balik ari pon cukup), Langkawi (lagi, tapi nak jalan sumer tempat, sebelum pak menteri umum tambang feri naik hihihi), Pangkor (tak pernah pegi tapi rasanya sesuai untuk bersantai je), Tioman (dekatnyerrr, tak pernah pegi gak tapi... ada soping komplek tak??? huhuhu) dan kalau banyak duit nak gi KB soping tudung, toto, pinggan mangkuk bla bla bla hihihi, ’kalau’ aku kata ’kalau’...

Itu je lah angan2 aku. Ikut kan plan asal, nak gi jenjalan ni lepas budak naik sekolah (low season, wakakaka kedekut kes). Tapi time tu aku dah nak gi CIA*T dan nak buat treatment. Tak best ar sakit2 time bergumbira kan. Tak tau lah bile masa yang sesuai. Rasanya lepas krismas la kot sebab 23hb tu ada wedding cousin abang kat kampung dan 25hb tu is our wedding annniversary hehehe. Sedang elok la kan...

As for now, aku tak sabo nak gi Penang. Yeay! Apa best nyer Penang ar??? Dah tentu lah makan makan dan makan. Oh ya, aritu aku tengok kat satu buku pasal tempat makan yang dipublish oleh the star kalo tak silap, ada gambo kedai sup sitam dalam buku tu. Hihihi dah lama lak tak makan kat situ. Almaklum lah, dah jauh dari bandar nih, malam mesti dah ada kat rumah.

Hasil dari blog hopping hari2, aku dah survey macam2 tempat makan kat Penang tu. So, sediakan perot je la kan... Anyway, kalo ada sesape nak rekomen mana2 tempat makan tu, dipersilakan lah yea...

Minggu lepas, kami pergi bandar ari Sabtu. Memula gi ambil mesin jahit tepi yang dihantar repair kat Bukit Pasir. Adusss mahal jugak mengganti motor tu. Tak kisah lah... yang penting tak yah pikir2 lagi nak jahit tepi katne dan pastu takyah susah nak gi hantar dan ambik pulak. Pastu gi Summit, makan M. Aku makan mekciken cam biasa, abang makan double apa tah, ala2 bigmek tp ayam dan pedas. Pas makan baru gi sembahyang kat atas. Tak best ar surau situ, tempat wuduk dia kat luar dan tak tutup. Pas tu turun kedai kain, beli kain kelabmen 5 meter, nak buat bantal. Kekabu dah beli time pose aritu, tapi tak jadik2 pon bantalnya. Pastu konon nak ganti betri jam aku, sekalinya lupa bawak jam nya. Tak jadik, dan terus kuar.

Tak terus balik, kami pegi kedai hoeheng. Baru minggu lepas pegi situ. Macam beli ayam pulak, bleh pegi hari2 kedai elektrik. Kali ni beli vacuum cleaner. Hihihi. Tak larat aku menyapu rumah 2 jam. Pastu terus balik. Pelik plak rasanya balik sebelum kul 6 pm. Dahhh tak de mende lagi di carik, balik ler. On the way tu, singgah kedai hasansani, tengok2 perabot jati. Ermmm kedai ni kedai jati versi eksklusif lorrr…

Malam, sambil tengok orang menari, kami carik2 bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Tak de lah... kami carik2 kekabu tu sambil masukkan dalam sarung dia. Abis berbulu satu rumah. Tapi takpe, kan dah beli vakum tadik? Hihihi.

Oh ya, aku minat tengok orang menari. Sebab tu aku tengok cite hindustan kot. So, aku pon ikut la perkembangan rancangan sehati berdansa tuh. Aku suka Vanida, so aku sokong dia lah. Lagi pon dia memang lembut bile menari. Ingat cite Pempuan Melayu Terakhir? Haaa kan lembut je dia menari kan. Yang paling tak sangka, cemana la As feminin tu leh gemuks gitu ek?

Ok sambung balik. Hari Ahad, hari CKT sedunia. Pagi petang siang malam aku makan CKT. Hahaha sebenonya baru semalam jumpa kicap sotong. So, misi pon berjaya, Cuma masin sket. Tapi takpe, practice make perfect kata orang.

Dah, itu jek.

Friday 16 November 2007

Rezeki, Walau Kecil Tapi Besar Ertinya Time2 Cenggini

Rezeki, kalau nak datang, dia boleh datang bergolek. Tiba-tiba, tau-tau je dah ada dalam tangan atau dalam akaun bank kite, kan? Aku mengaku, sejak minggu lepas, rezeki dalam bentuk uang, banyak yang terlepas ke tangan orang lain. Hasilnya, bentuk rezeki tu bertukar ke bentuk yang lebih besar lagi. Alhamdulillah. Awal minggu nih, aku tengok akaun kawanku, aiyooo sudah begitu kurang dan tak bleh nak joli la weekend nih. Tapi takpe, aku perabis kan duit tu pun bukan dengan berjoli, tapi untuk memperbaiki taraf hidup. Begitulah tersurat dan tersiratnya.

Cuti dah diluluskan minggu lepas. 28hb-30hb November. Tiket dah siap dibeli semalam. 27hb November, 5.30pm. Aku nak gi mana? Penang!!! Tunggu kedatangan ku okeh? Patutnya aku cuti dari hari Isnin lagi, maknanya cuti seminggu la. Tapi, aku sayang lak cuti ku itu. Tak kisah lah. Takat gi KL je, tak lah teringin sangat. Tu yang aku mintak cuti start dari hari Rabu je. So, 25hb November tu nanti, abang gi KL sensorang dulu. Pastu, ari Selasa petang aku naik bas dari sini gi KL. Sampai je KL, terus gi Penang. Gitu lah plannya. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. So, kami akan stay kat area Batu Feringghi. Takleh kasitau katne, karang kena kejar paparazzi lak. Huhuhu apa kesss.

Minggu lepas ari Rabu, pegawai JPK datang terjah. Terjah, tapi kasitau dulu, takde lah aku tergezut. Saspen gak menunggu dia datang tu. Janjinya kul 9.30am. Tapi kul 10.30am gak baru dia panggil. Kesimpulannya, takde e’apa pun. Cuma dah confirm la aku gi CI*ST 7hb Januari.

Dah.

Eh, lupa nak cite, sebab apa aku letak tajuk di atas tuh. Semalam, dengan jayanya, aku telah menjual saki-baki batik ku sebanyak 2 pasang. Memula aku check kat myfriend. Eh, eh, rasanya tinggal patploh hengget je, nape ada tige ratus lebih nih? Kenapa akak tu bayo tak cukup? Patut dekat2 patratus. Pastu aku tengok akaun bank lagi satu. Wahahahaha kat sini ropanya dia bayo. Rezeki, rezeki. Persoalannya, sape lak yang bagi dua ratus lebih tu kat dalam myfriend. Ooo claim exam aritu kot. Alhamdulillah. Kalo duit tetiba bertambah, takyah ler pertikaikan. Lain ler kalo tetiba duit tu menyusut, barulah kecoh2 kannn...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sempena dapat duit claim exam tu, aku nak letak gambo frut tart yang aku order ngan kak Sya time nak exam tu arituh.

Friday 9 November 2007

Happy Diwali, Shah Rukh Khan!

Apa laaa nak jadik aku ni kan. Dah derang tak block blogger, tak mo plak update hari2. Karang derang dah block, baru sibuk nak suh Yayu update kan.

Cuti Deepavali yang tak disangkakan. Boleh la aku katakan begitu ngan cuti diwali nih. Aku dah tune diwali ni 11hb, tup tup, 8hb la pulak. Tah kalendar tahun biler tah yang aku tengok tuh. Aku tau tu pun masa aku nampak sorang student india nih nak balik kampung ari Isnin arituh. Sibbaik aku tak ponteng kelas tu, kalo tak, harus aku tak balik cuti semalam.

So, ari Rabu lepas keje, aku terus balik. Masa tunggu punch card tu, cik Supaat tegur, dia baru tau Yayu tu kakak aku. Dulu dia kat ADT*CBP. Anak dia pulak, sekolah kat sekolah Arab, kenal la ngan abang Epet. Gitu lah.

Lepas Isyak, abang gi Marhaban. Aku, bakar ayam lebih aritu. Terhangus la pulak kuah dia. Tapi masih bleh makan lagi ayamnya.

Cuti ari Khamis, kami gi bandar. Mulanya konon nak makan jek. Nak try pizza mexican tuuu kat Bukit Pasir. Tetiba, lalu depan beriani super, terus tak jadik makan pizza. Dah takde beriani biasa kat situ. Tinggal gam jek. Sedappp nyerrr kambinggg...

Pas makan, plannya nak gi urut kaki. Tapi, tah cemana, kami dua-dua lupa. Pegi bank masukkan duit roadtax, kendian gi BPM*ll. Lamaaaaaa sangat kat kedai buku. Last2 beli novel jek. Ngan register membership. Pastu masuk Pacific, beli stokin. Abang pon sambar slack satu. Cantiknyaaa baju oren tu… (nanti ayang belikan abang baju tu ek...) Pastu turun beli ayam sekor. Dah kemaruk bakar ayam la pulak.

Balik tu terus marinate ayam. Abang lak gi kenduri akikah. Makan sensorang je lahhh. Time orang dah kenyang, ada plak bontrot nyer. Semalam orang lapo, lenggang kangkung pulak. Malam ni marhaban rumah kami plak. Abang dah order satey, kami sediakan air je. Marhaban deret rumah kami, makan kat rumah last. Nyum nyum makan satey le kite malam nih. Chow!

Tuesday 6 November 2007

Rumah

Hari Sabtu lepas, aku ingat nak lepak je kat rumah. Tapi, pagi lagi kami dah keluar. Memula gi pejabat pemaju taman nih. Saje ler window shopping rumah. Tengok2, ada 3 bijik je rumah yang tinggal. Tu pon satu jalan ngan rumah sekarang. Gilo ko opo nak berjiran tetangga ngan mak cik tu? Dalam pada tu berangan juga kalau beli rumah kat situ, nak buat apa ngan bilik nih, bilik tuh. Pas tu kami gi sarap kat kompleks. Aku makan lontong lauk sotong, abang lauk daging. Sambil makan tu, sambil diskas2 pasal rumah tadik tu lah. Siap berangan nak beli 2-2 lot yang sebelah menyebelah tu lagik. Berangan je. Kalau ada lot yang jalan depan parit tu, nak jugak. Berjiran ngan kawan kami. Bagusnya, depan rumah takde rumah, takde masalah parking biler ramai orang datang berkereta. Boleh jadik gaduh gak sesama jiran biler rebut2 tempat parking nih.

Lepas sarap, terus nak ke BP. Tak pepasal jenjalan jauh plak. Sibbaik tak dressing cam nak gi pasar. Pegi BP lalu jalan dalam, pergi Senggarang plak, pon nak window shopping rumah. Sampai taman tu, semua pekerja tengah giat bekerja. Dedikasi betul. Bayang kan ler, rumah tu baru launch sebelum raya aritu, sekarang nih dah siap wiring, plaster and dah pasang ceiling pon. Lantai pon dah siap tiles sekali. Cepat nyer derang ni wat keje? Kalau tengok tarikh jangka siapnya tengah tahun depan. Kalo cenggini punya rajin, awal tahun dah boleh masuk agaknya. Pagar dia siap ngan batu corak2 lagi.

Rumah yang kami tengok nih ialah rumah semi-D. Berkenannnnnnnn sangat. Dengan keluasan 44 x 96, harga bumi RM140k, kalau boleh, hari tu jugak aku nak booking. Tapi, ada beberapa faktor perlu diambil kira. Tadi tu harga bumi, yang tinggal cuma international lot, tak leh la dapat rege tuh. Harga international lot RM170k okeh... Mesti kalau kami beli gak, orang akan cakap, mahalnya, bezanya rege bla bla bla. Tapi kan, aku memang tak main bumi2 lot nih. Benda murah2 nih memang aku tak beli, apa kelesss. Ngeh ngeh ngeh, takabbur dan bongkak sungguh. Sebenonya nak menyedapkan ati. Hihihi. Kekdahnya, aku pon tak nak beli kalo rege cenggitu. Beza 30k, bleh wat pasang lampu, grill, kipas, kitchen cabinet, cornice (spelling?) bla bla bla.

Dari segi lokasi, untuk jangka masa panjang, mungkin sesuai. Sebabnya, satu hari nanti, aku mesti nak mintak tukar ke ADT*CBP. Dari situ, 15 minit je dan nak ke ito pon dalam 30 minit gitu. Kira tengah2 lah. Tapi untuk jangka masa pendek, jauh la sket dari JB dan KL. Tak syok lor. Aku nak rumah yang kuar2 tol je, rasa dah dekat. Kalau rumah tu, kuar tol, ada lagi 30 minit nak sampai. Tak besh betul. Tapi rumah tu beshhhhh. Masa aku masuk rumah yang tengah buat depan rumah sekarang nih, rasa macam kecik je rumah tu. Tapi biler dah siap baru rasa luas. Tapi rumah kat Senggarang tu, belum siap pon dah rasa luas sangat. Bayangkan je, lebar je dah 2 kali ganda rumah sekarang. Pastu pagar belakang dia, sikit punyer tinggi daaa tembok dia. Tepi dan belakang ada 10 kaki tanah. Dari segi harga, beza 20k je ngan rumah sekarang. Ada juga kami dapat pamphlet iklan tanah nak dijual. Menarik jugak tuh. Akan difikirkan.

Lepas tengok rumah, kami terus ke bandar. Memula gi jalan pasar, carik kicap sotong. Jenuh la pegi dari satu kedai ke satu kedai, sumer tunjuk sos ikan cap sotong. Aku nak kicap sotong lorrrr. Pegi K4, Pacific, pon takde gak. Ada tu, sos ikan cap sotong, tapi tulisan jawi dia, kicap sotong. Ingredient macam sos ikan. Kompius makcik! Last2 balik tak dapat apa2.

Sampai rumah dah kul 3 lebih. Terus tukar costume, baju kurung. Jiran selang 2 buah rumah ni wat open house. Kak Liza, bujang lagi. Makan nasi impit, rendang daging dll.

Malam, lepas maghrib, In datang ngan Ulin. Minggu lepas, kete In eksiden. Lagi. So, dia nak pinjam kancil. Tu yang dia datang tuh. Aku sebenonya berat ati. sebab bile dia pinjam kete, abang kena naik motor. Aku kalau boleh memang takmo abang bawak motor lagi. Baru minggu lepas gak abang ambik motor. Nampak cam ok lagi motor tu. Takat jalan dedekat ni, ok lagi.

Malam, kami gi marhaban. Memula gi umah Fendi. Classmate kami masa form 1-3 cum kampungmate abang. Makan mihun. Fendi dah nak gi sambung PhD, tu yang dia wat jamuan perpisahan sekali. Kendian pegi BP, umah PM Ayub. Makan mi kari. Siap tapau tu. Balik tu rasa penat sangat terus titon.

Ahad pepagi lagi abang dah kuar. Abang gi KL, kenduri kawin anak boss. Aku tak ikut, malas nak penat2. Sarap roti prata, In beli. Tengahari aku malas masak. Tengok TV jek. Dah kul 3pm, baru rasa lapo ya ampun. Bukak peti, carik benda nak disantap, jumpa drummet. Terus goreng, makan bertiga. Nasib la dik, kakak mu ini malas ari nih. Lepas Asar, In cakap, tak jadik nak pinjam kete. Hek’eleh. Lambat tul. Sudahnya, aku yang kena anto dia naik bas. So, kami pon gi carik bas kat Parit Raja. Pastu nak anto Ulin balik. Aler... takde plak tiket, terpaksa gi BP atau Ayer Hitam. Baru je nak bergerak, nampak abang baru sampai. Terus balik rumah semula. Sebenonya aku lum sembahyang Asar lagi. Tu yang kena balik dulu. Pastu baru anto In ke Ayer Hitam. Pas anto Ulin, singgah Rahim Segar, beli ayam. Balik tu terus bakar ayam. Malam, makan ayam bakar ngan sup cendawan campbell. Sekian.

Friday 2 November 2007

Pengajaran

Aku memang cepat terpengaruh. Dengan iklan, drama, filem, novel, majalah, blog, forum. Lebih2 lagi bile berkaitan dengan hidup aku.

Semalam aku baca novel. Pinjam dari Ita time balik dari Bukit Tinggi dulu. Dah lama terperap dalam drawer opis nih. Semalam kemas2 meja, terjumpa plak, tu yang terus baca tuh. Actually cerita nya takde la langsung ada kena mengena ngan aku. Sikit pon takde. Tapi, tengah2 aku baca tu, entah, apa tah ayat power novelis tuh dah tulis, terus aku terfikir berkaitan ngan previous entry. Yes! Something about that mak cik.

Kenapa aku ditakdirkan untuk menyewa rumah dia? Tentu Allah dah tentukan sesuatu untuk aku pelajari dari semua yang berlaku. Satu nya, ini merupakan satu ujian. Erm... Allah nak uji sejauh mana aku dapat bersabar dan mempertahankan rumahtangga kami. Ada masanya, aku sampai tahap tak bleh nak sabar lagi dah. Memang aku nak 'bahasa'kan abis2 makcik tuh. Geram tau! Tapi abang tak bagi balas SMS dia. Pendek kata, takmo respon la. Tapi sampai biler? Sampai dia give up? Are you sure? Sampai aku pindah rumah lain? Pastu kena tukar nombor tefon? Siapa dia? Ye lah, kami menyewa rumah dia kan. Tapi, takkan aku je kena jaga hati tuan rumah, si tuan rumah tu goda2 suami I tu takpe ke? Kite belum dikira baik selagi kite tak buat baik pada orang yang buat jahat kat kite. Owh! Sabarkan lah hati. Ya Allah! Terangkan lah hati, berilah petunjuk. Amin.

Dua, aku baru perasan yang komunikasi aku dan abang dah tak seperti masa bercinta dulu. Telefon, SMS masih macam dulu, tapi kandungannya dah jadik cam biasa jek. Benda2 berkaitan kerja dan akiviti seharian atau ada perkara penting yang lain. Mana ada lagi ayat2 power cam dedulu. Memang la macam ganjil je kan kalau aku bagi surat berkajang2, tapi email pon aku tak pernah hantar. Takat forward email lawak tu ada lah. Sedangkan mak cik tuh bleh SMS madah2 cinta ala2 ruangan luahan cinta majalah URTV gayanya. Tak romantik ke aku? Ekekekek dah jadik serius plak entry aku nih. Tapi tu lah yang aku tengah pikir sekarang. Huaaaa kenapa rasa nak nangis lak nih... Maybe aku rindu abang kot. Huhuhu... Abang, petang ni ayang balik. I miss you!(jangan muntah ek sapa yang baca hihihi)

Erk... tetiba jadik sentimentel plak. Terus ilang idea. Jumpa lagi, tata.

Thursday 1 November 2007

Mak Cik Yus Yang Irritating!!!

Sebal, sebu, geram, nyampah, meluat, dan lain-lain segala perasaan yang semaksud dengan nya lah! Hah! Gitu lah perasaan aku terhadap makcik tak sedo diri tuh. Aku rasa dia memang dah gila la. Dah lah aritu sengaja datang beraya tanpa diundang. Tau lah rumah dia, tapi takyah la datang kalo 'puan' rumah takde kan.

Masa aku balik ari Isnin lepas, sekali lagi hati ku disakiti olehnya. Memula aku baca SMS dia petang tuh;

'rindunya, macam nak datang rumah, tengok puas2'

Itu yang ari Isnin, yang minggu lepas, siap cakap gini;

'rindunya, macam nak peluk, pastu dah lah'

Malam pulak, dia call. Aku, macam biasa, letak kat speaker TV, bukak channel Vaanavil. Cuba bayangkan, tu bari satu hari aku balik. Camne ngan 4 hari yang lain? Tak kira lagi SMS yang abang dah delete siap2 tuh. Tolong!!!