Alhamdulillah, semoga dipermudahkan. Masa mula2 masuk kerja aritu, hati rasa nak protes je. Ke hulu ke hilir, abis masa tengah jalan, penat. Yang bagi sedap ati, hanya lah duit claim yang dijanjikan. Tapi, adakah duit boleh mengembalikan masa yang hilang itu? Ecececeh, mentang2 tengah baca novel, ayat pon ala2 novel gitu.
Tapi selepas 5 bulan berlalu (tinggal sebulan lebih je kat sini, yeay!), macam2 telah berubah. Selalu kite cakap, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tapi dalam kes aku, rasanya, aku tak rancang apa2, tapi Allah yang nak rancangkan macam2 untuk aku. Syukur sesangat.
Pada awal pemergian aku ke sini lagi, kami diuji dengan kisah accident abang. Masa tu aku dah sedar, betapa telitinya rancangan Allah dalam hidup kami. Walau pun diberi sakit, banyak hikmah yang kami dapat dari kejadian tu. Rezeki pon makin murah. Mula2, kami beli AH. Tak dinafikan, kejadian tu menjadi pemangkin utama keputusan kami tu. Lepas cuti sebulan, abang diberi cuti sebulan lagi. Syukur jugak la kan... dapat rehat lebih panjang. Ada banyak lagi lah rezeki yang golek2 datang selepas tu, tak sangka2 plak tu. Alhamdulillah.
Masuk bulan puasa, abang ditugaskan mengajar di CIA*T. Sampai sakit2 pinggang aku mengekor abang tiap minggu. Tapi berbaloi jugak la ganjarannya ngan kepenatan tuh. Masa tu abang cakap, yang penting nama abang dah ada dalam list FPTek, insya Allah akan datang derang akan panggil lagi. Beberapa minggu lepas, kawan abang offer ngajar student degree kat sana gak, tapi abang terpaksa tolak sebab ada kursus P&P tengah bulan 12 ni (syarat nak confirm tau kursus nih).
Tapi, kalau dah rezeki kita, tak kan nak tolak plak kan. Minggu ni, FPTek offer lak ngajar student master cam arituh. Ngehehehe abang ni, asik bagi berita baikkkkkk je. Tu yang ayang sayang sangat tuh. Macam tau2 je (memang la Allah Maha Mengetahui, kan?) aku akan berada di CIA*T selama 3 bulan. Sedang elok la kalau abang yang datang sana. Takyah aku penat2 drive balik BP, yeay! So, gitu lah lebih kurang rancangan Allah yang akan cuba kami kendali kan sebaiknya. Ada hikmahnya kita masih berdua bang...
Thursday, 22 November 2007
Syukur...
Hasil karya AyunasiA pada 3:24 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment