BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 15 January 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA

Entry ni dijangka sangat panjang. Bergantung pada idea aku la nanti. Camane nak mula ek? Mmm...

Okeh, mula dari pagi sebelum bertolaklah.

1 Januari 2007

Mulanya janji ngan Yayu, bertolak dari rumah kul 10. Janjingan Ngah pulak, kul 10 dah sampai sini, untuk pass kan bibik. Bibik akan ikut kami balik Nilai. Ngah nak hantar Ain ke Kuantan. Sekolah kan nak bukak. Bibik kena tolong tengok taska. Maka, kena lah dia balik Nilai dulu.

Makanya, sebagai mana sedia maklum, pukul 10 dalam keluarga mereka adalah pukul 11, atau lebih tepat sekali, pukul 12. Pukul 10 lebih yang dijanjikan, mereka baru sampai Kulai. Dah agak dah. Abang lak, pergi buat nombor plat ngan Saleh. Saleh lak konon nak naik bas ke Seremban, kendian kami ambik kat komuter Nilai. Nak jumpa aweks sebelum ditinggalkan berjuang. Hehehe. Tapi tiket pulak takde. Maka, tak jadi.

Abang balik, bawak soto ngan mi rebus. Aku makan soto, tapi rasa mi rebus tu macam mi bandung la pulak. Salah nama kot. Abis makan segala, Ngah dah sampai Air Hitam. Kami pun berkemas nak jalan. Calling2 Yayu. Dia tunggu kat R&R Pagoh. Janji ngan Ngah jumpa kat tol Yong Peng. Kami pun bergerak ke Yong Peng.

30 minit, sampai sana, Ngah dah sampai. Lama pulak lepak kat situ. Abang gi refill Touch N Go. Sekali dah expired. Kena beli baru. Dulu punya deposit RM15. Yang la ni RM10. Maka, yang lama dia nak hantar cheque. Tapi dah tolak, setahun RM5 kali 2 tahun, tinggal RM5 jek. Tak berbaloi bukak cheque. Tapi, sukati PLUS la kan...

Lepas melepaskan hajat masing2, kami pun bergerak. Terus kuar tol Yong Peng Utara. Yayu pun kuar rumah gak. Dekat je umah ngan tol Pagoh. Janji jumpa kat Petronas. Oh ya, sekarang Petronas ada peraduan car craze balik. Dulu minimum RM40, sekarang dah turun RM30 pulak. Merasa lah kereta kancil.

Sampai R&R Pagoh, terus je jalan. Aku tertido sat dalam kete. Sampai area Senawang, ada orang nak qada’ hajat pulak. Berenti sat. Kami jalan dulu, nak isi minyak. Janji tunggu kat R&R Seremban pulak.

Sampai derang, terus kanlagi perjalanan ke Nilai. Kat Nilai, aku turun kat Nilai 3, teman Yayu nak beli karpet. Abang ngan Saleh antar Bibik. Jalan2 kedai karpet, lawa2 lah pulak. Terus grab satu karpet, besar jugak. RM110. Sekali tengok, memang matching ngan tiles umah derang.

Tak lama, abang pun sampai semula, kami cari kan alat tulis untuk Amir. Nak masuk Tadika dah budak tu. Macamana agaknya.

Keluar tol Bukit Mahkota, lalu Sg. Besi. Hujan lebat lah pulak. Dah, lambat jadi nya. Ikut kan dekat jek kalau lalu situ, banding ngan lalu Elite. Keluar lagi tol Duta, masuk semula Rawang. Dah lapar bangat. Gi Pekan Rawang, beli McD. Aku ambik prosperity. Sedappp...

Gi rumah Ita, makan2. Konon sekejap jek. Abang gi bawak Amir tangkap gambar. Sekali kedai dekat2 dah tutup. Gi Rawang lah pulak. Tu yang jadik lama. Last2, lepas Maghrib baru kitorang gerak dari umah Ita. Area kul 8 gitu.

Jalan punya jalan, sampai Tapah around kul 9 lebih. Berenti makan dulu. Aku makan nasi goreng ngan lauk ayam goreng. Kendian, teruskan lagi perjalanan. Berenti lagi kat mana entah, ada orang nak qada’ hajat lagi. Madang melepas...
Pastu dah tak berenti2 lagi. Terus jek, keluar tol Jawi. Sampai ILP Nibong Tebal tinggal tido jek. Derang cuti lagi esok. Kami ni yang banyak agenda.

Pagi lepas Subuh, terus siap2. Najib kuar gi beli sarapan. Aku makan nasi lemak. Ada mihun ngan kuah rojak. Mihun pasembor. Pas makan segala, dalam kul 9.30 gitu, kami pun bergerak menuju ke Bukit Mertajam. Lebih tepat lagi, Permatang Pauh. Opsss banyak kerja lak...sambung nanti...

Sunday, 14 January 2007

AIDIL ADHA DI KOTA TINGGI

Kali ni, raya haji kami di Kota. Tahun lepas kat Kota gak tapi lebih kepada nak balik Mersing sebab ada korban ngan kenduri arwah sekali.

Pagi Jumaat, kena amik mak kat Parit Yusof dulu. Tak pagi jugak. Lepas kul 11 baru pegi. Sampai, ada ramai orang. Famili Kak Pah singgah situ. Langkah kanan. Derang dah siap masak. Tinggal makan jek. Mak dah siap2. Lepas makan, lebih kurang kul 12.45 pm, kami pun bergerak balik.

Sampai BP betul2 nak mula solat Jumaat. Singgah masjid besar, abang gi solat. Kami duk dalam kete, sebelah kilang Pau Pesta. Ada satu beca jual roti ngan jajan parking sebelah kete kitorang. Eh, kitorang yang parking sebelah dia. Tengah tunggu tu, ada la kucing yang usik2 roti. Ada satu roti tu, macam kena gigit. Aku ingat tokei tu sambil kayuh beskal, sambil cubit roti. Bila tokei tu balik, dia mengeluh la, kucing makan roti dia. La... aku ingat... Memang aku dah halau kucing yang panjat beca dia, tapi yang dah kena gigit tu memang sebelum kedatangan kami.

Abis abang solat Jumaat, kami meneruskan perjalanan. Kami tak solat dulu. Abang dah siap2 call balai polis Kluang ngan Kota. Jalan clear.

Sepanjang jalan, banyak lubang. Hujan yang berterusan dah merosakkan jalan. Kalau jalan malam ni, memang tak leh elak ler. Jalan siang pun, kalau dah besar lubang nya, nak elak ke mana lak kan.

Sampai Kota, singgah masjid kota. Kami solat pulak. Ada kesan orang yang dipindah kan waktu banjir. Lepas solat, konon nak singgah bandar, katanya ada lelong bagai. Sampai depan Kota Point, dah takleh lalu. Air pasang, so air naik semula. Tapi tak dalam sangat, sebab tak hujan. Try ikut jalan tepi Shell, pun ditutup. Satu hal pulak nak u turn dalam kesesakan. Masuk balik ikut post office. Ok, jalan clear. Yayu suh try tengok kat Kota Kecil, ada orang bagi2 baju. Gi tengok, non ado! Bayang baju pun tak de. Baju hanyut tengah jalan ada lah. Lalu kat nurseri dekat belakang Petronas tu, semua pokok bunga kertas mati. Pasu tergolek2. Padahal kalau lalu situ selalu admire ngan bunga kertas yang cantik2, macam tak pernah tak berbunga. Kami keluar dari bandar Kota, sambil meninjau2 kesan banjir di kedai2. Ada kedai hardware tu, tengah menjemur paku2 dan barang2 derang. Dah karat2 paku2 tu terendam dalam air beberapa hari. Bengkel kete pun jemur barang derang gak. Kalau benda yang boleh basuh cenggitu, tak kisah lah kan. Tak turun sangat pun nilai nya.

Sepanjang jalan Desaru, banyak tanah runtuh. Yang paling besar rasanya kat simpang AT5. Tu pun dah siap dialihkan tanah nya. Kat ’belakang’ pun ada tanah runtuh. Aku tau cite disebalik tanah runtuh ni. Masa aku kecik2 dulu, sekolah rendah la kot, orang blok aku ni, dah buat operasi mengambik batu penahan hakisan kat tebing2 jalan ni. Yang paling banyak, Pak Mail la. Sampai penuh laman derang. Bukan batu yang besar2 tu, yang sekarang derang bungkus ngan kawat tu. Ni macam simen kot, empat segi tepat, dalam 2x4 kaki besarnya. Yang rajin tu angkut banyak2 pakai motor. Abah ada ambik, tapi tak banyak kot. Tak sampai 10 kot. Rasanya ada lagi kalau tengok kat rumah2 semua.

Makanya, tebing jalan Desaru tu memang tak berapa tahan hakisan la. Masa dulu2 tu, derang bukan pikir tu semua. Sekarang baru dapat kesannya. Banyak tebing runtuh antara AT5 ngan Semenchu. Agaknya JKR tengok pun terkejut kot. Ye lah, mesti lah derang tahu dulu masa buat jalan tu dah di pasang batu bagai. Sekali runtuh, tengok non ado batu nya.

Sampai Semenchu, abah tengah baru nak mula menganyam ketupat. Malam tu, kami makan lauk kari ayam masakan Ila. Siap bertambah masing2. Malam tu jugak, tido agak lewat, menganyam ketupat. Yayu kata kat AT5 makan sup tulang. Sedapnya...

Esok paginya, aku pun tunjuk skill memasak puri. Hehehe sibbaik menjadik. Gemuk2 puri tu naik. Pas sarap, potong2 daging, ayam untuk masak raya. Tengahari, pergi AT5.

Sampai AT5, mak tengah masak ngan Along. Tolong sesikit. Masak sambal udang. Sedap banget. Along masak kek ’bodoh’. Sedap la pulak. Sekali ngadap je dah langsai. Makan tengahari sekali ngan Yayu ngan abah. Petang melepak je. Abang tido kat sofa. Petang abang kuar. Rupanya dia balik Semenchu. Tension jek. Entah apa2 entah perangai.

Malam masak rendang daging ngan kari ayam. Rupanya selama ni mak masak kari raya tu ayam tua. Patut sedap. Potong sayur lodeh, masak pagi. Makan malam lambat, lepas siap masak rendang ngan kari. Abang TP sampai dari Mersing lepas Isyak. Dia cite, Kak Ani mabuk lagi. Murah rezeki.

Pagi raya, biasa jek. Raya aji memang gini. Tak macam raya pose, sibuk nak beraya. Raya aji duk rumah jek. Abang balik masjid, kami makan reramai. Aku pulun lodeh abis2an. Tak nak kempunan cam raya pose aritu. Tengahari sebelum gi Semenchu pun aku pulun lagi sekali. Karang dah gi sana, komfem tak merasa..

Kat Semenchu lagi lah tak macam raya. Semua dah tukar baju biasa. Makan lagi. Kan betul. Kuah lodeh dah dicampur sekali cam raya ari tu.

Petang, lepas Asar, kami bertolak balik BP. Esok nak jalan jauh. Karang banyak lagi baju nak dibasuh. Kalau balik ari ni, sempat lah basuh baju seround dua. Singgah Kota jap, try tengok apa yang dilelong. Dah macam pasar lambak pulak. Siap ada peniaga air, burger, kebab. Masuk dalam kedai kain, takde apa pun yang murah. Sama jek. Orang macam ulat. Entah dari mana orang2 ni datang. Sesak. Tengok sekitar Kota, macam tak caya je tempat tu banjir.

Dari AT5 saing Yayu, dia nak balik Muo. Sampai Kota, dia jalan dulu. Maghrib kat Bandar Tenggara. Dekat nak sampai Kluang, ada satu kete ni potong belah kiri. Dengo dia cakap, macam ”dompet!” Tapi tengok, ada je dompet. Ke, pintu tak ketat? Jumpa Petronas, berenti, tengok apa benda yang tak kena. La... nombor plat kete dah takde. Terbang ke mana entah. Patut la masa kat rumah tadi aku macam nak suh abang tekan2 sket nombor plat tu. Lepas xcden ari tu, derang ganti plat yang tak di skru. Patut skru je lah kan. Dah kena ganti yang baru pulak esok.

Sampai tu aku terus on mesin basuh. Makan je apa yang dibawak dari Kota. Kendian kemas2 lagi benda yang nak dibawa esok dan tido. Sekian berakhirnya Hari Raya Aidil Adha kedua tahun ini.

Thursday, 11 January 2007