BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 28 August 2013

Aidilfitri 1434H : Musafir Di Aidilfitri


Kalau turn beraya di belah aku, memang lah aku tak banyak menangkap gambar. Takde tukang penangkapnya selain aku, aku dan aku. Habis, saper nak tangkap gambar aku? Ok, takde. Sebab tu tak banyak gambar dalam entry raya tahun ini, 2 tahun lepas, 4 tahun lepas, 6 tahun lepas dan tahun2 genap yang akan datang. Yang juga bermakna, entry raya juga takkan bersiri2. Kurang gambar, kurang cerita.

Okeh, raya kedua, kami balik kampung. Pagi tu sarapan nasi lemak. Mak goreng ikan bilis ikan tamban (kot) yang aku beli di kk itu hari. Eh, sedap pulak ikan bilis nih bila dilawankan dengan nasi lemak. Lepas sarap, kami pun memulakan perjalanan ke kampung. Lompat mula lagi!


Yang best nya balik kampung aku ni ialah takde jam. Tak ramai orang berkampungkan mersing kot ek? Kebanyakan orang kampungnya di muar dan batu pahat kot. Orang jawa kan. Kiter yang tak jawa ni je yang kampung kat mersing. Ayuhak! Lakasik! Tiba2.

Sebelum tu kami singgah di kedai sparepart untuk membeli bateri. Kedai biasa teckseng tu dah pindah, tapi tak jauh dari situ. Dan dah tukar nama juga. Teck nya dah takde, tinggal seng apa tah.

Untuk menukar bateri, pastikan enjin kereta dihidupkan untuk mengelakkan sistem elektroniknya ting tong. Satu keje pulak nak setting balik. Duit juga tu. Ni pun sebelum tukar bateri, alarm dan lock kereta ni dah ting tong sikit dah. Tapi selepas mendapat jantung baru, ia kembali normal.

Agak pelik pulak bila guna bateri selain jenama yang biasa kita jumpa. Selalu bosch atau yokohama jek.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke kampung. Yayu je yang tak ikut. Dia tetiap kali balik kota memang lalu situ pun. Sampai di mersing, kami terus ke rumah abang epet dulu sebab nak solat jumaat. Lepas jumaat, baru lah kami bergerak ke rumah mak cik baie. Selalunya dari kota terus singgah sini dulu.

Agak sesak menuju ke jambatan. Tapi takde lah sesak teruk. Ni kira biasa2 jer. Masa kat jambatan ni, encik suami telah melanggar bontot sebuah kereta. Ehhh sempat pulak dia sekolahkan makcik tu. Lain kali bagi signal, masuk bergilir2. Padahal dia pun salah tak bagi orang tu masuk. Mesti balik tu pompuan tu kena sekolahkan dengan laki dia pulak huhuhu.

Sampai rumah makcik baie, pintu tingkap semua tertutup. Maka kami terus ke tenglu. Memula pergi rumah cik adol (sepupu abah) dulu. Memang tetiap tahun kami pergi rumah yang sama je. Selagi tuan rumah masih ada. Kot dah takde besok, tak tau lah akan pergi ke tidak.

Kat rumah ni ada banyak kambing. Nampak kat tepi rumah pun ada kandang kambing. Sebelum ni macam takde. Mungkin mereka dah mula menjadi penternak kambing secara komersil kot.

Kambing2 berkeliaran. Kira kambing ni setaraf ayam la kalau kat rumah kampung biasa.

Nak jugak letak gambar ni walau pun blur. Macam 'gambar tak jadik' dulu2. Guna filem.

Dari rumah cik adol, kami ke rumah mak teh. Atau rumah nenek. Di sini lah aku masa kecik2 selalu tinggal semasa cuti sekolah. Abis cuti baru abah datang ambik kami semula. Sekarang tinggal mak teh ngan sabri je kat sini. Kat rumah ni, bertembung dengan femli mak busu. Derang pun dah nak balik. Balik hari. Kami ni sibbaik ada abang epet duduk sini. Kalau tak, tah2 pun pergi balik hari jugak ke sini.

Dari rumah nenek, kami ke rumah maklong. Mak long beli tv baru! Kelakar jer dengar cerita mak long pasal tv ni. Sebenarnya tv lama ada lagi, tapi memang maklong nak beli tv baru. Sekali, baru je pagi tu maklong cakap nak beli tv, tengok2, si iwan (cucunya) dah hangkut tv lama tu ke rumah dia buat main game. Bila dah takde tv, cepat2 maklong beli tv baru. Kata maklong, dia takut jadi macam zaman dulu, masa jepon masuk malaysia. Tak tau cerita, tau2 jepon dah sampai ke kampung mereka. Kalau ada tv, boleh jugak tau perkembangan semasa. Boleh pulak maklong terpikir macam tu eh? hihihi. Trauma perang jepun kot. Kata maklong lagi, masa zaman perang teluk dulu (ye ker? tapi yang iran iraq perang tu la), sekejap2 nenek akan datang rumah maklong untuk bertanyakan perkembangan peperangan tersebut. Maklong kata nak pasang rinjing, tapi rinjing nya habis dekat2 nak raya ni (tak faham sudah).

Masa sembang2 kat dapur, maklong citer pasal kisah makan kerepek. Dulu, masa nenek masih ada, kalau derang nak makan kerepek2 ni, derang akan ambik lesung dan duduk bersama2 memecahkan kerepek tu dengan lesung. Ye lah, memasing warga emas dah takde gigi kan. Kadang tu pagi petang derang lepak2 makan kerepek cara camtu. Sekali sekala jiran (merangkap sedara jugak) pun datang sekali. Seronok makan kerepek secara berjemaah kekdahnya. Hmmm tiap kali jumpa maklong, ada jer cerita nostalgia yang mencuit hati hihihi...

Sebelum maghrib, kami pun beransur ke rumah abang epet. Malam tu takde buat pape.

Raya ketiga pulak, pagi tu kami ke rumah parents kak ani. Kat belakang rumah je. Tapi sebenarnya derang baru je meninggal hujung tahun lepas dan awal tahun ni. Cuma jumpa adik beradik kak ani je lah. Kan sorang adik kak ani tu kawan sekolah encik suami kan.

Lepas zohor, kami bergerak ke rumah makcik baie. Sebenarnya semalam makcik baie ada je kat rumah. Kitorang yang nampak pintu tingkap tertutup, tak bagi salam, terus ingat derang takde kat rumah. Dari rumah makcik baie, abang epet terus balik eto5 anto abah. Sementara aku, eita dan kak ani terus ke rumah aku. Esok abang epet akan bawak yayu ke rumah kami untuk ke destinasi seterusnya. Ke mana? Tunggu sambungannya hehehe...



*ayuhak : ayuh
*lakasik : lekas

Wednesday, 21 August 2013

Aidilfitri 1434H : Setitik Cahaya Di Aidilfitri


Tema baju raya kami pada tahun ini kununnya hijau mint. Alaaa kan sekarang orang duk sibuk2 dengan kaler hijau mint ni kan. Tapi, adalah susah ok nak cari kain warna ni di pasaran. Sebab aku nak kaler yang lembut. Ada, jumpa kat jakel, tapi jenis fabriknya pulak aku tak berkenan. Ada tu pulak, dah berkenan fabrik, tapi regenya pulak tak berkenan hikhikhik. Bukan apa, kalau dah rege kain plus rege upah jahit je dah dekat 300, tak ke mahal tu? Tak eh? Tah, bagi aku mahal la. Tak biasa beli baju raya mahal2 ni. Kalau baju batik takpe hehe. Sudahnya, kita lupakan hal nak tempah baju melayu. Beli siap je besok2.

Maka, aku beli je baju aku dulu. Itu pun kira rezeki aku lah, boleh jumpa 2 helai baju kaler tu. Cuma tak mencapai tahap warna lembut la. Agak pekat di situ. Tapi boleh la. Asalkan tonanya sama. Dan bila sil tanya pasal tema baju raya, aku pun tak tau nak cakap macamana. Sehingga lah kami menonton tivi alhijrah. Haaa hijau alhijrah laaa... Boleh pulak. Dan selepas aku beli baju melayu encik suami itu hari, baru lah aku perasan bahawa warna tersebut juga boleh diberi nama hijau petr0nas. Ok, selesai masalah. Kiranya, warna ni sempena aku yang baru balik dari kursus di inst3p dan terjun ke dalam bidang OnG la. Nampak tak kaitannya?

(Tiba2 aku terpikir, kenapa aku kena terangkan tentang tema warna baju raya aku eh?)

Nak cerita jugak. Masa aku soping kat kedai kemboja itu ari, aku ternampak baju aku ni dipakaikan pada patung di kedai di mana aku membeli kainnya ini. Apa maknanya? Maknanya baju ni cantek la kan??? hihihi

So, pada pagi hari raya, balik dari masjid, kami pun makan bersama2. Tahun ni aku rasa semuanya sedap2 belaka. Mungkin sebab tahun ni je aku sihat sepenuhnya pada hari raya. Selalu asik la demam, sakit tekak, selesema dan batuk di hari raya. Tak best langsung. Alhamdulillah... tahun ni aku jaga betul2 pemakanan dan aktiviti sebelum raya. Tak minum ais, tak minum air soya secara laju2, tak bekerja kuat sangat, tak terdedah kepada debu dan panas yang terlampau dan sebagainya. Dah lepas raya, hamek kaw! Balik kerja pun sempat singgah lagi coolblog kikiki. Eh, pearl tu dah komfem tak halal eh?

Seperti biasa, menu raya ialah ketupat/nasi impit, rendang daging, kari ayam, sayur lodeh dan sambal kacang. Ada tambahan, rendang hati lembu. 


Selepas solat raya, mereka pun pergi baraan. Tahun ni ramai yang tak ikut, termasuk lah encik suami. Rupanya, semua orang pun macam tu. Maka, tak ramai lah orang yang join baraan itu. Kira separuh dari biasa kot. 

Sementara orang baraan sampai, kami pun menggoreng puri. Ada beberapa versi rupanya puri ni. Aritu dalam masterchefselebriti derang ada masak puri yang diuli dengan minyak sapi. Semalam pulak aku pegi beraya rumah jiran, dia buat roti puri, tapi macam jejemput ropa eh. Manis pula tu. Tapi puri versi mak ni lebih kurang versi masterchef la, cuma mak tak guna minyak sapi, cuma mintak masak jek. Tapi, semua anak2 mengaku bahawa sekuat mana kami mencuba, namun tak pernah dapat roti puri seperti roti puri mak. Tah, mak punya dah macam roti canai rasanya. Lembut, rangup. Kalau aku punya, macam epok2 jek rasa dia. Kembung dah kembung dah. Entah di mana silapnya. Air tangan mak la kot.

3 orang mengadap plus sorang lagi tukang leperkan.

Aksi aku memasukkan tepung ke dalam kuali. Macam gaya menari tarian tudung saji time sekolah rendah dulu pulak.

Fokus! Eh, tengok tu, warna baju sama dengan warna tong gas petr0nas! hihi

Kalau diperhatikan, puri mak ada tekstur menggelembung kecik2 di permukaannya. Tu yang susah nak capai tu.

Mari menghidang.

Aku yang suruh buat gaya camtu huhuhu.




Bila sampai je orang baraan, belum masuk pintu lagi dah kedengaran, "mak siti, nak makan puri!" Boleh? Derang pun dah tau, kalau tahun lepas roti canai, tahun ni mesti puri.

Seterusnya sesi bermaafan dan bergambar. Tapi, takde gambar beramai2. Gambo ikut keluarga masing2 jek.

Suka sangat pakai sampin tentera tu. Aku dah pesan bawak sampin pepel sebab baju aku bunga pepel. Pun samping tentera ni jugak yang dibawaknya. Grrrrrrr

Yayu & Najib

Najib, Naim, NorYayu, Nadhirah dan Nurin (nak jugak semua N walau pun tak hihihi)

Yeay! Dhirah pandai tengok kemre!

Ok, yang kecik2 ni ialah gambar guna henfon. Kat henfon je terang. Masuk blog langsung pecah bila di-Xlarge-kan. Salah setting rupanya.








Amir, Azam dan Eita. Alanis tengah tido.

Hafiz, Nisak, Amin, KakAni, Syasya dan AbangEpet.

Si bujang.

Nampak berbeza baju cekak musang dengan teluk belanga. Hidup mati Johor! Tiba2. 


Akhir sekali, ialah kuih raya yang aku bawa balik iaitu kerepek JDT hehehe. Bukan nama sebenar. Sebenarnya ni kerepek pagoda je, cuma setiap kali pergi stadium tengok bola, aku akan bawak kerepek ni untuk dimakan ketika rehat separuh masa. Sila lah beli di sallehfoodsupplies! Sedap tau! Pedas2 gitu.


Belah petang baru lah kami balik semencu. Makanan raya dah habis. Maka tiadalah aku merasa ketupat rendang di sana. Ada derang hantar ke eto5, tapi, tah, dah banyak sangat orang hantar, tak tau yang mana satu dari semencu. Malamnya balik eto5 semula. Besok nak balik kampung. Lompat mula lagi!

Tuesday, 20 August 2013

Aidilfitri 1434H : Tema Lompat Mula


Lupa nak citer. Hari khamis sebelum cuti tu, sama seperti tahun lepas, aku tanya kat member, agaknya kaktimah ada buat lebih kek serawak tak ? Dan sama seperti tahun lepas, dan2 tu jugak kaktimah dihubungi. Ikut kan memang lah takde lebih, tapi dia ada masa lagi hari sabtu tu untuk memasak lagi. So, dia pun kasi lah kami beli orang lain punya dulu. Nanti hari sabtu dia buat yang lain. Maka, lepas jumaat, kami pun pergi ke rumah kak timah. 4 buku lah jugak yang terkorban. Takpe, rezeki lebih.

Satu lagi lupa nak citer, pada hari terakhir terawih, orang masjid semencu buat pengumuman. Kaum ibu tidak digalakkan pergi ke masjid untuk solat raya nanti sebab masjid dah tak muat. Ada 600 peneroka kat semencu tu katanya. Kalau satu keluarga datang 3 orang, tak ke dah 1800? Tu kira minimum lah tu, 3 orang. Kalau berorang2? Ok, maknanya orang pompuan sila solat raya sensorang kat rumah. Tapi katanya kat sebelah tu derang nak bina masjid baru. Maybe pasni pompuan dialu2kan pula untuk datang.

Okeh, sambungan.

Sampai di eto5, semorang dah beratur kat ruang tamu. Ina, abangepet dan yayu dah ada. Aku pun terus tido. Besok pagi sempat bangun sahur. Merasa jugak bersahur dengan air teh o mak. Ni pun sekali ni je lah aku minum teh di bulan puasa ni sebab dah habis terawih. Tahun ni aku tak buat air teh langsung sepanjang ramadhan. Memang terbukti berkesan hehe.

Pagi tu, time aku nak alihkan kereta, alamak, kete tokleh start la pulak. Hmph... bateri la ni. Tapi tak pergi tukar bateri pun. Maka raya tahun ni ialah raya jump start temanya. Asal nak bergerak je, jump start, asal jump start je, nak bergerak. Padahal sehari sebelum raya tu sempat je lagi kalau nak beli bateri lain.

Hari terakhir puasa, keje kami ialah menganyam ketupat. Kalau ikutkan, mak nak masak nasi himpit jek. Tapi demi nak berketupat sebenar, kami buat lah juga ketupat. Macam tak feel jek raya2 tak berketupat, kan? Tapi kami tak buat banyak pun. Ada ketupat biasa; satay, pasar dan bawang, dan ada ketupat special edition iaitu ketupat jantung dan ketupat burung serta ketupat puing (aku yang  bagi nama ni) atau ketupat pintal. Comel seh ketupat burung yang kak ani buat tu. Siap ada kepala, sayap dan ekor lagik.

Malam tu berbuka dengan sup tulang. Dan durian. Raya tahun ni merekod aku tak tengok pengumuman hari raya dan tak dengar takbir raya. Boleh? Mana boleh oi! Tapi aku pelik oh. Kenapa tivi tak tayang takbir raya banyak2 eh? Ada, tapi tak banyak. Ada sekali tu aku baru nak dengar, dia terus tukar program lain. Tak menyempat2. Al-felik betul.

Hari raya tahun ini juga merekodkan 2 orang budak baru pertama kali bertemu hari raya. Atau dengan kata lain, baru sekali dibayar zakat fitrah hikhik. Mereka ialah Cik Nur Syasya Aqilah binti Zulkifli dan Cik Nurin Nadhirah binti Mohd Najib. Maka entry ini ditujukan kepada mereka berdua. Tadaaa!!!

Nadhirah yang baru berusia 4 bulan pada hari esok kot. Baby pru13 katanya.

Dhirah berambut pacak!


Cantik tak baju raya yang Cik Nga saya belikan ni? hehe.




Geget nak?

Dan ini pula Syasya yang akan berusia setahun pada 25hb ogos ini. Besdei saya sama dengan besdei abang hafiz saya dan juga mawi (uwek!) hehe. Dulu kira bangga la sesiapa yang besdei sama dengan besdei mawi ekekek...





Ok, kasi can kat derang dulu. Pasni baru entry gambo saya di hari raya yea.