Kami dan ampang memang ada sedikit kenangan. Sebab masa study kat utm dulu, encik suami menyewa rumah di bukitindahampang. Kat mana? Dekat2 tamankosas sana la. Jadi bila kami pergi ke ampang tu ari, terimbas lah kenangan lama. Antara yang tak dapat aku lupakan ialah kisah badminton.
Kisahnya, rumah sewa encik suami tu ialah rumah corner lot. So, tepi rumah tu muat lah untuk main badminton. Pada suatu malam, derang main badminton satu rumah. Tengah2 main, tetiba salah sorang dari mereka terkena smash pada halaju 250km/j (kot, ni aku reka je). Tak ingat pulak kena smash kat mana. Mata kot ek? Dan selepas kena smash tu, tiba2 kawan tersebut jadi macam kena rasuk. Errr tapi aku tak tau lah detail pasal kerasukan tu. Tah dia menjerit2 ke ngamuk2 ke haper, aku pun tak pasti. Tapi agak panik la situasi tersebut, sampaikan parents mamat tu pun datang. Ekceli setiap kali main badminton pun aku akan teringat kisah ni. Itu je kisahnya hehe.
Masa duduk kat ampang ni, encik suami selalu naik bas dari lebuh ampang. Alah, dekat2 masjid jamek la juga. Cuma aku tak pernah lah sampai ke jalan tu sebab selalunya encik suami yang hantar aku ke bus stand klang. Tapi tau lah selepas tu beliau akan ke lebuh ampang untuk balik naik bas. Dan pada hari sabtu lepas, sempat lah encik suami menjenguk ke rumah sewa beliau itu. Dah lain dah. Rupa2nya baru lah beliau sedar yang di hadapan rumah beliau ialah lokasi permulaan perjalanan bas ke pusat bandar kuala lumpur.
Oh, ada satu lagi kisah ampang ni, tapi versi hari raya. Salah seorang dari housemate encik suami ialah kawan sekampung beliau. Jadi, pada suatu hari di hari raya, mereka bersama2 balik semula ke kl dengan menaiki motosikal. Motor asing2. Eh, tapi masa tu mereka dah tak duduk serumah lagi dah. Kira ex-housemate la ni. Kisahnya...
Semasa di highway, encik suami lead. Sedang syok2 layan menunggang seperti safeesali di highway itu, tetiba encik suami perasan bahawa kawan tu dah takde di belakang beliau. Maka encik suami pun patah balik. Ya, memang berbahaya menentang arus di atas highway. Masa tu dah dalam area yong peng. Jalan punya jalan, tak jumpa. Tetiba encik suami ternampak satu laluan keluar ke jalan biasa yang terbuka. Tah, pagar runtuh kot. Lalu terlintas lah di fikiran beliau bahawa mungkin kawan tu keluar dari highway. Maka, beliau pun masuk lah ke jalan biasa. Tapi, tak biasa lah pulak lalu jalan tu. Sesat barat lah juga. Akhirnya tidak ketemu jua. So, beliau teruskan je lah perjalanan ke kuala lumpur.
Besoknya, encik suami terus ke rumah kawan tersebut untuk mendapatkan pencerahan. Alkisah, rupanya tayar motor member tu pancit. Dia dah panggil dah, tapi mana lah nak dengar kan. Dah lah encik suami kat depan, pakai helmet pulak tu. Nak dijadikan cerita, lepas tu ada sebuah lori yang baik hati menumpangkan dia sampai ke key el. Katanya, masa lori tu lalu dekat encik suami, member tu ada melambai2, tapi mana lah encik suami nak perasan. Tapi kata encik suami, patutlah rasa macam ada orang melambai2 hihihi. Ye lah, masa tu mana ada henpon2 ni kan. Ada, tapi belum lah mampu nak membeli. Jadi, sampai sekarang, kalau nampak motor rosak kat tepi highway, aku pasti teringat akan kisah ini.
Errr tapi kisah ni takde kaitan dengan ampang, cuma member tu bekas housemate encik suami semasa di ampang hehehe.
Selamat Menyambut Hari raya!
Friday, 2 August 2013
Ampang Dan Kisahnya
Hasil karya AyunasiA pada 8:54 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
adik aku penah nk balik kelantan moto rosak dlm hutan..tp ada satu lori benti,angkut moto sekali naik lori
so dptlah balik ke kg (kelantan) brother lori hantar ke umah mak aku.
baiknya brother tu kan?
moga dipermudahkan oleh Allah urusan beliau itu
Post a Comment