Wednesday, 31 July 2013

Lagi-Lagi Bengkel


Seperti yang sudah dijangka, bengkel akan dibuat lagi pada bulan puasa. Tapi aku awal2 dah bagitau siap2 bahawa aku tak nak pergi. Takmo ya! Bukan tak boleh. Maka, bila memo sampai, nama aku adalah tiada, yeay! Tapi, yang empunya nama pula tak boleh pergi. Ya, tak boleh sebab beliau ada kelas pada hari2 berkenaan. Sila baca yang saya highlght kan di situ. Tak boleh. Tak boleh vs takmo pasti dimenangi oleh tak boleh. Maka, seperti biasa lah, aku adalah harapan bangsa tonggak negara yang harus disandarkan pada kenangan dalam urusan luar berkaitan minyak2 ni kan. Seperti biasa, aku akan tanya pada puan bos, "kena pergi ke puan?" sambil berharap beliau akan kata, "kalau tak boleh, tak payah pun tak per." Tapi seperti biasa juga, puan akan mencairkan hati aku dengan mengatakan bahawa kerja yang akan dilakukan itu adalah simple. "Compile2 jer." Sebenarnya bukan soal simple ke susah ke kerja tu, tapi yang lebih penting lagi ialah aku malas nak pergi ke mana2 di bulan puasa yang penuh barokah ini! Eceh! 

Walau bagaimana pun, encik suami menyokong penuh pemergian aku. Bukan kerana beliau suka ditinggal2kan, tapi sebab beliau sebenarnya nak ikot!!! Aku pulak bila dah encik suami kata nak ikut, rasa tak sampai hati pulak kalau tak jadi pergi. Macam masa nak pergi kk itu hari, mulanya aku dah bertekad takmo pergi sebab nak sangat pergi tengok bola. Tapi bila encik suami teruja sangat nak ikut, terus aku tak sampai hati kalo tak pergi. Kebetulan pulak, aku memang takde kelas pada hari berkenaan. Huh! Jadual ni tak membantu langsung! Tapi yang bagusnya, malam takde bengkel. Boleh la nak melakukan amal ibadat. Tapi petang abis pukul 5.30. 

Maka pada hari jumaat yang penuh barokah kuasa dua itu, kami pun menuju ke kuala lumpur. Kali ni duduk hoteldepalma. Sampai sana pukul 3, pukul 3.30 terus masuk bengkel. Biasa dia buat briefing malam. Encik suami pulak terus pergi kpif. Kebetulan minggu lepas aku dah bank in kan syer tambahan. Ingat nak hantar ke pejabat eto5 jer time cuti raya nanti. Tapi dah sampai ke kl ni, kiter hantar je lah terus. Ni kira rolling balik dividen tahun lepas yang tak terhabis la. Aku memang penjimat orangnya hehe.

Pukul 5.30 selesai briefing, aku jenjalan kat ampangpoint. Encik suami dah booking berbuka puasa dengan kj beliau kat sikretresepi. Boleh pulak kj beliau cuti2 soping raya dan duduk di hotel yang sama. Kat ampang point, ternampak awie tengah beli henfon kat kedai samsung. Tengah jenjalan, terserempak pulak dengan aishah yb-tak-jadi. Memang banyak retis ek kat ampang nih?

Balik ke bilik pukul 6.30, tengok ramai maknusia kat lobi. Derang nak berbuka kat sini kah? Ramai giler! Lepas mandi, aku pun turun berbuka pukul 7. Itu pun member cakap, cepatnya! Buka pukul 7.30 kot. Sekali tengok kat tempat makan, amek kawww... Kalah bazar ramadhan sesaknya. Memang konsep dia bazar ramadhan pon. Bayangkan jer lah, ada 100 meja, tak ke 1000 orang? Banyak nyer duit orang kl ni ek? Bukan orang kl salu komplen kos hidup mahal ke kat kl? FYI buffet ramadhan kat sini ialah rm89 for adult dan rm45 for children 6 tahun ke atas. Encik suami pun asalnya nak buka kat sini jugak, tapi kj beliau ajak makan kat luar sebab rm89 tu mahal kot bagi orang batupahat.

Menu buffet adalah pelbagai. Memang macam bazar pun. Nak makan apa? Nasi campur ala kampung? Nasi beriani? Roti canai? Rojak petis, buah, pasembor? Segala jenis mee? Kambing golek? Kebab? Roti john? Yongtaufu? Ikan bakar? Pisang goreng? Kuih mueh? Air berjenis2? Makan lah sampai pengsan. Tinggal mampu tak mampu je nak makan. Kalau rasa perut tu kecik, rentikan lah nak makan buffet cenggini kan. Kalau macam aku yang perut sederhana besar dan makan lemah lembut ni, memang lah buang duit je bawak ke buffet ramadhan. Memang boleh makan banyak, tapi takde masa lah pulak. Kalau buka pukul 7.30, pukul 8 dah kena naik solat, tak lama tu dah isyak, terawih. Ada orang jenis maghrib dulu baru turun makan, tapi kalau aku buat cenggitu, dah komfem tak sempat ngaji lepas maghrib (kejar makanan takut habis / takut kawan2 dah habis makan). 

Sebelum isyak, aku turun ke surau. Bagusnya depalma ni dia ada surau jumaat. Agak besar la jugak. Bulan puasa ni pulak dia ada jemput sheikh dari mana tah, qari antarabangsa katanya. So solat terawih agak panjang la jugak. Biasa pukul 10 dah siap. Ni dalam 10.30 jugak la baru habis. Al-hafiz katanya kan. Pulak tu lepas solat isyak dia tak terus buat terawih, sebaliknya diperdengarkan bacaan al-quran oleh qari tersebut. Memang sedap lah bacaan beliau. Habis terawih aku terus tido.

Besok pagi mula kerja pukul 8 pagi. Nak bagi cukup 8 jam kan. Tengahari sempat lah aku membutakan mata sekejap. Sebenarnya nak simpan kan tido tu untuk malam karang hehehe. Petang tu encik suami buka sensorang kat kedailindaonn. Ramai pulak member yang bawak suami memasing berbuka sekali. Boleh ker? Ye lah, kan benda ni 'makan' kan. Aku macam tak berani nak bawak orang lain makan sebab gomen bayar untuk aku je kan. Lantak derang lah.

Hari kedua ni tak seramai semalam. Maybe sebab semalam selangor cuti. Teorinya, mungkin salah seorang daripada suami atau isteri bekerja kat kl, dan sorang lagi cuti sebab kerja kat selangor. So, bila time buka, eh, malas la nak masak sensorang. Hari sabtu pulak dedua cuti, so boleh la masak bersama2 kat rumah. Tu yang hari ni tak ramai sangat. Ramai, tapi tak seramai semalam. Kalau semalam, waktu azan aku masih lagi beratur mengambil makanan (ya, kena beratur sebab terlalu ramai), tapi hari ni aku turun kul 6.30. Lagipun dah hafal layout dia. Nasi kat mana, kambing kat mana bla bla bla. Hari ni dah siap plan dari semalam nak pergi ambik apa dulu huhuhu. Hari ni boleh makan dengan sedikit aman.

Lepas terawih, aku keluar ke jalan tar. Pertama kali merasai pengalaman bersoping raya di jalan tar memalam buta cenggitu. Eh jap. Masa study dulu ada tak aku soping raya kat situ eh? Rasa macam takde kot sebab mana ada duit oi! Baju raya pun selai jer masa tu, dah siap jahit kat rumah. Kalo berbuka kat situ ada lah. Masa nak turun tu terjumpa pulak dengan zaraf1. Jiran selang 3 buah rumah merangkap kawan sekerja encik suami, merangkap kawan masa study kat uitm dulu jugak. Ceh! Kat rumah kemain susah nak jumpa. Kat sini jugak nak jumpanya.

Sampai di sana, park kereta kat tepi jalan, depan kompleks wilayah. Penuh divider jalan dengan kereta. Maka berjalan lah aku di lorong tar itu. Maknusia adalah macam ulat ramainya. Nak belok masuk ke gerai2 pun bercinta. Kena bagi signal baru orang bagi masuk. Tapi aku nak pergi kedai2 yang macam aked tu. Sebab ada satu kedai je yang jual tudung seperti yang aku suka tu. Jenama JAHAN. Suka design dia yang simple. Bukan, ni bukan tudung pesen sifon bertingkat2 tu. Dia pakai lycra plus sifon jek. Tapi lycra jenis lembut macam arianii la. Aku suka kombinasi warna yang derang gunakan dan potongan tudung dia. Tak singkat dan tak labuh sangat. Sedang elok je. Sebagai rujukan, kedainya terletak dalam lorong aked pertama kalau dari sogo, sebelah kedai bertajuk 'rimbun'. Depan simpang jalan esfahan. Kedai dia belah kanan belakang.

Ok, kemain panjang promosi, tapi sebenarnya aku tak beli apa2 pun malam tu sebab tak de kaler yang aku nak hehe. Tapi warna2 lain pun shantik2. Jalan punya jalan punya jalan, aku rasa seluruh jalan tar, lorong tar dan jalan masjid india sudah ku redahi. Sengaja takmo tengok jam sebab takut menghadapi kenyataan kalau dah pukul 3 pagi huhuhu. Setelah penat dan melecet kaki, kami pun balik. Dengan tangan kosong. Feh! 

Sampai di hotel semula lebih kurang pukul 2 pagi. Huaaaaaaa nyesal!!! Mesti besok pagi aku akan menguap2 dengan jayanya. Besok pagi tu masa sahur aku  minum air soya kotak jer. Pastu sambung tido balik. Pukul 6 bangun balik solat subuh, kendian tido balik. Pukul 7.20 baru bangun untuk pergi kerja. Huaaaaaa puyeng kepala kuuu... Sempat lah tido waktu rehat tengahari. Waktu berbuka, makin tak ramai orang. Tapi tetap turun pukul 6.30. Yang tak bagusnya ialah makanan adalah hampir sama setiap hari. Kalau tukar pun, sikit je, bab lauk pauk dan kuih. Lelain sama je lah. Cuma bagusnya kita boleh makan semua benda sebab boleh bahagi2kan ikut hari. Macam aku, rasanya aku cuma tak sempat makan roti john dengan hayam2 goreng je kot. Oh, satu lagi, selama 3 hari ni juga aku kena dengar ucapan yang sama oleh pengacara majlis dia. Siap dah boleh agak apa yang di anak cakap. Baca skrip, kan. Bila difikirkan balik, mana ada orang berbuka secara buffet di tempat yang sama kot, kan? 

Malam terakhir di sana, lepas terawih, aku terus tido. Balas dendam.. Hari terakhir (isnin) ada presentation. Tapi ketua kumpulan jer. Ekceli segala bengkel yang aku pergi ni ialah bengkel membuat bahan p&p o&g (wim). So kali ni punya kira sesi compilation la. Punya lah lama mempresent, sampai encik bos kata kalau lambat kena extend sampai petang. Pulak dahhh... Sibbaik pukul 12.30 tu dah settle dah. Aku pun suruh encik suami bawak turun beg sesiap. Habis semua tu, aku terus check out. Tak masuk bilik dah.

Dari situ, kami ke kpif lagi. Lagi bagi encik suami lah. Aku baru nak pergi hari ni. Beliau nak menambah lagi lah pulak sebab hari jumaat lepas tak sempat pegi mebeng, dah tutup pukul 4. Sajer je nak bagi nombor tu genap. Konon nanti senang nak kira dividen hahaha. Sementara encik suami menambah pelaburan, aku pun melabur jugak hihihi. Tadi masa kat hotel tu ingat nak melabur kat dalam bilik, sekali kad nak masuk bilik tu dah expired pulak selepas pukul 12.30. Malas nak mintak extend sebab nak melabur je kot huhuhu. Tahan la sekejap. Busuk punya entry.

Dari kpif, kami ke jalan tar lagi hahaha. Kali ni aku nak pergi kedai tu lagi sebab nak beli kaler lain. Beli je asalkan cantik. Baju mana nak dipadankan, pikir kendian. Kali ni kami park kat citypoint (sebelah semuahouse tu). Hari isnin, kan. Musti orang dbkl bekerja keras mencari duit kan. Sampai di kedai tersebut, bersinar2 mata ku pabila melihat deretan tudung2 dengan warna2 baru. Wow! Semalam takde! Dah memang rezeki aku, jumpa lah pulak tudung berwarna yang aku kehendaki. Dah senang, takyah memburu lagi. Lepas beli tudung, kami gi sogo pulak. Lepas solat, misi mencari baju encik suami. Hek eleh... jumpa kawan se @tec dan sebengkel pulak kat sini. 

Settle kat sogo, kami ke pertama pulak. Dah jadi rutin pulak encik suami beli suar kat sini. Tahun lepas pun beli kat sini jugak. Padahal banyak je cawangan seluruh malaysia. Cuma takut takde saiz je lah. Settle membeli belah pakaian, kami ke maidin. Ok, aku tau, memang jauh. Oleh kerana encik suami dah penuh tangan, maka aku masuk maidin sensorang. Tapi ada hati nak beli sabun dainamo 2 botol. Masa nak turun dari tingkat 3, eskalator dia tak bergerak pulak. Macam nak rebeh bahu aku mengangkat bakul tu. Masa bayar, matbangla tu tanya, ni angkat sensorang ker? See! Dia pun tak percaya hihihi. Eh, aku puasa tau! Pastu kami pun balik. Timing pulak sedang elok habis office hour. Sajer cari pasal la kan. Merasa lah jem teruk. Tapi masa tu lah aku memanjatkan setinggi2 kesyukuran kerana bekerja di batupahat nan permai ini. Dah lah tak jem, kos hidup pun rendah. Ada orang tu, ada duit pun tak tau nak buat apa dah. 

Waktu berbuka kami baru lepas dari tol sg. besi. Makan kurma je lah. Isy, macamana lah orang2 yang melalui jem ni tetiap hari ek? Tak sempat berbuka kat rumah lah kot ek? Singgah solat dan makan di hentian nilai. Ok gak lah hentian ni. Kedai makan banyak. Tak pernah aku berenti kat sini. Sebab jarang lalu sini. Biasanya dari kl kami akan masuk bukit mahkota, singgah nilai dan keluar kat nilai. Atau pun selalunya lalu elite. 

Akhirnya, aku sampai di rumah tepat jam 11 malam. Besok kerijer... Tokleh cuti sebab cuti dah tinggal sikit. Dan sedikit gambar buat pengalas perut.

Kuih fevret ku, tapi inti dia sikit sangat. Tak sedap.

Wajib makan nasi sebab malas turun sahur.

Tetiap hari ambik lengkong dan tart ini.


Semua pun nampak sedap.

Bergaduh2 la lala, tetel dan ikan dalam perut.

HARI KETIGA

Salah seorang pak sheikh yang jadi imam terawih. Ni dia ngaji time kiter berbuka.

Tetel, paru dan patin pulak bergaduh hari ni.

Kan betul, hari ni pun ambik lengkong dan tat yang sama.

YTF.
Sekian, terima kasih.





1 komen:

Irfa said...

fuh,panjang lebar punye entri ;)
tp part usung dynamo tu aku gelak
mcm ler kat kedai dekat rumah xde jual ye