Bukan 2 hari, bukan 3 hari, tapi seminggu... dengar tak? Dah seminggu kita puasa!
Tak tau nak tulis apa pasal puasa tahun ini. Sama jer macam tahun2 lepas. Cuma tahun ni aku sambut puasa di rumah jer. Tengah2 minggu kan, tak dan nak balik kampung. Tapi weekend lepas aku balik kampung! So, cerita pasal balik kampung lah yea.
Hari jumaat tu aku off memasak sebab nak balik kampung. Apa kaitannya ek? Padahal nak baliknya tengah malam nanti? Takde lah. Masa untuk memasak tu boleh digunakan untuk mengemas beg. So, balik kerja aku terus pergi ke param paritraja yang dekat kompleks tu. Niat di hati nak makan nasi kerabu, tapi tak de lah pulak. Last2 beli lontong jek. Dengan lauk ayam masak kicap. Sekali makan ayam tu, wow! Ayam bapak! Memang terbaik ah.
Lepas terawih, kami terus chow cin chow. Sampai semencu lebih kurang pukul 12.30 ke pukul 1 tah. Besok pagi, encik suami kata nak pergi johorjaya cari rak untuk stor. Maka, aku pun follow lah. Tapi tak follow ke johorjaya. Apa ke hey nak pegi johorjaya tu kan... Baik lah aku soping moping baju raya kat kota. So, aku suh encik suami turunkan aku kat kota hehehe. Aku sensorang jek. Ajak sil, tapi dia kata nanti penat sebab aku selalu akan masuk semua kedai huhuhu. Eh, bukan ke kita memang kena masuk semua kedai? Apa lah ertinya soping moping kalau pergi satu dua kedai jek kan.
So, berjalan2 lah aku di situ. Mula2 jalan area kedaikemboja. 2 rounds. Kendian ke belah kedai2 kat courts lama. Kendian terus ke plaza kota. Ok, kalau sil ikut tadi, mesti dia komplen penat. Tapi aku pun penat, ok. Cuma semangat mencari baju melayu untuk suami lebih kuat daripada penat itu. Nasib baik lah cuaca tak panas sangat. Panas, tapi tak berdenting la. Mendung sikit. Aku pun berjalan perlahan2. Agak2 penat, aku masuk kedairakyat1malaysia hehehe. Sejuk, ada ekon.
Di plaza kota, aku terus pergi ke kedai kain baju. 2 rounds jugak. Ponnn tak jumpa. Isy, tahun lepas, encik suami buat baju dulu, kendian baru aku cari baju aku. Ponnn sama, susah nak jumpa baju aku. Konon tahun ni aku beli baju aku dulu, kendian baru cari baju encik suami. Ponnn sama jugak. Eh, tapi kan tahun lepas aku cakap nak beli baju plain je? Dah komfem sedondon. Tapi macam bosan jek baju plain.
Adakah pemilihan warna baju raya kami begitu unik? Tapi tahun ni banyak je aku jumpa baju kaler royal blue tu? Tahun lepas kemain susah nak jumpa. Agaknya tahun depan kot baru senang nak jumpa kaler yang tahun ni. Masalahnya, orang pilih warna je, tak kira la tone dia macamana. Ni ko pilih warna siap dengan tone dan nama saintifik warna tu sekali. Ok, insaf. Tahun depan nak tema warna hitam. Sekian.
Masa tengah kat plaza kota, aku call encik suami. Plannya, kalau kereta masih muat, beliau akan ambik aku dari johorjaya. Kalau tidak, beliau akan balik rumah dulu, kendian baru datang lagi ambik aku. Huh! Lecehnya! Bila aku call, beliau baru jer sampai rumah. Kereta tak muat sebab beliau beli 5 set rak itu. Bukan 2, bukan 3, tapi 5! Dengar tak? Lima!
Lepas tu, aku pergi kedaikemboja lagi. Masa ni dah terasa penat. Owh, best nya kalau pergi time tak poser... Aku pun terus ke surau. Feh... leganya dapat meluruskan kaki di situ. Bila dah hilang penat, aku pun berjalan lagi. Tadi ada jumpa satu baju yang betul warnanya, tapi takde saiz M. Ada L dan XL jek. So, aku nak suruh encik suami try kot2 yang saiz L tu ok ke. Tak lama tu, encik suami pun sampai bersama mil, sil dan bil. Akhirnya, aku pun beli baju saiz L tu. Lega.
Balik tu, kami singgah econsave, nak beli sayur mayur. On the way balik, singgah pulak kat pasak, beli kuih muih. Sampai rumah, aku terus balik eto5 pulak. Sebenarnya abangepet pun balik jugak.
Malam tu terawih kat masjid eto5. Ramai jugak orang. Tapi sampai 8 rakaat je lah. Lepas tu tinggal 2 saf jek pompuan. Aku perasan, setiap tahun, mesti makcik sebelah aku akan tanya soalan yang sama. Tapi lain2 orangnya.
Anak siapa?
Anak aspanblok13.
Ooo anak dengan mak siti ke mak lama?
Mak lama.
Balik terawih, terus cecepat tengok cerekarama, citer Arman lakonan BK. Isy, geram pulak tengok citer tu. Bagus betul lakonan sofijikan tu. Memang menjadi. BK pulak berlakon jadi orang gila. Cuma heroinnya macam tak sesuai pulak. Uqasya tu muka dia terlalu urban. Tak sesuai lak keje kat pasar jual sayur.
Esok pagi, lepas abangepet balik, aku pun bersiap2 nak balik semencu semula. Baru lah aku sempat menjahit. Ni satu lagi masalah. Tak tau lah bila baju raya aku nak siap. Takde mood langsung. Tu pun baru siap tulang belut 3 pasang. Belum lipat bawah baju lagi. Malasnya!!!
Sebelum pergi terawih malam tu, fil cakap, imam kali ni baca slow. Aku ingat slow daripada sebelum ni lah kot. Tahun2 lepas laju sangat, terkejor2. So, kalau slow sikit, ok lah kan. Masa solat isyak, imam yang dimaksudkan itu yang mengimamkan. Ok, ini serius slow macam siput. Kalau cenggini punya slow, aku rasa pukul 12 kot baru abis terawih. Pukul berapa pulak aku nak balik pr??? Sekali masa terawih, dia tukar imam lain. Fuh! Lega di situ huhuhu. Kalau imam tadi, dah komfem pahala solat sunat aku pun kurang sebab tak ikhlas hahaha. Dan terawih habis macam biasa, pukul 10.
Balik rumah, mentong2 sekejap. Pukul 11 baru kami bergerak balik. Fil bekalkan aku dengan seekor ikan, yeay! Dah ada lauk untuk berbuka besok hehe. Tengok lah, macamana aku tak teringat kat fil semasa di kk aritu? Ingat ikan, ingat fil hehe. Sampai rumah sebelum pukul 1 sebab lalu kulai-hiway.
Errr habis.
p/s aku dah jumpa 3 orang yang tersangkut di level 65 lebih daripada seminggu huhuhu.
Thursday, 18 July 2013
Ramadhan Yang Tak Hilang
Hasil karya AyunasiA pada 12:17 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
yess..cite Arman tu memang best..sakit ati je tengok watak Hamdan tu..jahattt
si arman tu pun satu, boleh percaya pulak kat si medan tu. eee geram jek!
aiik cikviva pun ada?
baru je nak copy link ni suh baca
sbb dia peminat kipas mati beto
haha
Post a Comment