Ari Ahad lepas kami gi perantin reza; kawan abang dan najib, kat tongkang pechah. Kami sampai dekat kul 4pm. Lepas makan terus balik. Sangat lurus. Takde singgah bpmall pon. Dah lama rasanya tak shopping kat situ. Dah gaji bulan nih pun tak perasan. Sibbaik ingat nak bayo ptptpu. Kami gi tu lalu depan k4. Tengok2, kat mall yang sebelah nyer tu, yang dah nak siap tuh, nak bukak gulatiseuromoda. Alamaksss dugaan betul la. Harap2 aku tak kepingin nak gi situ. Hello! Baju tak jahit tu masih bersusun. Jangan ngengada nak menambah pulak.
Esok aku akan pegi pd. Dah janji ngan shue nak jumpa kat tol seremban-pd. Aku bukan geti nak pegi. Tu yang janji ngan kawan tuh. At least kalo sesat, berjemaah. So, esok bertolak kul 10.30am. Ada orang tuh kata nak hantar dan jemput. Tetiba tak jadik pulak. Pandai2 ler aku pegi sendiri. Orang lebih sayang keje kan. Balik semula ari Ahad. Tak tau lah pagi ke petang. Tingin jugak nak melencong sekejap. Erm...
Wednesday, 29 October 2008
Bosan nyer...
Post - Open House + House Warming + Yasinan + Doa Selamat
Semalam baru lah segala tinggalan2 kenduri weekend lepas tuh dilupuskan. Dan dapo aku pon dah kembali kepada asalnya. Dah siap gilap dan berkilat semula. Dalam kecah2 tu, benda paling penting yang aku pastikan bersih is dapo. Bukan kawasan dapo, atau kabinet dapo. Tapi dapo. Dapo, hob, stove. Eh, ye ker ni? Malam lepas kenduri tuh aku terus mengemas dapo dengan bantuan sil serta mil. Sampai la derang sumer surrender, aku teruskan lagi sampai kul 2.30am. Tak puas ati selagi ada benda atas lantai. Dah clear baru aku sapu dan mop. Huh! Esok pagi tu, lepas subuh, aku sambung tido balik. Bangun pon lambat. Hihihi dengan tetamu di rumah, selamba badak je aku tido. Sumer ingat aku dah demam. Bangun2, tengok sihat jek. Sampai sekarang, Alhamdulillah, masih sihat.
Hasil masakan aku yang tah pape tah
Ok, balik semula ke citer hari Jumaat. Pagi2 kononnya nak gi pasar. Kan aku cuti kan. Aku dah suh abang cuti, tapi dia tak cuti pon. Kekdahnya ada shooting ntv7 ke hape tah, tu yang takleh cuti tu. So, pagi tu abang pegi la shooting. Konon nak balik kul 10am, sempat lagi gi pasar. Mentara tu aku kemas2 la rumah. Cuci toilet bagai. Pasni mesti dah tak sempat nak ngemas kan. Abis mencuci, dah pon kul 11am. Kekdahnya aku kena gi pasar sensorang lah kan. Karang takde pulak sayur yang nak dibeli tuh. Sampai pasar, tengok dah lapang dah. Dah tak bising macam pasar. Tinggal satu gerai sayur, satu gerai daging ngan satu gerai ikan. So, aku beli sayur2 je sesikit ngan kelapa parut 2 bijik. Kendian gi kedai ayam. Puas ati dapat beli ayam yang disembelih depan mata. Pastu gi kedai selesa beli barang dapo sket.
Makan lah apa yang ader ek
Sampai rumah, terus lah menyiang ayam. Siang punya siang, yayu pon sampai. Abang balik lepas Jumaat. Boleh? Cakap pon tak guna. Lepas makan, teruskan lagi menyiang. Abis menyiang, aku buat kek. Sambil bakar kek, kami keluar pulak, carik periuk. Huhahuha abang epet pulak sampai. Malam sepatutnya aku gi jamuan hari raya kat garden (tak jadik kat pelican), tapi memandangkan banyak kerja tak siap, aku cancel jek. Abang ani pulak datang dah kul 10pm gitu. Lepas dia balik baru masak nasik himpit. Kendian, aku buat kek lagi. Tadi kek coklat. Kali ni kek coklat jugak, tapi turn up jadi kak kopi. Kisahnya, aku bakar kek tu dalam bilik tengah. Oleh sebab ada bebudak, kami tutup la pintu bilik tuh. Dah, leka punya pasal, plus takde bau apa2, maka kek tu pon rentung. Hahaha padan muka. Saper suh tak gi jamuan raya tuh. Akhirnya aku tido kul 2.30am.
Kopok lekor import dari mersing
Esok pepagi seawal jam 6am, aku dah menenggek pulut. Aku buat pulut kuning uolsss. Tah, tiba2 jek rasa cam nak buat. Padahal tak pernah umur pon aku membuatnya. Oh, lupa, ita sampai malam tadik bawak kukus. Tapi, jadik jugak tau. Sedap tau. Kendian goreng ayam untuk soto. Sambil2 tu derang yang lain tu keje menyiat ayam. Pas goreng ayam, aku masak rendang daging. Nak lawankan ngan pulut tuh. Kali ni rendang aku manjadik betul lah. Dah setanding rendang mak siti. Hehehe perasan tul. Tapi rasanya memang sedap la ikut tekak aku kan. Siap pulut masak, baru lah aku masak kuah soto. Huhuhu first time nih masak guna periuk beso. Hantam je lah. Ok lah tuh. Pukul 12pm, sumer settle.
Kawan2 abang
Orang pertama sampai is opismate aku. Awal betul. Lepas Zuhur baru la kawan2 abang datang. Student abang pon yang dijadualkan datang jam 12-2pm, datang sama gak ngan orang lain. Nak kena jotos gaknya bebudak nih. Kesimpulannya, kawan aku yang datang were kak sue (with mak and anak), puan su, kak marina, naim (with baby and wife), zafrul (with wife), kak ita (with hubby and anaks 6 orang) dan izan (with hubby). Selebihnya kawan2 abang. Seronok tapi penat.
Tengah baca yasin nih
Kul 6.45pm, abang gi ambik nasik untuk makan kenduri belah malam pulak. Lepas isyak, mula baca Yasin. Ramai gak sedara mara abang yang datang. Abang tp sampai lepas asar. Busu, maklong, nenek pun ada. Ngan sepupu2 jugak. Makanan malam tu sangat sedap. Beriani gam kambing plus ayam merah. Jiran pempuan pon ada yang datang 2-3 orang. Selebihnya lelaki. Malam tu, kak zela ngan kaklong terus balik. Masing2 tido di mana2 yang boleh. Sampaikan abah tido kat porch! Bentang tikar, bentang toto, pasang ubat nyamuk. Sekali tengok, bilik belakang yang siap bertilam berbantal pulak yang kosong. Ceh!
Tuesday, 28 October 2008
Aku Masih Mamai
Aku mendapat beberapa kesan sampingan dari majlis yang aku adakan hujung minggu lalu.
1. Asal baring, mesti tertido
2. Pening kepala terlebih kolesterol. Makan kambing ber round round
3. Tak lena tido malam sebab siang, 1.
4. Badan jadi malas, takde daya nak kemas, mop rumah
5. Biler dah penat, hangin cepat naik
6. Bila hangin, terus meletup
Aku bukan manusia penyabar. Sabar pun ada batasnya. Aku tak tau nak salah kan siapa.
1. Anis, penyewa baru, bersalah sebab mintak tolong pasang estero. Itu tak salah. Yang salahnya, dia call makcik gedik suruh datang untuk menemukan mereka. Bangang punyer anis. Anak siapa lah nih. Orang2 UTHM sekelian, sila banned manusia bernama anis ini okeh?
2. Makcik gedik bernama yuslina penduduk kampung parit lapis sempadan yang semula jadi gedik yang memang tidak dipertikaikan lagi kesalahannya. Hati masih tak berubah konon! Ada hati pulak nak jadi madu aku. Alahai...
3. Sudahnya, dia yang jadi mangsa. Saper suh 'ada kena mengena' dengan rumah no 19 jalan wira jaya 2 taman wira jaya tu lagi. Padan muka. SIM kad dah jumpa??? Keskeskes gelak nates.
Sesuatu mesti dilakukan.
Langkah pertama dan terakhir. Terminate nombor telefon.
Hello! Encik, take note okeh?
Takde Kena Mengena
Ketawa dan air mata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih aku pun rasa
Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangi ku
Tahu kau takut kehilangan ku
Begitu juga aku
Ku juga suka bila kau curiga
Ia mengajar ku erti setia
Apa pun sifat mu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walau pun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna kau ku abaikan
Memang sesekali sikap mu membuat aku jemu
Hingga kau tak ku pedulikan untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia tanpa air mata
Thursday, 23 October 2008
Api dan Dengki
Wah! Tajuk kemain negatif lagik. Mula2 nak cakap pasal bil api. Bil pertama kami sampai 10 hari selepas pindah. RM2+. Maknanya kalo 30 hari sebulan, darab 3 je lah kan. Malam sebelum bil kedua sampai, aku mimpi bil aku cecah RM800! Uwaaa! Sedih kuciwa aku dibuatnya. Terpaksa tido dengan kipas la nampaknya. Bila bil sampai, abang bebel2, tau tak bil bape? Banyak tau tak? Sekali aku tengok? RM6+ jek. Elehhh macam bil api kat umah abah kat kampung jek. Orang cakap kalo guna ekon, bil akan cecah seratus. Tipu tipu. Tu kalo guna full day la kot. Aku set kan on kul 10pm, off kul 6am. Maknanya 8 jam sehari atau RM2.10 sehari. Ok lah tuh kan. Atau, mungkin juga kerana teknologi inverter turut menyumbang ke atas pengurangan itu? Jadi bertukar lah kepada ekon dengan teknologi inverter. Okeh?
Rupanya aku ni pendengki orangnya. Hitam ke hati ku ek? Nak kena clorox ni nampaknya. Semalam abang balik lambat. Kereta ada, motor pon ada. Tapi orang nyer non ado. Rupanya dia ikut jiran sebelah gi bp. Member ajak beli tiles nak buat dapo. Kan aku ada cite kan, aku beli tiles tu lain dari yang zarafi punyer sebab takmo sama, kan. Tak suka tiru2 nih kan. Sekali tu, abang cakap, member tu pilih tiles untuk table top ngan dinding yang sama sebijik sebijon ngan aku punyer! Huaaa!!! Hangin la aku semalam. Benci benci benci! Tiru! Stereotype! Palagiat! Copycat! Tak suker arrr!!! Rasa nak bom je umah sebelah tuh. Kebabommmmm!!! Busuk ati gak aku ni rupanya ek? Isy isy isy...
Rindu lah
Ngada-ngada tak? Aku rindu lah waktu sibuk2 nak pindah arituh. Satu pengalaman yang exciting kan? Oleh sebab itu, aku nak tepek gambo lebih2 arituh. Sibbaik sofa ngan meja makan tak de lagi. Maknanya, akan ada perkembangan lain selepas nih. Pastu, porch pon masih lapang. Lom ada pepokok. Sabtu lepas kami gi pasar bp, beli pokok limau purut. Best2. Pasnih nak kecek pokok kesum ngan pandan ngan mil. Tengok rumah kawan aritu dia tanam kesum tu dalam pasu tak berlubang. Kan pokok tu kena ada air sentiasa kan. Tapi kena jaga jentik2 la cenggitu ek.
Time gi kulai arituh kami mintak pokok gak kat umah cousin abang. Dia pindah pokok2 dia, nak tutup abis porch dia kot. Pastu kami ngendeng la pokok. Antaranya pokok lili, buluh jepun (he? yang kecik2 tu) dan pokok helicornia. Waaaaaa... time dapat tu, aku sangat gumbira, macam nak melompat pon ada. Sebab aku memang naaaaakkkkk sangat pokok buluh ngan helicornia tuh. Heli tu dia kasik spesis bunga jatuh. Kalo nak yang tegak ke atas tu dia suh mintak kat umah nenek. Tapi yang jatuh tu memang sangat cantik. Tapi sekarang baru tumbuh pucuk dia je, lum naik pon lagi. Takpe, leh tunggu.
Aku yang tak sesabo, siap je table top, terus nak try fitting dapo nih.
Ni ler perangai aku, mesti nak test2, walau pon tak siap lagi.
Ramai yang ingat benda ni tempat simpan kunci. Sebenarnya kotak db.
Longkang kat porch yang dah ditutup abes. Plan nak letak kusi meja tempat lepak2 sambil menjahit. Pastu nak letak pasu2 pokok yang aku suka. Ngan nak taruk pasu besar bela ikan sket ngan letak pokok kiambang. Tanaman impian. Boley?
Kabinet buku yang dah penuh. Cam kena tambah lagi jek?
Sebelum ni, kami cat dinding tepi jek, kat frame ni masih cat asal
Tengah2 iron baju kat sini malam jumaat tu, aku rasa macam cantik gak kalo cat keliling nih ngan kaler oren. Lagi naik selera kot nanti
Sabtu pagi tu, tetiba abang tanya, nak tak cat kat dinding nih? Eh, macam tau2 jek aku pon pikir cenggitu gak malam tadik. Telepathy kot.
So, pagi sabtu tu abang pon cat selayer. Ahad pagi cat lagi selayer. Ermmm ok lah tuh!
Semalam la ni, nampak ikan kat kedai makan nih. Keje dia ambik batu kat tengah, luahkan balik kat tepi. Memang ikan cenggini ker? Ke ikan ni jek?
Hah! Tu dia tengah bekerja.
Wednesday, 22 October 2008
Aktiviti Hujung Minggu
Jumaat lepas aku malas masak. Makan kat trafik lite je lah. Kedai makan tu dah pindah tak jauh dari trafik lite, senang sket nak parking. Aku makan nasi goreng kampung, abang makan mee bandung. Balik tu, iron baju sket. Tak tahan ngantuk.
Ari sabtu pagi, kami bernostalgia pulak. Naik kancil, park kat ito, kendian tunggu bas. Datang bas johore motor yang agak uzur. No plat JCJ, zaman aku darjah 6. Ingat dapat naik causeway. Harga tiket RM2.30. Biler naik bas camni, barulah nampak benda2 tepi jalan yang salu tak nampak, samada terlepas pandang, atau pun kete tak cukup tinggi. Sampai BP, turun kat tepi pasarayaku, depan singamas tuh. Kendian jalan kaki gi toyolta. Mentara tunggu tangesh, kami lepak2 kat lobi. Order milo, dapat biskot sepeket. Tak lama, dapat la kete ku yang berwajah baru kembali. Best best dah cantik. Bekas kena sagat pon hilang sekali. Hihihi.
Tiket bas johore motor. Aku suka sebut johore motore. Time sekolah kat kluang lagi ada bas nih. Rasanya zaman sebelum tu pon dah ada.
Dari situ, terus lah balik parit raja. Singgah solat kat ito, kendian terus pegi open house umah jali. Budak papan timur nih. Makan laksa penang ngan mihun sup. Balik tuh terus gi carik sofa. Huhahuha, kami pon order. Siap dalam 6 hari gitu. Takpe, lambat2 pon takpe. Takyah siap sebelum open house pon takpe. Memang takmo kasi sempit umah. Balik rumah, teruslah aku memasak. Semangat. Sedap jugak aku masak.
Ahad pagi, keje mengemas la macam biasa. Tengahari, gi open house umah najib pulak. Kat taman nih jugak. Makan nasik ayam. Kul 3pm, mintak diri, gi umah kak maisarah pulak, kat simpang 5. Dia jemput kul 4pm, tapi kami sampai tu dalam 3.45pm gitu. Makan laksa penang yang pedas tapi sedap. Ada ubi rebus cicah sambal tumis juga. Dan ada kek coklat ‘danau toba’ yang juga sangat sedap. Banyak betul aku makan kat situ. Balik tu singgah BPmall tapi tak masuk dalam. Hantar borang peraduan jek. Balik dan terus mengiron baju. Sampai ke malam aku mengiron. Banyak betul.
Hari Isnin, kelas pack dari kul 8am sampai 5pm. Ct nurhalija pon takleh nyanyi selama nih. Sakit rahang asik bercakap jek. Tengahari kami gi open house kb aku. Kat taman sri wangsa. Memang kena pegi sebab nak tengok rumah baru dia hihihi. Renovate saje, RM60k oulsss. Umah semi-d double storey. Saiz umah macam rumah teres 2 tingkat biasa. Depan umah dia ada umah banglo besooo ngan laman yang agak2 beso padang bola lah. Rege, takyah tanya lah. 700k. Sape nak? Takleh lawan rumah taman jasa yang sangat besar tapi murah itu. Aku ni masih nak cite kebestan taman jasa tu. Apa taknya, rumah semi-d 44x90 hanya RM211k sahaja. Memang sangat berbaloi lah. Ada satu umah nak dijual kat situ. Sape nak?
Tak ramai orang arituh. Driver dia, setiap kali ambil orang, mesti jemput naik naik naik
Opsss kat open house makan nasi himpit dengan lauk raya biasa. Plus satay. Sedap. Catering katanya. Balik tu, dah start ngantuk. Tapi demi mendidik anak bangsa, aku sendal gak la kelopak mata ni.
CD player yang dah dibetulkan. CD asik jump jek. Pastu bila dah jump tu, takleh nak kuarkan pulak.
Balik umah, buat cucur udang sket. Abang pose la pulak. Lepas isyak, kami pon pegi baraan. Ni first time aku masuk umah depan tuh. Sebijik design umah bukit perdana kami dulu. Baru la terfikir, selebet je umah aku dulu. Alhamdulillah, sekarang dah tak selebet sangat. Bermarhaban la aku sambil tahan ngantuk. Makan dah kul 10.30pm. Biasa2 jek. Ada nasi goreng, mi goreng dan 4 jenis air. Takyah expect lelebih la kan. Tu area low-cost. Balik tu, terus aku print borang cuti. Nak cuti ari jumaat nih. Siang je cuti, tapi malam pegi gak jamuan raya staf kat pelican. Sebelum tido tu lahhh time nak pulun study. Esoknya kelas kul 8 pagi! Sambil2 tu tengok tv. Ulang lagi cite Quran Buruk tuh. Memang hampeh la wan maimunah dalam citer tuh. Aritu aku tengok kat kota, along siap suh tukar channel time derang dah kantoi tuh. Geram sangat. Lakonan mu mantap makcik…
Tuesday, 21 October 2008
Student ku Kayo?
Pagi semalam, sorang student aku mintak sign, nak kuar, ada perbicaraan. Kes accident, macam abang lah jugak. Tapi dia patah siku. Sebelum gi, aku ucapkan good luck.
Petang, masuk kelas, tengok2 budak tu dah masuk. Aku pon tanya, macamana? Ok. Dapat la sebelas ribu (kot gitu lah yang aku dengar, tapi belasan lah). Huhuhu kalo ada gelfren tu, boleh ajak kawin. Hihihi. Tapi wang takkan mengembalikan siku yang lama, kan?
Monday, 20 October 2008
The Reason
Ya Allah, sabarkan lah aku dalam melalui ujian ini.
Kami dah pindah rumah sebulan yang lalu. Makcik gedik yang desperate itu sedang dalam mencari sebab untuk bertemu atau at least 'ada kena mengena' dengan suami ku ini. Weekend lepas, dia suruh suami ku bersihkan kipas umah dia pulak. Apa kes? Dah lah deposit aku kau tak pulangkan, lagi nak suh orang bersihkan kipas pulak. Rasanya satu rumah aku dah mop arituh. Kipas pon takde lah sampai tahap takleh jalan. Kami siap beli berus siling tuh lagi nak bersihkan. Ada kawan ito tu dah berminat betul nak masuk rumah tu. Kalo dia masuk tak basuh rumah pon takper sebab kami dah cuci bersih dah. Tapi baru2 ni dia cakap macam tak jadik sebab makcik tu asik call dia ajer. Call pasal rumah takpe. Ni ngumpat pasal kami u olssss. Kawan tu siap tertekan lagi dengar stori makcik tu pasal kami. Saper nak jawab tuh??? Tolong!!!
p/s aku suka lagu the reason hoobastank sebab lagu tu hit around time kami nak kawin dulu. hihihi.
Friday, 17 October 2008
Open House + House Warming + Yasinan + Doa Selamat
Esok cuti kan. Apa nak buat? Aku plan nak main masak2. Cam nak masak soto. Balik nih nak beli bahan. Ahad ingat nak buat mee bandung ikut resepi. Tapi abang kata ada open house kat simpang lima. Tahun lepas kami pergi gak. Boleh saja.
Malam tadi dah tulis senarai jemputan. Macam tak caya je aku nak menganjurkan majlis ala2 mak2 nih. Ye lah, dulu masa kecik2 salu la jugak ikut gi yasinan nih. Tak pernah lagi jadi tuan rumah. Hehehe redah je lah. Ada makanan, makan. Takde jangan mintak huhuhu. Kebetulan mak nak buat majlis cukur jambul kat at5 26hb tu, so memang takleh nak ajak abah lah. Tapi aku tak buat besar2an berkanopi bagai tau. Takde lah meriah2 ke hape. Macam kenduri biasa je. Bezanya, aku tulis kat blog, so, nampak cam nak bagitau sumer orang. Padahal aku jemput jiran2 jer. Siang, open house hari raya untuk kengkawan sekerja, malam lak baca yasin dan doa selamat. So, kalo dijemput tu, sila lah datang yer. Kalo tak dijemput tapi terlalu, singgah jer. Kata hari raya, kunjung mengunjung. Bila lagi nak jengah rumah aku tu kan... Sambil komen2 dan bertukar2 idea. Hehehe hari lain aku tutup pintu okeh. Kalo dah singgah tu, masuk ler. Kenapa singgah kalo tak masuk?
Selamat Beramal Di Hujung Minggu!
Hikmah, Minyak, Sinar dan Berita
Elok lah aku mulakan dari perkara terakhir dalam tajuk tu. Berita malam tadi (or semalam), Pokleh komen pasal harga minyak yang turun. Dah turun 3 kali, nak apa lagi? Ini bukan soal berapa kali lorrr, tapi berapa banyak??? Seploh kali pon kalo setiap kali turun 1 sen...
Berita pagi tadi pulak, 2013 subjek sejarah dalam upsr. Huhuhu aku paling nyampah subjek nih. Puncanya, cikgu. Tapi aku still score time spm tau. Penat aku hafal buku tamadun peradaban dunia tuh. Kulu kilir aku kepit buku tu. Sebab apa kena hafal? Terpaksa. Soalan objektif kan sumer dari buku tuh. Sebijik sebijon ayat dia. Kalo dah budak darjah nam kena hafal sejarah pasnih, aku ucapkan selamat berjaya! At least menambah peluang pekerjaan, kan?
Berbalik kepada berita minyak, hari ni harga minyak usd71 setong. Persoalannya sekarang, macamana dengan rebet minyak dulu tuh? Harga dah diturunkan, rebet still on ker atau akan stop? Alerrr kasi la chance aku yang nak renew roadtax kancil bulan depan ni ek? Ek paklah ek?
Aku nak promote radio Sinarfm. Arituh aku dah promote kan? Ni nak pergiatkan promosi ini. Khusus kepada orang2 sezaman dengan ku. Jangan lupa setiap Sabtu, jam 9am-12pm. Jom layan jiwang sambil kemas rumah dan memasak! Lagu lama ni kalo makin dengar makin sedap tau. Teori aku ler.
Radio sinar juga. Tapi pagi tadi. Topik pagi dia, emosi hari ini. Sorang caller cite husband dia baru je kawin sorang lagi sebelum poser arituh. Time raya husband ni tak ikut balik kampung sebab kerja katanya. Ropanya beraya ngan bini baru uolsss. So, SY dan Krill ni kononnya sedapkan la ati caller ni. SY cakap, mungkin ada hikmahnya. Ye lerrr, dia sendiri pon berpoligami kan. Tapi, setahu aku, setiap musibah atau perkara yang berlaku, bukan 'mungkin', tapi memang ada hikmahnya. Caller ni pon cakap, dia pon dah takleh nak wat apa2 sebab dah berlaku pon. Cuma sekarang dia kena perbaiki diri. Anak dah 6 tau! Last sekali SY ni cakap, sekurang-kurangnya u dah ada payung... Owh!
Balik pada hikmah ni, aku nak cite tentang pengalaman aku tentang hikmah dari tragedi. Cam program tvtige pulak. Satu perkara yang berlaku yang telah aku temui hikmahnya ialah kejadian accident motor yang menimpa suamiku setahun yang lalu. Kalau tidak kerana kejadian itu, aku takkan dapat duduk di rumah sekarang nih. Kerana kejadian itu, kami berpindah ke parit raja. Rancangan asal, kami nak duduk bukit perdana sampai lah beli rumah sendiri. Kerana pindah parit raja, kami jumpa taman wira jaya nih. Kerana jumpa taman wira nih, kami suka design rumah nih. Kerana suka design rumah ni, lalu kami beli rumah nih. Kerana accident itu juga, abang dapat claim dengan 'bantuan' (25% dia ambik lor) seorang loyar kerana kecederaan yang dialami. Dan dengan duit itu lah kami bayar yuran loyar dan lain2 berkaitan pembelian rumah nih. Kalo tak, mana la kami ada duit nak bayar down payment bagai tuh. Yes! Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Redha.
Thursday, 16 October 2008
Upgrade
Aku nak tukar template ar. Dulu aku dah upgrade beta. Tapi time nak tukar template sekarang ni, takde kod xml ker gitu lah. So, aku balik ke classic. Sekarang aku nak upgrade gak sebab cam out dated plak rasa diri ini. Sebelum itu, aku kena update sebab aku tak tau cemana nak kuarkan button upgrade tu katne. Wakakakaka budus nyer.
I Wish...
Wah! Perbankan internet bank harimau sudah berwajah baru! Ingat? Duit bukan segala-galanya. Hehehe nasihat dari si mata duitan. Memula bukak, takut gak nak login. Kot la tipu2 nyer site kan. Tapi tengok address memang betul. Masuk je lah. Kenapa bukak website tu pepagi di tengah bulan? Saje. Aku memang suka tengok belen2 duit dalam akaun. Hihihi gaji bulan lepas pon cam tak terusik. Rekod dunia tuuu. Pas nih aku akan pastikan setiap bulan, aku merasa kaya barang seminggu dua, baru bayo bil. Best apa. Kalo tak, arini gaji, petang dah tinggal serdak2 buat belanja harian jek.
Wishlist semakin panjang. Lebih2 lagi selepas perbualan seperti previous entry tuh. Sebelum ni dah tau dah. Cuma cam tak confirm jek. Sampai aku pun dah tawar hati nak mengharap. So, apa ke benda nyer yang menjadi idaman ku ituh?
1. Laptop - DELL or Sony pink/gold color( dua2 nih ada kaler kali )
2. Sewing machine - Juki
3. Oven - Rinnai / Fagor
4. Sofa - 1+2+3 half leather beige color
5. Dining table - 6/8 + 1
6. Tint kancil - haiyooo dah 8 tahun baru ingat nak tint ker...
Banyak la pulak. Cukup ker duit? Huhuhu sebelum tahun baru insya Allah dah dapat semua, kot. Tahun 2009 nak cari hartanah pulak. Satu, tanah kebun nak tanam buah-buahan. Nak tanam durian, rambutan, duku, langsat, manggis, kelapa dan limau madu. Buah yang ada kepentingan ler tuh. Dua, tanah lot untuk rumah impian. Sebelum ni jumpa tanah 60x80 jek. Muat2 rumah jek. At least nak seluas rumah felda, suku to setengah ekar. Yang penting, ada kan dulu. Biler nak buat nyer tuuu tak tau lah kan. Seploh tahun lagi ker. Time agak2 dah jemu duk umah sekarang, kiter wat umah baru. Berangan je dulu. Bukan kena bayo pon berangan nih kan.
Oh, luper nak citer. AH ku sekarang dah jadi rojak. Aku suka AH ku dulu sebab interior dia kaler krim. Cerah pandangan. Kemudian abang beli carpet mat gulung2 tuh kaler grey. Ok lagi sebab benda tu duk kat kaki, tak perasan sangat. Kendian, raya arituh, ngah tukar kete 'impian' dan kasik leather seat AB dia kaler dark grey pulak. So, rojak lah sudah interior AH tuh. Fenin aku melihatnya. Selasa, abang hantar AH gi cat skirt dia yang sopak. Tak paham aku cemana cat tu leh tanggal akibat air. Tengok AH orang lain elok jek. Dulu aku ingat sebab terkena batu2 kecil time aku ulang alik mersing. Sekali lepas balik sg petani, makin teruk sopaknya. Sah lah sebab kena air hujan. Sibbaik derang nak wat jugak for free. Kalo tak, aku jual AH tu esok jugak. Hehehe yo yo o aje.
Wednesday, 15 October 2008
Sembang - Sembang Membawa Rezeki
[12:04] ayunasia: eh, ko kata nak fax surat arahan tu, biler?
[12:05] shue JPK: ko takyah
[12:05] shue JPK: dah hantar
[12:05] shue JPK: claim 3 bulan
[12:05] shue JPK: 100 sehari
[12:05] shue JPK: hehehehe
[12:05] ayunasia: aik? cemana tuh?
[12:05] shue JPK: laa
[12:05] shue JPK: borang yang sama
[12:05] shue JPK: ko kan kak ju yang sign harituh
[12:06] ayunasia: yang lelain tu ?
[12:06] ayunasia: kata claim 6 bulan 25 hengget?
[12:06] shue JPK: lelain mcm mana?
[12:06] shue JPK: bebudak lelain ke
[12:06] ayunasia: a'ah
[12:06] shue JPK: tak
[12:06] shue JPK: aku baru jumpa pn m******
[12:06] shue JPK: 3 bulan
[12:06] shue JPK: 100 sehari
[12:06] shue JPK: surat arahan tuh pn mmg 3 bulan
[12:06] shue JPK: hehehe
[12:07] ayunasia: maka? berapa?
[12:10] shue JPK: *k
[12:11] ayunasia: isyyyy cam tak caya jek?
[12:11] ayunasia: aku dah tawar ati dah tau
[12:12] ayunasia: tapi kalau betul, bagus gak
[12:12] ayunasia: heheh
[12:13] ayunasia: wow wyyyyyyyyyyyyyyyyy
[12:14] ayunasia: masin la jari ko
[12:33] ayunasia: ooo surat arahan tu arahan kepada pengarah supaya sign eh?
[12:34] ayunasia: lambat ar aku nih
[12:34] ayunasia: aku tak baca subject ko
[12:37] shue JPK: hehehe
[12:37] ayunasia: aku baru ingat nak kompol duit sendirik beli laptop
[12:38] shue JPK: HEHEHE
[12:38] shue JPK: insyaAllah dpt
[12:38] ayunasia: aminnnnn
[12:40] ayunasia: baik la pulak dia nak kasik banyak ek
[12:40] ayunasia: mesti lepas campur tangan wan ***** ek
[12:41] shue JPK: maybe payah kot kalu buat 9 bulan
[12:41] shue JPK: sbb bajet utk thn 2007 kan dah lepas
[12:42] shue JPK: nanti lagi byk keje diorang
[12:49] ayunasia: hehehe
[12:49] ayunasia: betol betol
[12:51] ayunasia: Bagus bagus banyak projek leh buat ngan *k ituh
Doa
Mintalah kerana Allah swt itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, kurniakan lah aku dan kawan-kawan JPK ku dengan rezeki yang 'mahal2' dan melimpah-ruah yang penuh dengan keberkatan. Amin.
Jika itu rezeki kami, permudahkan lah dan jika bukan rezeki kami, sesungguhnya kami redha.
Dan berilah. Kepada keluarga, saudara-mara, anak yatim dan yang kurang bernasib baik.
p/s Apabila mati anak Adam, terputus lah segala amalannya kecuali 3 perkara
1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat
SAHAM AKHIRAT, DIBUKA UNTUK JUALAN : rujuk YAPEIM
hihihi tak pernah aku buat entry sebegini kan?
Pack
Hoho banyak aktiviti di hujung2 bulan nih. 27hb cuti deepavali. Esoknya perhimpunan bulanan staf anjuran bahagian aku. Yang jadi macam sibuk tu sebenarnya sebab KB aku takde pada hari tersebut, menjadikan aku paling kanan dalam bahagian. Nak dijadikan cerita, aku juga yang kena bagi public speaking. Uwaaaaaa nak cakap apa ar? Kalo tengok sebelum2 ni punya, ada cakap pasal nikmat, pasal stress. Aku nak cakap pasal blog boley? Hahaha entah la. Yang ada dalam kepala aku sekarang ialah 'bakat vs kemahiran'. Ada kena mengena sket ngan keje kan. Tapi apa yang aku nak cakap ek? Idea? Idea? Idea?
Tak habis di situ, 30hb plak, aku akan gi kursus induksi. Aik? Bape kali da? Aritu induksi umum. Ni khusus pulak. Place to be? Regency PD. Alerrr dekat nyer. Tak best tul. Tu pon nasib baik dah boleh gak buat kat resort kan. Cuba la bawak gi jejauh sket. KB ker, penang ker, langkawi ker (hehehe sebab aku nak sangat cuti2 kat situ). Sibbaik 4 ari jek. Khamis sampai ahad. Pegi ngan kete jabatan kot, sebab ada 4 orang yang gi jugak. Tengok lah nanti. Lum ada plan lagi. Nak plan ngan abang, masih merajuk lagik. Hihihi naper arrr suami ku ini tak geti pujuk? Bengang betul la.
Selain itu, semalam aku pegi open house dalam waktu keje. Alerrr dalam kawasan jugak. Kat kuarters jek. Makan soto dan nasi lemak. Nyum nyum sedap sekali. Pegi makan tu kul 10am. Konon leh tahan sampai petang. Sekali, tengahari dah lapo. Nak beli nasi, komfem dah abis la kalo dah kul 1pm tu kan. Lupa pulak nak bawak kuih raya. Kuih yang lebih2 open opis aritu pun dah langsai. Huhuhu time bulan pose boleh jek tahan ek. Sebagai balasannya, aku puasa arinih. Yeay!
Tuesday, 14 October 2008
Sambung Cerita Balik
Ari ni aku sebenonya nak sambung cite weekend lepas yang tergantung semalam. Tapi oleh sebab pagi tadi aku dah emo, maka, aku sambung sekarang lah ek.
Okeh, ari ahad, seperti biasa, aku bangun awal sikit. Tambah pulak malam tadik tu tido kul 2am, lagi awal lah aku bangun kan. Bangun2 je, terus basuh toilet. Ada pulak? Dah, kali terakhir aku cuci is sebelum balik kampung beraya. Kendian time raya pulak berduyun orang (tak ler ramai mana pon) masuk toilet tuh, lagi lah geli aku nak pijak. Dah lah aku selesa beri kat toilet luar tu jek. Nak tak nak, kena cuci gak. Kalo dulu kat umah mak, tiap2 ari basuh toilet. Aku pemalas sikit. Ke banyak?
Siap cuci2, abang balik dari bp, anto sapit gi bus stand. Bawak balik kad jemputan kawin reza. Hihihi nama bakal isteri dia ala2 fasha sandha pulak. Lepas mandi, siap2, kami pon kuar. Mula2 gi kluang dulu. Taman saujana. Dah lama teringin nak masuk taman ni sebab pemaju dia sama ngan bukit perdana. Umah kawan abang ni semi-d. Tak ramai sangat orang kat taman tuh. Macam tak berapa nak naik. Kat sana makan nasi beriani. Ke nasi minyak? Entah, aku rasa sama je rupa nasi2 nih. Abis makan terus ke parit raja pulak. Dekat je ngan umah kami. Kat situ pulak, makan mee rebus. Abis kat situ, kami gi bp. Tak sah dalam seminggu tu kalo tak gi bp, padahal baru ari jumaat gi. Tapi kali ni tujuannya nak carik sofa. Alerrr kedai jalan tupai terbang tuh tutup pulak. Terpaksa la pegi bpmall hehehe. Alasan. Jumaat tu dah survey dish drainer tu, tapi nak tengok dulu kat jusco. Dah, kat jusco tak jumpa pon benda alah tu, terus beli je kat pasifik. Kendian beli water dispenser ngan bekas apa ke benda tah yang salu orang isi nasik tuh. Balik umah sebelum maghrib. Malam iron baju jek.
Semalam abang cakap ada kawan nak datang raya. Aku pon bagi syarat, datang lepas maghrib sebab aku dah plan nak tido awal. Apa tak nyer. Dalam kelas asik menguap jek. Aku yang kenkonon rajin ni pon mula la gedik2 nak masak mee goreng la, konon tak best pulak orang datang makan kuih je kan. So, balik keje tu kami pon berjemaah la memasak. Senang jek kan. Tapi kalo berjemaah tu, cepat sket siapnya. Lepas maghrib, dah siap. Tunggu punya tunggu, dah masuk waktu isyak. Kawan tu cakap, kalo jiran sebelah tu takde, cam takyah lah dia datang. Sebab tujuan asalnya nak gi umah jiran tu, nak tanya pasal babysit. Aku dah ala2 merajuk dah. Abis, sape nak makan mee nih? Kendian, sorang lagi kawan call cakap tak jadik datang. Lepas solat isyak, kawan yang baru call tu datang ngan anak dia jek. Wife tak ikut. Tak lama kawan yang memula tu pon datang. Kendian kawan selang 3 umah pon datang. Kawan ni ala2 mr mama tau. Dia jaga anak dia yang baru 3 bulan, wife kat ganu. Huh! Cekal no? Derang balik kul 10pm lebih. Ngantuk laaaaaaaa...........
Kena Mandrem Ker Laki Aku Nih?
Sejak serah kunci rumah sewa ni 'kami' dah decide untuk ignore panggilan dan sms makcik yusrina gedik penduduk kampung parit lapis sempadan itu. Tapi, nampak gaya nya, laki aku tak seiring dengan ku dalam keputusan tersebut. Salah siapa?
Ramlah Ram : Siapa yang bersalahhh
Ella : Bukan salah aku... retak sumer ini
To'ki : Aku yang bersalah, janji tak ku endah
Sah2 to'ki dah ngaku salah. Reaksi aku? Balik ni campak pisang salai dalam parit depan rumah la. Sape ngidam pisang salai sila angkat tangan???
Atas tiang tienbi kat jalan masuk umah aku ada banyak poster. Macam poster pilihanraya. Ada gambar dua pempuan. Ayat nyer lebih kurang gini; "penipu besar, pinjam duit tak mau pulang."
Erkkk aku macam nak buat cenggitu gak lah.
Monday, 13 October 2008
Jumaat balik keje, abang ajak kuar dating. So, aku terus je ke bp lepas keje. Janji jumpa kat summit. Storekad pulak dah expired, tak dapat kumpul point. Nak renew, abang tak bawak kad. Takleh renew guna supplementary card. Hasilnya, dapat lah blouse selai. Balik tu dah kul 9pm lebey. Balik terus masak uols! Tension gue.
Esok pagi abang ada meeting nak diskas pasal marhaban. Aku bangun je terus siap2 nak gi beraya. Kul 12pm gitu aru bergerak. Lalu jalan dalam je. Lengang pulak jalan. Mana pegi kete2 nih? Tengah jalan, hujan la pulak. Sampai tiram dekat kul 2pm. Tunggu mala masak, kul 3 lebih baru gerak. Singgah umah ina jap. Kendian terus gi umah kak zela lalu jalan sg. tiram. Lepak2, in sampai dah kul 5pm lebey. Huhahuha, kul 6.30pm gerak semula. Singgah jusco tebrau, tengok2 apa yang boleh dibeli. Tak best plak nak beli time takde sale nih.
Kul 8.30pm baru gerak semula ke kulai. Gi umah cik man kat kg pertanian. Sedap plak makan roti canai ngan sambal tumis. Kendian gi umah pak andak. Tengok, dah gelap. Terus gi umah abang ani ngan abang yus. Dua2 takde. Singgah umah in jap. Time tu abang ani call. Dia baru balik beraya. Terus gi umah dia pulak. Kul 12.30am baru beransur pulang. Sampai rumah lebih kurang kul 2am. Huh!
Friday, 10 October 2008
Opis Terbukak
Da fuds
Da chefs
Da tukang makan
Da Triffle, gini ke spelling dier?
Da fruts
Hari ni kami mengadakan ofis terbuka di jabatan kami. Oleh kerana jabatan ni ramai aweks, maka kami pakat2 masak. Aku cuma ditugaskan memasak nasik hempet. Senang, tapi kena masak 2 periuk sebab periuk aku yang ada sumer comel2 belaka. Hasilnya, nasik hempet aku agak kurus, tidak seperti nasik hempet kawan yang lain sebab nasik tu terhempet sesama sendiri dalam piuk. Tak dapat nak mengembang lelebih.
Pepagi lagi kami rewang potong nasik hempet. 2 orang dengan nama yang sama memasak lodeh di rumah. Sorang masak sambal kacang, sorang masak rendang ayam, sorang sambal udang. Opis mula dibuka pada pukul 11am. Boss besar tak dapat datang sebab pose. Ada beberapa orang lagi yang turut berpose. Dahhh, jemput pon baru pagi tadi.
Bila aku nak wat open house plak? Rasanya aku nak wat minggu terakhir tu, minggu yang cuti deepavali tuh. Okey ke? Ari ahad tu ada kawan master abang kawin kat tongkang pecah. Dah jadik kawan najib plak kawan tuh, so yayu pon nak datang. Kalo nasib baik, kak uni pon nak join. Setakat nih, tarikh yang aku pilih is 25 oktober. Eh, besdei yayu pulak hari tuh. Ok lah tu, leh potong kek besdei sekali. Jemputan open house kawan abang dah ada 2 menanti weekend ni. Rasanya boleh pegi kot. Hari sabtu macam nak gi jb, beraya umah sepupu2 dan pakcik2 abang kat kulai. Tapi kalo boleh nak balik hari. Malas tul nak tido2 nih. Tido umah in kena bawak toto sendiri pulak. Apa kes?
Thursday, 9 October 2008
Fidjit
Petang semalam merupakan rekod dunia bagi aku sebab blog ni diterjah oleh pembaca dari segenap pelusuk dunia. Entah ye ke tidak tah fidjit tuh. Kebanyakannya masuk thru' blogger. Ni mesti kes nampak recent update terus klik tuh. Tak pepasal kena tengok gambo dapo umah aku huhuhu. Nasib laaa... Yang best nyer, ada gak bendera negara yang aku tak tau turut keluar. Hihihi kena gugel la bendera2 tu kalo nak tau. Ada gak yang masuk thru' search engine. Carik cara nak pasang railing langsir la, perencah adami lah, sampai carik mesin jahit biasa pon jumpa blog aku? Kesian ler kat derang tu. Lain yang di cari, lain yang dijumpai. Ni aku list kan antara tempat yang direkodkan oleh encik fidjit ituh. Ni pon aku jumpa dari kul 4.08pm. Yang sebelum tuh gagal dikesan. Ke, aku yang tak geti nak carik?
Thru' blogger and search engine : Ahmadabad, Gujarat (India); Greenock, Inverclyde (UK); Milan, Lombardia (milan tu kat ner arrr?); Singapore; Bandung, Jawa Barat, Hoschton, Georgia (US); Gurgaon, Haryana (India); Mexico; Oxford, Oxfordshire (UK); Jakarta, Jakarta Raya; Bangalore, Karnataka (India); Amsterdam, Noord-Holland; Brædstrup, Vejle (errr bendera kaler oren ada cross terbaring); Mesa, Arizona (US); Volgograd, Volgograd (Holland, tau ni sebab sama ngan bendera Amsterdam tuh); Shanghai, Shanghai; Aveiro, Aveiro (pelik arrr bendera dia); Chongqing, Chongqing (China); Shin, Hiroshima; Alicante, Comunidad Valenciana (tak kuar bendera); Greenock, Inverclyde (eh, dah ada tadik, dia masuk banyak kali); Saarbrücken, Saarland (German, ni tau bendera dia sebab beli jersi german kat padang beso arituh huhuhu); Machico, Madeira (ni sama ngan negara bendera pelik tuh); Marlinton, West Virginia (US); Las Palmas, Canarias (tak kuar gambo bendera dia); Innsbruck, Tirol (bendera belang merah putih merah); Barcelona, Cataluna (errr... barcelona tu katner eh? US ker?)); Várzea Alegre, Ceara (Brazil, bendera team worldkap mesti la kenal); Renton, Washington (US);
Direct : Owosso, Michigan (US).
Itu je nak cite. Semalam balik ujan. Singgah selesa beli bawang. Jumpa perencah adami!!! Terus beli 2 bungkus dan buat mee bandung. Best best...
Wednesday, 8 October 2008
Bilik Peraduan
Sebelum dicat oleh suami ku, bilik ini kelihatan agak membosankan
Setelah dicat dengan warna yang agak vibrant, aku semakin bersemangat untuk... tidooo!!! Apa da...
Ditambah pulak dengan dengan warm light
Nampak tak benda atas tv tu? Tu lah dia wired infra red control for estero decoder tuh
Ok lah ni bagi orang yang tak bersolek bagai kan...
My Kitchen Part II
Sinki yang aku sedey kan sangat aritu
Sebelum raya dah jadi cenggini
Sekarang, dah boleh terima hakikat dan dah tak kekok lagi time membasuh pinggan. Psssttt sebenonya lagi bagus macam ni, tangan kiri pegang span, tangan kanan letak pinggan.
Hood dan hob
Kabinet yang kononnya nak tayang pinggan, padahal takde pon pinggannya hihihi. Sikit2 ah...
Fevret spot sekarang nih. Leh mentong2 kat sini.
Sama tapi tak serupa
Apa nak tulis eh?
Cuci cuci area
Abis dah cite pasal my kitchen...
My Kitchen
Sepanjang proses nak siap
Sebelum mula kerja
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Terakhir
Sebelum balik raya
Akhirnya
Zoom out sket
My superhero! Garfield ni dah menyelamatkan handle fridge aku dari melanggar dinding setiap kali dibuka. Thank you garfield!
Line interent buat perangai, baik aku publish sket2 dulu. Enjois!!!
Aku Dah Balik Dari Cuti La...
Seperti biasa dan seperti orang lain gak, naik cuti raya, mestilah nak cite pengalaman raya kan. Kiranya cuti kali ni separuh cuti puasa, separuh cuti raya sebab jumlah cuti nyer memang 5 hari time pose, 5 hari time raya. Bestnya kalo ngajo kat poli, student cuti 2 minggu, pengajar pon mesti leh cuti 2 minggu gak. Best best. Aku ni pa’kal je ada kelas ari isnin. Kalo tak, mesti aku sambung cuti barang sehari dua. Penat wooo raya nih. Tapi satu perkara pasal raya kali ni ialah aku kurang tengok tv. Channel biasa memang lah banyak. Mesia je ada 6 channel. Singapore ada 4 kot. Indon 3. Tambah lagi channel estero, dah berpuluh2 jadinya. Ada pulak channel syawal 188. Pendek kata, bukak je tv, macam2 ada. Eh, nape aku tak tau pun pasal channel 188 tuh? Balik kampung baru perasan. Rupanya ada channel khas raya cam channel sukan olimpik, werlkap dan euro jugak. Kena bayo 7 hengget kalo tak silap. Rupanya sepanjang bulan pose aku tak tengok tv. Tengok sipi2 jek. Berita langsung tak tengok. Rugi tul bayo 60 hengget. Biler2 nanti nak gi carik aerial tv lah. Derang cite kalo ada booster leh dapat tv indon ngan singapore. Tak pakai booster pon leh dapat tapi tak terang lah. Kalo dapat pasang cam kat muo tu, silap2 tv sri lanka pon leh dapat hehehe. Exxagerate la pulak.
Seperti yang telah aku war2 kan, aku mula cuti pada hari Jumaat. Oleh sebab sejak malam jumaat lagi aku dah mula operasi menjahit, tengahari jumaat tu, baju raya aku pon dah siap 6 pasang. Banyak masa lagi. So, lepas jumaat aku suh abang beli kekabu 2 bungkus. Dapat lah aku membuat 4 bijik bantal baru. Yeay! Tu pon sampai ke malam aku menyumbat kekabu tuh. Kalo sumbat jek tak pe lagi. Ni nak kena carik2 dulu, takut dia tergumpal, pendek plak hayat bantal tu nanti. Carik2 pon sambil pakai ray ban tau. Pedih mata aku masuk habuk kekabu tuh. Siap semua tu, dah tengah malam. Baju tak kemas lagi.
Sabtu pagi, kemas rumah. Sambil2 tu kemas baju sekali. Huhahuha, tengahari baru siap. Akhirnya, kemas jugak rumah tuh. Kira kesan2 berpindah kira dah tak nampak lah. Lepas Zuhur, kami pon bertolak balik kampung. Kali ni nyanyi lagu raya sendiri dalam kete. Terlupa la pulak yang henfon ada radio. Apa daaa. Singgah kota, beli blind yang dah di usha kan arituh. Tak sempat buka kat rumah. Minum air kosong jek. Tu pon kami imagine je air dalam tumbler pink tu sirap bandung dan tumbler itam tu air cincau. Sampai semenchu terus makan mee goreng. Malam tu terawih kat rumah jek.
Esok pagi, kami keluar ke kota. Carik baju melayu sapit. Ewah2... bebudak ni sesedap rasa je mengepow abang dia. Songkok nak jenis tinggi, takmo yang biasa2 nih. Kesian laki aku, pakai songkok hantaran 4 tahun lalu jek. Tak tinggi lak tuh. Butang baju melayu pon takmo yang 5 hengget dapat 2. Sungguh la pemurah suami ku itu di hari raya ini. Hulur 50 hengget macam hulur 5 posen jek. Kalo lah sifat pemurah tu terbawak2 ke ari ni, bleh gak aku singgah beli ayam ikan balik keje nanti. Tak ingat ke minyak kete nak kena isi? Dah nama budak sekolah, sendiri mau ingat lah. ‘Ada’ butang tu pon dah kira ok aper. Tak perlu lah nak yang berkilat2. Ngalah kan tudung aku lak kilatnyer. Kalo jenis cermat tak pe. Silap2, nak sembahyang jumaat minggu depan, dah lesap butang tuh. Kiter ni nak membeli barang, pikir punyer lah panjang. Kalo boleh postpone, postpone kan dulu. Untung2 berubah fikiran, terus tak jadik beli. Moral of the story, lenkali kalo bagi duit kat bebudak, bagi cukup2 jek. Kalo benda rege 5 hengget, kasik seploh hengget, kira ok lagi. Tapi kalo benda rege 2 hengget, tapi kasik 50 hengget? Errr aku kan matematik lemah. Aku rasa, orang yang tak kedekut pon boleh pikir 88x, inikan pulak aku yang kedekut nih. Nasib aku lah... pakai kerongsang sepasang 5 hengget jek. Hukhukhuk... Sibbaik raya setahun sekali jek. :P
Cuaca punya lah panas arituh. Haus dan penat toksah cakap lah. Sampai aku rasa cam nak minum air jek. Balik tu baru kul 1pm. Lama nya lagi nak bukerrr. Petang tuh buka apa ek? Lupa la pulak.
Ari Isnin buka kat at5 pulak. Petang tu kami menganyam ketupat. Tahun nih takde pulak sup tulang. Daging pon abah beli ari selasa. Selasa tengahari baru balik semenchu semula. Derang dah sibuk2 masak raya. Kali ni masak petang. Time buka dah makan ketupat rendang dah. Raya awal. Malam masak kek jek.
Pagi raya dah tak sibuk2 kat dapo. Tinggal panaskan jek. Lepas solat raya, makan2, baru lah diadakan khatam Quran, tahlil dan sesi bermaaf-maafan. Selesai sumer tu, dah pukul 1pm. Lepas Zuhur, kami pon balik at5. Sunyi jek kat sana. Lepas mak kuar beraya, kami pon mengganti tido. Hihihi macam tak raya pon. Lepas maghrib, balik semenchu sebab nak gi beraya. Sempat beraya 2 rumah jek, kat at1 ngan pasak. Balik tu, terus tido.
Raya kedua, lagi tak best. Tengahari balik at5, pon takde orang. Petang baru yayu, ita ngan abang epet sampai. Lepas maghrib pegi sg mas ngan semenchu.
Raya ketiga, raya umah wakru. Kendian balik semenchu. Huhahuha, kami pon bertolak balik kampung. Lalu kulai (eh, dah tukar nama kulaijaya ek?), jammed dekat2 simpang tol. Sibbaik ada jalan alternatif. Kat hiway, sekejap hujan, sekejap teduh. Kuar tol machap, carik masjid. Akhirnya sampai ayer hitam. Pegi masjid atas bukit, tutup pulak. Sibbaik ada sorang mamat ni bagitau masjid alternatif 1km dari situ. Sampai masjid, betul2 nak mula solat. Parking kat laman rumah orang. Nampak pulak pokok bendi ngan buah yang beso2. Memula mak cakap2 jek, nak mintak benih bendi tuh. Tapi segan lah nak mintak. Abang pulak dengan selamba jek bagi salam, mintak ngan orang tuh. Orang beraya mintak duit raya, ni mintak benih bendi la pulak. Pastu balik rumah kami. Lepas solat, makan2, teruskan perjalanan ke kampung.
Memula gi umah mak abang man (birasku). Makan nasik ngan ayam jago masak lemak. Kendian gi umah nenek. Makan laksa. Lepas maghrib gi umah maklong ngan kak long idah. Ekspress je beraya. Kul 9pm dah balik. Sampai rumah, sumer tak jadik balik. Tido dulu. Esok pepagi semua balik. Abah lak keje pagi tuh. Dari rumah kami kul 7am, kul 9am dah sampai semenchu. Sungguh la laju bapa mertua ku itu memandu. Tengahari memasak pulak. Makan pon dah pukul 3pm. Kendian terus tertido.
Apis dah besar ek... birthdate dia samer ngan mawi hukhuk
Ahad pepagi lagi aku dah menyingsing lengan. Rebus ketupat nona, masak rendang, lodeh dan ayam masak merah. Pukul 12pm, semua settle. Kul 1pm, mak, adik ngan along sekeluarga pon sampai. Ina sampai 30 minit kemudian. Mala yang yo yo o nak datang, takde la pulak. Adik ipo dia xsiden pulak, terpaksa balik perak malam semalam. Tak lama derang kat umah. Kul 2.30pm dah balik. Kendian, aku pon kebabooom tido. Eh, asik tido jek keje nyer. Pukul 5pm, in pulak sampai. Makan2 lagi sampai kul 6pm. Eh, sedap pulak makan second round nih. Malam baru iron baju. Semangat pulak. Tido kul 11pm lepas tengok cinta. Asik tersedar je malam tadik. Tapi ok lah, bukan takleh tido balik. Aku suka tido cenggitu sebab bila tersedar tu, tengok jam, masih boleh tido lama lagi. Sekian saje cite raya ku yang tak berapa nak sakan. Antara sebabnya ialah aku demam selesema sehari sebelum raya. Sampai arini tak baik2 lagi. Adik ipar pon ada yang demam. Abang ipo pon demam. Masing2 gi klinik takut kena chikungunya. Kaya la doktor2 kat kota tu, sumer orang demam gi klinik. Dah, sorang demam kena RM50, kira la sendiri kalo dah penuh sesak klinik tuh.
Raya2 pon berkubang?
Ari isnin, kelas aku kul 8am. Masuk kelas, separuh je yang ada. Ramai tak balik lagi. Geram betul la. Orang ye ye lah tak ambik cuti sebab ada kelas, bebudak nyer plak takmo balik lagi. Dah tak cukup orang, aku pon tak ajar la. Aku memang tak suka ngajar tak cukup orang takut nanti ada yang ketinggalan. Kelas kul 10am lagi best. Ada 8 ketul je. Aku kasik kuiz jek.
Balik keje singgah farmasi beli ubat selesema. Kendian terus masak. Sambal udang+sotong. Eh, sedap rupanya biler campo cenggini. Agaknya air udang bercampur ngan air sotong, tu yang jadik sedap tuh. Malam tak makan pon ubat selesema tu sebab rasa cam dah nak baik. Elok lah kurangkan dadah dalam badan ni.
Pagi semalam dah tak selesema. Best nyer! Balik keje masak ayam masak kicap pulak. Aku memang fail bab masak kicap nih. Tapi, biler makan, sedap pulak. Hahaha asik puji masakan sendiri jek la keje aku. Dah, abang takmo puji lagi dah. Takut aku masak benda yang sama je hari2. Kata sedap... Malam tadik tido sambil tengok citer cuci. Raya pertama aritu aku tengok sekerat je sebab tertido. Semalam pon tertido jugak. Sibbaik dah pernah tengok kat wayang. Malam ni ada cite best. Apa ek? Entah, yang aku ingat 8hb ada cite yang aku nak tengok.
Pagi ni kawan2 cite ada student ie kat sini meninggal eksiden malam tadi. Baca kat metro, dia nak terkucil, suh bas berenti. Kendian dia duduk kat tangga mentara tunggu bas tu berenti. Pastu ada lori dari depan, bas tu nak elak bas, terlanggar penghadang jambatan, tersepit la budak tuh. Ninggal di tempat kejadian. Innalillahiwainnailaihiraji’un...
Next, gambo rumah! Setelah digodeh serba sedikit, aku telah berjaya menyiapkan gambo untuk didedahkan kat sini. Tapi gambo dapo jek sebab dapo jek yang dah complete. Tunggu...