Elok lah aku mulakan dari perkara terakhir dalam tajuk tu. Berita malam tadi (or semalam), Pokleh komen pasal harga minyak yang turun. Dah turun 3 kali, nak apa lagi? Ini bukan soal berapa kali lorrr, tapi berapa banyak??? Seploh kali pon kalo setiap kali turun 1 sen...
Berita pagi tadi pulak, 2013 subjek sejarah dalam upsr. Huhuhu aku paling nyampah subjek nih. Puncanya, cikgu. Tapi aku still score time spm tau. Penat aku hafal buku tamadun peradaban dunia tuh. Kulu kilir aku kepit buku tu. Sebab apa kena hafal? Terpaksa. Soalan objektif kan sumer dari buku tuh. Sebijik sebijon ayat dia. Kalo dah budak darjah nam kena hafal sejarah pasnih, aku ucapkan selamat berjaya! At least menambah peluang pekerjaan, kan?
Berbalik kepada berita minyak, hari ni harga minyak usd71 setong. Persoalannya sekarang, macamana dengan rebet minyak dulu tuh? Harga dah diturunkan, rebet still on ker atau akan stop? Alerrr kasi la chance aku yang nak renew roadtax kancil bulan depan ni ek? Ek paklah ek?
Aku nak promote radio Sinarfm. Arituh aku dah promote kan? Ni nak pergiatkan promosi ini. Khusus kepada orang2 sezaman dengan ku. Jangan lupa setiap Sabtu, jam 9am-12pm. Jom layan jiwang sambil kemas rumah dan memasak! Lagu lama ni kalo makin dengar makin sedap tau. Teori aku ler.
Radio sinar juga. Tapi pagi tadi. Topik pagi dia, emosi hari ini. Sorang caller cite husband dia baru je kawin sorang lagi sebelum poser arituh. Time raya husband ni tak ikut balik kampung sebab kerja katanya. Ropanya beraya ngan bini baru uolsss. So, SY dan Krill ni kononnya sedapkan la ati caller ni. SY cakap, mungkin ada hikmahnya. Ye lerrr, dia sendiri pon berpoligami kan. Tapi, setahu aku, setiap musibah atau perkara yang berlaku, bukan 'mungkin', tapi memang ada hikmahnya. Caller ni pon cakap, dia pon dah takleh nak wat apa2 sebab dah berlaku pon. Cuma sekarang dia kena perbaiki diri. Anak dah 6 tau! Last sekali SY ni cakap, sekurang-kurangnya u dah ada payung... Owh!
Balik pada hikmah ni, aku nak cite tentang pengalaman aku tentang hikmah dari tragedi. Cam program tvtige pulak. Satu perkara yang berlaku yang telah aku temui hikmahnya ialah kejadian accident motor yang menimpa suamiku setahun yang lalu. Kalau tidak kerana kejadian itu, aku takkan dapat duduk di rumah sekarang nih. Kerana kejadian itu, kami berpindah ke parit raja. Rancangan asal, kami nak duduk bukit perdana sampai lah beli rumah sendiri. Kerana pindah parit raja, kami jumpa taman wira jaya nih. Kerana jumpa taman wira nih, kami suka design rumah nih. Kerana suka design rumah ni, lalu kami beli rumah nih. Kerana accident itu juga, abang dapat claim dengan 'bantuan' (25% dia ambik lor) seorang loyar kerana kecederaan yang dialami. Dan dengan duit itu lah kami bayar yuran loyar dan lain2 berkaitan pembelian rumah nih. Kalo tak, mana la kami ada duit nak bayar down payment bagai tuh. Yes! Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Redha.
Friday, 17 October 2008
Hikmah, Minyak, Sinar dan Berita
Hasil karya AyunasiA pada 9:57 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment