Ngada-ngada tak? Aku rindu lah waktu sibuk2 nak pindah arituh. Satu pengalaman yang exciting kan? Oleh sebab itu, aku nak tepek gambo lebih2 arituh. Sibbaik sofa ngan meja makan tak de lagi. Maknanya, akan ada perkembangan lain selepas nih. Pastu, porch pon masih lapang. Lom ada pepokok. Sabtu lepas kami gi pasar bp, beli pokok limau purut. Best2. Pasnih nak kecek pokok kesum ngan pandan ngan mil. Tengok rumah kawan aritu dia tanam kesum tu dalam pasu tak berlubang. Kan pokok tu kena ada air sentiasa kan. Tapi kena jaga jentik2 la cenggitu ek.
Time gi kulai arituh kami mintak pokok gak kat umah cousin abang. Dia pindah pokok2 dia, nak tutup abis porch dia kot. Pastu kami ngendeng la pokok. Antaranya pokok lili, buluh jepun (he? yang kecik2 tu) dan pokok helicornia. Waaaaaa... time dapat tu, aku sangat gumbira, macam nak melompat pon ada. Sebab aku memang naaaaakkkkk sangat pokok buluh ngan helicornia tuh. Heli tu dia kasik spesis bunga jatuh. Kalo nak yang tegak ke atas tu dia suh mintak kat umah nenek. Tapi yang jatuh tu memang sangat cantik. Tapi sekarang baru tumbuh pucuk dia je, lum naik pon lagi. Takpe, leh tunggu.
Aku yang tak sesabo, siap je table top, terus nak try fitting dapo nih.
Ni ler perangai aku, mesti nak test2, walau pon tak siap lagi.
Ramai yang ingat benda ni tempat simpan kunci. Sebenarnya kotak db.
Longkang kat porch yang dah ditutup abes. Plan nak letak kusi meja tempat lepak2 sambil menjahit. Pastu nak letak pasu2 pokok yang aku suka. Ngan nak taruk pasu besar bela ikan sket ngan letak pokok kiambang. Tanaman impian. Boley?
Kabinet buku yang dah penuh. Cam kena tambah lagi jek?
Sebelum ni, kami cat dinding tepi jek, kat frame ni masih cat asal
Tengah2 iron baju kat sini malam jumaat tu, aku rasa macam cantik gak kalo cat keliling nih ngan kaler oren. Lagi naik selera kot nanti
Sabtu pagi tu, tetiba abang tanya, nak tak cat kat dinding nih? Eh, macam tau2 jek aku pon pikir cenggitu gak malam tadik. Telepathy kot.
So, pagi sabtu tu abang pon cat selayer. Ahad pagi cat lagi selayer. Ermmm ok lah tuh!
Semalam la ni, nampak ikan kat kedai makan nih. Keje dia ambik batu kat tengah, luahkan balik kat tepi. Memang ikan cenggini ker? Ke ikan ni jek?
Hah! Tu dia tengah bekerja.
Thursday, 23 October 2008
Rindu lah
Hasil karya AyunasiA pada 9:05 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment